Wednesday, November 3, 2010

Sambung Belajar Master dan PhD Percuma???? Dah bagus......

Penggulungan bagi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menimbang untuk mengecualikan atau mengurangkan yuran pengajian kepada rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam.


Bagaimanapun Timbalan Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditentukan serta akan dibawa ke kabinet untuk kelulusan.

"Ia selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang tahun 2023," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 peringkat Dasar bagi Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu Saifuddin berkata kementerian akan membelanjakan sebanyak RM483.9 juta untuk program MyBrain15 bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011.

Peruntukan itu akan digunakan untuk membiayai sejumlah 7,610 pelajar sedia ada selain menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD, kata beliau.

Untuk memperkasa aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)di Institusi Pengajian Tinggi, Saifuddin berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM741 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun akan datang.

"Peruntukan dana tersebut adalah merupakan satu peningkatan yang besar berbanding dengan peruntukan dana R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang berjumlah hanya sebanyak RM315 juta.

"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM)dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)," katanya.

Mengenai cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), beliau berkata kementerian tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana ia baru sahaja dipinda.

Berkuatkuasa 1 Februari tahun lepas, AUKU mengambil pendekatan positif dengan membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar secara sihat, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, AUKU masih tidak membenarkan mahasiswa melakukan apa-apa yang ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik termasuk calon bebas.

Mengenai dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyertai raptai persidangan Perhimpunan Agung Umno 2010, beliau berkata UKM telah memberi surat tunjuk sebab kepada pelajar terlibat.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata pelbagai usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan prestasi kutipan balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk mengadakan perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membolehkan kewajipan potongan gaji melalui LHDN dilaksanakan.

Beliau berkata meskipun terdapat peningkatan terhadap jumlah peminjam yang memulakan bayaran balik, ia tidak mengikut jumlah sebenar yang ditetapkan disebabkan beberapa faktor antaranya peminjam melanjutkan pelajaran serta mendapat gaji permulaan yang rendah.

"Sehingga 31 Ogos lepas, sejumlah RM1.959 bilion telah dikutip, iaitu 48 peratus daripada jumlah yang sepatutnya dikutip sebanyak RM4 bilion," katanya.

8 comments:

tokek gekko said...

bagus la kalu mcm tu.ramai lagi la yg sambung belajar....

aku ni belajar juga setiap hari sabtu,dua buah buku aje..itu pun dah hampir empat tahun..habis ulang lg...habis ulang lagi.

rupa2nya makin belajar makin jahil lagi kita ye???!!!!...banyak yg kita belum tahu.

Anonymous said...

Hai umur dah masuk 50 an ,belajar kat masjid dan surau ajelah sebab banyak lagi yang belum Sarjana bab itu.

Anonymous said...

betui..betui..betui... Lagi kita cari, lagi banyak yang kita tak tahu.

can jeli said...

apalah kekawan ni..TG n semua geng jange camtu..belajar tetap belajar.Kalau bkesempatan dan mampu apa salahnya..KPM dah offer,kita yg tmampu,sahut saja..Kau camno JM..x nk ikut Faris ke..Kalau Faris laju ko minta dia perlahan sikit.baru sama bgerak ke depan..kan gitu geng..

anti wahabi said...

cukuplah tu bab dunia ni. cari guru pulak sempurnakan yg fardhu ain tu. bab solat, cara sempurnakan bacaan fatihah, bab tauhid, bab fekah, bab tasawuf dll. PHD kan yg ni. yg ni pun kita nak bawa jumpa Allah nanti. umur kita pun bkn muda lg. dah separuh abad.

tak ada rugi apa pun kalau tak ada master tu. nak belajar agama ni bkn boleh ikut masa lpg tp kena paksa n belajar sungguh.

tp kalau nak buat juga master atas kepentingan tertentu, silakanlah. terpulang pd masing2 n terpulang pd cara kita memandang.

jm said...

kat masjid tu...macam mana keadaan pun kena belajar jgk anony....
kena pandai pandailah bahagikan masa.betul tak...can jeli orang muda lagi lagi bagus...pick up lebih sikit.Dalam budget tu ada ke nak dikurangkan tempoh buat master hehehe

can jeli said...

jm..apo la ko ni..masa ijazah 1 dulu dah dpendekkan masa ni nk buat master pun nk pendek masa lagi..panjang pun x pa kan..asal free je..kawe nk juga kalu pakat beramai2..

Anonymous said...

peluang dah di beri( percuma) bagi yang mampu tak kira umur buatlah.dan bahagikan masa untuk sempurnakan bab akhirat.dua2 boleh b uat serentak.kan kumplan kita hebat2...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites