Thursday, August 7, 2008

Isu Jamuan Akhir Kumpulan B

Salam sejahtera kepada semua rakan2,

Ini ada isu terbaru yang perlu rakan2 tahu, fikirkan, buat cadangan serta keputusan dengan reply kepada tajuk blog ini. Berkaitan pengundian nanti, saya akan masukkan dalam Yahoo Groups. Isu berbunyi begini ....

SMS En. Shukri kepada CG Sabri :
Assalamualaikum Cikgu, malam semalam saya hadir ke majlis jamuan akhir pengajian kumpulan A kat Kalumpang Resort. Cukup ceria. Saya teruja sekali. Bila kumpulan cikgu akan buat jamuan pula?

Jawapan CG Sabri kepada En. Shukri :
Kami dah buat minggu lepas kerana kesilapan teknikal tentang surat menyurat, semua pensyarah tak tahun dan tempahan lewat dan penuh. Maaf, kami bercadang bila konvo Mac 2009 nanti.

OK, renung2kan dan fikir2kan. Jika kita nak buat semasa konvo, saya cadangkan kita ambil pakej penginapan dan makan di Kalumpang Resort serta adakan majlis tersebut disitu dengan menjemput pensyarah dan ahli keluarga kita bersama.

Terima kasih.

13 comments:

Anonymous said...

aku memang setuju..... tapi harap2 tak timbul masalah. yang ari tu nak buat jamuan sesama kita pun ada kepayahan nak dapat kata sepakat, ini kan pula nak uruskan jamuan dengan famili.

Anonymous said...

assalammualaikum
1.aku dah vote tak setuju. rupa2nya aku seorg yg vote. org lain tak berani nak vote ke. votelah biar sng nak buat keputusan.
2.berkaitan syukri..aku tak percaya lsg dia tak tahu kita dah buat. mesti dia dah diinfokan oleh group A atau dia dah dpt maklumat dari kwn sekumpulan kita. pertanyaan dia tu npk mcm profesional dan secara tak lsg meminta kita mengadakan pula majlis tersebut. itu pd firasat aku le.
3.masalahnya pensyarah ni berpuak2.nak dtg kalau ada member yg ngam dgn dia, lps tu pulak kalau ada pensyarah yg dia tak ngam tak mahu dtg. bila peruntukkan dah dikeluarkan utk setiap pensyarah, tau2 tak dtg. leceh betul.
4. kalau nak buat juga, siapa yg nak jadi angkornya. rumit tau. tp kalau ada yg bersemangat nak cuba, teruskan.
5. berkaitan cdgn azamboy, hya melibatkan seorg anak aje, aku tak setujulah. mana nak campak anak2 yg lain. takkan nak htr plg lps tu dtg balik. atau terpaksa buat lat ta li lat lai li tam lung.
6. tak tahulah mungkin aku terlalu pesimis. cuma tak ada yg mustahil. itu aje.

yusofsipan said...

assalammualaikum,

pada dasarnya aku pun bersetuju tapi bila bab nak jemput pensyarah ni memang ada masalah, kalau setakat nak jemput En Shukri memanglah takde masalah...

pengalaman kumpulan A buat jamuan dan jemput pensyarah tempoh hari mengajar kita bahawa bukan semua pensyarah bersedia utk datang...

kalau nak buat bersama keluarga kita buat sesama kita jer la... dan kalau boleh kita fikirkan juga untuk buat reunion setiap tahun, mungkin bergilir2 tempat...

kembara kelana said...

salam semua,
maaf aku memberikan respon.
kelumpang resort n training centre memang baik..harganya pun berpatutan
restoran permata bonda atas kolam mancing tu memang bagus untuk kita buat jamuan sebab agak privacy dan dia mengutamakan kepuasan pelanggan. Harga kami dapat itu hari atas kapsiti 70 orang ialah rm3600..lepas tawar menawar..nama boss restoren tu redzuan..ok jer..datang dan bincanglah dengan dia...
tentang pensyarah tu..aku nbo komen, sebagai penghulu aku ikut majoriti..aku biasa jer...cuma nak beri input tentang restoren tu...actually di krtc tu ada restoren jugak...yang itu aku tak deal...aku deal dengan restoren depan krtc ..ok geng kumpulan B ..apapun..aku percaya kau orang akan buat yang terbaik untuk semua orang...jumpa masa kon co..

khas untuk faris..senarai nama kumpulan A ada di

http://docs.google.com/?pli=1#all

untuk tindakan ( sebagaimana kita bincang itu hari lepas seminar Ibrahim Bajunid ...ingat tak )

salam

Anonymous said...

