Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Seperjuangan,
Senyap sunyi dan sepi aje rakan-rakan sekalian. Cuti sekolah dahpun tamat. Semuanya tak menjengah langsung blog ini. Sibuk atau kecewa/gembira dengan keputusan pilihanraya yang lalu? Semua tugasan dah selesai dan dihantar ke? Cukuplah sekadar tsunami pilihanraya saja yang melanda dan tidak tsunami blog ini.
Diharap slot berita dan perkembangan semasa ini dapat membuka minda rakan-rakan untuk terus berdialog dan bertukar pendapat serta pandangan di antara kita. So, sudi-sudilah hantar berita terkini. Gelanggang dibuka semula.
Sekian, terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
34 comments:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rakan-rakan, PRU kali ini saya tak berpeluang untuk mengundi buat kali keempat disebabkan aral yang tidak dapat dielakkan. Ayah saya yang sakit teruk tempoh hari telahpun sembuh tetapi ayah mertua pula telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari mengundi tu. So, tak sempat nak pergi memangkah. Jadi sepanjang cuti sekolah baru lalu berada di kampung mertua di Muar saja sehingga selesai kenduri arwah selama 7 malam berturut2. Moga rakan-rakan dapat sedekahkan alfatihah dan semoga roh ayah mertua saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kepada Ucop, sorrylah tak sempat nak contact walaupun berada di Muar.
Kepada Ita, how your program di Muar dengan Ucop?
To everybody, selamat kembali bertugas selepas cuti sekolah. Sukan sekolah saya terpaksalah panggil YB Adun PAS agaknya kali ini.
Terima kasih.
Salam. Takziah diucapkan kepada En. Faris.Semoga roh arwah ayah mertua berada di kalangan orang-orang soleh. Maaf kerana saya tak menziarah, kerana tak tau pun akan hal ini. Drp: aishah
Salam buat semua.
Buat Faris.. salam takziah dan didoakan smoga tabah berdepan dengan dugaan. Smoga rohnya di tempatkan dikalangan mereka yang soleh.
Program I ke Muar tu terpaksa dibatalkan kerana X duga pula kenduri besan pakcik i hari mengundi. Dah tu sek I jadi pusat mengundi, mana boleh i tinggalkan sekolah.Tak ade rezki nak ke Muar.
Petang tadi AJK MGB daerah Klang bersidang buat kali kedua bagi 2008.Dan Rabu ini akan diadakan Majlis Permuafakatan semua GB dan PPD mengikut 5 kumpulan yang dibentuk bagi tujuan perbincangan profesional, menjana idea, berkongsi masalah dan mencari satu-satu resolusi atau keputusan bersama dalam membina kecemerlangan sekolah.5 sekolah terpilih menjadi venue Majlis tersebut. Pada hari tu nanti I dan Ton jadi setiausaha ler pula. Dalam perbincangan tadi ada disentuh mengenai peranan dan caragaya gb berkomunikasi dgn YB ADUN selain BN. Kita dinasihatkan agar tidak memanggil atau meminta sebarang peruntukan dari mereka coz kita ni tertakluk pada Kem.Pelajaran di bawah naungan kerajaan Pusat.Kalau mereka bagi sumbangan boleh ambil but secara rasmi there should not be any conections records.
I pun nak buat sukan 29 ni...nampaknya panggil ketua kampung je lah! Habukler x dapat ape kan? I frust tau, mana taknya...masa AGM PIBG I 1 mac lalu, D.Paduka Komala turun..janji beriya juga nak support sek I...Melayang habis....
Salam buat kawan kawan semua.Teman nak ucapkan takziah kepada faris housemate teman kerana pemergian kerahmatullah bapa mertua. Teman doakan rohnya akan dicucuri rahmat allah berterusan.
Teman pun dah laman tak masuk laman ini. Nasib Perakpun sama aje.Tapi bagi teman barangkali nasibnya YB teman jadi pembangkang lak.Tapi tally dengan federal dah tentu boleh undang dan dapat peruntukan.
Walaubagaimana pun terima kasih ita bagi tips dari Selangor gimana nak tangani pemberian YB baru.
Teman sejak mejak ini tak putus putus dilanda masaalah di sekolah. Kekadang rasa tak seronok nak gi sekolah. Dari masaaalh surat layang sampaile pibg berebut anak di sekolah. Hari ini salesman pulak dok ugut nak pukui jaga. Sabor je le.Fikir nak pencen lama lagi. Nak berhenti dah sign lagi 4 tahun. 28hb ni nak buat Mesyuarat Agong PIBG. Sukan dah sudah.
HAC cadang 18hb April.Kekadang duduk di UPSI Bagus jugak na.
xotskqrwah, nampaknya aku ketinggalan kali ini. Biasanya aku akan jadi orang pertama beri komen pada setiap entry. Aku ada check blog semlm tengah hari, tapi entry ni belum masuk lagi. Anyway, pertamanya aku ucapkan takziah kpd Faris di atas kembalinya bapa mertua ke rahmatullah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Keduanya, nape ler ko tak contact aku Faris? Aku ada kat muar, tak ke mana2 pun kecuali pd 15 Mac aku ke Felda Chini, rumah mak sedara wife aku buat kenduri kahwin.
Ketiganya, selepas PRU tu, lebih seminggu aku tak post entry baru kat blog aku, mcm aku pun kena tsunami politik pulak. Kemelut politik yang melanda sekarang ni seronok jugak utk diikuti dan direnungi..... Keempat, aku pun kekadang berasa yg ketika berada di upsi adalah antara masa yg menyeronokkan wp aku selalu tak balik pd hujung minggu. Rasa lama pulak kita dpt bertemu lagi.
Akhir sekali, kat tempat aku pun ADUN dari PAS. Inilah kali pertama PAS menang di sini. Kesian jugak aku tengok penyokong2 UMNO, terkedu habis, dah nak buat camner, adat bertanding kan....
Ok, jumpa lagi, salam sayang buat semua.
Barulah nampak meriah sikit semula blog kita ni. Terima kasih kepada Aishah, Ita, Din & Ucop kerana turut bersimpati di atas kematian ayah mertua saya.
Kepada Ita, rugilah kerana tak dapat makan asam pedas johor yang ucop nak belanja. Kalau di kawasan U, Komala janji macam2, serupalah dengan kawasan I. I jemput dia semasa mesyuarat agong PIBG pada 2 Mac dan janji dia pun macam2. Nampak gayanya sama2 kempunanlah kita.
Kepada Ucop, kalau kawasan sekolah dikuasai oleh PAS, samalah nasib dan ketentuan kita kerana kawasan saya juga dikuasai oleh PAS. Walau bagaimanapun, kita perlu bekerjasama dengan sesiapa sahaja kerana sekolah merupakan kawasan berkecuali dan institusi pendidikan tanpa mengira parti. Macam Ucop tak dapat apa sangat, tapi Selangor akan dapat air percuma.
Kepada Din, bersabarlah banyak2. Itulah dugaan nak jadi GB Cemerlang (38/41) dan lepasan NPQH. Pegang prinsip, laksanakan amanah dan tanggungjawab kita dan yang penting jangan sampai tak dapat gaji.
Kepada Aishah, wakil parlimen JB dah jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Harap2 harga barang tak naik lagi kerana Datuk Shahrir memang seorang yang tegas dan lantang. So, maybe kos sara hidup di bandaraya JB akan menurun.
Kepada rakan2 yang lain, jomlah join untuk beri apa-apa saja maklumat dan berkongsi idea. At least tips yang macam Ita beri tu pun dah ok. Kalau Ita dah jadi setiausaha di daerahnya, lepas ni bolehlah jadi penghulu fasa 7 pula nanti. ha.. ha..
OK, rakan2, teruskan tugas dan usaha murni kita. sesekali betul juga cakap Din dan Ucop tu, bila duduk UPSI dapat release semua tension di sekolah.
TK.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan kalian.
Selamat menyambut Maulidul Rasul 1429H kali ni. Semoga akan dpt dirapatkan semula ikatan silatulrahim antara semua rakyat M'sia selepas PRU tanpa mengira apa jua fahaman/ideologi. Kt ni semua di bwah KPM-Federal kena akurlah........
Kpd sdr kt Faris-didoakn arwah bapa mertua ditempatkn dikalangan org2 beriman dan dicucuri rahmat rohnya,insyaAllah.
Shah Alam pun sama juga tsunami politiknya....YBhg Dtn Pengarah dah beri mesej brhati2lah sbb kt sek di bwh Federal(KPM), state di pihak mereka (k'jaan baru).Ada hikmahnya tu-bak kata Faris, air percuma wpun 20 mpdu shjsetiap bulan;ok jugak tu kan (+-RM20). Dgrnya rakan2 di bwh state tu dah mula mengira-ngira bonus yg akan dpt, cukai2 yg akan dikurangkn dsbnya lagi spt manifesto mrk tu...Untung2 benar mrk dpt laksana kan alangkah banyak hikmahnya tu kan.....Bila agaknya kt smua kembali ke Fasa 7 nanti Faris...., rasa lambat sgt pulak ye.......ok rakan2 salam hormat & ceria selalu. Wassalam drp org Shah Alam ni ( La ni agak sibuk & padat prog sek dan terlibat sebagai AJK Pelaksana peringkat daerah, negeri dan juga K'saan- dah dekat dgn JPN, sabar ajelah....). TK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan semua,
Terlebih dahulu nak ucapkan takziah kpd Faris atas pemergian bapa mertua yang disayangi ,semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
I pun macam yusof ketinggalan meninjau perkembangan blog, ingatkan sunyi sepi macam dua tiga minggu dulu tu,.. tup,tup bila jenguk rupanya dah meriah semula.. alhamdulillah.. dapat juga I melepaskan tension menangani masalah yang timbul di sekolah. Apa taknya kalau kawan-kawan perasan 2 Mac lalu nama sekolah I popular coz masuk NST dan sebuah akhbar Tamil. Kesnya parent dakwa sekolah tak ambil tindakan terhadap guru disiplin yang telah agak berkasar dengan anak mereka (tapi x delah sampai lebam-lebam- sebenarnya kes tu dah pun diselesaikan tp parent tu tak puas hati sbb dia nak guru tu tukar atau dipenjarakan!!!adake logik?
Kes ni masuk paper sbb parent tu panggil wartawan dari NST masa Mesy agung PIBG. Wartawan tu pulak kata dia buat liputan atas jemputan YB Viknes ( bekas wakil Parlimen) wlpun sebenarnya dakwaannya tu tak benar. Walaupun dia pergi lepas I halau dia tapi dia dahpun dapat komen dari YB. Teruk juga I membuat laporan ke PPD dan JPS.. wakil Jemaah Nazir Negeri pun turun buat siasatan.. Masa tu barulah I tahu kenapa En Shukri kata buku Log tu penting, kerana segala tindakan dan maklumat tentang masalah tersebut I catatkan dalam buku Log tersebut dan dapat I jadikan bukti tentang tindakan yang telah dilakukan di peringkat sekolah. Harap2 semuanya dah berakhir dan ini yang buatkan rasa tak sabar nak ke upsi ….. jumpa lagi.
Salam takziah untuk Faris & Al-fatihah untuk Allahyarham bapa mertua.
Salam hormat untuk semua rakan-rakan.
Salam buat kekawan semua,
Sambil korang jengah kat blog ini, jengah ler sekali kat blog aku dan sudi ler beri komen.
Aku lama dah kehilangan komen drp ta dan ton. Korang merajuk ker? Maklang lagi ler pulak, berpatah arang berkerat rotan dgn aku.... Mai la jengah blog aku dan komen ler apa yg patut.
Hari ni aku masukkan senari kabinet 2008 dan bersempena maulidur rasul, ada lagu nasyid oleh Hijaz. Aku suka sangat dengan lagu itu dan moga korang pun suka jugak.
Ok, jumpa lagi, wassalam
Salam buat semua.
Malam ni I tak boleh tidor pula...so minta izin hubby melayan blog. Mungkin hari ini penat dan jadual penuh.
Sebenarnya i baru balik umah jam 12.45am tadi dari umah kak long i di S.Alam mempengerusikan mesy. ke2 ajk maj.perkahwinan a.saudara sulong kami jun ini.
Pagi tadi dari jam 8.30 - 12.00 di sek ada program Bicara Akademik.Ia adalah satu medan pertemuan dan perbincangan antara guru dan parent tahun 6.Ada tiga slot disedia. Di dewan slot 1- ucapan GB(Matlamat Prog, unjuran UPSR, prestasi pencapaian ujian 1, btk kerjasama yang diingikan) ucapan pengerusi Majlis Tahun Enam (Perancangan, akt dan prog. peningkatan prestasi yg disusun spjg 2008)
Slot 2 - Penerangan dari k.panitia subj. UPSR mengenai aspek kertas pep dan con2 spy parent lebih bersedia utk membimbing anak2.
Slot 3 (didalam kelas)- menandatangani buku LAB dan perbincangan hati ke hati parent dan guru2. Oleh kerana sambuatn yg cukup baik ada kelas yang berakhir hingga jam 1.30. Jenuh juga i menunggu. X smpai hati nak tinggalkan guru2 yang dedikasi dan parent yg prihatin.Ada parent yg emosional..nangis depan guru.Moga ada kesedaran utk membantu dan mbimbing anak mereka.
Jam 2.30 elok i sampai umah , ujan lebat mencurah2...selesai solat dan makan...mak oi air dah memenuhi lama umah I. Anak kecik I excited sungguh sambil menjerit2 banjir...banjir..! Ya Allah tak kan banjir pula! Suspen2
Jam 4, I dpt sms dari cikgu, 'Pn. berita terkini sek banjir, semua blok di masuki air sedalam 1 kaki.'
I call jaga..senyap jer..hanyut kot! Jam 6.00 I ke sek lagi...Alhmdllah air dah surut. Tiada apa yang rosak teruk... Esok kena ke sek lagi ler awabnya..kemas dan bersih ape yang patut...
Tu ler crite I ari ni..baru terasa ngantuk dan letih..so...adios semua.. korang mesti dah lama berdengkur kan???
salamualaikum,takziah fariz,aku masih sihat,wife pergi china 10 hari.aku di sini bagai nak gila,rindu yg amat amat,manataknya,,nak call pun bukan main mahal.dua hari saja hampir 160rm habis card hotlink, rumah jadi tunggang langgang..oooooooiii sapa tak sayang bini, komputer pula masuk kilat, spek pula hilang di pekan sehari, pemerinahan pulak bertukar tangan, abang samy sampai sekarang tak berani keluar rumah,, mennagis dan tidak percaya dengan kekalahannya.apapun semuanya kehendak allah dan menjadi ikhtibar, aku pula, akan akur denga kerajaan yg memrintah,,nasihat Ita akan dipatuhi kerana dah tua tua ni tak sanggup ditukarkan ke kuala mu,kome tahu..kalau hari kilat,,baikle kome cabut wayar modem..dia masuk kut itu,,bantai mother board, processor ,hifi dan soundcard,, wowowoi kena 1500rm utk upgrade balik,,nasib baik ada orang kawin,,so tak sabar nunggu kome
tahniah dan terima kasih ita, laporan ttg program bicara akademik tu boleh jugak dibuat panduan.
sejak berita selangor akan dapat air free, rumah dan sekolah u kena banjir pulak ye.... puas ler mandi kan dapat air free tu...
azamboy, apa yg kau download sampai kilat pun ter'download' sekali.... tapi tak pe ler, kau kan pandai cari duit. baru kau tahu mcm mana rasa takde bini kat rumah, yg kau selalu tinggalkan dia tu takpe ye... bila bini kau balik? dah bersiap ke dgn segala rupa jenis 'senjata' utk bertempur???
aku pun rasa tak sabar nak jumpa kekawan semua...
Salam sejahtera,
Nampaknya teman2 yg setia saja melawati blog ini. Mana yang lain? Tenggelam terus? Sibuk hal sekolah dan rumah kot!
Terima kasih Azam Boy. Lama juga kau tak jengah blog. Kesian aku tengok kau kena tinggal... tapi biasalah, kau kan ada alternatif. Kah.. kah.. Komputer yang rosak tu, boleh beli baru Azam. Yang penting bawalah komputer tu kau kena bawa berzikir sikit barulah selamat. Sorry Azam, gurau aje.
Ita punya program Bicara Akademik is okey juga. Saya buat pada Januari dulu dua slot aje iaitu amanat GB dan taklimat kertas peperiksaan kepada ibu bapa. Itupun dah separuh hari. Kalau sekolah banjir tu, dia nak bagi pengalaman air free. Apapun tunggu hari Rabu ni bila MB Selangor umum sama ada betul2 free atau tidak.
Saya dan PIBG sedang merancang untuk mengadakan Hari Terbuka PIBG pada bulan April iaitu program santai ibu bapa dengan guru2 sambil minum, makan2 dan bual2 kosong tetapi berisi bagi membincangkan hal2 sekolah. Pendek kata dalam keadaan tak formal. Bukannya apa cuma nak merapatkan hubungan sesama komuniti sekolah dan masyarakat kerana sekolah saya pernah digantung keahlian PIBG pada tahun 2005 hingga 2006. So, yang keruh perlu dijernihkan. Tempoh masa dari pukul 8.30 hingga 11.00 pagi. Ini kali pertama nak buat dan akan lihat feedbacknya nanti.
Bagi Ton, itulah bencana semasa pilihanraya. Saya juga mengadakan Mesyuarat Agong PIBG pada 2 Mac 2008 dan panggil calon pilihanraya. Tup.. tup.. entah bila ada wartawan dari Sinar Harian datang tanpa dijemput. Nasib baiklah tak ada laporan negatif. Bila calon PAS menang di DUN Bangi, YDP PIBG nak panggil untuk rasmi sukan pada 29 Mac 2008. Nasib baik telefon PPD dulu, tak dibenarkan panggil semua DUN baik kerajaan atau pembangkang kecuali Parlimen di persekutuan seperti yang diamalkan di Kelantan.
Ucop, sorrylah kerana tak sempat nak visit kau punya blog. Minggu ni tambah sibuk. PPD panggil untuk taklimat e-GTukar di Shah Alam pada 24 Mac, Mesyuarat Latihan Dalam Perkhidmatan pada 25 Mac dan Mesyuarat GB pada 26 Mac.
Sekarang saya sedang baru nak menguruskan kes seorang guru yang dulunya komited dan rajin serta dah diberi APC pada 2006. Tiba2 tak datang sekolah, ambil MC swasta & kerajaan dan habiskan semua Cuti Rehat Khasnya. Dah personal approach dengan pergi ke rumah dan diberitahu olehnya sakit kena buatan orang. Rasanya tak percaya kerana mungkin ada masalah peribadi. So, hari ini terbongkar bila pihak bank telefon dah 3 bulan tak bayar pinjaman. Dari rakan2 dia, dia ada main saham (sah atau tidak, tak tahulah). Sekarang kalau tak ada MC, nak proses potong gaji. Esok pihak bank nak datang sekolah, sebab itu cikgu ni takut nak datang sekolah rupanya. So, kalau rakan2 ada idea tambahan, kongsilah bersama.
Panjang pula saya berbicara kali ini. Bukannya apa, just sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman serta dapatkan idea rakan2.
Jumpa lagi kawan2. Bye.
Assalammualaikum wth
Kawan-kawan yg dihormati,
Izinkan aku nak mencelah pula.
Pertama, ucapan takziah kpd pencetus blog ni. Moga rohnya ditptkan diklgn org yg beriman.
Amin.. Begitulah hdp, akhirnya kita akan meninggalkan segala yg kita kumpul, semua yg kita kasihi. Amat mlg bg org yg leka dn tdk membuat persiapan yg rapi utk plg ke tpt yg abadi.
Kedua, mcm-mcm hal yg berlaku di sek. Tak kira kita ada npqh atau tdk. Anggaplah apa yg berlaku itu sbgi ilmu yg akan membentuk kematangan kita dlm hal pentadbiran. Berkaitan hal org poitik ni, jgn jemput parti pembangkang w/l pun dia adun di kaw kita. Naya nanti.
Ketiga,ada baiknya kita kongsi program upsr yg dijlnkan di sek. msg2. Mana yg praktikal blh diabl dan digunakan di sek kita.
Keempat, aku rasa boringlah. Nak ke sekolah tak ada mood, nak ke upsi pun malas. aku tak kisahlah dpt apapun. yg ptg nak hbskan cepat2. mod dah hlglah. apa ubatnya ye. ada org kata kahwin seorg lagi mcm usop 2. betul ke.
terakhir masalah ko faris, gunalah ilmu negotiation skil. bagaimana teori dpt diaplikasikan dlm praktikal. zan
Salam. geli hati baca cerita azam. kesian pun ada...baru tau ye betapa pentingnya seorang isteri itu.dekat disayang.... jauh dirindu. So, sama-samalah kita hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Program di sekolah Rozita dan En. faris tu, bagus juga .... boleh dijadikan program di sekolah. Saya dah cuba buat macam program Rozita tu tahun lalu, ok lah juga. Tapi, saya belum buat lagi pada tahun ni. Kepada zan (maaf kerana saya tak tahu siapa), kalau boring2 tu, tak perlu le nak tambah sorang lagi... banyak cara lain untuk atasi hilang mood tu. Hilang mood tu datangnya sekali sekala, tapi bila dah ambil sorang lagi, kena ngadap sehingga akhir hayat. Cubalah bercuti panjang ke... ke Mekah buat umrah ke, atau ke pulau2 yang indah dan mendamaikan atau yang tak banyak modal baca buku katun LAT, he...he..he..
Jadi GB ni memang banyak cabarannya, dan perlukan kita sentiasa tabah dan cekal hati. Saya cakap ni sebenarnya saya berpesan kepada diri saya sendiri. Apa apa pun kita adalah seorang GB, GB yang akan menjalani dua fasa lagi di UPSI. Salam dari saya, Aishah.
Faris - wah memang panjang betul la kau berceloteh kali ini, mcm maknenek .....hahaha. Ttg masalah dgn cikgu tu, kau bagi ler nego skill kat dia cukup2... Kalau kau lapang dan sempat jengah blog aku, tulis ler sepatah dua kata.
Zan (Pirzan ke?)- Nape pulak kau kaitkan mood dah hilang dgn cara kahwin seorg lagi mcm aku? Aku buat bukan sebab itu tau...tolong betulkan ... aku bukannya marah, nasihat...hehehe
Aishah - u ni senang sgt tergeli hati ye...anyway beberapa cadangan u sangat baik utk diamalkan, tq
Kekawan - korang menyepi jer, nape? Ke asyik tido jer? Isu tido sekarang ni jadi sensitif tau, bawak2 ler bangun, nanti dpt hadiah bantak baru tahu....hahaha
Salam ceria buat semua
pembetulan - typing error;
........bawak2 ler bangun, nanti dpt hadiah bantal baru tahu....hahaha
amboi ramainya org. lama pulak aku tak hinggap ke blog ni. tumpang lalu ya.
pada sahabat yg kehlgn org yg dikasihi bykkan bersabar. itulah ketentuan yang terpaksa kita lalui dlm menuju ke pelabuhan. sabar ya.
pada zan.. aku sokong kalau nak tambah sorang lagi. cuma cari yg muda supaya boleh jadi muda semula. rahsia tanya bang ucop kita.
pada ita dan ton, untunglah air 20m padu dapat percuma. jadi rugi pulak negeri aku ni pembangkang tak menang.
aku pun sebelum p/raya kena panggil juga ke negeri jumpa tim. pm dan mb atas tajuk seminar kepimpinan. aku tak pegi mals aku. aku tak suka diperkuda, mentang2 aku k/t kerajaan. baru ni aku kena surat tujk sebab kenapa tak hadir. aku jawablah. tak kisah, kena tukar pun tak apa. yg ptg aku ada prsp, jgn nak guna k/t kerajaan kerana kepentingan pltk sempit.
aku nak buat motivasi ibubapa. cuba kau orang beri penceramah yg bagus dan tidak meletakkan harga. rajawali
Hi, Rajawali. Sy tafsir bahawa U bukanlah orang yang berprinsip tetapi tak berprinsip sebenarnya. Tidak bermakna saya sokong BN atau BA. pokoknya kita kena ikut perintah kepada pemerintah semasa kita (sama ada BN atau BA).
Andai kata anak kita menderhaka kepada kita yang membesarkan dia dan memberi dia makan, adakah Rajawali setuju?
Ingatlah kita sebagai kakitangan kerajaan (BN @ BA), kenalah SYMP. Barulah itu dinamakan prinsip.
Fikir dan renungkanlah. Maaf kepada Rajawali.
Assalamualaikum,
Kawan2, sekolah saya mengadakan Sukan Tahunan pada 29 Mac 2008 (Sabtu) sempena sekolah ganti. Kalau ada kelapangan, jemputlah datang memeriahkannya.
Hari ini mesyuarat GB dengan PPD Hulu Langat, memang hangat. Dengan PPD sekali kena hentam. Cakap tak serupa bikin dan tak menyebelahi dan menyokong GB langsung. Nak salahkan GB adalah, bukannya nak membantu. Agaknya kesan daripada PRU 12 baru lalu. Semuanya dan mula berani menyuarakan apa saja yang tidak berpuas hati.
Latihan Dalam Perkhidmatan pula sekarang ni sekolah kena urus sendiri kerana PPD akan menyalurkan sumber kewangan kepada sekolah. Keseluruhan peruntukan dipecahkan sebanyak 40% untuk BPG melalui IPG, 40% untuk sekolah dan baki 20% utk JPN & PPD. Mulalah cadangan supaya sekolah buat secara bergabung supaya PPD masih boleh pantau duit tu. Agihan adalah untuk 3 kali kursus @ bengkel dengan kadar RM8 di darab dengan bilangan guru di sekolah (3xRM8xBil.Guru). Negeri rakan2 yang lain bagaimana?
So, kongsilah maklumat di sini. TK.
kepada yg menghantar tiada pengenalan diri. lain kali kalau nak bincang bagilah salam dulu. dalam islam pun kita dibenarkan tidak menurut perintah ibubapa jika arahannya menentang hukum tuhan. contoh jgn pakai tudunglah kerana negara ini bukan padang pasir n so on. anak boleh menolak. apa guna akal yg diberi oleh Tuhan kalau tidak digunakan utk berfikir yg mana baik dan buruk.
so kita fikirlah sendiri adakah yg kita taati itu baik atau tidak. bukan ikut membabi buta. kita bangkangpun supaya dia sedar dan muhasabah diri dilakukan. apa silap aku ni hingga rakyat naik meluat. kita pun sebagai gb, kalau guna kaedah kuku besi org tak suka juga. so kita dgr sungutan dan cadangan anak buah kita. betul tak wahai org yg tak bernama. apa guna kalau kita sokong tapi membawa musibah kpd agama bangsa dan tanahair. agama tak berbela, org murtad bersepah, anak zina bermaharajalela, judi, arak mainan org islam sekarang ni. apa pemerintah buat. bahasa melayu tidak dapat tempat. anak anak melayu termenung panjang menjawab sains dan mt dlm bi. akhirnya mereka memilih, lbh baik ponteng sekolah dn menjadi kutu rayau dan menjadi wabak sosial kepd negara. harta negara jual ke sykt singapura. takut dan menyedihkan. kau tak fikir ke. taksub biar bertempat.
sepatutnya org perak, kedah, selangor, pp dan kelantan boleh panggil adun dari pemerintah negeri skrg. kerana mereka skrg adalah barisan pencadang. tp KPM dan JPN tak bagi. kenapa? ini pilihan rakyat. kata demokrasi. paper hari ni tim mb2 p.png nak siasat kenapa JPN p.png tak beri panggil adun dari pemrnth skrg. arahan tidak dikeluarkan secara bertulis ttp dlm btk lisan shj. rendah sungguh penghayatan kita terhadap konsep demokrasi. sekian dari rajawali
Assalamualaikum kekawan,
Nampaknya kembali lagi
si rajawali...
masih terbang tinggikah
di langit biru
memandang dengan mata tajam
tembus hingga ke mana2 ceruk
dan rantau?
Masih merah menyalakah
warna matanya
seperti marah teramat sangat menggasak sesiapa
yang tidak sehaluan dengannya?
seikhlas mana pun
niat bicara dan hujah2mu
lakukanlah
dengan sehikmah mungkin...
jagalah tuturkata
kerana lidah
lebih mudah tergelincir
berbanding kaki kita
....pesan buat diri sendiri dan semua, maaf dipinta, wassalam.
Assalamualaikum,
Wah, panas... panas. Apa yang dikecohkan ni? Kalau ada prinsip dan pegangan pun, simpan ajelah dalam diri masing2. Blog kita ni untuk kita berkongsi pandangan dan pendapat yang berfaedah dan berguna iaitu knowledge sharing.
Bawalah banyak bersabar si Rajawali. Dengarlah nasihat di Ucop kita tu.
Hari ini aku dikejutkan apabila PK aku beritahu bahawa Hishamudin nak datang ke sekolah aku untuk tengok bangunan baru yang sedang dibina kerana semalam aku bermesyuarat di PPD. Bila tanya dengan kontraktor, dia mengiakan. Aku syak mungkin bukan Menteri dan cuba call kawan nama yang sama di EPRD dan dia kata bukan dia dan mungkin nama sama tetapi yang bertugas di Bhg Pembangunan, KPM yang jadi pengurus projek. So, walau bagaimanapun aku kena juga bersedia pada hari esok.
TK.
Assalamualaikum,rakan-rakan.
Betul kata Faris.Kita gunakan blog kita untuk tukar-tukar idea atau cerita sekolah kita .Kita bukan orang politik.kita guru besar dan nak hendle sekolah untuk tingkatkan prestasi .Mungkin Rajawali tu nak lepaskan geramnya .Tapi berbeza dengan Rajasamy.Dia diam lepas kalah teruk.
Saya rasa simpati dengan kawan kita Zubaidah.Rumahnya dimasuki perompsk .Habis Myvy nya dibawa lari dan dengar cerita perompak bawa sekali laptop 3,Hp dan lain-lain barang. Mungkin Allah nak duga kesabarannya.
Faris, saya pun dah terima taklimat tentang LDP oleh JPN. Berilah idea.Kursus apa nak diadakan .Dalam kepala saya ada dua yang diperlukan oleh guru saya iaitu tentang ICT dalam P&P dan protokol dan etiket.Berilah idea wahai rakan-rakan.saya tahu ramai yang banyak idea.....
salam sayang untuk semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan semua,
aku ada satu permintaan la, kalau rasa berpatutan dan boleh dipertimbangkan maka kalau nak beri sgt dialu2kan tapi kalau tak nak takpe, tak kisah.
permintaannya ialah kalau korang beri komen dalam blog ini terutama mengenai sesuatu yg baik dan komen yg biasa2 jer mcm yg di atas ni, bubuh ler nama sebenar, kita nak tahu jugak sapa yg beri komen tu. aku rasa ok kot...tapi kalau korang rasa tak ok, terpulanglah... tak kan aku nak paksa pulak, korang kan dah tua besar panjang, hehehe, jgn marah na...
jumpa lagi, salam sayang utk semua jugak....
salam untuk semua,
Ucop.kamu ni kalau tak tahu nama kami ni tak puas hati.mesti nak tahu .kita ni saja-saja nak borak borak .kamu ni banyak idea .slow and steady .tak tahu nama pun tak apalah ucop ya.janji kita tukar-tukar idea.
jangan marah ucop...
kome oii..aku nak cerita, satu hari aku jalan jalan tenguk orang sakit kat hospital bahagia,tanjung rambutan..syok juga tenguk gelagat mereka, aku bawa kamera,,tiba tiba aku terdengar ada orang menyanyi, lagu nasyid..bukan main sedap,,aku pun teringinlah nak melihat sapa orangnya..rupa rupanya dia adalah seorang lelaki yg sedang meniarap sambil menyanyi,,memang sedap lagu nya kerana suaranya yg merdu..aku jalan jalan lagi sehingga sampai ke penghujung wad dan berpatah balik..sekali lai aku terdengar orang menyanyi lagu melayu asli,,cukup merdu dan memang sahlah org ini hebat org nya..rupa rupanya orang tadi juga yang menyanyi tetapi dalam keadaan terlentang...so aku pun menegurnya.."Bang ,,tadi saya lihat abang menyanyi sambil meniarap,,sedap juga,,kini menyanyi sambil menelentang..sedap juga..,, kenapa tak bangun berdiri,,tentu lagi sedap". Sambil selamba dia menjawab.."tak boleh dik..sebab tadi lagu dari side A dan yg ini lagu dari side B,jadi tak bolehlah bangun berdiri",,,,( Leeeeeeeeeeee punyale tingginya imaginasi dia mengumpamakan dirinya bagai piring hitam..ada side A dan side B..aku ketawa sendirian dan akhirnya ketawa kuar kuar sehingga seisi wad itu menyangka bahawa aku pesakit baru...paling hebat..gambarpun aku lupa tangkap.....sekian wasalam.
