PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.
Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.
"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.
"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
8 comments:
Sistem gaji sebaris tu macamana? tak fahamlah .Boleh siapa-siapa terangkan.Apa kebaikan dan keburukannya.Kita tahu tiap-tiap bulan dapat gaji.
Alhamdulillah.Syukur dengan rezekiNya.
sebaris tu P1 je lah kot..dihapuskan P2, P3....
sebaris tu maksudnye kene sokong BN ler.....
Macam2 tafsiran dah keluar. Apa yang dimaksudkan sebaris tu adalah tak ada pelbagai gred seperti sekarang iaitu dari DGA29 hingga DG54. Bagi DG contohnya, satu gred gaji sahaja. Gaji permulaan akan berbeza mengikut kelayakan sama ada bukan siswazah dan siswazah. Mungkin akan diberi imbuhan gaji permulaan berbeza bagi mereka yang mempunyai kelayakan akademik tambahan seperti Master dan PhD. Sekatan kecekapan akan diadakan dan akan ada mekanisme baru menggantikan PTK bagi melangkaui sekatan tersebut. Itu adalah di antara cadangan2 yang didengar.
ADA JELAS??? nak lebih jelas kena tanya CUEPACS sendirilah.
BALIK MCM SISTEM DULU-DULU LE....
KALU TARAK FAHAM JUGA AMBIL KAYU PEMBARIS BUAT SATU GARISAN MEMANJANG.....SELAGI DIGARIS HABIS HUJUNG PEMBARIS SAMBUNG LAGI (BAR LE TU) HEHEHEEEEEE....
dulu kena menduduki pep am kerjaan ,lulus baru langkah sekatan..ni cm tu juga ke...kena belajar juga le kome semua...dulu baca buku malasia kita dn ada juga bhgian pengurusan, dll...nampaknya p mai p mai tang tu juga le
la ni mungkin kena baca buku satu msia. heheheeeeeee..
satu barisan lah tu..
Post a Comment