Sunday, June 20, 2010

Selamat Berjuang Kembali

Semua rakan2,
Diucapkan selamat meneruskan kembali perjuangan ke arah kecemerlangan sekolah masing2 selepas cuti panjang selama 2 minggu. Pastinya debaran kepada pencapaian akademik sekolah menjadikan diri semakin tertekan. Tambahan pula SIP yang diisi perlu dilaksana dan dicapai. Semoga rakan2 akan dapat meneruskan kecemerlangan sekolah masing2.

19 comments:

yba said...

selamat berjuang.....!!!!

binzain said...

selamat berjuang rakan2. saya skrg ni berada di Daka Bangladesh transit kejap sebelum bertolak ke klia setelah tergendala penerbangan di Jeddah selama 2 hari. mujur ada di sediakan tempat penginapan oleh biman airways.

selamat tinggal biman aku tak akan menaiki kterbang mu lagi.

bangladesh mmg negara miskin. ramai pemintah sedekah yg sanggup mengejar bas jemaah apabila duhulurkan sedekah kpd nereka. RM 1 bersamaan dgn 17 taka.

ita said...

Selamat kembali tuan hj zul!Segala yg berlaku itu adalah ujian dari Nya juga. Be positif....ada hikmah tu!

Kepada semua rakan, sebenarnya kita tak pernah berhenti dari perjuangan membangunkan insan dan memajukan sekolah. Cuma dalam cuti persekolahan ini kita ada sedikit peluang 'rehat' kerana tak ada ramai umat kat sekolah. Cuti kali ni i ambik cuti lama.. ingat nak berehat tapi diserang demam selsema sampai abis cuti. Pegi cuti pun tak daya nak enjoy....
Ni kat sekolah 2 ari sibuk nak semak senarai dokumen audit 2009, kena antar next week. I dari Rabu hingga 2 Julai tak ade kat sek. Lawatan kerja ke johor/singapura , lepas tu ke Lumut Kursus Profesionalisme GB Klang. Tinggallah sekolah....

zalila said...

itulah ita, orag g sekolah lepas 11 tahun tamat, kita berpuluh tahun tak habis2- betula la skg musim demam, ambil cuti sseminggu tapi anak2 demam last sekali i pun demam ,tak enjoy. skg di sekolah dah arah dan minta tolong guaru2 pulun utk upsr- ntahlah harap2 dpt tingkatkan sikit- tapi hari pertama sekolah dah ada 2 org mc- tu macamana- bila kita tegor kta kita garang tk faham mereka- yang mc tu kita tel tanya baru nak cakap- kenapa la ada guru macam ni.

jm said...

binzain...susah2 tuan haji dok je sana.jd rakyat bangladesh..

Anonymous said...

ita..kau cuti sakit selsema .ingat cuti sakit lain

mpmn said...

binzain

boleh tlg dptkan pekerja bangla utk aku tak? aku nak suruh jadi tkg kebun di rmh aku.

binzain said...

alhamdulillah tergendala 2 ari di jeddah.diberi penginapan dan makanan dihotel yg indah.

diDaka satu group kump. saya seramai 22 orang terkandas lagi.mereka terpaksa bermalam dihotel daka semalam lagi.

apa yg dilihat disini adalah pengurusan pihak Biman airways yg terlalu mementingkan keuntungan.

mereka sanggup menjual tiket yg kita tempahi kepada org yg datang lewat sebelum kita. sebab itu banyak jemaah yg tergendala.....

rasuah banyak berlaku...under kaunter banyak berlaku disini.

itulah akibat nya apabila negara terlalu miskin...peminta sedekah sanggup mengejar bas jemaaah kerana inginkan ringgit malaysia. RM 1 bersamaan dengan 17 Taka (mata wang bangladesh).

ita..hikmahnya kita dpt melihat dgn mata kepala sendiri dan sesungguhnya kita perlu bersyukur banyak2.

Jon...aku rasa mereka tak terima aku jadi rakyat mereka sebab berlainan warna kulit...tapi kalu ko aku gerenti mereka mengalu-alukan. hehehehee...

mpmn...aku bkn nak jadi agen pekerja bangla..dimalaysia pun berlambak yg cari kerja..ko boleh ajak mereka kerumah ko.

kalu agen mengerjakan umrah mmg aku sedang usahakan....apakata bln puasa ni atawa bln dis. ni bersama2 aku mengerjakan umrah...bole aku bagi diskaun.

Faris said...

Mana yang lain2 ni??? Maaf kerana saya tak sempat nak respon. Rancanglah program2 kecemerlangan sebaik mungkin.
Rancangan nak dicadang oleh Hj Zul untuk umrah cuti sekolah hujung tahun tu ok juga. Sape yang nak join bolehlah rancang dari sekarang.

mpmn said...

aku nak sangat join tp harimau aku tak ada taring. belum habis bulan aku dah tertiarap. mudah2anlah satu hari nanti aku diberi kelapangan olah tuan kaabah.

member yg lain yg mampu tu eloklah join binzain. reunion di sana lagi byk berkatnya.

faris..
member lain tu jgnlah dirisaukan. hilang kabus nampaklah ia. harapnya le.

binzain said...

mpmn...apa ada pada taring harimau. aku pun seperti ekau juga.

tapi satu saja yg den nak posan doket ekau..niat serta keazaman yg bersungguh2 serta sentiasa berdoa tu yg membuat kita akan beroleh apa yg dihajati.

amalan bacaan surah al waqiaah setiap waktu subuh juga akan memberi manfaatnya.

aku jua sentiasa berdoa semoga aku diberi kelapangan dan dijemput berkali2 lagi menjadi tetamuNya terutamanya dlm bulan ramadhan ni.

walaupun baru pulang tapi masih merasa kerinduan kesana lagi. cadangan reunion disana adalah cadangan yg baik.kalau aku tahu,mungkin aku akan berdoa diJabal Rahmah di Arafah.

Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Adam dan Hawa,keberkatan berdoa disana akan dimakbulkan. "kalau nak tambah satu lagi juga boleh berdoa disana, tambahan kalau ada isteri dibelakang kita...suruh saja dia aminkan bacaan doa kita....heeeeheeeee insyaallah akan dimakbulkan segera.

NON said...

Wow seronoknya baca komen kawan2.alhamdulliah saya selamat balik dari mengerjakan Umrah.Tercari2 juga kalau jumpa Binzain disana. rupanya tak ada rezeki.Seronoknya hingga tak terkata dapat sembahyang di masjid Nabawi dan melakukan Umrah. Macam tak percaya lihat kaabah didepan mata. Saya dah doakan utk kumpulan kita.Memang rindu nak pegi lagi.Makan nasi Arab pun sedap.Saya transit di Dubai dan Jeddah.Dubai hanya duduk kwn airport aje.

NON

jm said...

zul....bz travel..ko punye ke...

binzain said...

JM, yaa akhii.. kif hallak ?

laa haqqii bz safar.. InsyaAllah, yaumal waahid bi du'a wa khidmah inta, haqqii binzain safar wa ziarah.

anaa duubu laghatuul arabiyaah, mumkin yaa akhii, fi anna khilaf.

thayyib, jazaa kallahu khair. syukran.

( saudara ku Jm...apa khabar?
bz travel tu bukan aku punya...Insyaallah satu hari nanti dgn doa dan bantuan kau, binzain travel dan ziarah menjadi hak aku.

aku baru belajar bahasa arab (bahasa pasar)mungkin wahai saudara ku...ada salah.baiklah syukur semoga allah memberi kebaikan ganjaran kepada kau.

mcm mana ok tak bahasa arab aku. hehehe.

valar said...

Tahniah! Tahniah!
kia kita menerima APC 2009. Jgn lupa belanja

valar said...

Tahniah! Tahniah!
kpd Kia kita dapat APC 2009. Jgn lupa belanja.

Faris said...

Kak Kiah ke Valar??? Kalau mcm tu, boleh small gathering utk KL & Selangor supaya boleh rasa belanja Kak Kiah. Amacam??? Setuju ke tak??? tolong respon geng KL & Selangor.

ciput aje said...

mana bole, geng lain pun nak merasa juga.ciput seorg ciput le.

ala kak kiah, belanja anak2 dah le.bagi yau geng lain pi main jauh2.jangan kacau.

Anonymous said...

kak kiah.jika tak ada tempat rumah l pun boleh.Save budget.Respond kak kiah.
non

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites