Salam Rakan2,
Keputusan UPSR telahpun diumumkan pada hari ini. Pastinya bagi mereka yang memperoleh keputusan yang baik akan merasa gembira dan bagi yang merosot tu, jangan berputus asa kerana itu bukanlah petanda kita tidak melakukan tugas dengan sebaik mungkin.
Kebetulan saya berkursus di IAB pada 8 hingga 11 November 2010 dan sewaktu di IAB ni, sempat bertemu dengan Che Norizam dan Wan Zainon. Sempat bertanyakan keputusan UPSR sekolah Che Norizam dan dia gembira kerana bilangan murid yang dapat 5A bertambah dari 11 kepada 13 orang dan peratus keseluruhan meningkat. Bila lihat semua GB2 yang ada tu mendapat keputusan, terasa teruja juga dengan suasana sebegitu tetapi tidak dapat merasakannya.
Bagaimana dengan sekolah rakan2 sekalian? Bolehlah dikongsi bersama kegembiraan ini dengan berkongsi maklumat.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
6 comments:
Assalamualaikum,
Sekolah saya (baru Tahun ini di sek ini)dapat 4 orang murid yang dapat 5A.Tahun lepas tak ada.Sekolah kecik aje.
Tahniah Noris. Walaupun sekolah kecil tapi 4 orang tu mewakili peratusan yang besar.
Bekas sekolah saya yang ditinggalkan berlaku pergolakan pentadbiran antara GB baru dgn GPK dan guru2 Tahun 6 yg nak buat stail kepala sendiri.
Sasaran awal tahun saya lebih kurang 50 orang tapi dapat 39 orang sahaja 5A. Sasaran peratus pula sekitar 88 % tapi telah merudum kepada 77.7% daripada 86.18% tahun 2009. Diharap GB baru dan kumpulan guru Tahun 6 tu sedar kesilapan mereka.
Amacam rakan2 lain lagi?
salam, syukur dpt penuhi bai'ah.sekolah kampong 6 org dpt 5A banding thn lalu 4 org sahaja.peratus tahun lalu 52.5% tahun ini 59%.
tahniah kpd geng yg berjaya..kita dh usaha tp apakan daya..terima je la keputusan anak2 kita..jm..ko mmg bisa,teganu hebat..tahniah sekali lg.sekolah sy dpt 8 ore 5A..ok dh tu peratus 70++ walaupun sasaran 25 ore drp 80 calon.
syukur alhamdullilah...dari 4 otg tahun sudah kini 9 org dpt 5A.Aku pula baru 2 thn lebih bertugas disek ini.4A pun ramai juga..
tahun ni la aku paling kecut perut....mau tidak sebab TOV mereka utk killer subjek (BI,M3 n SNS)bawah 50%.
alhamdullilah % m/pel meningkat BM KEF 95.5 %, BM PEN 93.7%, M3 91.8%(syok sebab aku pun ajar 1 kelas M3 ni)tapi BI hanya 64.9%je.
tapi tak apa sebab semua guru telah bertungkus lumus.sekolah kg BI mmg m cm tu.tahun depan kena atur strategi lain pula utk BI.
aku ingat nak suruh semua guru speaking BI semasa perhimpunan, waktu rehat,dan bila2 masa saja.
semua kawasan kena lebel dlm BI...aku ingat kena tukar english style pulak.apamacam....heeeheheheee,
asalam.sekolah saya capai 6 orang 5 A. kelulusan 64%.Alhamdulillah. ini adalah atas kerjasama,komitmen daripada guru-guru, pihak Yayasan Sabah dan PIBG.
anas sabah.
Post a Comment