Kawan-kawan, jangan lupa bahawa kita akan menempuh fasa 6 bermula pada 6 Januari 2008. Jangan lupa untuk mendaftarkan diri di kolej pada tarikh tersebut. Penting juga untuk kawan-kawan pastikan segala persiapan dan perjalanan sekolah bagi sesi 2008 telah diurus dengan sebaiknya.
Jumpa di UPSI.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
11 comments:
Assalammualaikum semua. Selamat menyambut hari raya aidil adha. Insya Allah kita berjumpa kembali di upsi. semoga hal-hal sekolah telah dapat kita siapkan sebelum ke upsi. tak lupa juga kepada rakan-rakan yang beragama kristian, selamat menyambut Hari Krismas.terima kasih. jumpa di upsi ye !
faris, terima kasih le ingatkan kita orang ni.... al maklum la, umur semakin meningkat, rambut semakin sedikit dan berubah warna pulak. aku ni tengah cari2 juga nota-nota, nak kongsi sama, tapi member tu lom bagi lagi le. ok...
apa yang susah pasal nota. Kan boleh download dari web yang telah dibuat oleh faris di http://geocities.com/siraf64/
memang boleh dapat nota dari web tu, tapi untuk matematik dan penyelidikan belum ada... tu yang tengah tunggu member bagi... kalau dapat bole la kita share....
Salam buat semua.
Bila baca peringatan masuk fasa 6 ni..berdebar juga hati ni. Ape taknya .. subjek nampak tough, sek pula baru nak bermula, anak-anak nak kembali ke destinasi pembelajaran masing-masing!
Penghulu dah ok ke? Last i berhubung dgn dia, dia masih terkepung dgn banjir, usop pula berkali2 cuba dihubungi x dapat2. apa dah jadi dgn u cop?? Kawan lain macamana? walau dimana kalian berada , dalam situasi macamana pun , i doakan smoga semuanya selamat.
Buat Karen dan Whinne, Merry X-Mas 2 both of U.
Jumpe semua pada 6 januari nanti, insyaAllah.
kek coklat, aku pun tersangkut kat banjir masa balik umah mertua kat temerloh raya haritu. Kesian ko tak dpt hubungi aku ye, ko guna no hp yg mana??, cuba guna yg lama pulak...
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar banjir di Pahang. Setakat ini semuanya selamat cuma terkepung banjir 10 hari. Semuanya ok.
Lega i dengar khabar kawan2 kita yang terlibat dgn banjir dah ok, alhamdulillah. U ni Usop buat suspen org tau, dah lama menyepi dalam blog..dah tu kita hubungi through hp nak tanya khabar tak dapat2, manatau.. ingat u hanyut ke atau laptop u yang hanyut!!!
hi kek coklat, aku memang dah lama hanyut.... dan aku kalu rumah aku hanyut takpe lagi, jangan laptop aku yg hanyut, huhuhu haru....... nangis aku. Semalam Anas call aku, laptop dia kena curi, kesian... dah beli baru dah... Apalah pencuri ni, curi ler benda lain....
Assalam....dan Selamat Sejahtera.
Selamat sambut tahun baru 2008. Insya-Allah hal ehwal sekolah akan dapat diaturkan dengan baik. Kita jumpa lagi di Fasa 6 kat upsi....
selamat tahun baru untuk semua jugak... Alhamdulillah hal2 sekolah sedikit sebanyak telah berjaya diuruskan. Kita jumpa di upsi nanti!!!
Post a Comment