aku cadang seorang anak pasal mengirakan jumlah mereka yang dibenarkan masuk dalam dewan masa kita terima ijazah,,kalau nak bawa sekampungpun,no problem tapi kena sewa bilik dan charge makanan buat satu kepala,,masa kita masuk dlm dewan ambil ijazah kita biokan dema di tempat penginapan kita tu,,lepas amabil kita dapatkan mereka balik dan pastikan bilangannya tak berkurang atau terlebih heheheheheh,betul tak...MACAM INILAH BANG,,KALU SETUJU,,KITA BAWA BERAPA SAJA,ASAL BILIK TIDUR KITA BERUPAYA TAMPUNG FAMILY KITA,,YANG LELAKI,,PPGB KUMPULAN KITA,,KITA BAWAK KHEMAH..KITA TIDUR DALAM KHEMAH BERSAMA GENG KITA..ENTAH BOLEH TIDUR ENTAH TIDAK,,MASING2 BAWA KHEMAH MACAMCAMPING TU,,WOWOWOWOW BEST OOI,,AKU NAK TIDUR DGN SABRI DAN UCUP..SEBAB LAMA TAK TIDO DGN DEMA,,TANG POMPUAN,,TIDO LE DGN SUAMI DAN ANAK ANAK...YANG NAK TIDO DGN KUMPULAN KITA,,,TERPULANG,,TAPI JANJI JGN MULUT BISING,HEHEHEHEHEHEH

yusofsipan said...

azamboy,

aku tak nak tido dgn kau la, kau tu kalau tido selalunya nkau entah ke mana.... kain entah ke mana...., hehehe tapi seronok kan kalau dapat 'camping' macam tu....

Anonymous said...

aku rasa tak praktikal. sb dah duduk jauh.tok penghulu lepas dah exfired.tak renew lg. pe yg terjadi dan dilaksanakan biarkanlah.rasa mcm basi...je kalau buat nanti.yg lepas tu biarkanlah. anggaplah satu kesilapan . en sukri saja sms kt penghulu nak tgk penghulu respon mcm mana.bkn niat dia nak suruh kita adakan majlis tu lagi.tak profesional lah. lagi pun mgkin kita bawa ramai anak2. bini2 (???)mgkin ada plan masing2.cume kalau jumpa en sukri, ajak le dia minum/makan2..rai dia.

Anonymous said...

Sudahlah ABC. Anda adalah kumpulan yang menentang tetapi pengecut kerana sentiasa tak berani berkata di depan dan menggunakan nama sendiri. GB apa macam ni, tak ada telur!! Kalau tak setuju, jangan api2kan orang dengan guna nama samaran. Tak setuju, jangan ikut, itu saja. Kumpulan2 macam ABC dalam kumpulan inilah yang menghuru harakan kumpulan. Kalau sibuk dgn dunia sendiri, buatlah urusan sendiri semasa konvo nanti. Tak payah join.
Aku tabik kepada MPMN yang berani gunakan nama sendiri dengan menyatakan rasa tak setuju. Poorah.... cit....

yusofsipan said...

ada orang kat sini kan....., dia 'mengata dulang paku serpih......'

Anonymous said...

cikgu yusof..
apa-apa pun kalau buat jamuan lagi, jangan lupa panggil saya menyanyi..anytime boleh hiburkan atuk merdeka....
selamat kembali ke sekolah...dunia kita yang paling sibuk.
Salam Hormat dari Noorhayati Rasul
Kuantan.

PPGB Kohort 5 UPSI said...

Salam,
Nampaknya blog kita telah dilawati oleh rkaan2 di kumpulan A. Diharap rakan2 di kumpulan A dapat berkongsi apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada semua orang. Seperkara yang perlu rakan2 kumpulan A ambil perhatian, cuba2lah dapatkan jawatan GB DGA32 di sekolah SKM kerana itu merupakan tiket untuk ke DG44 secara fast track.
Terima kasih.

yusofsipan said...

serisuryati, kalau saya yg anjurkan jamuan tu sudah pasti akan mengundang seri sebagai penyanyi jemputan, peminat setia ler katakan....hehehe

eh... ada yg jeles ke dgn statement aku ni? Sori la bang, aku gurau jer...

Anonymous said...

pd hjh noraishah n the geng..
tk kerana sudi bersusah payah menguruskan perhimpunan kita di kalumpang sempena konvo nanti. mdh2an apa yg dircg direstui oleh Allah. kalau boleh beritahu kwn awal2 berapa budjet seorg kena byr. maklumlah nak msg2 nak bwa keluarga. ada yg askarnya seorg aje ada hg sedozen. kalau ibunya dua mcm usop dah berapa org nak dibawa. jadi member kena buat persediaan eko. juga.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites