Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,
Kini kita telah memasuki bulan April 2008 dan tinggal hanya empat bulan lagi kita akan tamat UPSI dan sebulan lagi nak masuk fasa 7. Apa perkembangan semasa dan berita terkini yang boleh dikongsi bagi bulan ini?
Ayuh rakan2, curahkan apa yang berfaedah untuk dikongsi bersama.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
28 comments:
Adakah anda telah memperoleh surat kelulusan kutipan bayaran pakej tambahan bagi tahun 2008? Bagi selangor, masih belum terima lagi dan bila dikemukakan soalan ini jawapannya nanti dulu. Sekolah2 yg telah diaudit, pihak audit telah meminta dikemukakan surat kelulusan tersebut supaya tidak dikenakan audit bersyarat. Rakan2 di negeri lain bagaimana?
assalamualaikum dan salam sejahtera,
Faris, aku pun tak check perkara tu la... kena tanya PT ni. Kalau belum ada, aku rasa kena tanya jabatan dan minta jabatan hantar surat kelulusan atau pun kita buat permohonan la.
Untuk kewangan 2007, sekolah aku dah siap audit, alhamdulillah beres.
Asalamualaikum,
Faris dan kekawan, Di tempat aku Ipoh, surat kelulusan itu sudah didapati. Tapi sekolah teman belum audit. Untuk makluman mike teman dah pun bertukar ke SK Manjoi 2 Ipoh mulai 1/4/2008. Lege rasa 8 tahun bersama 10% murid Asli dan murid khas. Sekolah baru ni yang pasti kurang murid dan gurunya. Kurang le masalahnya.Teman pun dah tepu di sekolah lama. Terasa beban yang digalas rasa ringan.Aku dah ready rasanya nak ke fasa 7.kena cari buku kaunseling.Apa perkembangan 38? Ada harap ke?
Assalamualaikum,
Din, aku ucapkan selamat bertugas di sekolah baru. Walau apapun, berkhidmat dan bertugaslah dengan penuh semangat. Nampak gayanya bersoraklah cikgu kau tu.
Berkenaan surat kelulusan kutipan tu, pelik juga aku kerana kami dimaklumkan Pengarah JPN Selangor tak berani nak tandatangan kerana tak ada arahan dari KPM lagi katanya. Betul atau tidak tak tahulah.
Ucop, kau kena check dulu. Walaupun sekolah aku belum audit lagi tetapi dari GB sekolah lain yang dah audit, audit minta surat tu.
Bagi yang lain2 seperti Ton, Ita, Fidah, Rajawali dan semua rakan, manalah kalian semua pergi. Senyap sunyi lagi. Bagi Ton, dah selesai ke kes di sekolah tu? Tempohlah dengan semangat juang yang tinggi.
Terima kasih.
Salam semua.
Rindu juga I kat blog kita ni (rindu pd korang semua sebenarnya). Semoga all of us sihat fizikal, mental dan spiritual. I ok jer but agak penat dgn pelbagai kerenah dan program di sekolah. Terkejar2 rasanya. Bila I dengar pelbagai kerenah di sekolah kalian, I rasa I juga perlu kuat semangat berdepan dgn 1001 mcm perkara yang timbul dari kiri, kanan, depan dan belakang. Bila baca crite Azam...terkekeh2 gelak I. Azam I really miss your jokes!!
Semalam I dan Ton had our lunch date kat KFC to release our tention. Sambil bertukar crite pasal sekolah dan problem kami, we end up talking about our life in upsi with all of u. ee..cepatlah masuk balik fasa 7!!Kami lebih rela bergelut dgn asgmt dari berdepan dgn rencam beban kerja yg x habis2!
By the way mana pegi kawan2 yg lain..org utara mana hang pi?, org pntai timur..rindu sokmo kat demo, org bumi kenyalang dan di bawah bayu..tak kan tak nampak kami kot??
Mengenai Bayaran tambahan tu, Klang difahamkan jgn gune selagi x dpt s.klulusan but then MSS dan Takaful dah kena bayar..ape punya crite ni??
Ok adios. Sudi jenguk portal sek I (www.skbatubelah.net).
Assalamualaikum,
Aku dah tanya PT, dia kata ada dah surat kelulusan bayaran pakej tu... ok ler tu.
Din, selamat bertugas di sekolah baru! Iklim baru memungkinkan perubahan yang lebih dinamik dan konstruktif? Bagus juga kau dpt beralih angin...
Ita, kat mana2 pun ada masalah. Selagi kita berhubung dgn manusia selagi itulah kita akan menghadapi pelbagai kerenah dan ragam, rambut sama hitam hati lain2??? Pabila kita menghadapi masalah di suatu tempat kita sering membuat keputusan utk beralih ke tempat lain... dan lebih rela bergelumang dgn assign di UPSI???.....hehehe aku pun rasa lebih kurang macam tu juga la ita, teruja utk kembali bersua kekawan semua...
Faris, betul ler keluhan kau tu, mana ler kekawan kita yg lain, sibuk sgt ke hingga tak berkesempatan nak jengah blog ini...Walaumcmmanapun kau jgn risau Faris, aku tetap menjadi regular customer kat blog ini.
Wah, hebat juga portal SK Batu Belah. Especially, gambar GBnya. Macam permaisuri posingnya. Yang penting ialah penggunaannya secara optimum. Tahniah diucapkan kepada U Ita kerana dah berjaya mewujudkan portal sekolah. Barulah ada impak GB UPSI.
Pasal bayaran pakej tu, memang betul. Saya cuba kuiri balik arahan sebelumnya tetapi PPD kata kalau dah ada surat Jabatan (MSS & Takaful), bayar ajelah. Bila kita kata nanti audit kuiri, dia tanya kita balik, ya ke? Susah juga dibuatnya.
Kepada Ucop, memang susah kita nak ajak rakan2 berkecimpung dalam ICT. memang hajat saya kalau boleh nak semua rakan2 UPSI kita mengetuai ICT sekolah. Kalau yang dah sahut cabaran tu, alhamdulillah tetapi yang belum sama2lah kita gerakkan mereka. Mulai tahun ini pertukaran antara negeri guna online dan GB kena sahkan secara online juga. May be next year antara daerah dan dalam daerah juga akan guna sistem yang sama. Jangan rakan2 kita dah terhantuk baru terngadah sudahlah.
Jumpa lagi.
Salam untuk semua,
Terima kasih kepada faris dan yusof atas pandangan dan pendapat untuk menghadapi masalah yang I hadapi, walaupun semuanya dah ok tapi rasanya dalam menghadapi masalah ni I menjadi keliru dengan pendapat yang tak sama antara beberapa pihak. PPD kata boleh terima tapi dengan syarat tak ada wartawan tp still minta rujuk JPS. Bila rujuk JPS, dia orang kata mesti ada surat kebenaran dari Kementerian kalau tak ada jgn benarkan masuk. Bila maklumkan pada pihak SUHAKAM dia orang kata kalau nak minta kebenaran perlukan masa sedangkan kementerian nak bincang dengan mereka tentang beberapa isu termasuk isu sekolah I minggu depan. Jadi perbincangan tu hanya dibuat melalui telefon sahajalah. Tapi tak ada masalah sebab mereka cuma nak tahu cerita sebenar aduan yang mereka terima tu dari pihak sekolah pula. Harap semuanya selesai..
Minta diri dulu.. ( ni tengah sibuk siapkan Buletin MGB Klang, I dgn ta sebenarnya tauke buletin MGB Klang) .Jumpa lagi..
Kesian dekat kawan-kawan dok tanya pasai orang utara. yang lain tu tak tau pi mana. Cuma saya saja yang mewakili depa. Bukan ada apa-apa sebab tak masuk blok ni, selalu intai dan tahu cerita orang-orang yang melayari blog ni, terutama faris, usop, ita, eton, azam boy yang lawaknya tu buat saya ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya saya masih terkejut lagi dengan PRU 12 dulu.maklumlah sekarang nie kami kena bersopan santun, jaga tingkahlaku supaya sesuai dengan imej negeri kami. betul tak?. gurau saja. Saya sekarang ni tengah sebok dengan pasukan nasyid sekolah yang akan mewakili daerah ke peringkat negeri khamis ni. tercabar juga sekolah yang muridnya 216 orang dapat sampai ke peringkat itu. alhamdulillah moga berjaya. Esok pula ada lawatan pemantauan instruksional dari JPN ke sekolah. banyak juga yang akan ditengoknya. Moga pemantauan esok berjalan dengan dengan lancar dan succes.Kegiatan kami di sini tidaklah serancak kawan-kawan di Selangor. Apapun selamat menjalani tugas seharian sebagai GB dan tahulah taklimat perlabelan GB nanti saya ni kategori mana?. pada Din selamat bertugas di sekolah baru dan tak payahlah pakai imej polis lagi.
