Wednesday, June 11, 2008

Tamat Fasa 7 dan Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kerana kita telah berjaya menempuh fasa 7 dengan jayanya. Pastinya kehadiran fasa 8 amat dinanti-nantikan kerana ia merupakan fasa terakhir kita sebelum bergelar graduan. Walau apapun, sama-sama kita ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri kerana dengan semangat yang membara telah melalui 7 fasa dengan cemerlang.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua rakan2 walaupun hanya 3 minggu. Manfaatkan tempoh masa tersebut untuk menyelesaikan segala kerja yang perlu dibereskan sebelum bertemu kembali pada 6 Julai 2008.
Apa yang penting, sama-samalah kita tanamkan tekad dan azam untuk menamatkan hanya 1 fasa saja lagi.

Selamat Pulang dan kembali ke pangkuan keluarga juga.

Terima kasih.

26 comments:

Anonymous said...

Salam,

rakan2 sekalian. kalau yang dah balik tu dah pun sampai ke rumah. bagi mereka yang masih stay di asrama untuk menyiapkan tugasan, tabah dan sabar ajelah. takkan lari gunung dikejar. saya pun masih di asrama dan telah selamat menyelesaikan tugasan kumpulan artikel jurnal. sekejap lagi nak hantar kepada pn. azita.

pn. azita pesan, kritikan artikel 3 jurnal tu di binding. jurnal asal, jurnal sampingan, surat-surat pekeliling dan dokumen2 lain tu diletak dalam satu folder plastik yang tidak menyebabkan ia bertaburan (JANGAN DI BINDING. saya telefon dia dan dia menyatakan ada kumpulan yang binding jurnal asal dan jurnal sampingan tu. kepada mereka yang belum hantar, bolehlah ikut pesanan beliau.

Terima kasih.

yusofsipan said...

Faris, aku dah selamat sampai kat rumah selepas magrib semalam. Ni kat rumah 2nd wife, dia pi keje, aku pun baru bangun kul 10 tadi, mak mertua buatkan sarapan, kurang asam punya menantu kan?

Sehari dua ni kita berehat ler kan, pastu tengok ler apa2 yg patut urusan di sekolah dan juga projek 3 tu.

ok, selamat maju jaya, jumpa lagi, tk.

Anonymous said...

Alhamdulillah kerana kau dah selamat sampai Cop. Wah.. wah.. kau balik rumah no 2 dulu ye... Mak mentua kau tu pun sporting juga. dia tahu menantunya lama tak balik.
Aku baru berkira2 nak bergerak untuk projek 3. Yang penting nak kenalpasti skop yang tepat. Lagi pun masa kita cuma 3 minggu sebelum masuk semula 6 Julai nanti.
Selamatlah kau Cop dan moga bahagia di samping kedua2 isteri kau tu.

TK.

yusofsipan said...

Terima kasih faris, moga kau pun berbahagia bersama satu isteri dan anak2, kalau berhajat nak tambah jgn lupa consult dgn aku dulu...

Kau dah baca entry aku kat yahoogroup ttg bahaya mentalk candy tu?, tak payah ler kau nak cuba try benda2 asing mcm tu, use your own power la...original, baru best tapi kalau kau memang ada masalah jgn malu jumpa aku....hehehe

Anonymous said...

Cop, nampak gayanya tak ada orang lain yang jengok blog kita ni. masing2 senyap sepi aje di rumah.
Mentalk candy tu, pada hari rabu di kolej, mawi buat promosi tapi tak jalan. buat masa ni, aku tak perlukan semua itu. my own power is still good.
Projek 3 dah mula ke belum? Cop, kau buat tajuk apa? Aku bercadang buat tajuk pengurusan ict dengan mengambil bahan2 projek sandaran iab dulu dan modified sikit.
Aku tengok kau dan azam rancak berceloteh di yahoo group tu. eloklah tu kerana kita dah 2 platform untuk mengutarakan pendapat selain dari blog ini.
terima kasih.

yusofsipan said...

Biasa ler faris bila dah sampai kat rumah. Ada yg mcm tikus jatuh ke beras, senyap melantak... hehehe

Ttg projek 3, aku dah submit 3 tajuk pd Pn Azita, dia kata ok, proceed. Hati aku berat kat tajuk Peningkatan Pengurusan Penyeliaan dan aku dah mula kumpul bahan, beberapa contoh projek 3 pun aku ada, kau ada tak?

Elok ler kau pilih tajuk ICT tu, kau pun mmg mahir bab tu. Aku dulu masa sandaran iab buat sistem fail, mula2 ingat nak buat tajuk tu tapi rasa mcm biasa sgt ler pulak, ramai dah buat tajuk tu. So, setakat ni mungkin aku nak teruskan buat tajuk penyeliaan tu la.

