Salam kepada rakan2,
Siang tadi saya berkesempatan ke pejabat lama dan mendapatkan beberapa maklumat terkini dan semasa. Berkaitan jawatan GB DG41 yang akan naik ke gred DG44 selepas 3 tahun telahpun diluluskan dan surat pekeliling berkenaannya telahpun dikeluarkan tetapi mungkin kita belum dapat lagi surat tersebut.
Tentang gred DG41 naik ke DG44 yang diambil kira perkhidmatan sebelum siswazah, hanya maksimum 3 tahun perkhidmatan sebelum siswazah diambil kira. Kenaikan ke DG44 masih tetap selepas genap 10 tahun perkhidmatan dan jika diambil kira sebelum siswazah, ia memerlukan tempoh 7 tahun.
Oleh itu jalan terpantas untuk kenaikan ke DG44 ialah melalui jawatan GB iaitu kita akan dapat kenaikan pada tahun 2012. Jika kita tidak berada di jawatan tersebut, kita hanya akan dapat kenaikan ke DG44 pada tahun 2016 yang mungkin jika kita berada di jawatan GB, kita telahpun dapat kenaikan ke DG48 pada tahun 2016 tersebut.
Rakan2, fikir2kanlah.
Terima kasih.