Salam kepada semua rakan2,
Tarikh 16 September 2008 dah hampir tiba. Tapi janganlah salah sangka pulak. Yang penting ialah tarikh tersebut kita perlu menghantar projek 3.
INGAT!!!! Ini adalah tarikh akhir hantar projek 3.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
62 comments:
terima kasih kerana mengingatkan. semoga kita dapat siapkan pada masa. Perak cuti ke pada 16 sept tu?
aha faris.... ni tgh bertungkus lumus ler menyiapkan apa yang patut.
makin dekat tarikh akhir makin berdebar pula. Moga apa yang di persembahkan menepati kehendak penyelia. Dah hujung2 ni lagi sukar nak beri tumpuan 100%, maklumlah berkejar-kejar dengan program sekolah . Kalau tak boleh nak final touch up esok lusa... mana nak sempat pos minggu ni. Silap-silap kena menghantar pula next week!
Esok UPSR....berdebar lagi!!!
Hai Kawan2,
Cerita pasal Projek 3,nak hantar by hand di UPSI.saja nak jalan2.cuti pun banyak.Bila telefon pensyarah Penyelia dia kata tak ada pada tarikh itu.Yang sedapnya dia kata nak datang ke sekolah ambil sendiri Projek aku.Aduh....bertuahnya.Tapi dalam hati aku seram rasanya.Hari ni terpaksa binding sebab esok dia nak ambil. Dia ada seminar di tempat aku.Dia kata nak datang rumah lagi. Itu baru betul. ...Tapi tak apa aku dah siapkan.
aishah;
Cuti ke tak cuti pada 16 sept tu kira tak kisah ler..., janji projek 3 kita siap dan dpt dihantar sebelum tarikh itu, cepat2 sikit buat keje!... hehehe
rozita;
Jgn ler asyik berdebar jer, nanti gugur pulak jantung tu..., sapa susah? Sibuk dgn pelbagai keje hingga terkejar-kejar dibuatnya ye.... sabor jer laa....
Salam kpd rakan2,
Buat aishah, cuti nuzul quran pada 17 Sept. Cuti 16 Sept tu, tak confirm lagi.
Buat ita, cool down, jangan panik. buat aje setakat yang siap. jangan tak hantar sudahlah sbb 4 kredit tu.
Buat anonymous yang tak reti tulis nama tu, untunglah kalau pensyarah datang ambil sendiri.
Buat rakan2 lain, saya dah buat temujanji dengan pensyarah penyelia saya pada 16 sept jam 12 tengah hari. kalau ada kwn2 yg datang pada tarikh itu, bolehlah kita jumpa.
Terima kasih.
Hai, Rozita. Tahniahlah sebab dah nak siap projek 3. Saya ini belum siap-siap lagi. Tak ada ide nak tulis. macam mana nak sampai kepada 50 muka surat tak taulah. terima kasih kerana bagi adress blog kita. Al maklumlah komputer saya rosak. Ini barulah boleh membaca dan membalas luahan kawan-kawan. Moga kita semua dapat berhubungan selalu di talian.
salam sejahtera to all of u...
cite pasal prjk 3, minta tlg cikit. sapa ada cover 2 tlg email kat aku. aku dah nak siap ni. nak pos laju pd lect. aku. oleh kerana bulan poso jadi aku mls nak trn ke tm, jumpa kwn2 pun aku tak boleh nak belanja mkn dokek dusun bay. tlg yaa..tk
hai fidah, akhirnya muncul jugak kau kembali ye... Projek 3 tak siap lagi?, biasa ler tu, masih ada masa lagi kan??? Teruskan buat, nanti siap ler tu....
mpmn, nape kau tak terus sebut nama aku dan mintak tolong aku yg emailkan cover projek 3 tu kat kau??? Apa??? kau ingat aku takde ke cover tu??? Saja la melawak pirzan...., kalau kau nak apa2 lain kali cuba ler mintak kat aku, apa2 yg ada, aku beri ler.... Kalau kau nak pandangan/nasihat utk buat 'projek lain' tu pun boleh mintak kat aku... tapi kat sabri dan Bolhassan pun boleh jugak....hehehe
Rakan2,
nampaknya masing2 sdg bertungkus lumus menyiapkan projek 3. smpi nk jengah blog pun tak sempat. kesian rakan2, termasuklah saya. ha ha ha..
rilek kawan2, tenang dan jangan kelam kabut.
Sorry ye, gurauan bulan posa.
farish..tolong sms alamat tuan haji rahemm.aku cadang nak pos aje..tak larat le berjalan bulan puasa ni..please..012-5554788
faris,
memang ler kita tengah bertungkus-lumus la ni dengan projek 3. Aku rasa lepas siap projek ni kita semua tentu berasa lega, cuma suspend sikit ler kerana result fasa 7 dan 8 lom tahu lagi, moga resultnya semakin bertambah baik. Dan satu lagi jangan ada sesiapa pulak selepas ini sambung buat 'projek 4'.... bape credit hours nye ye??? ha ha ha.
Sapa2 nak buat projek 4, datang jumpa aku dulu.....biar aku sekolahkan dulu.....hehehe
Assalamualaikum kawan2
Lega rasanya dah hantar Projek 3.Ringan rasanya kepala.Lepas ni nak ingat posa dan raya pulak. Bukan apa persiapan raya anak2. Dia orang yang paling suka nak raya. Kita ibu bapa numpang gembira, tapi duit banyak lah keluar.Tak pe asal kita sekeluarga bahagia.Anak2 dah siap baju raya mereka . Tinggal orang rumah belum lagi .Hai tak tahu apa dia mahu. Kalau yang ada dua tu macam mana ya.Kena tanya Usop, Sabri dan Bol.Aku ada satu pun pening........
adoi sakit kepala. projek tak siap lagi.ingatkan nak ambil projek semasa praktikum iab dulu, tup-tup dalam pen drive hilang entah kemana. apala nasib badan nie.aku rasa lepas raya kut baru hantar. nanti aku minta ampun dan maaf la kepada pensyarah tu. bulan baik dan hari baik moga-moga dia terima.Aaaaminnn.
yes. p3 aku dah siap hr ni nak pos laju. baru merdeka. tp aku kena buat satu lg tgsn utk ptk. tarikh ptk 11 okt di htl dynasty kl. jenuh pulak nak siapkan. nak cari org, swasta. bkn apa, dah jemu buat assigm. nak termuntah. nsb aku le. baru nak ambil ptk. dulu tak nak ambil. aku anggap gi release tension je lps upsr ni. sop tk atas bantuan hg, tlg htr cover. sharim kump a tk tlg bagi abstrak n penghargaan. bye
tahniah yg dah siap projek 3, aku baru cadang nak print hari ini. InsyaAllah nak hantar esok guna courier service.
anony (susahlah nak panggil kau sbb tak letak nama); kau buat tajuk apa???, mana ler tahu kot aku boleh beri contoh soft copy berkaitan dgn tajuk yg kau buat, hubungi aku segera... jgn malu2, hehe
TQ sop kerana ingin bantu aku. tapi yg aku pening ni dan menggeletar sebab 100% aku yakin nak ambil dari projek semasa iab dulu.tapi ia dah tak ada dlm pendrive aku.
bila aku baca blog sahabat2 semua dah siap dan ada pun yg dah hantar aku jadi gelabah beruk.
macamnana ni , sesiapa boleh beri cadangan pada aku macam nana nak buat bagi pensyarah sejuk hati menerima ampun maaf aku nie.nak minta extent kalau boleh.
tolonglah akuuuuuuuu!!!!!!
mudah aj tu, hg htr kad raya yg besaq n ada lagu n kirim sepersalinan pakaian hr ry n nasi khandaq
Salam untuk semua, seronoknya baca cerita kawan2 yang bertungkus-lumus menyiapkan projek 3. Nampaknya semua bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik. Syabas kawan-kawan…. I pun dah hampir siap, nasib baik hubby nak temankan I hantar projek tu ke upsi 15 Sept nanti, adalah masa lagi nak perbaik mana yang masih kurang umph! Rasanya bila dah hantar nanti barulah boleh fikirkan persiapan raya…
yeh yeh aku dah anto secara pos,taku nak jumpa nanti macammacam di tanyanya..rasa pecah bisul aku,,rasa tercabut duri dan nanah,lepas tu aku enjoy dgn misus makan berbuka diluar,,punya le spoil..nasi mamak tu lembik,,habis selera aku sebab memang pantang aku kalau nasi lembik,,lagi satu kalau anu lembik,,lagi le aku marah,,apapun aku dah antor,,aku cakap dgn tuan haji raheem aku tak leh datang sebab makcik aku nak kawin..tak sabor sabor dema nak kawin sebab lama dah menjanda,,tengah ada org hendak,,apa tunggu ,,lagi pun yg dia dapat pun duda,,tak berani aku nak pergi rumah dema sebab rumah kampung,,tahan ke biliknya,,heheheheheh ..aku sihat ketika ini,,cuma tak berapa lalu makan,,sahurpun makan khurma sahaja..badan dan kurus,,punggung dah kecut,,mujur yang lain lain tu elok aje nampaknya..songkok raya beli kat terengganu..murah betul..tinggi lima inci harga cuma 28rm sedangkan yang aku selalu pakai beli kat kuala kangsar,,harga sampai 60rm..baju raya ,,pakai le yang lama,,tapi aku ada sepasang kain baju raya yang di hadiahkan oleh aziz sebab aku urut dia,,,bolehle aku pakai nanti,,aziz,,dah siap nanti aku kirim gambar kat kamu..pakai dgn songket tengku adnan..baju batik sabri bagi..oooo bergaya aku raya ni..tgh lalau bergaya,,kita bergaya le,,iduppun bukan lama...kalau dah reput esuk,,makan pun ikut wayar,,ada duit banyakpun tak guna,,betul tak kawan? kuih meruku aku dah beli satu beg,,aku makan sikit sikit lepas berbuka,,habis esuk,,aku pergi rumah org pulak,,heheheheheh..kuig popia simpul aku beli dgn org terengganu,,teringat aku yang saudara sabri sedap buat kuih tu,,tapi sekarang susahle tak leh nak kirim,,apapun,,raya ni datang le kerumah aku,,kita makan apa yang ada...ok bye
wah azamboy nampak senang hati kome.kome dah hantar boleh la beraya sakan. raya raya juga tapi janganlah jadi hantu raya pulak tak ingat insan-insan yang malang,anak-anak yatim piatu dan insan yang sedang bertungkus lumus menyiapkan projek 3 spt aku nie.
mpmn mana pula aku nak cari nasik khandaq.tempat aku tak ada nasi sebegitu la.
ala org yg tak tahu ltk nama, aku tahu sapa hg. sekilas ikan di air aku jantan betinanya. ilmu mantik aku tinggi tau.
mpmn
kau nak tahu sapa dia tu sampai guna ilmu mantik ye! aku guna ilmu ICT jer masa menjejaki rajawali dulu.... hehehe
Salam rakan2,
Yang dh siap tu, senyum dan seronok aje nampaknya. Yang belum tu, mengelabah juga nak minta tambahan masa kecederaan. Buatlah mana yang patut asalkan bahagia.
Alhamdulillah, aku dah siap. Tinggal nak print aje, mungkin esok kot. Hari Isnin nak binding dan hari Selasa nak hantar.
Yang dah mula beraya selepas projek 3 siap tu, jangan lupa diri pulak. Jangan main mercun terutamanya. Gurau2 aje rakan2.
Ada satu lagi projek iaitu projek 4, itu kalau ada rakan2 yang berminat nak buat. Projek ini kena buat dalam diam2. Dah siap baru boleh beritahu. Yang ini lawak aje.... punyalah teruk nak siapkan projek 3, pandai2 nak buat projek 4. Tak kuasalah rasanya.
Akhir kata tahniah kepada mereka yang dah berjaya menyiapkannya dan bersungguh2lah bagi mereka yang belum siap lagi.
Terima kasih.
Kekawan, alhamdulillah! memang rasa lega bila dah siap projek 3 tu. Aku tak jadi pos, kirimkan melalui student tahun 3 upsi yg berasal dr Muar juga, Pn Choong (dr kumpulan A) yg rekomenkan aku, dia pun kirim juga.
Mengenai projek 4, taklimat akan disampaikan pd bila2 masa secara peribadi, so sesapa yg teringin sila contact aku segera, kalau nak daftar nama kat Sabri pun boleh. Bagi yg tinggal di Sabah/Sarawak sila daftar nama dgn si Bol, hehehe...
Ok kekawan, jumpa lagi, wassalam
projek 4 tu apa usup.aku tak fahamlah. cuba beritahu secara terus terang.hehehehehe!!!!.
mpmn (mohd.pirzan) jangan main serkap jarang bulan2 puasa nie nanti hilang pahalanya.ilmu mantik ke ,ilmu balagah ke, laduni ke, ict ke, apa pun aku mesti siap projek 3, nanti kalau usup perjelaskan ttg projek 4 boleh lah aku ikuti dgn senangnya. kan,kan usup kan.
Hai Kawan2
Projek 3 dah hantar.senang hati sikit. Saya ada aktiviti bulan Ramadhan di sekolah. Pada 26 Sept. ni kami adakan majlis penyampaian bantuan kepada anak yatim .Saya keluarkan Zakat sekolah dari simpanan duit kedai sekolah, nak beri anak-anak yatim sekolah saya.Duit RMT bulan puasa ni saya jadikan barangan keperluan raya dan beri budak2 RMT.Barang2 makanan raya seperti ketupat ,jus minuman dll.sama harga dengan bilangan hari bulan puasa ni .wp dia orang tak makan dia dapat barangan untuk sambut hari raya.Itu lah aktiviti saya bagi menutup bulan puasa tahun ini.
Assalamualaikum kekawan,
Pertama, aku memang rasa tak 'senang' la kalau masih ada yg gunakan 'anonymous', gunakan nickname pun kira oklah... susah sangat ke nak letak nickname tu, aku bukannye marah,nasiiiiihattttt!
Kedua, tentang projek 4 tu, aku rasa tak perlulah dihebuh2kan sangat, nanti ada pulak yang terluka dan tersinggung.... namun dalam rekod aku dah ada 2 orang yg teringin nak buat. Kalau ada yg lain berhajat nak buat, contact ler aku personally. Nak beritahu secara terus terang pun aku rasa tak perlu la, nanti ada yg kata dah ler terang lagi bersuluh pulak, kita dah berumur ni, biar ler cakap2 tu berkias dan berlapik sikit, betul tak???
Ketiga, projek menyediakan barangan keperluan raya dan beri budak2 RMT tu, bagus la, tahniah!!! Aku pernah buat beri duit jer, bebudak lagi suka... tapi macam2 ler pulak dibelinya, tu yg ada habis dibelinya bunga api dan mercun... hai tak senonoh bebudak ni kan?
anony n ybs boleh ke duit rmt dibuat begitu. tak menyalahi peraturan ke. nanti dtg bpr.
ttg projek 4, aku skg kalau ada kwn2 yg bercita2 mulia. tp jgn sekerat jln. belajar hbs2 ilmu projek 4 tu dulu. yg penting kena jujur jgn guna ilmu p ramlee. mesti pembohong n mesti pandai temberang. tak selamat nanti. takutilah balasan Allah di akhirat.
alah anony aku tahulah sapa hg. jgn hg nak dok sembunyi bwh jambatan terpanjang di asia tenggara tu.
mpmn, lama la dulu aku buat, ingat2 lupa dah, la ni tak buat lagi dah...
mpmn
Duit RMT mesti juga dibelanjakan pada bulan puasa.Jika tak nak buat kumpul sebulan punya, kita boleh keluarkan makanan hari2 macam biasa.tapi tukar menu .boleh buah-buahan,air soya/kotak atau soya yang dibuat sendiri oleh pengusaha RMT atau kuih muih untuk berbuka puasa jika pengusaha rajin buat. Pokoknya JPN aku suruh keluar atau guna duit RMT masa bulan posa ni.Kalau susah2 mpmn.Lu fikirlah sendiri.hak murid .kalau tidak pulangkan duit di hujung tahun.
anony
ngri hg boleh le buat gitu. hg diprth oleh parti yg mengutamakan kebajikan.
ngri aku tak ada arahan gitu dr jpn.
aku nak kirim buah pala utk juadah hari raya ni. hg boleh tlg kirim ke
Hari ni selamat dah I hantar Projek 3 ke upsi, tapi tak dapat jumpa Dr Rahman pun sbb dia ada kelas, so masuk dalam pigeon hole je lah, sebenarnya tak jumpa lagi baik rasnya . tak ada soal jawab lagi.. ta pun tumpang hantar sekali.Untuk makluman En Aziz pigeon hole Dr Rahman dah pindah ke tingkat atas sekali. Lega betul rasanya... Lepas tu kita orang terus gi shopping utuk hari raya..
Rakan2,
Sesiapa yang dh hantar projek 3 tu, memang lega rasanya. Tahniah kepada Ton dan Ita yang dh hantar.
Esok giliran saya untuk hantar. Dah janji dgn Haji Raheem pukul 12 tgh hari esok. Jangan dia banyak komen dahlah esok.
Ingatlah kepada mereka yang masih belum hantar kerana esok hari terakhir. Kalau tak sempat hantar, nego lah sendiri dgn pensyarah masing2.
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Hai mpmn, tak kan hang raya nak makan buah pala.suruh lah wife u buat sikit2 kuih raya.meriah juga lah raya.makan buah pala .sakit perut baru tahu. Macam azamboy salah sikit makan dah sakit perut.Perut dah second hand susah.
Amboi faris, kau masih melayan blog pada tengah malam tadi ye, nape, takleh tido ke? Ke wife kau cuti sembahyang? hehehe.... Kalau jumpa kekawan kat upsi nanti sampaikan salam aku (sempat ke tidak kau baca komen ni). Dah siap projek 3 tu, kau ada niat ke nak buat projek 4, jgn ler malu2 untuk hubungi aku...
Ton, seronok kau ye, terus pi shopping.... banyak ke beli baju raya? Tahun ni baju raya aku, wife yg jahitkan, hehe sayang suami ler katakan....
mpmn, aku pun suka jugak makan jeruk, tapi kau jangan ler beli jeruk buah pala jer, beli yg mixed ler baru best....aku tak kisah lagi pun pasal kuih....
Hai Usop,
Nampaknya kamu untunglah raya tahun ni .Kalau orang lain wife buatkan baju melayu, kamu tahun ni dapat 2 baju melayu.untung lah badan.Lagi satu ,kamu sibuk2 ajak buat projek 4 ni memang dah pakar ke?.aku ada rasa tapi tak kuasa...
anony
hg ni penakut sebenarnya. aku kenal sangat dgn hg. hg kalau nak buat p4 spt saranan usop tu kena nuntut dulu. bior lengkap ilmu tu. hg dah ready nak nak dukung budak kecik ke. hg bknnya rajin. usop tu lain le. dia mmg rajin.
berapa tambang feri la ni. aku nak jln2 sana cuti raya ni. aku nak jumpa ketua menteri baru ng hg. nak minta duit raya
tahniah pada kawan2 yang telah hantar projek 3. Saya dah pos guna poslaju yang tak laju.
macam budak2 si Azam tu...
Raya sakanlah kita dengan bonus dan dah relax dari assigment. Tapi tanggungjawab pada tugas masih meruntun kewibawaan kita.
Saya kena kursus di Dynasty,Kuala Lumpur pada minggu depan. Hujung Oktober kena di IAB. Tak pandai-pandai lagi kita ni. Tapi tak apa seronok juga kena kursus. Menyedut udara lain. Asyik di sekolah sahaja. Boring juga.
assalamualaikuk kawan
terima kasih faris kerana emailkan saya alamat blog ni.alamat yg dulu tak dpt dilayari.betapa gian nak baca dan komen catatan kawan2.
lega rasanya bila dah dapat.tapi saya terkejut apabila membaca blog mpmn.rasa-rasanya macam dia tersalah org.saya bkn anonymous. ramai org boleh guna nama tersebut. usup,saya setuju dgn nasihat kamu tu,kenapa lah tak guna nama sebenar atau nama samaran.tak lah nanti jadi salah sangka mcm mpmn yg tinggi ilmu mantik(kononnya)
boleh ka duit rmt dibelanja sebegitu? kalau boleh saya juga nak buat mcm tu la,tapi kena dptkan nasihat JPN dulu.
apa yg mpmn tersongeh tu, tula hang kelam kabut sangat.hang kutuk aku no (mohd pirzan).
Cuti Nuzul Quran, bangun awal pagi juga,cadang nak tidur selepas subuh,nak qado kononnya..tapi tak boleh,,mula le usung senapang dibelakang rumah,,dapat aku tiga ekor tupai..habis buah aku dikerjanya sampai aku tak merasa buah cempedak,,kalau ye pun tinggallah kan aku sikit..baca komen kawan2,,seronok juga,,sabripun kena kursus IAB,,aku tak dijemput,kalu jemput mahu gak pergi,,teringin nak makan ayam IAB dan ketamnya.tak syok le kome tak tulis nama,,sebab tak tahu orgnya dah rasa catatannya tak penting dan berkesan..bila tahu org,,kita baca komennya,,kita terbayangkan,,senyumnya,tawanya,,marahnya,gila gilanya..baru meresap dalam jiwa terutama apabila dah berjauhan ni..kenangan itu sangat perlu bermain segar dalam pemikiran,,kerana hanya itu yang kita ada,,tapi bila tak tulis nama,,pikiran mula beranggapan ,,ini mungkin orangnya,,kalau betul tak apa..kalau salah,,??jadi saya syorkan kawan kawan tulisle nama,,dan kepada Farishh..mereka yg tak tulis nama...jangan siarkan catatannya..apale susah sangat..bubuhnya nama...CUNINOI ke,,AYAMBAPAK ke,,lagi seronok sebab semua cuba mencari cari..kenangan yang kita ada adalah untuk kita bergembira dan bukannya untuk kita berluka2.lagipun kita dah jauh,,susah nak jumpa,,jangan hilangkan keakraban kita,
assalamualaikum,
azam apa la kome ni, biarlah tupai2tu makan,niat sedekah dapat juga pahalanya dibulan puasa nie.
tapi kalau kome dah kempunan nak makan buah2 tu, aku cadangkan kome buat sup tupai2 yg kome tembak tu...sama lah mcm kome makan buah2 tu sebab tupai makan buah, kome makan tupai.jadi lah satu rantaian makanan kan.
aku pun mungkin dapat kursus,kata depa. tapi aku sibuk sebab jadi penyelia kawasan PMR.
Hai Pirzani
Kamu tembak tak kena.aku dah kata jangan pakai teka2.kan dah salah orang.Kesian emzek yang kena.Kalau azam tembak kena jugalah tupai , kamu tembak tak kena orangnya.Tapi tak apa nanti dekat2 nak raya aku beri tahu dan minta maaf.Betul juga kata emzek tu Azam.Kamu buat sop tupai ,untung2 hilang sakit perut kamu tu.Kan kamu selalu sakit perut. He..he..jangan marah.hidup bergurau.....
Salam kepada rakan2,
Semalam dah selesai hantar projek 3. Alhamdulillah tak ada komen, Haji Raheem borak hal lain pulak. Dia kata kalau nk suruh dia jadi referee untuk buat master, boleh dia tolong. Menurut dia, sesiapa yang belum hantar di bawah dia ialah Kharudin, Hj Jamaluddin, Norazmah, Ainie, Zalila, Zul. Yang dah hantar dan dia dh terima ialah saya, Azam, Winnie dan Mahani Rahim. So, kawan2 yang belum hantar tu, dia beri masa sampai hari Jumaat ni.
Sebelum jumpa Haji Raheem, saya sempat berjumpa dengan En Shukri. Kebetulan dia ada, so dia beritahu HP dia kena ragut pada 12 Ogos sewaktu konvo. Sebab tu dia tak leh nk hubungi geng kita kerana tak ada nombor. Saya dah hantar semua tugasan individu (CD) kepada dia. Setakat yang telah hantar kepada saya ialah seramai 32 orang. Dia kata yang hantar kepada dia terus ada lebih kurang 8 orang. So, dia tanya mana bakinya dan saya tak boleh nak jawab kerana kita semua telah membuat persetujuan bersama untuk hantar sebelum 8 Sept. Kepada rakan2 yang belum hantar tu, cepat2 lah hantar.
En. Shukri juga bertanya tentang kes Dr Khuan marah kumpulan kita kerana Dekan ada bertanya dengan dia. Dekan nak kan maklumat terkini saja kerana dia rasa En Shukri memang rapat dengan kumpulan kita.
Berkaitan cadangan Azam supaya saya delete aje komen yang tak letak nama tu, nnti jadi tak seronok pulak kita nak berinteraksi. Apa yang penting kesedaran kita bersama untuk berterus terang dan menggunakan nama masing2. Memang seronok bila membaca komen daripada orang yang kita kenal daripada sesiapa yang tidak dikenali.
Dah pun lapang fikiran kerana semuanya telah selesai. Hanya menantikan konvo sahaja. Berkaitan cadangan Yusop tu untuk projek 4, bolehlah juga cuba. Manalah tahu boleh dapat A+. Kalau di UPSI setakat A bulat aje. He he,,,
Jumpa lagi rakan2.
Terima kasih.
Aku setuju faris tentang projek 4 tu memang ada kemungkinan dapat A+ sebab yg beri markah/gred tu adalah diri kita sendiri, hehehe. Boleh ler cuba kalau ada 'keberanian' dan 'kekuatan'....jika tidak, lupakan jer la niat korang tu.
assalamualaikum,
faris kenapa dr. kuan marah kumpulan kita ?
usup ttg projek 4 tu, kalau setakat ada 'keberanian' dan ,kekuatan, tak jadi apa-apa.mkin pula akan dpt dosa.yg penting mesti ada 'keadilan'.yg tu banyak yang tak sanggup tu....!
adil dari segala segi lahiriah dan batiniah.
mpmn perlu fikir masak-masak ttg hal nie sebelum buat projek 4. kau nampak suka saja dari dulu lagi.kenapa masih tersonggeh lagi.
anonymous pun satu hal, aku bkn emzek tapi emzex la. eja betul-betulllll.
Untuk makluman Emzex,
Kes Dr Khuan tu, bila dia marah kumpulan kita bila ramai tak hadir program dgn Dr Ibrahim Ahmad Bajunid tu. Dekan hanya nk dptkan gambaran sebenar apa yang berlaku. Sebab tu dia tanya En Shukri. Itu aje. En.Shukri pun jawab dengan cover kumpulan kita. Dia kata mungkin kumpulan kita tak bercerita kepada dekan kerana ikut prosedur kena jumpa ketua jabatan dulu. En. Shukri cakap mungkin sebab itu juga kumpulan kita buat jamuan tak jemput pensyarah2. Aku pun cover line bahawa mungkin jamuan dgn pensyarah akan dibuat semasa kita konvo nnti.
TK.
pil tupai jantan ,,khasiat...di ambil ketika tupai mati meragam..ketika bersama,,tupai betina mati terpaku di dahan,,punya le powernya pil tupai jantan,,,saoa nak>>>>>>>?????
salam maghrib kwn2..
emzek n anony aku saja je main teka2 dlm kesamaran. tujuan aku kau org yg nampak penakut tu muncul di permukaan. akhirnya emzek telah memberanikan dirinya. cuma kau seorg je anony yg msh penakut lagi.
utk pengetahuan hg emzek aku mmg setuju bangat dgn prgm p4 tu jika ada kwn2 yg berhajat. tp aku tak fkr hg berani. tp kalau berhajat juga hg kena kempiskan pelambung hg tu dulu. rambut tak perlu diinai kerana rambut hg masih hitam berkilat lg.
faris pasal dr kuan tu jgnlah kau pening2 memikirnya. dia tak boleh buat tuduhan melulu. lainlah kalau dia ada ambil kehadiran. aku tgk ramai member kita yg ada dlm dewan tu. tp ramai yg tak tunggu habis termsklah emzek dan anony yg soerg tu. dah le masa ceramah dia tiduq aje.
azam aku tak nak makan apa bhn yg diperbuat dari tupai. bior le hebat mcm mana pil 2. setahu aku yg mkn tupai ni org asli je. hg jgn mkn tau.
anony n emzek
hg ada jalan tak aku beli mercun n bunga api. aku nak jadi dealer di sini. hg berdua dok di utara, sng berhbg dgn org siam.
tp aku tak nak daun ketum tau. ramai org kena tangkap tau. masa konvo jgn bawa daun tu. nanti naik pentas jln hoyong hayang
Hai mpmn,
Kamu tak ada barang lain ke nak niaga.benda mercun dan bunga api yang hang nak niaga.Aku setakat bunga api tu dan thunderclap tu adalah kaki.tapi pasar gelap jugak.Kawan aku polis tu senang dapat benda tu.Dia jual murah saja.Tapi aku tak nak jual kat sapa-sapalah.buat nyaya saja.Biarlah berniaga benda2 yang betul2 baru lah berkat rezeki kita.
Kamu jangan kata aku penakut.Hang terkejut beruk kalau hang tahu aku sapa.Whatever sorry jika ada yang tak suka aku.
Salam semua.
Membaca tulisan2 kalian membuatkan I tersenyum sendirian sambil mengenang kisah dan ragam kita di upsi dan iab. Hilang gak rindu dan release skit tension kat kepala asyik fikir sekolah. Betul kata azam tu... bila tahu nama penulis terus terkesan dan dekat dihati. Tapi bila berteka dalam kesamaran buat mengabihkan boreh je! Come on... tulis lah nama..kan kita dah janji masa malam jamuan tu tak berselindung lagi.
Rasanya lega dan ringan kepala bila dah hantar projek 3 kan? I betul2 manafaatkan feel lega itu dengan mula berfikir pasal raya.. apalagi terus shopping baju raya anak bungsu I. One more thing yg I buat Ahad tu ialah menukar 360 darjah perabut dalam kamar beradu I. Nak tukar baru kureng mampu, so alih2 aje lah kedudukannya. Wow, ada impak lah! Kejap2 nak masuk bilik ... but anak pun sibuk lah pulak menumpang sama dalam bilik I. Maklumlah dah 3 tahun gitu je...tak sempat nak usik. I think u all should try to do that so. Cuba tengok the new feel.
K.. C U ....
ita n ton..
ekau org berduo ni bkn main shopping lg yo. kalau balik rembau 2 singgahlah kek pondok buruk den. takkan tak balik kg kot. tahniahlah ita hg dah berjayo ubah perabot kamar tidur. mesti powernya lain kan..kan...kan...
azam, aku tak bergantung pun pada pil2 yang macam itu, setakat ini ok jer....hehe
anony, aku adalah salah seorang yg bukan tak suka kat kau, sukeeeeeeeee sangat.... cuma elok ler kalau kau guna nama, tu jer, tak susah mana kan???
mpmn, kau jual ler benda lain... mana boleh main mercun!!!, lagi pulak membazir jer...
ita, bagus la cadangan u alih kedudukan perabot dlm bilik tidur. i tak sempat nak buat lagi, letih la bulan puasa ni tapi i selalu alih kedudukan badan i masa tidur, hehehe.... ok ke tu???
salam.wah meriah blog ni fasal projek 4. kepada rakan-rakan yang ada kesabaran, teruskan lah. cuma perlu diingat bahawa projek 4 tu untuk selamanya; bukan macam projek 3, dah siap, kita hantar kat pensyarah, lepas tu rasa lega. masa saya keje kat pspn, ada pegawai btp bercerita: "ada lelaki tak nak kahwin lagi kerana tak sanggup lagi nak mengulangi senario apabila isteri muda mengandung, hantar check up, bersalin , dalam pantang dll le. sebab katanya yang ada sekarang ni, anak pun dah besar, boleh buatkan air atau kuih jemput2. kalau ada yang baru, cycle lama tu diulang semula sedangkan katanya umur semakin meningkat. tak larat nak bangun malam jaga baby." tapi .... kalau kita baca kat surat khabar hari tu, lelaki beristeri 4, anak 20 ke 25... murah rezeki. ramai anak yang mendoakan kita, kan! kalau nak buat kenduri doa selamat, dah cukup dan lebih afdal jika anak2 yang mendoakan kan! so, kena timbang2 le, fasal projek 4 tu. fasal ada rakan nak jual mercun tu, rasanya kena lupakanlah hasrat tu. kesian budak2 yang cedera kerana main mercun.selamat berpuasa dan tak lama lagi raya!wassalam
Puan Rozita,,isteri aku adalah salah seorang yang suka mengubah ngubah tempat beradu..usahkan tempat beradu,,almari kain pun di ubah ubahnya..memang betul kata kamu,,a new touch,,a new feeling,,tukar langsir bilik, tukar cadar katil dari segi warna,,tukar carpet..memang seronok,,hampir setiap bulan di ubah ubahnya..satu aje yang aku seronok sebab aku tak terlibat untuk menolaka almari atau meruntuh katil,,yang itu aku sokong sangat tapi maslah besar nya pulak..aku tak tahu mana dia lipat underwear aku dan simpan kat almari mana..apapun,,aku memang seronok,,anak pulak tinggal seorang dirumah,,selalu keluar dgn kawan dia belajar di sekolah yang hanya 400 meter dari rumah,,apa lagi..main aci kejorle aku dirumah...seronok tuhan aja yang tahu,,bulan posa ni kurang le sikit sebab perut aku meragam...projek 4...memang aku tak sanggup ,,sebab mem aku tersangat baik sehinggakan punggung emak akupun di basuhnya..manalah aku nak cari mem yang sebaik itu sedangkan aku sendiri termuntah muntah...lagipun bukan sampai serunya lagi kut..nanti kalau dah hendak,,dia tak kira gamaknya...tapi kesian kat org pompuan ni...susah sangat ye..kome nak dengar cerita takk,,adale seorang mamat yang sudah beristeri,,teringin sangat nak jadi isteri sebab dia kata jadi suami ni susah cari nafkah..jadi isteri seronok..relak aje duduk di rumah..jadi diam mintak kat tuhan supaya dia jadi isteri walupun sehari...nak jadi cerita,,sisuami bi bila bangun pagi terus jadi isteri,,isteri jadi suami..dia pun geraklah suami dia bangun,,siapkan makanan pagi,siapkan anak anak nak ke sekolah,,hantar pulak ke sekolah,balik rumah basuh kain,,jemur kain,,baru nak relak,,teringat pula makan tengahari,,ikan tak ada,,pegi pulak ke pasar,,balik terus masak,,habis masak kena ambil anak kat sekolah yang pulang tengahari,,siapkan makan tengahari mereka..kemudian hantar kelas fardhu ain pulak,,tup tup hari dah petang,,suami balik..buat kat air dan cucur kodok utk minum petang,,angkat kain di jemuran..lipat,,susun di almari..seterika pulak untuk di pakai besuk..kemudian siap untuk makan malam,,bila anak dah tido baru lega...baru nak tido..siisteri yang dah jadi suami tadi nak pulak makanan dia,,terlentuk dia kena 4 round ,,dan sebelum dia tidur,,dia mintak doakan tuhan supaya cukup le sehari dia jadi suami..tapi tuhan kata tak boleh,,sebab masa bersama tadi benih tadi dah jadi anak..wwowwowowwawawawawwa..menangis dia..sebab dia kena tunggu 9 bukan 10 hari lagi,,baru boleh jadi suami..sampai pagi dia menangis kerana tak mahu jadi isteri,,sehinggalah dia rasa ada orang yang memanggilnya "bang....oh bang...kenapa nangis ni,,mengigau ye????,'"gerak isteri sambil menatap wajah kelirunya, rupa rupanya dia bermimpi...bila celik,,terus dia peluk isteri dia dan ucapkan terima kasih sangat sangat...apapun,,memang sebenarnya seronok jadi lelaki dan jadi suami..hehehheheheheheheh
aisyah...