Salam untuk semua,
Hari ini dalam sejarah buat i hari ni kerana 2 kali masuk blog dalam satu hari, bukan apa seronok dan teruja sangat dengan munculnya wakil dari utara, merangkap teman serumah.. Fidah, tahniah atas kejayaan sekolah Fidah tu, I doakan akan terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.Tentang pemantauan esok tu i rasa tentu tiada masalah bagi Fidah coz kita ni kan keluaran NPQH(pinjam kata2 Faris)..semoga segalanya berjalan lancar. Jumpa lagi.. nak tido ni..
Alhamdulillah kerana muncul juga rakan2 yang selama ni duduk diam saja. Yang lain2 tu, masih tak muncul2 juga.
Kepada Fidah, tahniah kerana pasukan nasyid sekolah dah dapat ke peringkat negeri. Pasukan nasyid sekolah saya baru nak bertanding di peringkat daerah pada hari khamis ini. Harap2 tu dapat ikut jejak kerana pencabar yang hebat dan sering mewakili negeri Selangor masih dalam daerah saya. Saya cuma beri cabaran kepada ustaz saya supaya challenge sekolah tu dan nampaknya bersungguh2.
Kepada Ton dan Ita, lepas ni bolehlah buat buletin Kohort 5 UPSI pula sebagai tanda kenangan apabila kita tamat bulan Ogos nanti. Boleh wajibkan setiap orang menyumbang satu artikel sama ada sajak, puisi, coretan dan lain2 yang dia suka. Kalau Ton masuk blog 2 kali sehari dianggap sejarah, saya yang masuk sehari beberapa kali dah boleh dikira lagenda kot. Gurau aje, dh memang tugas kena pantau blog kumpulan kita ni.
Selamat maju jaya kepada rakan2 yang lain. Jumpa lagi.
salam sejahtera utk kalian semua. harap anta baik2 belaka. pertama aku nak tanya cara utk letakkan nama kita atas kepala surat yg dibuat. aku dah lupa. maklumlah aku ni jarang2 masuk blog.
kedua, tahniah pd din yg tlh dpt merenjiskan tensionnya. bkn apa kalau selalu tension ni bleh menybbkan rambut cpt beruban atau botak. kena pakai rambut palsu dibuatnya. wp ramai diantara kita yg menymr dgn gigi palsunya.
ketiga negri akupun belum ada srt kelulusan byrn tbhn 2. jpn kata wait n c.
ke4 sek aku dah beres bab audit bulan jan lagi. 2 teguran shj.
ke5 tahniah pd fidah yg juara nasyid prkt daerah, moga dpt juara prgt ngri. sek. aku guru mzk tak pdi cipta lagu, tak pandai main alat mzk jadi tak dptlah juara. aku ingat nak gi belajar main alat muzik. biar aku pula jadi ramli ms. ok ke
ke5 aduhai zaim apakah masalah yg brt sgt2. tp aku rasa hg ni hbtlah sbb blh handle problem tersebut. tulis dlm diari spt yg diajar oleh dr sukri. nanti kita bukukan cbrn yg dihdpi dan cara kita keluar dari kemelut tersebt. lepas 2 kita bukukan dan kita komersialkan dan bleh dpt profit. ok tak.
ke6 ita batubelah yg tak tertangkup. moga terus sukses. kongsilah ilmu terbaru jika ada utk member2 lain.
terakhir dari aku pd kwn2 yg tak sebut nama jgn kecil hati. moga anda terus cemerlang dan dpt jadi gb 38 secpt mungkin. kalau dpt jgn lupa belanja makan kedai abuya. adios. rajawali
assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, kembali semula rupa2nya si rajawali, aku ingat dah tak ingat dunia kerana asyik terbang tinggi...
Rajawali, aku tak kecil hati sedikit pun kerana kau tak sebut pun nama aku namun tetap aku ingin menolong, itu pun kalau kau sudi menerimanya....
Cara utk letakkan nama ialah klik kat Name/URL, bila keluar petak Name dan URL, kau bubuh ler kat petak Name tu, petak URL tinggalkan kosong, pastu publish your comment mcm biasa, kalau tak boleh juga kau jumpa aku bawak pulut kuning dan ayam panggang, aku tunjukkan...jgn asyik nak terbang tinggi melangit jer, ingat juga rumpat dan lelain hidupan melata di bumi...
Ok kekawan, jumpa lagi, buat si rajawali selamat maju jaya, no heart feeling ok...
Wassalam.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
hai fidah, hang sihat ka? aku lupa tadi nak sapa kat hang, dok teringat kat si rajawali tu jer...
Tahniah kerana dapat wakili daerah ke peringkat negeri dan moga dpt raih kemenangan.
Hang ada jumpa mak lang ka fidah, lama tak dengaq habag, awat merajuk lama sangat?
Ok, bye.
Hai, usop saya bukan merajuk cuma tak ada mood nak tulis. Tapi saya selalu baca coretan-coretan yang dituliskan oleh rakan-rakan. Tapi bila ramai yang memanggil-manggil saya maka teruja juga nak masuk blog. Seronok juga bila kawan-kawan mengalu-ngalukan kedatangan saya. Terima kasih kerana mendoakan kejayaan sekolah saya. Esok dan lusa adalah penentunya. Terimalah apa keputusan yang akan didapati. Buat usop, Mak Lang tu mungkin dah mati kot sebab tak dengar beritapun. Kenape ? Pak lang rindu dekat dia ke?. Carilah mak lang baru semoga terubat rindu awak tu...Saya dah pi taklimat pelabelan guru. kena buat kerja tambahan lagi. Lepas ni PK 1 kena pi berkampung di mana-mana hotel berbengkel untuk tujuan tu.. lepas tu mereka ( BSM ) akan ke Selangor pula. Siap sedialah orang selangor. Apa-apapun tunggu dan lihat. selamat bertugas.
Buat maklang,
Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati
Kalau mati mana kuburnya?
Assalamualaikum,
Kepada Fidah, kalau dah bertanding tu beritahulah keputusannya kepada kami semua. Boleh tumpang gembira atau bersedih.
Kepada Pak Lang dan Mak Lang, sudah2lah tu. Tamatkanlah dogeng kisah ini. Berpijaklah di bumi nyata.
Menyentuh tentang pelabelan guru oleh Fidah yang menyatakan bahawa selepas ini Selangor pula, saya, Aziz, Ita dan Ton akan tunggu tugas tersebut nanti.
Hari ini daerah Hulu Langat telah menganjurkan Karnival Tadarus Quran. Alhamdulillah sekolah saya telah memenangi kategori bercerita L & P (BM) dan P (BI). Nasyid tewas. So 3 peserta akan ke peringkat negeri yang diurus setia oleh daerah Petaling Perdana di Subang nanti sebelum hujung bulan ini.
Kepada Ucop, terima kasih kerana beri panduan dan bimbingan kepada Rajawali untuk tulis nama dalam post dia nanti. Kau jadi anak murid aku untuk beri bimbingan kepada rakan2 kita.
Terima kasih. Jumpa lagi.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
Faris, aku memang dah lama pe jadi anak murid kau, sejak dari NPQH di IAB lagi... Aku bersedia untuk menolong kekawan setakat termampu. Tahniah kerana berjaya dalam Karnival Tadarus Quran. Teruskan kecemerlangan di peringkat negeri!
Kepada semua yg pernah menunjukajar aku walaupun 'sepotong ayat' aku tetap anggap kalian sebagai guru aku.
tk, wassalam.
Weiii apa habo kome,,hujung bulan 3 dan awal bulan empat, banyak hal terjadi,,pt aku dua orang dan pra bergaduh pase khoje,,kata mengata dan bomoh berbomoh..letih aku,,mujor le dema tak bomoh aku,,kalau ta pakei lampin aje le aku,,aku udah nasihat ketiga tiganya,,buat log sebagaimana yg di ajar oleh en shukri,,so sekarang agak tenang,,terlepas le peluang aku nak nenguk dema bertarik tarik rambut atau menyelak nyelak kain..aku tunggu aje dgn camera aku..tak jadi pulak..tadi 11.04.08..PPDR datang ke sekolah pasal surat layang yang dihantar ke kementerian pasal aku tak ambil cuti peristiwa depavali dan tak tubuh pasukan hoki...kata dema aku dah bersetuju dlm mesyuarat pibg untuk menubuhkannnya pada bulan nov,,sedangkan bulan nov aku berada dgn kome di upsi..kantoi yg merepot,,mengada ngada beno dema ni..tule bila abg samy aku tak ada,,dema belasah aku pulak,,tapi lagi orang repot aku ke kemeterian,,sebenarnya lagi aku popular kerana byk benda yg aku buat perubahan di sekolah yang ppd tak tahu menjadi tahu,,tambah hebat aku pulak rasanya sampai PPDR yang sanggup buat surat menjawab tuduhan,,bukan aku,,dulu pasal aku halau bapa budak,,bertindak menghempas kertas permohonannya pasal bila aki nasehati dia pasal lambat pendaftaran anaknya ke tahun satu,,dia tunjuk muka aku dgn tangan dia tak sampai 3 inci dgn kata "u nak terima atau tidak anak saya ni" dekat muka aku,,aku tengking dia,,aku halau dia,,dia ugut aku dgn kata bahawa dia ramai org besar kawan dia,dia akan repot hal aku,,aku kata pergi le repot sebab aku juga ramai kawan org besar,,george bush,,sadam husin,,John lennon, edward barak,osama semuanya kawan aku..so memeng betul dia repot,,tapi setelah aku ceritakan pada kaunselor PPD,,dema kata bio le dema yg menjawab,,,huh letih juga jadi samseng ni,,jenuh berjawab..PPDR nasihat aku,,"Azam,,tolong le jgn berkelahi lagi,,letih aku kamu buat,Katanya lagi.."dulu aku kerja di JPN pun tak seletih ini kamu buat.."so please azam..jgn kelahi...aku kata, "aku tak kira,,kalau mak bapak melampau..aku akan ajar dema,",heheheheheheheheh, asyik cikgu aje yg salah,,mak bapak tak salah..semua bantuan dema hendak,,maklumat semua tipu,,bila kita siasat,,tersengih sengih..anak jahat mcm hantu..huh letih aku.
so itu le cerita aku..cerita kome mcmana????
Assalam & salam sejahtera.
Ko ni Zam memang betui le kome samseng/. Aku tabik le....Apa pun teruskan style ko tu. Nampaknya pihak PPD ko pun dah faham beno ttg ko dan sek ko tu.... Bagus jugekan sekurang-kurangnya GB NPQH dan PPGB di UPSI memang ok dan hebat bebenor. Tapi aku risaukan ko tu berani sgt....jaga-jaga ajelah kot-kot ada yg pandai guna sihir dan cara halus wpun mrk tu bukan Islam....manalah tau org dah marah atau hilang pertimbangan boleh buat mcm2 yg tak terfikio oleh kite. Maaf Zam ye sekadar sembang kosong aje utk ingatkan diri ku sendiri....aku pun mcm2 masalah dan kesulitan dihadapi melibatkan masalah parens & guru / staf sek. TK Wassalam....selamat...
Salam buat semua.
Seronoknya melihat kemeriahan blog ini. I akui dah hampir seminggu i tak joint u all..mcm2 yg timbul dan tersentuh rasa..so x sempat nak menyapa u all.
1. Faris..kesian kat u. Moga cepat sembuh. luka berdarah memang nampak dan perit tapi ingat kot2 ada kcederaan dalaman. Jgn pandang ringan ye.
2. I teruja betul dengan caragaya tulisan rajawali kali ini. Nampak sopan, hormat dan mesra gitu. Siapalah u sebenarnya ye? Tu lah jgn sombong dan asyik nampak kelemahan org lain ... kita manusia kerdil ni memang ada kelemahan di mana-mana. tujuan kita masuk blog utk kongsi crite dan pengalaman, bertanya khabar dan saluran merelease tension. Yg jauh di dekatkan, yg mesra di serasikan supaya dekat di hati.
3. Din, selamat bertugas ditempat baru. Bolehlah manafaatkan smua ilmu npqh dan upsi..mesti guru di situ nampak impak maksima yg akan u laksanakan.
4. Fidah, camana nasyid u.. ok ke taraoke ke, tu adat bertanding. Dah masuk peringkat negeri tu kira cukup baik! Kwn umah kita yg lain pe khabaq?
5. Azam, u hanya bertekak dgn ragam parent dan pibg tp i hari tu bertekak dgn Pyelia Pengurusan sek PPD.
6. To all my other beloved friens, walau dimana anda berada di doakan sentiasa chatdan waras, selamat berdepan dgn cabaran tugas. Perjalanan kita sbg GB masih pjg, moga cabaran ari ini mjadikan kita lebih matang, berkarisma dan berwibawa sbg GB cemerlang.
Mai I crite kisah I pula shingga seminggu meninggalkan blog.
1.Di ambush oleh Pen.PPD arahan jabatan lantaran aduan parent sorang cikgu i lama tak semak buku anaknya dan GB selalu tak ada di sek. I naik geram juga.. tapi bila semua bahan bukti dan rational dapat di sediakan dan dilihat dengan jelas...sadin jer diorang balik dan akan buat report sendiri.Yg I geram tu..walau tak diberitahu siape pengadunya.. kami dpt trace parent tu duduk di kips sekolah I dan isterinya kerja di ppd. Kurang asam boi betul lah!!
2.Sibuk jadi AJK Pengelola MTQ daerah. Sekolah I ade la sangkut 3 tempat terbaik utk Hafazan, Khat dan bestnya Johan Kompang Selawat walaupun baru first try. 15 murid ni akan mewakili daerah utk negeri pd 8 mei nanti. PPD dah bisik kat I spy sediakan sepersalinan baju baru
uth bebudak tu ke prgkat neg. Conggak2 dekat Rm1000 juge. Nak mohon bantuan PIBG.
3.Unit Pengurusan sek,PPD call i katanya i lebih guru. So..i pun p le PPD bawa dokumen kelulusan guru dan dokumen berkaitan. Pendekkan crite I mengalah je dan akur. Dia suruh i pilih ciktu tu.. my konsep is simple keluarkan siape yg masuk akhir ke sek i. But then dia suruh i tulis report kelemahan /perlanggaran displin ke atas cikgu tu agar mudah dan suruh i explian kat cikgu tu. I bertegas x mau ikut saranan beliau dan berkeras mengatakan "if u nak keluarkan cikgu i, u just keluarkan surat arahan tu jer!".
Then satu lagi hal.. dia kata PP i akan ditukarkan bila-bila masa. I terkedu juga coz PP i baru 1 1/2 tahun di sek I dan I pun dah berterus terang dgn dia, dia terima bila i tdk menyokong pertukarannya.Alasannya cuma dia jumpe hubby dia malam jer. kadang tu x bercakappun krn hubbynya balik mesjid mlm sgt(org tabliq)
Bencinya bila unsur kronism terlibat disini. "What everlah , the power is in your hands!"
kata I menutup pertemuan hari itu.
5.Lastly, I baru jer kehilangan mak sedara yg amat i kasihi malm khamis lalu.(sebelah umah i, dia yg jaga 2 anak i) Alhmdllah .. I sempat bersamanya di saat ajalnya (di sebelah kiri kepalanya), bantu memandi dan mkafannya). Semoga roh mak tam i ditmpatkan di kalangan mereka yg beriman. Badan terasa keletihan dah tiga mlm tahlil utknya.
ok.. adios semua, nak masak!
Assalamualaikum,
Buat Azamboy dan Ita, sabar ajelah. Itulah cabaran dalam dunia pendidikan. Walau bagaimanapun, kita berbuat sesuatu yang memberi kesan. So, cadangan saya kita wujudkan persatuan/kesatuan lepasan NPQH & Pensiswazahan GB yang berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan ini. Langkah seterusnya bolehlah kita perjuangkan bahawa orang2 seperti kita inilah yang sepatutnya layak menerajui PPD, JPN dan KPM kerana berdasarkan kelayakan maka kita adalah lebih layak. Yang mana berkelulusan Sarjana Muda (mata pelajaran tertentu) duduklah disekolah mengajar mata pelajaran mereka. Setuju atau Tidak!?
Kadang kala cara Azamboy tu boleh juga digunapakai. Nak tukarkan kita ke mana pun, biarlah dia tukar kerana yang penting status sebagai GB tak hilang dan yang paling penting gaji tak kurang.
Buat Ita, itu adalah kerja PPD untuk cari maklumat tetapi kalau sampai tak nak beritahu kepada kita siapa yang buat laporan dan sebagainya memang tak patut kerana kita berhak tahu. Nanti jadi macam kes Din di SKPPH.
Cikgu2 sekarang memang dah naik tocang. Apa saja yang dibuat akan disokong oleh pihak2 tertentu. Tambahan pula kalau mereka yang berada di negeri pembangkang kerana mulalah gunakan kuasa parti pembangkang yang berpengaruh. PPD pula dah tak ada taring kerana kadang kala mereka lebih takut kepada cikgu yang memberi pelbagai ugutan. Ini dah berlaku di sekolah saya dimana bila di arah bertukar tetapi dia boleh membantah dan PPD akhirnya tak kata apa kerana cikgu ni dah macam tak makan saman.
Berkaitan pertandingan KTQ, rasanya bolehlah jumpa Ita nanti di Subang bagi pertandingan peringkat negeri Selangor kerana sekolah saya mempunyai wakil dalam Bercerita BM (L &P) dan BI (P). Kalau kompang selawat tu, rasanya daerah Hulu Langat akan bolot kerana memang lain dari yang lain. Ita tengoklah nanti (anggaplah perang psikologi aje).
Takziah juga buat Ita kerana kehilangan emak saudara. Sama2lah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman sebahagian ahli syurga.
Macam mana dengan pertukaran guru. Nampaknya dah ramai cikgu di sekolah saya yang minta tukar pertengahan tahun ni. Tak tahan agaknya kot? Kerana sekarang ni saya ikut belakang punggung. Panggil seorang demi seorang untuk bertanya status kerja mereka. Lantaklah mereka kalau mereka tak tahan dengan cara kita bekerja.
Akhir kata, kalau selalu meriah macam ni blog kita barulah seronok untuk mengeluarkan pendapat dan idea. Yang baik kita jadikan sempadan dan yang buruk kita jadikan dia sebagai teladan.
Wassalam. TK.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekolah saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan nasyid tu.. baik sikit dari tahun lepas yang dapat nombor 3. rasanya persembahan hari tu sangat baik. tapi apa boleh buat. mungkin dah takdir kot tahun depan. Tapi kesimpulannya terdapat juga bias dalam pertandingan tu.. pengadil dalam daerah kami tak ada langsung manakala daerah lain semuanya ada. lagu nasyid yang diciplak pulak yang johan. Cikgu saya tu, siap cipta lagu dan lirik dengan togenya sekali. Apapun ahlamdulillah atas kejayaan tu. Nie ada masalah baru pulak dan tengah pening nie. Cikgu bercinta dengan cikgu. Dua-duanya dah berkahwin. Dok fikir bagaimana nak selesaikan. sesiapa yang ada tips tu tolong bantu saya. tentang pelabelan guru tu, dia buat tiap-tiap daerah. tunggu ajalah.Sayapun tak bagi taklimat pada guru lagi. tadi baru balik taklimat penilaian PPSMI samada sekolah bersedia untuk menjawab soalan UPSR dalam bahasa inggeris untuk sains dan matematik pada 2010 nanti.
salam sejahtera kpd rakan taulan, saya dari angkasa melapor diri.
1.takziah pd ita. bykkan sedekah tahlil, fatihah n lain2 utk bekalannya dialam barzakh. moga rohnya mendapat tempat di sisi Allah.
2.jgn ambil pusing sangat hal PPD2. org ppd mmg mcm2 skpnya. rasa ddk ppd2 mcm hebat sgt. aku pun dulu pernah gak dok ppd tp tak le mcm 2. so just do our job.
3.pd fidah, cg bercinta sesama sendiri tp dah ada psgn msg2. yg masalahnya di sini ialah cg pompuan2 tak menduakan suami. jgnkan nak msk syurga cium bau syurga pun tak dpt. sebagai ketua hg kena panggil sorang n beri nsht, mskkan juga pdgn agama. org mcm ni dah di rasuk iblis. sebelum 2 minta guru kaunseling jumpa dulu dan guru agama. kalau dia org angkat tgn, baru hg panggil mereka. dlm pd 2 buku log jgn lupa. catat setiap tindakan. tak boleh cettle juga hg bawa ke pengetahuan ppd utk dicampak seorg disempadan siam dan seorg lagi sempadan perak. jgn biarkan nanti melarat kpd berzina. aku cukup benci pd perempuan yg menduakan suami. lebih2 lagi sampai berzina. lelaki pasang 2 perkara biasa. tapi ni kacau bini org. kes berat n tak boleh dimaafkan. akhir sekali hg pakat dgn kaki pukul spy pukul jantan tak guna 2. pas 2 suruh dia pura2 nak rogol perempuan 2. jgn rogol betul2 nanti hg msk penjara pula.
4. pada usop santorian, tk bg tjk ajar. aku setuju dgn hg utk x meneruskan pengajian ke prkt master utk menjaga 2 org isteri n anak2. yg ptg skrg ni ialah anak2 kita mendapat perhatian yg secukupnya dari kita. pada org perempuan jaga suami nanti dia pasang lain. salammmmmm
assalamualaikum dan salam sejahtera,
wahai sang rajawali, aku rasa mcm tak bahagia la bila kau gelar aku dgn nama 'usop santorian'. aku rasa eloklah kau hentikan saja amalan kau memanggil aku dgn nama itu sbb kita kan dilarang memanggil seseorang dgn nama gelaran yg tidak disukainya.
aku sekadar mengingatkan jer, terpulang ler pada kau. kita kan org dewasa dan berakal.... sendiri mahu ingat la...
wassalam.
pd usop aku minta maaflah jika kau tak bahagia dgn panggilan usop santorian. aku ingat kau suka nama glamor 2. so aku panggil kau usop janggut ok tak. janggut sunnah nabi, takkan kau tak bahagia lagi. tapi blog kita ni sunyi sepilah tak ramai member yg msk. sibuk sangat agaknya belaka. apa khabar agaknya si lebai kg n tok gajah. aku tgk tok gajah sepi sesepinya sejak identitinya terbongkar.bye
Rajawali, aku terima mohon maaf kau tu, kau ni rupanya jenis yg suka memberi gelaran pd orang ye...
aku tak kisah kalau kau nak panggil usof janggut ke usof apa ke .... tapi kau pun kena ler simpan janggut tu, dah kau kata sunnah kan, jgn berpada dgn sehelai dua jer, biarkan panjang...
blog ni ada masa2nya ramai jugak yg masuk tapi balik2 muka tu jugak. nanti balik ke upsi kau kempen ler lebih2 sikit kat member2yg lain suruh selalu jengah blog ni. yg dulu penah masuk dah menyepi ler pulak. kau tahu sapa tok gajah tu? Maklang dan paklang ada jengah kejap tempoh hari, senyap dah balik... sibuk memang sibuk, mcm2 program kat sekolah kan.....
wahai kekawan mari ler menjengah bloh ini!!!
salam sejahtera utk u all..
ita ckp tok gajah ialah pirzan. dah confirmlah 2 pahlawan pahang. sapa lagi. takkan saupi dan al awal pulak yg sentiasa berhemah 2.
usop aku ni bukan le suka sangat bagi gelaran kat orang tapi menaikkan darjat org. engkau je yg tak nak dinaikkan taraf watak utama, diminati oleh seluruh kanak2. satu malaya lagi apa. tak kembang hidung kau ke usop. jgn menantu panggil kau dgn gelaran tersebut sudahle. bab janggut, aku tengah bela la ni biar ramai bidadari yg bergayut. aku jelus juga tengok janggut kau asyik bergoyang2 je. sah tengah berayun. sebab 2 kau dpt pasang 2. bye
Post a Comment