Thursday, December 27, 2007

Keputusan PMR 2007

Assalamualaikum,

27,668 orang murid dapat gred A dalam semua mata pelajaran!!

Kawan-kawan, bagaimana dengan keputusan PMR anak masing-masing bagi yang ada ambil PMR? Kalau ada anak kawan-kawan yang berjaya, tahniah diucapkan dan jika kurang berjaya, usaha lagi secara berterusan.

Apa perlu dibuat selepas keputusan PMR diperoleh? Ke SBP atau MRSM? Atau ke sekolah aliran agama? Buatlah keputusan yang bijak.

Terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

anak aku kurang berjaya, kalau dulu2 anak perempuan umur 15 thn kena kahwinkan dah. Nak suruh dia teruskan belajar, rasa2 nak suruh ke madrasah jer...

Anonymous said...

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya boleh jadi ustaz atau ustazah atau penceramah.

Anonymous said...

sesapa nak kahwinkan anak dia tu, kalu susah sangat cari cari calon menantu, pilih jer aku...... hehehe....jgn marah....gurau jer

Anonymous said...

anak kembar aku,seorang 8a.seorang 7a 1b..syukur,,aku tak tahule berapa pulak..8d kot

Anonymous said...

bab anak ni aku nak kongsi sikit dgn engkau org. anak adalah amanah Allah kpd ibubapa. bermakna kita akan disoal oleh ALlah di hari akhirat nanti ttg amanah yg dipertjkan kpd ibubapa. Bukankah Allah menyuruh kita sebgi bapa khasnya melindungi isteri n anak-anaknya drp api neraka. itu tugas yang paling penting sekali. anak tak cemerlang PMR tak apa, sebab Allah tak tya tp kalau anak tak sbyg, puasa, enjoy sana sini, ambil dadah, minum arak, berzina dll teruklah kita nanti di akhirat. Sebab itulah kita sbgi ibubapa wajib memperbaiki akhlak diri sendri terlebih dahulu. cara kita berpakaian, cara kita memelihara solat, puasa dll. dan jgn lupa makanan yg kita beri pada anak2 kita2 mesti halal. sebab yg haram akan menerbitkan yag haram juga. contohnya dari segi perlakuannya akn pergi dan suka pada yg haram. duit yg kita beri pada anak2 kita dari mana sumbernya? aku tahu engkau org byk melabur sana-sini. adakah engkau yakin deviden yg kau guna itu halal. sbgi cth aku teringat kata bekas mufti s'gor datuk hj ishak baharum yg mengatakan asb dn asn 2 haram hukumnya. jadi terpulanglah pd msg2. sebab itulah aku berpendapat mengapa hari ini anak2 melayu diserang dgn pelbagai penyakit sosial. bala iman namanya. ulama dulu mereka tidak takut pada bala alam ni, tp mereka sangat takut dan berlindung dari
Allah bala dicabut iman. inilah yg berlaku skrg pada org Melayu. Salahsatu puncanya spt yg aku nyatakan. Fikirkan wahai kawan2.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites