Salam sejahtera rakan2,
Pastinya rakan2 telah menerima surat kemasukan bagi fasa 8. Rasanya belum lepas nafas tension exam fasa 7 tempoh hari dah nak masuk fasa 8 pula. Bila terlalu hampir antara dua fasa, tak seronok juga kan. Apa yang menguatkan semangat adalah kerana ini fasa terakhir kita yang amat kita nanti-nantikan sejak Julai 2005 apabila mula bertapak di IAB.
Tahniah kepada rakan2 kerana kita telah sama2 berjaya mengharungi pahit dan getir sepanjang tempoh 3 tahun dan ini merupakan langkah penamat yang diharapkan semua diantara kita dapat menujunya.
Ayuh! rakan2, teruskan perjuangan. Mungkin di fasa 8 ini kita perlu mengadakan satu program keraian atau perlu kita adakan sewaktu konvokesyen nanti. Fikir2kanlah. Jika semasa konvo, pastinya masing2 sibuk dengan keluarga masing2.
Selamat bertemu kembali pada 6 Julai 2008.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
37 comments:
aku lom terima surat lagi, memang kelam kabut la sikit, selang lebih kurang 3 minggu jer dah nak ke upsi semula. Minggu ni saja ada 4 kali mesyuarat. Yg mesyuarat hari Isnin petang aku dah missed, petang ni ada mesyuarat prasekolah zon. Minggu depan kena pulak pi hadiri seminar utk semua GB daerah Muar, diadakan di JB. Aduhai, tgh sibuk nak buat kajian tindakan, ada mcm2 program ler pulak....Kekawan bagaimana? Tentu sibuk jugak kan?
Aku setuju jugak kalau diadakan satu majlis perpisahan sambil kita makan2. Tapi sebelum tu, aku cadangkan kat dalam kelas pun kita boleh adakan satu sesi refleksi ttg kursus kita sepanjang 3 tahun ini. Setiap orang diberi peluang bercakap, cakap ler apa2 pun, mungkin ramai yg nak meluahkan rasa dan perasaan.... lebih2 lagi selepas itu kita akan sukar utk bertemu atau berhubung, masing2 dgn haluan sendiri. Dan satu lagi jgn lupa utk bergambar sama, semua orang mesti ada....
faris n sop
aku dpt juga srt hari ni. tugasan azita tak htr lagi. naik sok baru htr. ikut dialah nak terima atau tidak. aku mmg dah tak de mood nak bljr. nak buat master jauh sekalilah.
utk buat keraian 2 aku sgt setuju. aku cdgkan sop hg jadi leader. hg cekap dan tekun buat kerja.
projek 3 aku tak fkr lagi nak buat apa. aku hrp hg aje cop tlg buatkan utk aku. aku tahu hg 2 baik hati. suka tlg sesama insan.
rfaris n sop
aku dpt juga srt hari ni. tugasan azita tak htr lagi. naik sok baru htr. ikut dialah nak terima atau tidak. aku mmg dah tak de mood nak bljr. nak buat master jauh sekalilah.
utk buat keraian 2 aku sgt setuju. aku cdgkan sop hg jadi leader. hg cekap dan tekun buat kerja.
projek 3 aku tak fkr lagi nak buat apa. aku hrp hg aje cop tlg buatkan utk aku. aku tahu hg 2 baik hati. suka tlg sesama insan.
rajawali, nape cadang aku pulak? aku rasa kalau bab2 mcm ni yg paling sesuai ialah org pompuan... diorang memang pakar terutama bab makan2, kita lelaki ni dtg melantak jer, dtg berlenggang la, tapi jgn lupa bawak buah...hehehe
ttg projek 3, tak payah ler kau nak muji2 aku ni baik ke suka tolong orang ke, aku memang tak sanggup dan tiada kemampuan dan tak larat....cari ler orang lain, maaf jer la ye....ada jugak niat nak tolong tapi aku tak berdaya...
jamuan
kalau jadi dibuat, aku nak nasihat sikit pd kwn2. berhati2 memilih menu makanan. aku sensitif betul ttg makanan yg dihdgkan. kerana begitulah aku. sebagai muslim kita diwajibkan memilih makanan yg baik2cth kalau boleh elaklah lauk ayam kerna byk berlaku ayam disembelih oleh org yg tak sembahyang. entah2 beli dari peniaga cina. sbb dia org boleh bekalkan brgan dgn harga yg murah. ayam yg belum mati disembelih sudah dicampak dlm air panas. nak sgt makan ayam sembelih sendiri. byk lagi benda lain yg kita kena perhalusi. jgn tahu soru aje. mungkin ramai yg tak setuju. terpulanglah msg2 punya pendirian. tgk org India, kalau dia vegetarian, maka dia tak sentuh lauk daging. kita pun kena ada pendirian yg lebih mantap dari itu.
aku tgk org kita ni tak sensitif ttg apa yg dimakan. pakai balun aje.
masa tamat kian hampir,tentangjamuan aku setuju,tentang berucap u utk beripeluang semua,,,,aku rasa tak sesuai nanti jamuan kita habis pukul 8 pagi esok..apa kata kita gunakan ruang blogs ni untuk menceritakan isi hati dan pengalaman,,,satu kelebihannya,,semua org berpeluang menulis dan membaca,,blog ini jadi lebih meriah..sapa tak sedih...sapa tak rindu selepas ini..aku semestinya kerana ramai hati hati yg aku cederakan kerana kelakuan aku yg gila gila bahasa....ampun kan aku kawan kawan..aku sebenar nya tidak ganas tapi berpura2 ganas,,aku sayang kat kome dan semestinya aku rindu selepas ini..ampunkan aku,halalkan yg makan dan terminum...yang aku ambil,,yg aku ceduk tanpa pengetahuan atau dalam pengetahuan..aku manusia lemah...seronok pada kali ini kerana anak aku pun turut sama berada di upsi....so,,,aku kena baik baik dgn kome.heheheheheheh
zam
berkenaan ucpan tu, aku setuju dibuat secara live. ucpn dlm blog tak sama sbb tak berhdpn dgn orgnya. kalau takut lambat habis. hadkan masa. sorg 5 minit sbgi cth. atau ofer pd sapa yg nak berucap.
aku cdgkan kita buat majlis di bkt belutong. betul ke nama 2. jln nak ke btg kali. aku dgr di situ ada tpt main bowling. mana tahu ada di antara kita yg pandai main boling. mungkin boleh main sesama kita. last perjumpaan. atau kita jumpa di tpt yg ada kolam renang. sambil makan boleh berenang bagi yg berminat nak berenang. amacam ok tak.
aku tgk org kelang skrg ni dah tak muncul2. sejak dpt air free.untunglah engkau org. sop hg kena nasihatkan sultan jhr 2. projek wilayah iskandar 2 akan menyebabkan johor ditawan oleh singapura. tanah melayu semakin pupus. mana org melayu nak pegi. nilah akbtnya org jhr taksub sangat degn parti keris. npknya keris sdh menikam diri sendiri.
aku cadangkan ucapan (perpisahan???) tu kita cari ler waktu yg sesuai di mana kita adakan dalam kelas jer, kita beri peluang semua utk bercakap kalau perlu hadkan masa hadkanlah. Waktu kita jamuan tu, kita makan jer la, tak perlu nak berucap panjang dan lama2 pulak...
aku kira ucapan tu penting sebagai luahan rasa terakhir kita selama bersama. Walaupun kita mungkin boleh berjumpa selepas itu namun suasananya tidak serupa sepertimana kita sama2 tgh belajar.
Selama 3 tahun, sejak di IAB, banyak kenangan pahit dan manis.... Ada yg bergaduh (cuma tak bertumbuk jer...) ada yg berkelahi dan bermasam muka, tak kurang juga yg merajuk, menjauh diri, tak bertegur sapa, benci, menyampah dan sebagai-sebagainya....mcm2 ada. Namun tak kurang kenangan2 yg manis2....semanis wajah2 member pompuan kita yg masih pandai bergaya dan melaram (semesti utk si suami tercinta tu), yg sentiasa melemparkan senyuman, wajah berseri tidak sombong, pandai bergaul, makan minum ceria gembira bersama, gelak ketawa di dewan kuliah, ada kekawan yg sedia membantu, ahh tak dapat nak dinyatakan semuanya di sini....yg pasti semuanya pasti berlalu dan yg tinggal hanya kenangan
semasa ucapan tu, aku rasa mcm banyak perkara dan benda yg nak diluahkan....entahlah terucapkan atau pun tidak....Aku ni kekadang tak sampai hati nak berterus-terang, bimbang ada hati yg akan tersinggung dan terluka....walaupun di kalangan bapak2 orang, nampak jer mcm hero, gagah perkara namun hatinya lemah, mudah patah mudah pecah, mudah terguris terluka parah malah berkecai..... Moga aku dapat berjaga2 dalam melontarkan kata2 dari lidah yg tidak bertulang ini yg lemparan kata2nya boleh menjadi lebih tajam daripada mata pedang dan yg tergelincirnya lebih mudah drp tergelincirnya sepasang kaki....
seperkara lagi, tentu rasa sedih kan masa nak berucap tu, JK kelas kena sediakan ler banyak2 sikit tisu buat mengesat si air mata dan yg lebih aku bimbang kekawan jantan aku yg 'over' pulak nanti, nangis ngalahkan baby lapar susu....hehehe
kita sama2 nantikan babak2 menarik dalam kisah pertemuan kita ini....perpisahan yg semakin hampir dan yg mesti kita terima walapun pahit dan menyakitkan.....huhuhu
Kita semua kan dah belajar perancangan strategik. So, dalam melaksanakan program yang dicadangkan, kenalah fikirkan KLAP. Betul tak? Segala maklum balas yang diberi, boleh kita ambil kira dan pertimbangkan. Nanti, tanggungjawab Penghulu lah yang menjalankan perancangan. Saya rasa, kita kekalkanlah penghulu fasa 7 kita tu untuk satu fasa lagi.
Satu lagi cadangan saya, kita buat satu majalah atau buletin di mana setiap orang perlu menghasilkan sebuah karya untuk tatapan umum. Dalam buletin itu juga kita masukkan koleksi gambar, maklumat keluarga, maklumat sekolah dan lain2 yang difikirkan sesuai. Ia boleh dibuat secara hardcopy dan softcopy.
Projek 3 tak hantar proposal lagi kepada penyelia. Bilalah agaknya nak buat kerana terpaksa mengurus setia Kejohanan Bola Jaring Tunas Mini Olimpik pada minggu ini. Selepas itu terpaksa menggalas tugas menyediakan buku program bagi majlis khatam al-quran peringkat negeri (hulu langat tuan rumah). Tambahan pula terpaksa selesaikan LDP sebelum 31 Julai 2008. Bila tinggal untuk fasa 7, cikgu2 tak buat lagi.
Kesian juga kak pah dan mek dah kerana dah tak boleh bergincu dan berkasut tumit tinggi.
OKlah jumpa lagi. Bye.
Saya rasa, kita kekalkanlah penghulu fasa 7 kita tu untuk satu fasa lagi.
faris, aku setuju dengan cadangan kau supaya kita buat satu majalah atau buletin di mana setiap orang perlu menghasilkan sebuah karya untuk tatapan umum. Dalam buletin itu juga kita masukkan koleksi gambar, maklumat keluarga, maklumat sekolah dan lain2 yang difikirkan sesuai. Ia boleh dibuat secara hardcopy dan softcopy. Mudah2an dapat respon menggalakkan drp kekawan kita. Aku rasa rancangan ni kalau nak dilaksanakan perlu dicanangkan lebih2 sikit, kalau tak kekawan kita tu buat 'bodoh' jer... Tengok ler apa yg dah jadi pd blog kita, org yg sama itu la juga yg beri komen. Bagaimana cara terbaik nak pengaruhi kekawan kita ye... Kau tak de ilmu pukau ke faris? Susah2 sangat kau pukau jer diorang tu....hehehe
Ni satu lagi yg kau dah sediakan - database dlm yahoogroup tu, sangat la bagusnya demi utk kesinambungan perkenalan dan persahabatan kita, terima kasih. Setakat ini baru lima orang yg dah masukkan data, moga2 bila dtg utk fasa 8 nanti semua akan masukkan maklumat mereka.
'Kesian juga kak pah dan mek dah kerana dah tak boleh bergincu dan berkasut tumit tinggi.'
faris, aku tak tau ler kau dapat berita ttg gincu dan kasut tumit tinggi tu dr mana, aku awal2 lg mcm tak percaya sbb kalau dr berita di radio/tv dan akhbar2 arus perdana, semua kena ditapis dulu, banyak yg tak betul.... Cuba bandingkan dgn berita di sini;
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11674
fasal nak buat buletin tu - ok le. tapi, kita buat dlm bentuk hard copy le...tempah cetak cantik2 dan kita kongsi bayar le. selama ni pun kita mampu beli buku dan nota kan ! rasanya, kita perlu hadkan berapa banyak ruang untuk seorang menulis. alang2 nak buat kenangan, biarlah ia bermakna.
sop
hg ni nak tunjuk teror. pamer gambar dlm blog. ajarlah mcm mana nak buat.
ttg ucpn 2, kalau masa kuliah, aku tak nampak masanya utk dijlnkan. lg pun tak semua boleh bagi komitmen. suasana tak kena. aku tak setuju 200%.
buat ajelah masa jamuan 2. tak pyh nak karaoke. tp sop kalau hg nak nyanyi aku setuju. mana tahu hg nak nyanyi lagu urdu raihan. aku cabar hg kalau betoi hg anak jantan. hg nyanyi aku akan menari.
beran ka. nape kelang geng merajuk. hg tahu ke puncanya. hg kan repoter. dah tuo2 nak merajuk. geli hati kawang.
wahai rajawali, kau ni apa la, setakat masukkan gambar tu tak ler teror namanya...aku sedia ajar kat kau tapi maklum ler kau tu bukannye senang nak turun melata di tanah, asyik terbang tinggi mengawan.....
ttg ucpn 2, kalau masa selepas kuliah, dan masih awal lagi kita tak payah ler nak terus balik kolej, stay back dlm satu jam, aku rasa cukup kot....tapi kalau buat buletin pun aku setuju jugak.
aku malas la nak nyanyi, nanti kau kata aku nak tunjuk teror ler pulak, susah juga kita ni kan...kita nak buat sesuatu dgn ikhlas pun orang kata mcm2... Tak payah ler kau nak cabar aku dlm bab2 yg kurang berfaedah tu dan kau pulak sanggup nak menari tu apa ke halnye pulak, buang tebiat ke??? Banyak cara lain la kalau nak aku tunjuk keanakjantanan aku...
hari tu kau kata kau tahu sapa yg merajuk tapi kau tak tahu sbb apa diorang merajuk ye? ke kau buat2 tak tahu? aku sebenarnya tahu apa puncanya.... aku pun malas nak heboh2 pasal ni la, cukupla dgn sebaris ayat iaitu; puncanya adalah kerana kau!!!
sendiri mahu ingat ler ttg apa yg kau telah komen dlm blog ni, jgn main bubuh semacam, kalau ibarat lidah memang ia tak bertulang tapi bukan bermakna kita boleh menghamburkan apa sahaja kata2 sehingga banyak hati yg tersinggung atau terluka... kita masing2 dah tua, apalah salahnya kalau bercakap atau menulis tu dgn kata2 dan bahasa yg bersopan-santun, orang pun suka dan kita pun tidak rugi apa2. aku bukan nak nasihatkan kau, rasanya tak layak pun aku nasihatkan kau...sapa la aku ni, kau tu lain la, dah ler 'raja', 'wali' ler pulak.... Cuma sebagai kawan aku rasa tak salah kalau aku beri peringatan.... bukan kah memberi peringatan itu bermanfaat kpg org yg beriman???
ok ler, panjang jugak komen aku ni, kau jgn pulak nak merajuk rajawali bila baca komen aku ni, ke kau memang jenis keras hati dan tak terasa apa2, hehehe jgn marah gurau jer.... tapi kalau kau nak marah pun apa aku boleh buat, marah ler...
wassalam
pembetulan, (maaf typing error)
......Cuma sebagai kawan aku rasa tak salah kalau aku beri peringatan.... bukan kah memberi peringatan itu bermanfaat kepada org2 yg beriman???
sop n kwn2
bab merajuk ni, aku rasa jengkel sangat alasan yg diberi. dah tua2 dan dah lama memanaskan kerusi gb, tpt yg panas pulak pun mudah ambil hati. aku akan minta maaf masa hari ucpn yg dircg diadakan. kalau ada umur lagi. kecik sangat masalahnya. baik jgn jadi gb kalau mcm tu pun nak merajuk. biasalah bahasa raja mesti kasar tapi bersopan dan berniat suci sesuai dgn title wali.
aku tak rasa apa2 pun. cuma aku kesian kat hg sop, sbb tak dpt nak usik dia org. hg dok layan aku ni sbb tak dpt nak usik org lain. kan kan kan.. hati aku ni memang keras, tapi mcm kerak nasi. bkn mcm hg sop, keras mcm garam bukit.
rajawali, nape pulak kau nak berasa jengkel sangat?? Ada ke mana2 peraturan atau undang2 yg menyatakan bahawa orang2 tua takleh merajuk?? Kalau kau dah ada niat nak mintak maaf tu, bagus lah tapi aku rasa jika kau dpt segerakan lagi baik...... Pada kau memang kecik tapi orang lain yg terkena dan merasainya....jgn kau nak kira sama semua orang atau nak samakan dgn diri kau... kau memang lain, raja lagi wali.....
tak mesti raja berbahasa kasar.... kalau dah berniat suci dan sesuai dgn title wali, berkata2lah dgn bersopan-santun dan penuh hikmah.
kalau kau tak rasa apa2 pun, itu adalah masalah kau, mungkin tahap sensitiviti kau dah korup.... tapi jagalah hati dan perasaan org lain kerana kita hidup dalam sebuah komuniti.
aku akui memang hati aku pun jenis keras dan aku masih sedang berusaha utk melembutkannya, mudah2an berhasil.
sekian, wassalam.
sop n kwn2
aku bkn tak nak minta maaf, tp aku tak nmpk apa salah aku. cuba kau tgk aku, wp pun dihina, diperli, n mcm2 lagi kau buat sop, aku tak kecik hati pun malahan aku masih sudi layan kau.
hg ni sop suka besar2kan perkara kecil. apalah hg sop. "buat apa kau menangis disini, pergi kau menangis di sana, tak tahu malu.."
Salam sejahtera,
Nampaknya Ucop dan Rajawali saling berbincang di antara satu sama lain. Diharap kedua2nya tidak akan terguris hati dan perasaan.
Bagaimana dengan projek 3? Cop, nampaknya kau dah mula. Aku masih belum lagi. Proposal pun tak submit lagi kepada penyelia. Agak sibuk juga bila berada di sekolah dalam tempoh masa yang singkat ni. Macam2 nak diselesaikan.
Semalam ada Hari APC yang dilakukan oleh Pengarah JP Selangor yang baru. Selesai majlis, semua pengetua dan guru besar ada sesi bersamanya dan pelbagai amanat diberikan supaya disampaikan kepada semua guru dan staf sekolah. Puan Ashah Samah ni memang pentingkan SKPM dan everything must follow the rule (SPI dan arahan2). Hobinya memantau sekolah seperti yang dilakukannya semasa di Jemaah Nazir dan paksa guru besar juga memantau dan mencerap serta jangan duduk dalam bilik aircond saja. Kena ikutlah perubahan semasa yang berlaku. Itulah perkongsian yang dapat dinyatakan ketika ini.
Terima kasih, jumpa lagi.
faris, aku baru balik ptg semlm dari seminar profesionlisme GB daerah Muar yg diadakan Hotel Tropical Inn, JB selama 3 hari. Masih terasa keletihannya. Selama 3hari itu jugak aku tak sentuh apa2 pun projek 3. Cadang nak tambah sikit2 projek 3 masa berseminar, hampeh... tak sempat pun. Salah satu slot dlm seminar tu ialah mengenai SKPM jugak.
Johor sekarang tgh sibuk berusaha keras utk capai visi Johor Top 5 2008. Buat masa ini Johor top dlm STPM jer, yg lain2, hancus, jadi tupai jer kot...
ok, jumpa lagi
faris tk atas usaha murni yg dilakukan dgn menyediakan wadah berbicara.
azam tk atas lawak jenaka yg sering dikongsikan buat melupakan seketika penat lelah di sekolah
hjh ita n zaimz tk atas perkongsian segala maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan.
fidah n geng kedah tk kerana sumbangan anda di dlm blog ini.
aisyah, wp berseorangan di Jhr tp masih sudi juga mengirim berita utk dikongsikan oleh rakan sekuliah
sabri tk kerana telah menjadi penghulu dan masih lagi sudi menyambung tugas penghulu bagi fasa 8. moga isteri2 ko sihat dan dirahmati Allah. kalau nak tambah yg ketiga fikirlah betul2.
yusuf tk kerana sudi melayan karenah aku di dlm blog ni.
aku menulis ini di dlm kesedihan dan titisan air mata kerana aku tidak akan muncul lagi di dlm blog ini. aku tahu dan sedar terdapat tulisan aku yg telah mengguris hati dan jantung kwn2 yg cepat terasa. Aku tak ada niat apa-apa sebenarnya, aku sikit pun tak kecil hati dan ambil hati dgn kau org, aku saja provok aje utk memeriahkan lagi blog kita ni. tp andaian aku salah, semakin diprovok semakin menjauh kwn2 yg tertentu. aku tak pandai nak tulis lemah lembut macam yusuf. Yusuf memang arif bab pujuk memujuk, sebab itulah dia diberi amanah beristeri dua. ops.. sudah terlebih pulak. akhir kata dari aku, aku dgn rendah diri memohon ampun dan maaf atas sebarang kesalahan yg telah dilakukan secara sengaja mahupun tidak. selamat tinggal wahai kawan2 n selamat maju jaya. berakhirlah riwayat rajawali.
Hai kawan2 dan Rajawali
Kenapalah kamu semua nak merajuk dan kecil hati dalam blok kita. aku suka dengar cop dan rajawali borak-borak. buat panas blok kita .kalau tidak blok sepi saja.Rajawali , janganlah merajuk .dah pasal 8 tak kan tak kenal hati budi kawan2.
Rajawali ,aku dengar kamu dapat APC ,betul ke.Ramai kawan2 dapat APC kali ni.Tahniahlah walaupun belajar di UPSI tapi tugas di sekolah tetap Tip Top.
Tahniah untuk semua ke FASA 8.
wahai si rajawali,,,janganlah kamu mudah mengalah,,teruskan,,kome tahu,,hari ahad lepas aku ke upsi,hantar anak yg dapat kursus sains sukan,pergi kolej aminurashid..cantik betul le bloknya,,luas,ada empat bilik dan nampak masih baru,,kalau bandingkan dgn asrama kita,,,,jauh bagai bumi dgn langit.seronok anak aku dapat blok di situ....apapun aku seronok dekat KAB..sebab nama Kab itu sgt senonim dgn perjuangan kita sejak dari zaman atas bukit genting lagi..cerita baru dari aku pula...aku mintak tukar ke sk clifford yg dekat rumah di kuala kangsar,,tak kuasa aku berulang ke sg siput,,jauh,,18,9 km sehala sedangkan clifford,,,,7 km sehala.dalam pemilihan di koperasi,,aku masih kekal sebagai lembaga pengarah dan kemungkinan besar di pertanggung jawabkan mengurus kedai elektrik koperasi..mungkin kawan kawan yg ada produk,,spt kak pah dgn batiknya,,boleh promote di kedai aku nanti..usup..kau packed kan acar limau kau dan jangan lupa sambal tumis,jgn pedas sop...nanti aku sakit perut..tentang amalan yg kau suruh aku buat tu..memang betul,,aku amalkan dan kini sangat berkurang sakitnya...problemnya madu aku dah nak habis..susah nak cari yg original...terima kasih atas ilmu yg dicurahkan,,,ada ilmu lain tak sop??????heheheheheh..sabri..kamu ni mengeram telur aje..langsung tak ada bunyi..kiah,,kamu tido ke???normah...kamu terus jadi bendahari ok??hehehheeh Inilah nasib kita,,,akan bertemu dan berpisah buat kali terakhir bila diri kita bergelar graduan...hargailah masa gembira ini supaya dapat menjadi kenangan sepanjang hayat dan nasihat menasihati agar dijadikan amalan dan mendatangkan pahala di akhirat...maaf kan aku kawan kawan,,kamu rajawali,,kalau ada dosa aku dgn kamu,,maafkan aku..begitu juga kalau dosa kamu pada aku...sebesar zarahpun aku ampunkan...hidup ceria...
assalamualaikum kekawan,
1. aku rasa sedih jugak sbb si rajawali telah 'meninggal'......, hilang seorang 'sparring partner' aku. adake yg lain sedia menggantikannya??? ke rajawali akan muncul kemudian dgn nama lain, kita tunggu dan lihat....
2. aku sedikit terkilan sbb sehingga ke saat akhir, rajawali tidak pun sempat utk memberitahu kita siapakah dirinya yg sebenar namun aku dah lama juga tahu dan aku ada bukti... sesapa nak tahu boleh ler jumpa aku personally.