kalau aku turun JB, aku singgah rumah tau. askar aku ramai. huru hara rumah kau nanti.
pasal p4 tu, ini idea usop. dia nak meriahkan kelab yg sedia ada. maklumlah ahli tak ramai. sunyi. tak aktiviti boleh buat. tp aku dgr mmg ada member yg nak buat p4. tak caya tya usop. betulah ckp hg tu aisyah. kalau kahwin baru, bila dpt baby kena buat rutin lama. aku surender. tp kalau byk duit boleh guna bibi.
aku sebenarnya dgn mercun ni byk sgt nostalgia masa kecik2. masih aku ingat kepala aku hampir pecah pd siang hari n sebelah malam boleh main mercun n bunga api dgn kepala berbalut. ikat mercun tarik pd basikal org tua gi sembahyang tarawih, tau2 aje apa jadi. kalau mercun lada tu, lwn dgn kwn siapa berani biarkan mercun meletup di tgn. jadi aku nak anak aku merasai nostalgia aku dulu. yg putus tgn n mcm jenis2 cedera tu sbb dia nak jadi macgyver.
Salam Bahagia,
Faris,Projek 3 dah tamat.Kamu tukarlah Tajuk Baru.Tajuk persiapan raya pulak.susahlah dah hampir 60 komen dah............
Mpmn,
Sebona e den poi shopping tu bukan dongan ita, tapi dengan abang den..
Memanglah ghayo ni den balik Rombau, kalau ada maso datanglah beghayo kek kg Semorbok, kalau nak cari meriam buluh memang banyak kek kg tu..bolehlah mengenang nostagia lama tu..
Jumpo lai..
Assalamualaikum kawan2,
syukur alhamdulillah,majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim & murid miskin sekolah saya telah selesai semalam.majlis ini di taja oleh sime darby sdn bhd dan seorang hamba Allah yg menyumbangkan seekor lembu.meriah sungguh majlis ini.kalau dulu semasa berada disek. bantuan modal tak merasalah sebegini mewah.untung juga berada dikawasan parlimen PM ni,dpt banyak tajaan.
nampak gaya apabila berbicara ttg projek 4 ni banyak yg memberi respon terutamanya mpmn.saya setuju dgn pendapat azamboy tu.kita kena fikir banyak pengorbanan yg telah dilakukan oleh isteri kita.musahabahlah diri yg sebenar dan jangan ikut hawa nafsu tu.cukuplah setakat ni saja dan jangan lagi kita berbicara ttg projek 4 tu lagi.
tahniah rozita kerana berjaya ubah berbagai variasi kedudukan katil tu. lagi power kalau ada berbagai posisi semasa.....ehem(azam tentu tau setuju).saya nak cadangkan kalau katil tu digantung kan lebih baik.tidur pun nenyak sebab terhayun-hayun mcm buaian bayi.orang belum buat lagi,cubalah.
pirzan,pirzan kenapalah nak buat bisnes tu.banyak kanak-kanak yg akan cedera.takkan ekau sanggup tengok generasi ekau putus jari.tapi alang-alang ekau nak juga,aku cadangkan ekau belajar buek bom.boleh ekau jual kat kerajaan. tu baru bisnes untung besar.apalah punya idea,piiiirah.
usup pun dah mula guna nama why be as(jgn ass dah lah).
oklah jumpa lagi.projek 3 blm antar lagi.
kwn2...
ni aku nak habaq mai, hari ni hari terakhir aku menulis dlm blog. Bkn merajuk mcm rajawali tu, cuma mulai esok bercuti selama 10 hari termasuk sabtu n ahad. aku nak gi berubat ubat hati yang sakit ni.
emzek, hg tak nak buat p4 tak apelah. tp ada member lain nak buat, bglah skgn. bkn dia nak buat naya dkt bini no.1 tp dia kasihan dkt bini yg ada. penat n kdg2 kena tinggal sorg2 jadi dia carikan kwn berbual n boleh bantu mengemas rmh sama. boleh tlg alih posisi katil malah kalau nak buat katil gantung pun boleh. apa tak percaya ka.
ton.. kalau setakat buluh nak buek meriam tu, dokek kg den bersepah. buluh betong pun ado.
emzek aku nak nsht kat hg, jaga pemakanan. hg tu ada darah tinggi. jgn dok pulun sgt mkn daging tu. nanti tak sempat konvo. ya lazim tak pe lah minum guna gelas besaq. ok kwn2. maaf zahir n batin. adios
mpmn awat tu , merajuk ka? oghang tua-tua merajuk buruk rupanya.
aku tau hang teruskan lah dgn projek hang tu......itupun kalau hang dah buek keputusan.jgn jadi mcm leman budak group fulltime.sampai skrg hampas pun tarak cakap saj banyak.piiiirah!
Post a Comment