Anonymous said...

aku ada jenuk tapi perut aku sakit,sekali taip,sekali berak,,taip,berak,taip berak.nantilah,sekali aku nulih,,panjang,

yusofsipan said...

aku mcm tak percaya la azam yg kau boleh nulih panjang2, kalu copy and paste bebanyak ada la... hehehe

aku kan ada contoh projek 3 yg ada pd kau tu, amacam kalau kita buat tajuk yg sama???

Kau tu psl apa sakit perut je, kau makan apa? Cuba kau amalkan makan pucuk daun pokok bunga raya, cuba ler, mana tau serasi dgn kau...

Anonymous said...

faris kau tahu tak mcm mana nak atasi masalah laptop aku screennya gelap aje. lampu hard disk tak ada tanda bacaan. hd 2 rosak ke. masalah ni. tugasan azita ada dlm 2. aku tak siap lagi. tlg bagi idea nak buat macam mana

Anonymous said...

Rajawali,

1. check power supply dan adapter kabel kau.

2. kalau itu ok, power system dalam laptop kau mungkin rosak.

3. minta kedai keluarkan hard disk kau dan copy data yang diperlukan.

4. kalau hard disk rosak, dia masih keluar bacaan BIOS pada skrin.

5. langkah akhir, campak laut atau sungai dan beli baru.... aku gurau aje.

TK.

yusofsipan said...

Itu ler antara tanda bahawa laptop itu akan tamat riwayatnya. Laptop aku pun mula2 mcm tu la, hidup tapi taknak keluar gambar. Rupa2nya motherboardnye rosak, nak ganti, harganya hampir rm900, terpaksa ler beli baru...huhuhu

Anonymous said...

tq faris. aku ambil pendekatan ko yg ke 5. sop hg ingat laptop aku ketinggalan zaman ke. aku baru beli le. aku nak minta tlg sekali lagi, iaitu tlg bagi alamat email azita. aku nak cite dgn dia. kalau dia tak caya aku tak kisah. tak hantar tgsn rasanya masih boleh lulus. c pun ok. lagi pun masa paper dia hari 2 aku jawab ikut skema. tp aku tak tiru. ada member kita siap bawa peranti. tahniah. aku pelik betul tgk member2 kita ni. semuanya senyap sunyi. dia org ni tak ada smgt muhibah lsg.

Anonymous said...

Rajawali,

Janganlah bersedih. C bukanlah matlamat, apa yang penting cuba dapatkan A. Bukannya apa, nanti menyesal di kemudian hari. Manalah tahu nanti dia kata yang dapat first class boleh dapat 2 hadiah kenaikan gaji dibandingkan dengan second class. Usahakan dan masa masih ada.

Berikut ialah contact detail Pn Azita :

1. Email Pn. Azita ialah azita@fpe.upsi.edu.my

2. No HP dia 012-3742866

Terima kasih.

yusofsipan said...

Ada kemungkinan mcm tu ke faris? Mcm tak pecaya pulak aku... Ntah ler, aku nak maintain 3.5 tu pun dah mcm tak larat dah...

Anonymous said...

Cop,
Manalah tahukan. Apa2 saja boleh berlaku kerana bidang pendidikan melalui perubahan yang drastik. Tambahan banyak pula campur tangan politik yang menyebabkan sesuatu yang mustahil boleh berlaku. Apa yang kita buat, buatlah yang terbaik dan sebaik mungkin.

Buat Rajawaali, dah hubungi Pn Azita? Cubalah usahakan komputer kau tu di kedai2 yang lebih pakar daripada aku ni.

Buat Ton, Ita, Fidah, Aisyah, AMA dan lain2 kenapa senyap dan sunyi aje? Meriahkanlah blog kita ni.

Jumpa lagi. TK

Anonymous said...

salam.
semoga rakan-rakan semua dalam bahagia walau dalam kesibukan sekolah dan projek 3. sebenarnya, setiap hari saya akan baca blog kumpulan kita ni. cuma ada masanya tak tau nak tulis apa. waktu ini saya baru balik dari sekolah, tonton tv cerita korea sambil baca blog.kejap lagi baru masak. saya teringatkan kata2 seseorang yang berjawatan, dalam satu majlis:- "Jika kita hendak memilih orang untuk bekerja dgn kita, pilihlah orang yang berpengaruh, berharta, berpengetahuan dan bertenaga." Pd pendapat saya, apa-apa pun, masing-masing mempunyai cara dan kerasionalan tersendiri dalam membuat pilihan kan!