Salam untuk semua,
Petang tadi I dapat surat yang di kirim oleh SUHAKAM, maklumkan nak datang ke sekolah I kerana nak menyiasat ttg laporan berlaku penderaan oleh beberapa orang guru di sekolah ini terhadap murid ( Kami syak ini mesti kerja parent yang I pernah ceritakan dulu tu sbb tak puas hati aduan mereka tak kan ke mana sebab YB yang mereka mengadu tu dah kalah..). Pihak SUHAKAM nak datang pada 2 April ni ( menurut surat tu mereka nak adakan perbincangan dengan pihak sekolah berkaitan laporan tersebut) Untuk pengetahuan kekawan surat tu di tanda tangan oleh Dato’ Siva. Surat tu di juga dibuat s.k ke kementerian, Pengarah JPS dan juga PPD. I ada tel PPD untuk dapat pandangan bolehke benarkan mereka masuk ke sekolah tp orang no satu tak ada, so kena tunggu Isnin untuk dapat pandangan beliau. Harap-harap kawan-kawan dapat berikan pandangan dan pendapat untuk menangani masalah ini.. Jumpa lagi
Assalamualaikum,
Ton, pada pandangan saya kita tidak boleh menolak SUHAKAM kerana ia adalah suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah YDP Agong seperti SPA, SPP dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat kes video hakim baru2 ini. Apa yang disiasat adalah bagi membuktikan kesahihan dan ketepatan aduan. Jika tidak ada apa2 masalah, dia akan tutup kes.
Saya turut bersimpati dengan isu yang dihadapi tu. Walau bagaimanapun, itulah pengalaman pembelajaran yang paling berharga yang kami semua tidak dapat tempuhi. Nanti bolehlah dikongsi bersama.
Terima kasih.
"Air percuma bermula 1 Jun
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk di negeri itu bermula 1 Jun ini.
Bagaimanapun, pemberian air percuma itu hanya membabitkan pengguna domestik yang menggunakan meter individu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri mengkaji rancangan itu dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman."
BEGITULAH BERITA DI AKHBAR ARUS PERDANA PADA HARI INI. WALAUPUN AMAUNNYA TAK SEBERAPA, SEKURANG2NYA ADALAH JUGA FAEDAHNYA. RAKAN2 DI NEGERI LAIN TU, MAAFLAH BEBANYAK.
APA PENDAPAT ANDA?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
anonyous : korang taknak beritau nama takkan ler aku nak paksa pulak kan
azamboy : ko datang ler melawat kat Tampoi pulak, tentu lagi pelik, agaknye la.... aku pun tak pernah pi sana pun. kita pun selalu 'gila' dan 'gila-gila' kan...
ton : ko tunggu esok (Isnin) utk rujuk kat PPD, betul ler tindakan ko tu. Aku doakan moga semuanya selesai dgn baik, amin.
faris : boleh ler ko mandi banyak kali dgn air free tu, maksud aku 'mandi baca' ler....hehehe
kekawan lain : mana ler korang tak dengar kaba berita, mari ler join blog ni..
bye, wassaalam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah 3 hari blog ni sepi dan sepi dan sepi......
Korang suma pegi mana hah? Mengeram ker?
salam sejahtera buat anta semua. faris aku nak tanya blh tak komen yg berbaru berada di atas sekali. terbalikkan. pas 2 bhgn dpn sekali jika ada komen baru msuk dia berkelip2 tanda ada komen baru.
aku rasalah kwn2 kita yg membisukan diri2 sbb; tak internet di rmh. nak guna line KPM kena blok. yg terakhir tak tahu alamat. rasanyale
aku risau betul tgk mrd2 yg bljr MT n SN dlm Bi ni. Mengangga belaka. Tak faham soalan n tak boleh jawab soalan. Guru pula tak mahir berbahsa Ingg. Ggl utk berinteraksi dlm BI. Aku hrp PPSMI ni ditarik balik. Pensyarah kita pun dah beritahu dlm mesy prkt kementerian benda ni ggl. Kau org tak kesian ke tgk anak bangsa kita terus ketinggalan. Kering sudah airmataku utk menangis.
pd kwn yg nak buat LDP2 fkrlah tjk yg relevan dgn sek. kita. Kalau guru terlalu lemah dlm pnp buat pedagogi. Lulusan NPQH mesti arif. Kecuali kalau selalu tidur dlm kelas. gurau je jgn mare, nanti kena jual. sekian. rajawali
Post a Comment