Salam Rakan2,
Pastinya minggu depan merupakan minggu yang paling sibuk kerana musim cuti dahpun berakhir dan musim persiapan buka sekolah akan bermula. Diharap rakan2 tidak lupa bahawa semua mesyuarat perlu dilakukan dalam minggu depan supaya pembelajaran boleh bermula pada 3 Januari 2011. Jangan sampai terlupa pula kerana masih seronok bercuti ataupun menghabiskan cuti tahun. Rasanya cuti tak lama kerana kelayakan cuti tahun pun dah tinggal 25 hari sahaja. Jangan terlebih ambil cuti sudahlah.
Perancangan UPSR 2011 juga sudah dimulakan. Pastinya pelbagai program sudah mula dirancang. Walau apapun perancangan, jangan sampai kutipan bayaran tambahan membebankan ibu bapa sehingga timbul pula komplen2 yang tidak enak sehingga memaksa pegawai2 JPN turun padang pula. Disamping itu jangan juga lupa pohon kelulusan kutipan wang. Apa yang penting, saling ingat mengingati patut berlaku kerana sebagai pemimpin yang semakin meningkat usia ataupun ada perubahan perkara baru, perlulah sampai menyampaikan.
Selamat Kembali Ke Sekolah Kepada Rakan2 Sekalian.
6 comments:
aku dah mula msyuarat pada 22/12 lagi sehingga minggu dpn.tapi malangnya msyuarat kurikulum tak dpt mempengerusikannya.
aku boleh merancang tapi Allah maha menentukannya.....ayahanda aku masuk ICU selama 3 hari yg lalu.hari ni dah keluar ke wad biasa...
hingga kesaat ini aku masih menunggunya dihsptl.mlm ni aku bermalam bersamanya.kesiaaaaannnn.
tahniah tokek. cepat sekolah hg bermesyuarat. aku baru nak mula besok 27 dis. sabar dgn ujian
Allah atas ayah hg. tak semua anak dpt berkhidmat pd org tuanya. mcm2 halangan. kira hg ni org yg bertuah kerana sentiasa dpt memberi khidmat yg ikhlas pd org tuamu. moga ayah hg cept sembuh.
Tokek sabaq lah.gunakanlan masa dan peluang yg ada ni utk bersama ayahanda tu.Sekolah tu PK hang dah ada.Bagilah peluang/empowerment kat depa jugak.
jm n mpmn mmg aku serah kpd pk2 utk menjalankan apa yg aku telah rancangkan.
aku dah tak boleh berfikir lagi...banyak yg kadang-kala aku lupa...mujur pk faham dgn situasi aku ni.
ptg ni nak pergi ke hsptl pulak selepas keja.mohon kalian semua doakan semoga ayah ku sihat kembali sedia kala.
hari ni ada inhouse ttg KSSR dan esok inhouse SPPK pula...
guru yg pergi kursus tersebut aku wajibkan mereka sampaikan maklumat ini kpd semua guru bkn guru tahun satu saja.
kalu aku ada kesempatan masa aku akan bersama mereka esok spt hari ini aku berpeluang bersama mereka.
Semoga ayahanda hang tu semakin sihat.Insyaallah.
Post a Comment