Projek 1BestarNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).
Sekolah akan dapat mengakses internet dengan menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) yang dibekalkan oleh syarikat YTL. CPEnya adalah terdiri daripada Zoom (3+1 unit) dan 4G dongle (20 unit). Semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentabdbiran sekolah, pusat sumber, dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah.
Skop projek juga adalah termasuk membuat dan memastikan Rangkaian Dalaman Setempat atau LAN sedia ada disambungkan ke CPE dan boleh berfungsi serta dapat mencapai internet. Di samping itu, pihak syarikat juga perlu memastikan peralatan komputer sekolah yang tidak termasuk dalam sistem LAN sedia ada juga dapat mencapai Internet dengan menggunakan penyelesaian syarikat sendiri berdasarkan dapatan kajian mereka.
Semua komputer dalam dan bukan dalam rangkaian LAN perlu boleh mengakses internet serta wajib juga ke Virtual Learning Enviroment (VLE).
Sebagai langkah proaktif, sekolah bolehlah bersedia lebih awal dengan:
- melantik seorang guru atau kakitangan yang akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru/kakitangan ini perlu memahami semua keperluan dan merangka pelan tindakan yang meliputi dari kerja pemasangan hinggalah penggunaan.
- menentukan lokasi-lokasi untuk ditempatkan Zoom agar kawasan utama termasuk dalam lingkungan cakupan akses internet.
- mengenal pasti punca sambungan elektrik bagi memudahkan pemasangan ZOOM. Sila pastikan bahawa pihak kontraktor menggunakan sambungan (extension cable sendiri) dari punca kuasa yang tidak dikongsi dengan peralatan lain atau dedicated switch atau extension switch berasingan.
Gambaran kawasan cakupan akses internet melalui 1BestariNet di sekolah
5 comments:
'batang hidung' pun belum nampak lagi, dah masuk bulan Februari dah....
aku rasa kalau benda ni betul2 jadi mmg byk manfaatnya pd warga sekolah dan masyarakat. tapi... dari pglmn2 lepas byk mengajar kita. perancangan cukup hebat tp pelaksanaannya hancus. kita sama2lah tengok.
apapun tahniah n tk faris atas maklumat yg dikongsikan bersama.
tqvm Faris 4 d info....!!!!
Terima kasih atas perkongsian maklumat
harap indah rupa dari khabar....tq faris mr info
Post a Comment