Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rakan-rakan, bagaimana dengan persiapan pilihanraya? Yang penting dah semak atau belum nama dan tempat mengundi? Keduanya jangan lupa pergi mengundi pada 8 Mac 2008 (Sabtu). Kalau jadi ketua pusat mengundi, terpaksalah undi pos dan bertugas hingga ke malam hari. Kalau sekolah jadi pusat mengundi, pastikanlah sekolah selamat.
Walau apapun, gunakanlah kuasa yang ada dengan bijak dan berhemah bagi menentukan kerajaan pimpinan kita.
Selamat Mengundi!!!
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
11 comments:
Aku siap dah semak online. Sekolah aku jadi pusat mengundi. Setakat ini sekolah dalam keadaan selamat tapi tak tahu ler kot ada yang letak time-bomb ke....dapat bangunan baru ler sekolah aku nanti.....
Asslm dan Sejahtera kawan-kawan kalian. Semoga sihat walafiat. Legalah kot ye tugasan M3 dan PT dah hantar.....Undi insya-Allah akan ditunaikan tp rahsialah kan. Sek jadi pusat sebanyak 5 saluran. Kena jugalah bantu KTM drp kalngan PK 3 org dan peg drp Majlis 2 org. Kerani2nya cgu-cgu dan peg-peg awam sekitar.Poster pun meriah betul. Hr Jumaat cuti berganti 29 Mac nanti. Amacam ttg Projek 3, dah boleh mula bdasarkn Proposal yg dihantar kat En Shukri tu ye. TK. (AMA)
alhamdulillah, sihat, cuma tengah demam kot, demam PRU... Kekawan yg tengah sibuk berkempen tu, teruskan ler yang mana korang fikir baik, jangan sampai tak ingat dunia dan apatah lagi akhirat udah ler.... Selamat mengundi!!!
niou said
Asslm.Hari ni mengundi.JPN aku nak semua mesti tiptop.Tandas pun mesti 5 star. pening juga peruntukan tak diberi tapi semua nak cantik.Tapi aku ikutkan juga. nak tahu sehari sebelum mengundi aku ada mesyuarat di JPN tentang kursus LDP.Bila aku balik ke sek. ada cikgu cakap ular hitam masuk bilik aku.Seram juga aku. aku telefon bomba .Bila bomba datang dia orang cari dalam bilik aku ular tu. tapi tak jumpa.Aku beli ridset dan sembur satu bilik.Masa tu dah pukul 6 petang.Aku pun siap nak balik.Sebelum nak balik aku cakap dengan ular tu.Tolonglah keluar aku nak kerja esok.Jangan nak takut-takutkan aku.Pergilah tempat lain nak tidur.Bilik aku tak ada aircon.Lepas tu aku pun balik.Sepuluh minit aku balik jaga aku kata ular tu keluar dan lari arah longkang. dia tak bunuh pun.Bila aku datang pagi esoknya ,jaga beritahu aku.Lega rasanya ....Baru aku ingat .aku baru beli minyak wangi baru untuk bilik aku......
Mac 8, 2008 8.00 am
Macam mana rasanya bila selesai pilihanraya? Lega atau tak puas hati? Adakah ramalan tepat atau sipi. Walau apapun keputusan PRU 12 ini, diharap semuanya menerima dengan hati yang terbuka. Itulah kematangan rakyat dalam PRU 12 kali ini. So, fikir2kanlah.
TK.
Aku ikuti keputusan PRU mlm tadi sampai pukul 4.30 pagi. Di samping tengok TV aku layari internet, dapat ler keputusan terkini. Aku rasa betul la sptmana yg dihebuhkan sebelum PRU bahawa akan ada 'silent protest' dan terbukti apabila BN hilang majoriti di empat buah negeri tidak termasuk Kelantan. Aku juga rasa rakyat Malaysia telah mulai matang dalam berpolitik dan memilih wakil mereka.
Asslam & Salam sejahtera.
Alhamdulillah segalanya dah selesai. Memang betul kuasa sebenar terletak di tgn rakyat. Hrp2 kjaan baru bg ke 55 negeri (Kltan, Kedah, Penang,Slngor & Perak) yg dilanda tsunami politik tanahair supaya dpt mengendalikn pentadbiran neg spt mana manifesto yg dijanjikn. Kt ni smua ikut ajelah.....namun federal masih kekal cuma majoriti sudah berkurang. Muhasabah lah hendaknya para ahli politik berkenaan. Begitu juga kt semua ni takkn kekal dan berkuasa selamanya.....tk. Wassalam.
aku sedih abg samy aku kalah,susahle peruntukan sekolah aku.lagi sedih kalau perak diperintah oleh dap..oooh dimana nak mengadu??
Apa macam rakan-rakan kita Penang,Perak,Selangor dan Kedah.Mula dengan pimpinan baru.Aku harap akan berjalan seperti biasa sekolah kita.Mungkin siapa tahu lebih baik dari yang lama. ialah orang baru katakan.insya-Allah semuanya akan berjalan seperti biasa dan kita mentadbir sekolah tanpa banyak masalah. Rakyat Malaysia sudah pandai memilih dan mereka mahukan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Azamboy, kamu belum cuba ,belum tahu. Mungkin yang baru lebih baik .Jangan sedih...Sekolah kamu banyak DAP kan.Kita mentadbir seperti biasa dan KPM akan prihatin kepada semua.Jangan risau .GB yang NPQH mesti hebat ...
azam boy dan lain2. kita ni kan kakitangan kerajaan. so kita ikutlah apa yang kerajaan arahkan sama ada kerajaan pusat atau negeri. dah tak timbul pembangkang lagi apabila mereka memerintah kerana merekalah kerajaan kita sekarang.
rasanya lagi senang kalau sepenuhnya pembangkang yang membentuk kerajaan negeri kerana mereka mempunyai kuasa penuh. kalau setakat dun satu atau dua aje tetapi pimpinan negeri masih di bawah BN, susah juga.
oleh itu kita tengoklah sama-sama dan rasainya. buat azam boy, kalau samy vellu tak ada, tok sami ada. lawak aje azam.
Post a Comment