3. blog ini adalah tempat kita berbincang dan bertukar2 pendapat dan pandangan, so tak timbul soal sakit menyakiti yg lain, tapi kita manusia yg serba lemah, banyak kesalahan dan kesilapan yg kita lakukan terutamanya di bawah sedar kita. Oleh ler kita bermaaf2an....
4. azam, acar limau tu rasanya tak dapat ler aku nak bawak tapi sambal bilis boleh ler... ttg madu tu, kau kan ramai mmember org asli, pi la beli dgn diorang... susah2 sangat kau carikan 'madu' utk wife kau, so hari2 ler ada madu... hehehe
assamualaikum kawan-kawan.aku baru ada kesempatan nak join hampa semua.aku pun dah terima surat panggilan tu.assigment azita sampai ari ni belum hantar lagi,tapi dia tahu.aku dah ada kebenaran hantar lewat.Lesen besarlah aku.ttg nak buat jamuan perpisahan aku setuju, biarlah grand sikit.rajawali,aku setuju dengan kamu ttg makan ayam tu.kalau boleh kita buat ala kampung,makan ulam-ulam, gulai ikan kering,atau gulai kawah umbut pisang.kalau makan ayam banyak-banyak,takut jadi macam ayam daging pulak.rajawali kau kena jaga makantu.berat nampak bertambah.azamboy kau kena 19km pun gaduh,bukannya jauh.mana adee jauhnya.aku ni lagi jauh minyak kereta rm50 tahan 2 ari saja,tol lagi.kalau nak dekat buat sekolah sendiri la.usop kamu bagi petua apa kat azam. kongsila sama-sama kawan-kawan.hang baca tak paper ari ni ,berita baguih,kawin 4 loo.apa pejadah ilmu dia pakai sampai semua isteri setuju dan beri kebenaran.baguih la isteri di,boleh masuk syurga.betultak usop.hang macam mana nak tambah lagi ka? faris keep on what you are doing. kalau boleh nota2 fasa 8upload la kat sini. jumpa lagi diupsi nanti.
assalamualaikum kawan-kawan.
usop usahlah kamu bersedih kerana rajawali.dia sepi hanya sekejap saja.mana boleh tahan tak main blog, lama-lama dia gianlahtu.azam pun satu hal,nak madu. betui kata hang usop, 'madu orang asli' lagi best.aku tau sapa rajawali tu,tapi kita buat tak tau saja lah.Aku kawan dia,dulu aku nama rajaudang sepupu raja kapoor.hang pun satu hal rajawali, nak merajuk buat apa? dah tua-tua bangka pun nak merajuk.jangan bimbang kawan-kawan kalau rajawali hilang, goblog akan ambil alih tempatnya. tapi aku tak lah sekerap rajawali menulis komen dlm blog ni.goblog lah katakan.
assalamualaikum,
selamat datang goblog, gaya bahasa dan tutur bicara kau macam aku biasa jumpa... tapi di mana ya???
bagi aku goblog (go blog) maknanya 'layan blog' tapi kalau goblok (dlm bahasa jawa- sila rujuk orang jawa, aku melayu bapak aku yg jawa) maknanya tak pandai, dungu, bengap, bahalol..... dan mana2 yg sewaktu dengannya.
aku yakin goblog ni bukan ler goblok atau tidak pandai atau dungu.... anyway sekali lagi aku ucapkan selamat datang ke blog ini dan selamat berpolemik. Semoga kita sama2 dapat berbudi bahasa dan bersopan santun ketika memberi komen di sini.
waalaikumusslam....
awat pulak hang tak biasa, tak kan tak kenai kut.hang tak mengaku jawa no!.goblog yang mana pun takpa.aku ni memang pun, kerana baru nak berjinak-jinak dengan blog ni. awat usop, aku ni tak bersopan santun ke dalam berbahasa.mana pi geng-geng blog yang lain. takkan merajuk dan menyepi diri kut.elok-elok aku join in mereka menyepi diri.biarlah rajawali sekor merajuk, hampa jangan pulak merajuk.betui tak usop santorian.kenapa keputusan peperiksaan fasa 5 dan 6 tak dak lagi faris. aku bimbang la,takut-takut tak perform.usop takpa la dia rajin study dan hari minggu tak balik.tak dak sapa yang hendak ganggu dia dan dia pun tak ganggu orang.aku harap dengan kemunculan aku sebagai GOBLOG tak mengganggu dan menguris hati sesiapa.memang loghat aku mungkin tak sedap didengar,tapi hati aku baiiikk.tarak percaya ka?
tumpang join
selama ni saya hanya baca aje komen kawan2. kebelakangan ini saya lihat ada perkembangan menarik. rajawali pun sudah menarik diri dan diganti oleh goblok sepupu rajakapur. sekali masuk dan terus aktif. mana tidaknya sehari 3 kali hantar komen.saya teruja nak tahu siapa orangnya rajawali tu. adakah org lelaki atau perempuan. cikgu yusuf kalau tahu, berilah tahu dalam blog ini. tak salah rasanya. begitu juga dengan goblog, betulke dia kawan saudara. tapi jangan pakai serkap jarang, takut terkena orang yang tidak berdosa.
pada rajawali selamat beristirehat. saya faham apa yang saudara tulis bukan bermaksud apa-apa. cuma ... biasalah manusia. ada yang tahan diusik, dan ada yg boleh mengusik org tapi org tak boleh usik dia. ok lah jumpa di upsi. oleh kerana rajawali sudah tidak ada maka saya pilih nama di atas sebagai nickname. harap tak ganggu perasaan sesiapa. wassalam.
assalamualaikum,
selamat join in cenderawasih.sedap nama tu!cenderawasih burung dikayangan,sekali-sekala kena hinggap didahan juga.
alah kenapa nak tau siapa rajawali tu,orangnya tak penting,komennya yang penting.
tapi kalau nak tau juga,saya boleh setakat beri klu sahaja,nanti rajawali marah.orangnya hebat,pernah menjadi ajk kump.kita,tinggal dinegeri yang kaya dengan balak dan terbesar dimsia.takkan sesama beburung pun tak kenal?
tak payahlah bincang pasai tu!la ni dah ada orang cipta kereta pakai ayak.berita semalam pun dah keluag.syabaslah pada pereka cipta tu. tapi orang kita dah terlambat,ciptaan ini memamg pun ada dipasaran(hydrofuel),memang terbukti menjimatkan petrol. dia pakai konsep gas hidrogen untuk pembakaran 'combustion'yang dihasilkan oleh catalyst.kalau nak tau lebih lanjut lihat laman web www.hydrofuel.com. kenapalah kerajaan kita dan lain-lain kerajaan didunia tak highlight ciptaan ni? tak tau lah kalau kerajaan dikayangan.cenderawasih burung dikayangan tentu tau tak?
kenapalah member-member lain menyepi diri?usop santorian pi mana,azamboy agaknya terlebih makan asanboi kut.takkan hampa semua dah jadi macam rajawali.percayalah rajawali akan muncul dengan nama samaran lain.tak glamourlah macam tu.
assalamualaikum,
1. selamat datang cenderawasih, semoga dapat bertahan lama di sini walaupun terpaksa nanti menghadapi pelbagai komentar, provokasi, kritikan dan mungkin juga kutukan. Anggap sahaja ler kutuk mengutuk itu membawa bahagia... Ironis juga ye, si rajawali menghilang muncul pula si cenderawasih... gamaknya si cenderawasih ni seorang pompuan, aku agak jer...ada kena mengena dgn si rajawali ke, ke adik beradik emak lain2 bapak asing2??? Tahniah kerana sudi 'join d club' dan selamat aku ucapkan selamat datang!!!
2. dulu, semasa hayat si rajawali tu, dia la satu2 member kita yg selalu panggil aku dgn nama usop santorian, aku tak kisah tapi aku tak bape suka dgn nama itu, aku selalu muncul di sini sama ada dgn nickname ybs atau username blogger - cikgu yusof, so kalau tak keberatan panggil la aku dgn nama cikgu yusof atau usof atau sof saja... dan seperkara lagi mcm mana pulak si goblog ni boleh panggil aku dgn nama yg selalu si rajawali gunakan utk panggil aku??? Si goblog ni ada kena mengena dgn si rajawali ke??? Jika tidak masakan boleh sama jer kesukaan kedua2nya dr segi memanggil aku, sedangkan org lain tak pernah pun gunakan panggilan itu...tapi tak kan kau nak mengaku kan goblog??? Mati hidup balik pun aku rasa kau tak akan mengaku....Aku bukan nak menyangka yg bukan2 pd kau, semlm pun aku baru ucapkan selamat datang pd kau, tapi mungkin 'gerak tarimu' di sini akan sentiasa diperhatikan oleh member2 kita, lebih2 lgi kalau gayamu persis si rajawali...
Sekian dan maaf jika terkasar bahasa, jumpa lagi, terima kasih.
Rakan2, agak lama juga saya tidak mengunjungi blog ini. Almaklum kerana terpaksa menyelesaikan segala tugasan sebelum meninggalkan sekolah. Rupa2nya Rajawali dan mengundurkan diri dari blog ini. Dan muncul pula gblog dan cenderawasih. Walau siapapun, diharap kematangan kita berbicara dan menyusun kata2 adalah amat perlu demi kesejahteraan bersama. Jika diantara kita yang boleh tahan dengan celoteh kasar, tak menjadi masalah tetapi ada juga diantara kita berjiwa sensitif.
Anyhow, apa yang penting kita gunakan platform ini dengan sebaik mungkin.
6 Julai kita dah nak ke UPSI semula. Apa yang saya fikirkan adalah masa yang sesuai untuk bertolak disamping menunggu Anas. Bukannya apa, jika berlaku perhimpunan pada hari ini alamatlah jalanraya akan menjadi sesak dan pastinya tersangkut dalam perjalanan nanti. Diharap perjalanan akan lancar nanti.
Daerah Hulu Langat terpaksa menjadi tuan rumah bagi majlis khatam al-quran peringkat negeri dan nasib baik saya diberi tanggungjawab sebagai JK Kecil Buku Program yang tidaklah berat sangat tugasannya. Setakat ni dah 2 kali mesyuarat dan dah 80% selesai kerana hanya menanti senarai setiap JK Kecil dan senarai peserta. Rakan yang lain bagaimana?
Terima kasih.
salam sejahtera wahai kwn2.
saudara goblog, saudara maksudkan rajawali ialah bolhassan. saya rasa pun dia kerana kena sangat nama dia dgn negeri kediamannya. tp saya setuju dgn pendapat saudara, siapa dia rajawali 2 tak penting, yg lebih penting tulisannya. cuba kalau dia malas hendak menulis, sudah tentu saudara ybs tiada kwn chit chat. maksudnya blog kita ini akan kesunyian. nak harap kwn2 lain..tau2 ajelah. msg2 sibuk dan tidak berusaha lsg utk menulis. buat pengetahuan sdr goblog wp kami sama2 spesis brg, ttp alam kami tak sama. jika sy turun alam rajawali, maka saya akan terbakar begitu juga dgn rajawali, jika dia cuba naik alam kayangan, dia akan ketiadaan oksigen.
buat sdr ybs, saya sudah agak, akan ada yg meragui kemunculan saya dgn nickname yg ini terutama slps kematian rajawali.
tadi sy dpt sms dr madam azita, tya sdh htr atau tdk tgsn ind. npknya sy kena siapkan tgsn ini dgn cpt. tak dptlah nak lyn blog ini selalu.
faris tahniah kerana diltk jadi ajk buat bk program. bawalah sesalinan ke upsi nanti. sy nk simpan sbgi kengn.
kwn2, naik upsi nanti bawalah soalan upsr ngri msg. boleh kita tukar2. azam apa cite. syp aje. sy nak perkenalkan satu brgn utk sdr jual di koperasi. bermanfaat utk semua. sekian dulu.
assalamualaikum kawan2
sorilah usop,kalau tak suka dengan gelaran tu!tapi aku bukan sirajawali.kan aku dah kata dulu aku kawan dia.segala rentaknya aku tau.goblog tetap goblog,jangan nak samakan dengan rajawali, nanti dia marah.
cenderawasih, tekaan kau tu salah,klu yang aku beri tu negeri dimsia barat la.tu la asyik dok terbang dikayangan sahaja.nanti bolhassan marah pulak,dia mana ada main bolg ni.
tahniah la faris kerana dapat menjadi ajk.tentu ada pengalaman untuk dikongsi.jumpa lagi esok pagi dilaman blog ni.
assalamualaikum,
faris, aku agak dah yg kau tentu tgh sibuk sehingga beberapa hari tak jengah blog. Tahniah krn dilantik sebagai ajk majlis khatam al-quran peringkat negeri. Buat buku program tu kacang jer bagi kau. aku pun tgh berkira2 la bila masanya nak ke upsi, mungkin aku bertolak pd pagi ahad, tak jam kot...
cenderawasih, aku sebenarnya bukannya ragu2 dgn kemunculanmu cuma mcm kebetulan pulak, baru jer si rajawali 'meninggal', muncul pulak si cenderawasih, mcm berjanji jer... dan satu lagi ingin jugak aku tahu jantina cenderawasih... (aku rasa 'pompuan' kan???...hehehe, jgn marah)
goblog, aku terima sori kau tu... dan kalau kau tak mengaku yg kau adalah si rajawali, kira ok ler, aku nak mcm mana kan??, mungkin memang betul yg kau bukannya si rajawali. aku sebenarnya bukan apa, kalau boleh kita telus, jujur dan ikhlas dalam berbicara dan memberi komen di sini, so tak perlulah nak berselidung di sebalik nama2 samaran, tapi kalau dah itu yg menjadi kesukaan dan pilihan, sukati kau ler....tak kisahhh dan tak marahhh pun, buang karan jer nak marah2...
Selamat bertemu di fasa akhir!!!
assalamualaikum kawan-kawan semua.
sorilah, aku tak ada masa nak berblog kelmarin,seperti mana janji aku. aku sibuk kerana kelmarin ada perjumpaan profesional dengan pengarah.
usup, bukan aku tak nak mengaku,tetapi memang aku bukan rajawali, macammana nak mengaku.nanti rajawali yang sebenar marahkan aku.
hai rajawali! hang pun satu,kenapa tak muncul selesaikan kontravesi ni?
hai usup! kenapa sibuk-sibuk nak tau cenderawasih tu pompuan atau lelaki.biaq pi la jantan ke betina. tengok dia dah takut nak menulis blog ni.
tahniah kepada kawan-kawan yang ada portal sebdiri.aku baru ada kesempatan membelek portal-portal tersebut,menarik.tahniah kepada faris,usup,kak pah dan ta. memang portal tu banyak memberi maanfaat.tapi aku ingat ianya mesti diupdate selalu.
kalau boleh aku nak berguru dengan kau orang.itu pun kalau sudi menerima aku sebagai anak murid.maklumlah goblog katakan.
ok lah, aku terpaksa berhenti sebab nak pi tolong tok siak dimasjid tu.
assalamualaikum,
goblog, jumpa aku nanti kalau nak buat blog.... Upahnya? mcm biasa ler... kurang2 ayam panggang sekor...(ayam kampung tau!!!)
Post a Comment