Anonymous said...

dey tambi..kita tukar aje assignment.ok,jadi

Anonymous said...

Alhamdulillah selepas diprovok sedikit, muncullah Aishah dan Azam. Rupanya kalian berdua sering membaca blog kita ini. baguslah kalau begitu, sekurang2nya berilah idea dan pandangan yang boleh dikongsi atau cerita penglipur lara yang dapat menghilangkan tekanan.
Hanya tinggal 2 minggu lebih lagi kita akan berjumpa semula. 6 Julai kita akan berkumpul semula. Rakan2 sekalian dah dapat surat fasa 8 ke belum? Saya masih belum dapat lagi.
Buat azam, aku guna projek program sandara IAB dulu aje dan ubah suai mengikut kehendak kajian tindakan. Itu baru cadangan tetapi belum mula lagi. Kau dah hantar proposal kepada Haji Raheem ke belum? Beliau kata boleh hantar melalui email raheem@fpe.upsi.edu.my
Good luck everybody. Masih ada yang belum muncul2 lagi. Bilahlah agaknya.
TK.

yusofsipan said...

wah faris, kau post komen kau tu jam 11.59 mlm, apa kau buat dah tgh mlm tak tido2 lagi tu.... hehehe aku pun tak tido lagi la waktu tu, dok ngadap laptop membelek2 tajuk kajian tindakan, kul 1 lebih baru boleh tido. Ni kat sekolah ngantuk ler pulak, tu sbb aku layan blog utk hilangkan rasa ngantuk.

kata2 aishah, drp satu majlis:-"Jika kita hendak memilih orang untuk bekerja dgn kita, pilihlah orang yang berpengaruh, berharta, berpengetahuan dan bertenaga." - mcm baru aku dengar jer....

Sebenarnya semlm kami, pengetua & gb seluruh Johor ada perjumpaan dgn pengarah baru, Tn Hj Sufaat bin Tumin di Pusat Islam JB. nampak jugak aishah di kejauhan, tak sempat nak berbual pun, ramai orang, kehadiran hampir 1200 org.

kekawan lain kita tu masih mcm tikus jatuh ke beras ke???

Anonymous said...

Cop,
Biasalah kalau cuti2 malaysia, aku tidur lewat sikit. Tambahan pula tunggu Euro 2008. Kadang2 tu, bola tengok aku pula. Tapi kalau hari bekerja, pukul 10 aku dah tidur.
Haji Sufaat Tumin tu bekas PPD Kluang dulu kan kalau tak silap aku. Ini kerana aku sering juga jumpa dia semasa projek2 ICT di kawasan Menteri Pelajaran. Baguslah kalau dia naik jadi Pengarah Johor. Kami di Selangor pun dapat pengarah baru iaitu Aishah Samah dari IAB. Aku pun tak cam sangatlah dia ni semasa di IAB dulu. Katanya out spoken. Tengoklah nanti rentaknya.
Kalau kau ngantuk Cop, tengoklah email Azam bagaimana kalau nak tidur semasa bekerja. Kah... kah... kah...
Kawan2 yang lain masih tak muncul lagi. Manalah kalian pergi ni.
TK. Jumpa lagi.

Anonymous said...

pengarah baru
sop hg buat baiklah dgn pengarah baru 2. hg bodek dia. byk manfaatnya. faris, aku kira hg org selangor beruntung dpt pengarah perempuan kerana kebiasaannya org perempuan dia akan beri kredit pd org lelaki. kesian kat etoon n ita.
aku rasa gb wilayah tak pernah muncul dlm blog ni. sibuk bangat agaknya. tp aku rasa org KL tak berapa campur dgn GB dari ng lain. tgk dlm group kita. betul tak azam.
lebai kg lama dah tak muncul. sibuk tanam padi agaknya. lebai baik hg bersedia tanam padi huma kerana MB hg nak tebang balak kws tadahan air. nampak gayanya tak berair bendang hg. kalau dah tak boleh tanam padi aku syorkan hg buka pondok aje. usop boleh dtg ngaji. azam pun boleh dtg juga. azam hg kena buang pengaruh abg samy tu.

yusofsipan said...

rajawali, minta maaf la, bukan amalan aku nak bodek2 tu, kalau kau biasa amalkannya teruskan, tak payah ler nak suruh2 orang lain buat... aku jugak tak setuju dgn pendapat kau bahawa pengarah perempuan akan beri kredit pd orang lelaki. Kau pernah berpengarahkan org perempuan ke???Beri ler pendapat yg berasas sikit, setakat ikut rasa jer, baik tak payah... buat nyakitkan hati orang buat pe? Tapi aku tak ler sakit hati sgt dgn komen2 kau kat blog ni, kalau ada masa aku komen ler balik, kalau perlu belasah aku pun boleh belasah jugak...

Anonymous said...

sop
aku setuju sgt dgn skp hg yg tak suka bodek membodek. hg ni patut dicontohi. tp aku tgk masa kuliah hg kuat bodek pensyarah. aku rasa le. hg nak marah berapi ke aku tak kiralah.

ttg isu lain jantina, aku nak brth hg bhw aku ni pkr psikologi cuma tak ada phd aje. kebiasaannya manusia ni suka layan org yg berbeza dgn jantinanya. mcm hg lah sop. kalau aku tanya hg tak berapa nak layan tp kalau org perempuan hulur laptop dia, dgn senyum lebar hg menolongnya. sakit betul hati aku. hg kalau tak caya tanya sabri n azam

yusofsipan said...

wahai si rajawali, aku tak marah pun bila baca komen kau, nak tergelak ada la, ni aku komen ni pun sambil tersenyum2 tau... aku rasa aku tak pernah pun nak bodek2 pensyarah,kalau aku hantar 'dummy assignment', itu adalah utk kemudahan aku, aku cuba utk buat yg terbaik. kalau fasa yg lepas kau nampak mcm aku asyik nak bertanya pn azita kat depan, itu adalah kerana dia sekampung dgn aku, org muar jugak, pastu jadi pulak penyelia utk projek 3, kira ok jugak la...

ttg isu lain jantina, sebagai seorang lelaki tulen, aku memang ler suka kat pompuan, ke kau dah tak suka pompuan, ke kau tak pandai layan org pompuan??? Bab tolong orang aku sebenarnya tak pilih bulu, aku akan cuba tolong sesapa saja, setakat termampu. cuma yg selalu mintak tolong ialah org pompuan, aku tolong ler... org lelaki aku tolong jugak, takde ler aku sampai tak layan langsung, fitnah tu. tapi kalau serentak kau dan org pompuan dtg, aku tolong ler org pompuan dulu, kesian dia kan, org pompuan kan kaum yg lemah, sapa lagi kalau tak lelaki yg kena tolong mereka... org lelaki ni pulak satu lagi perangai kata nak mintak tolong tapi mcm nak ugut/provok jer kita, contoh ayat, " sof, tolong aku sof, kau ni asyik tolong pompuan jer, aku kau tak nak tolong..." Aisey man, lu sapa mau paksa2 gua...? Diplomasi ler sikit, cakap ler elok2, berlemahlembut ler mcm org pompuan kalau mintak tolong guna bahasa yg mcm merayu...kita dengar pun terus cair... ni lelaki tidak, cakap kasar mcm gengster nak merompak! Sendiri mau ingat la... satu lg lelaki ni ego dan sombong, nak bertanya dan mintak tolong tapi tak pandai nak merendah diri... ok la, panjang pulak komen aku ni, mcm nak berleter ler pulak, sori kalau sesapa ada yg terasa dgn komen aku ni, aku ikhlas dan suka juga utk berterus terang demi kebaikan bersama.

sabri dan azam tu tak payah ler kau nak buat tempat rujukan sangat, setakat nak dengar cakap diorang tu boleh tapi nak percaya 100% lom tentu... jgn ler nak jual nama diorang, aku rasa aku lebih kenal diorang, sejak fasa pertama aku dah duduk serumah dgn diorang, dia pakai seluar dalam jenis apa pun aku tahu....

jumpa lagi, wassalam

Anonymous said...

cop
yg sebenornye aku tak kisah pun hg tak layan aku. akg tak jeles pun hg dikelilingi oleh mak2 mentua. tp kalau anak dara yg keliling hg mmg aku jeles punya. gerenti aku tuntut ilmu apa yg hg pakai. org jawa ni byk kepandaiannya. kata org brg jawa semua berkualiti. iye ke gitu. org melayu, org minangkabau jgn marah pulak.

ok lah cop aku nak buat tgsan azita. selagi tak siap tgsan dia ni, tak dpt nak usik projek 3. hg pun tak nak tlg aku. jadi terpaksalah aku berdiri di atas kaki aku sendiri. aku tak nak pakai tongkat.

yusofsipan said...

rajawali, pakai tongkat tu kan bagus, sunnah nabi, lebih2 lagi kita yg dah 'umur petang' ni, dah lebih 40 tahun, kalau tak mahu pakai tongkat kata nabi sombong. Aku pun belum mampu amalkannya, pernah niat dan pernah beli pun tongkat, simpan jer tak guna.... Ya Allah, berilah kekuatan pada diri ini dan kekawan aku juga utk beramal dengan sunnah nabiMU, ameen.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites