Wednesday, September 15, 2010

UPSR 2010!!!



Salam Rakan2,

Cabaran yang bakal ditempuh merupakan satu bebanan yang amat berat. Ditambah pula dengan Bai'ah atau New Deal, pastinya apa yang diunjur dan disasarkan merupakan sesuatu yang mesti digapai. Usaha-usaha yang tanpa mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. Ada yang sudah memulakan persekolahan sebagai selesai Aidil Fitri manakala ada juga yang masih dalam mood cuti.
Walau apa dan bagaimanapun, diucapkan selamat menghadapi UPSR 2010 kepada semua rakan2 kerana sudah tentu rakan2 merasa lebih teruja daripada anak didik itu sendiri. Semoga semua rakan2 berjaya dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah dan mengotakan bakat kepimpinan yang ada dan telah dipelajari. Perjuangan saya selama 3 tahun di sekolah, telah berjaya saya lonjakkan pencapaian UPSR sekolah sehingga dua tahun berturut2 mengatasi sejarah dan rekod sekolah. Semoga rakan2 juga akan begitu.

Sekian, terima kasih.

28 comments:

valar said...

Hi kawan-kawan, masih mud raya.
ucap selamat mengambil upsr kpd anak-anak murid kita. semoga usaha mereka diberkati.

tokek gekko said...

.....semoga usaha kita dan mereka diberkati ALLAH SNT.

kita hanya berusaha untuk kebaikan mereka,banyak set2 soalan dari negeri2 lain telah dibuat.guru2 pun telah berkorban cuti raya.sekolah saya bercuti sehingga 13 sept sahaja.

apa yg menyedihkan ada setengah ibubapa yg tidak mengambil berat ttg prestasi anak2 mereka.buat la apa2 program pun mereka tetap tidak hadir.sibuuuuuukkkk memanjang itu alasan mereka.

hai entah laaaaaaaa.....

mpmn said...

aku rasa perubahan jadual pep. upsr ni telah byk menyusahkan guru2. naik je cuti periksa. dlm cuti ada raya. bdk2 msh dlm mod raya. yg msh meneruskan cuti tetap ada. cg lak yg risau. aku rasa keghairahan upsr telah terjejas.

guru said...

mpmn,
boleh ke semua itu dikira sbg dugaan dan cabaran?

masa terus berlalu, keadaan dan suasana akan berubah.....!

tokek gekko said...

mpmn..kalu tak ubah tarikh lagi pening.14 sept dah mula upsr. syukurla sebab dianjak ke 21 sept. nak anjak lagi mkn tak boleh dah... sebab ianya akan ganggu dgn pmr,spm dll pep.

kita hanya fikir ttg upsr shj..tapi lembaga terpaksa fikir lain2 pep. bilik kebal hanya terhad shj..soalan2 pmr nak letak dimana kalau tarikh upsr dianjak berdekatan dgn pmr.

banyak perkara yg perlu diberi perhatian.kalau jang terlibat dgn unit peperiksaan baru jang tahu peningnya nak mengurus pep peringkat kebangsaan ni.

nak raya banyak mana lagi.takkan nak jadi ANTU RAYA KUT.

Anonymous said...

selamat menempuh UPSR pula.moga "new deal" kita sume tercapai.mcm2 dugaan yang kita hadapi, kita pening memikirkan anak2 yang akan menghadapi upsr, buat mcm2 program tapi ibubapa banyak yang buat dhek je. buat program yang datang orang itu je. tapi bila nak ambil kwamp org yang tak ambil berat pendidikan inilah yang terpacak awal di pejabat.geram.

mpmn said...

bukan ke yg lepas2 upsr pada awl september je. yg aku tahu salah satu sebab dilewatkan kerana hdk mengelakkan bdk2 ni, merdeka awal n lepas tu tak dtg sekolah. tak caya hg pi tya kppm. lagi satu dia nak beri hg masa lama sikit bela bdk2 tu agar new deal hg tercapai.

Anonymous said...

eehhh..eehh knape ekau tak nak faham nie mpmn. kalau buat awal sept. 7,8 dan 9 dah dekat nak raya.takkan habis upsr baru nak balik kg.

dlm takwim asal,ialah pada 14,15 dan 16 sept.tarikh tu pula baru abis raya...mkn bebudak baru pulang dari kg.

dulu betul le,zaman anwar ibrahim jadi ment. pend.nak elak musim banjir dipercepatkan semua pep.

aku lebih suka kalau upsr ni dilaksanakan dlm bln okt atawa blmn nov.baru mantop bebudak tu.

tokek gekko said...

tak gitu ke jang ooooiiiii....

ita said...

Ish..ish..ish...!sempat pula mamat2 GB ni bertekak pasal penentuan hari UPSR? Kita ni risaukan bebudak kat dewan tu... mudah2an dipermudahkan mereka dan dapat beroleh kejayaan cemerlang walaupun berbagai cabaran perlu ditempuhi oleh guru2 dan GBnya. Diorang tu tak pikir panjang. Nak buat macamana lagi...kita ni kena bijaksana bukan 'bijaksini' saja.

jm said...

jangan dok kelahi...benda dah jalan, ok je lah.pandai2 lah kita sesuaikan diri.
sekolah aku ..dikawal ketat.3 pengawas dan 1 org pegawai jabatan memantau berterusan sepanjang upsr.dan esok 2 pegawai dr lembaga akan melawat.

jm said...

jangan dok kelahi...benda dah jalan, ok je lah.pandai2 lah kita sesuaikan diri.
sekolah aku ..dikawal ketat.3 pengawas dan 1 org pegawai jabatan memantau berterusan sepanjang upsr.dan esok 2 pegawai dr lembaga akan melawat.

jm said...

alamak jadi 2 copy.hehe.sorry ye

mpmn said...

napenya sek mu dikwl ketat jm. sek tpt mula bocornya soalan ke? patutle ganu no1 je memanjang.

mpmn said...

wei.. tokek apo salah eh.. dokek nak raya pung. yg hg sibuk nak blk kg pasai apo. rayalah tpt kediaman hg dulu. den takek kang baru tau.

Anonymous said...

upsr punya pasal, awat mpmn dgn tokek duk gaduh, biar p dia nak raya sambung sampai sebulan.kita duk risau budak2 jwb periksa depa duk raya lagi.

jm said...

kawalan ketat ke atas semua sekolah yg soalannya sampai sehari lebih awal...mpmn..yg no1 tu dah always lah mpmn...hehe

can jeli said...

Syabas jm..syabas..tahun ni nnt tengok la..kelate nak potong..he..hee

tokek gekko said...

laaaa....kekawan tak faham penjelasan aku rupanya. aku tak le raya sampai sebulan.yg aku jelaskan adalah ttg waris dan bebudak kita tu...sekolah aku beroperasi mulai hari selasa 14 sept lagi.

jm sekolah mu tu patut dikawal ketat sebab soalang sampai awal sehari kang.yg biasa bocor adalah sekolah2 yg soalang nye sampai awal.dibilik kebal mana ade bocornye....biasa pula supplyer soalan ramalang nya dari tganu juge.hj sabri mu gi mano nie......

jm said...

hebat klate li...
sapa cuti ganti pun tok wee ambik.
Molek jg klate potong weh..leloh doh ni dok No 1 sokmo...hehe

jm said...

tokek ...lembaga meramal soalan bocor di sekolah2 pedalaman/pulau2.
Tempat aku..aku minta polis sendiri bawa pengawas dgn soalan ke balai.tp soalan je lah di simpan di balai.pengawas kat lain hehe
hj sabri ni lama tak nampak.jangan2 dok dlm bilik kebal lagi

can jeli said...

medium kita ni dah x diminati oleh kekawan lain doh gamaknyo..yg lain senyap n sunyi je..x baik gitu..kan.. kan jm.ttg hj.sabri tu bior la dia dgn labu2nye.siMail lagi x nampak calitnye..kemana ye..harap2 kekawan yg spoting je lah yang bebalas komen.bos besar sibuk sgt ke lo ni..x de entri baru..harap2 berjaya la geng master ye..ybs,camno upsr kt johor..pecah juga ke..

jm said...

masa orang dok sibuk ni kita lah konker blog ni jeli hehehe. semalam masa perasmian ekspo pendidikan ada jumpa sabri.lpas tu hilang.jah pun ada terima anugerah.mail tak nampak.mesyuarat pengurusan pagi td baru jumpa mail.sb sama daerah.Sabtu ni g KL ,lawatan dgn budak2 year 6..jumpa anda di sana!

can jeli said...

selamat bercuti dgn bebudak kat kl la..jm. sekolah kita nk g langkawi.walau apa pun kirim salam la kat sabri,mail ,jah dan geng teganu semua nnt jumpa.Dapat seponser ke wat lawatan ke kl ni..tapi teganu kan kayo..moga selamat la semua..

JM said...

langkawi tu kau nak g membeli belah tu...hahaha
sekolah kami dapat lah sikit sponser .dari SUK dan YB ADUN kawasan. Dapatlah tampung sikit2. budak2 bayar sikit.

tokek gekko said...

lo weh...mu nak gi juga ke lawatang tuh? bior bebudak sekolah udah le yg pegi..gb dok jaga sekolah la.

knape le biar bebudak tu bayar..ni tentu guru2 dapat gi free.tak adil le mcm ni...sepatutnya gurudan gb bayar lebih.

mu pulak can jeli bila nak mari l/kawi.aku pung ada kursus disana pada 11,12 dan 13 okt ni. kalu sama tarikh bole le kita jumpa disana. mu call aku je.

jm said...

tokek...budak2 byr sikit je, guru bayo banyok...GB bayo banyok2 hehehe.

tokek gekko said...

bayor amende wehhhhhhh.......!!!!!

Pages 381234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites