Thursday, September 2, 2010

ALFATIHAH!! SEMOGA ROHNYA BERSAMA ORANG YANG SOLEH

Salam rakan2,

Sebenarnya saya mendapat berita kembalinya ke rahmatullah suami rakan kita Puan Rusma pada petang 31 Ogos 2010. Namun disebabkan dalam perjalanan out station dan tiadanya talian internet maka saya tidak dapat memuatnaikkan berita ini. Sekembali dari out station pada hari ini, barulah kesempatan memuatnaik berita ini ada.

Arwah suami Puan Rusma diberitakan meninggal dunia pada jam 4.25 petang 31 Ogos 2010 yang lalu. Berita awal semasa koma dulu, telahpun tiada kerana difahamkan telah sembuh dan boleh bercakap dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Apa yang dapat kita doakan semoga Puan Rusma dapat menghadapi dugaan Allah ini dengan penuh ketabahan dan semangat yang kuat. Kita hanya sekadar boleh menghulurkan simpati dan turut sama menumpang sedih ke atas berita ini. Sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. semoga rohnya suami Puan Rusma berada di kalangan orang2 soleh.

Al-Fatihah......

6 comments:

kembara kelana said...

takziah..kak...semoga tabah menghadapi semua dugaan dari tuhan ini...dari saya Yusof Mohamad [soprompin ] PPGB A dan keluarga

noris said...

Dari Allah kita datang ,kepada Allah kita kembali.Semoga Rusmah tabah hadapi dugaan Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

mpmn said...

saya baru je tahu hari ni. saya harap rusma dan anak2 tabah menghadapi ujian dari Allah ni. Perpisahan dgn org yg disyg mmg menguji keimanan kita. Mudah2an Allah merahmati rohnya dan meletakkannya di kalangan hamba yg soleh.

cgany said...

asalam.Saya baru saja terbaca berita ini kerana dah lama tak masuk blog.Takziah diucapkan kepada keluarga rakan kita Rusma.Semoga beliau dan anak-anak tabah menjalani ujian Allah.Al- Fatihah

Anas dan keluarga

azamboy said...

innallila ,,aku ada menelefonnya,,nampak macam semua ok..tak pulak dia maklumkan,,apapun,,harap bersabar,,ujian allah ni ada pelbagai,semoga kamu tabah rusma

can jeli said...

Salam..Takziah Kak Rusma dan keluarga.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarham..amin.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites