Sekali lagi saya mohon maaf dari admin blog ini. Tujuan saya mencoret kronologi ini adalah bukan untuk menunding jari mencari kesalahan sesiapa. Tetapi hanyalah untuk dijadikan panduan dan iktibar sekiranya hendak berurusan dgn sesiapa saja.
Seperti yang aku janjikan…aku mesti ke Putrajaya menyelesaikan masalah yang belum selesai. Mencari dimana punca sebenarnya masalah ini. Karenah birokrasi atau malas kerja.
Mengambil kesempatan setelah selesai majlis konvokesyen isteri di PWTC, pada 23 Nov. 2010 aku terus ke Putrajaya, bermalam dirumah anak saudara. Keesokan paginya dengan bantuan anak saudara ,dia telah menunjukkan komplek kerajaan dimana terletaknya pejabat SPP.
Kronologi pada hari tersebut.
- Mula2 ambil pas masuk dibilik kawalam keselamatan
- Kemudian (mcm rusa masuk kampung) mencari mana satu Pejabat SPP.
- Berjumpa pegawai dikaunter (mkn penyambut tetamu), menyatakan masalah dan ingin berjumpa dgn pegawai yg mengendalikan perlantikan DG41.
- Aku masih lagi coool.
- Pegawai tersebut menghubungi pegawai yg berkenaan....kemudian
- Dia memaklumkan kepada aku surat dan dokumen aku tak diterima oleh mereka.
- Masih boleh control cooooool lagi. Aku menerangkan kpdnya ini adalah surat dan dokumen kali kedua aku hantar spt mana yg mereka kehendaki dah sebulan aku hantar.(sambil menunjuk surat dari SPP). Kali pertama semua yg dikhendaki aku telah hantar..Kemudian kali kedua mereka nyatakan mereka tidak terima ” surat aku janji,surat penempatan dan kew 8”.
- Yang aku hilang sabar apabila pegawai dikaunter tersebut nyatakan mungkin surat tu belum sampai lagi, dlm perjalanan.
- Menyirap darah aku mendengarnya...dah sebulan hantar...surat tu tak sampai lagi..aku mula meninggikan suara..tak kan surat tu dibawa oleh kereta lembu kata ku.. aku terus mendesak pegawai itu supaya aku dapat berjumpa dengan pegawai yg bertanggungjawab.
- Lima minit kemudian pegawai itu mengatakan surat aku yang kali kedua telah diterima pada 22/10/10.
- Kenapa tak proses lagi kata aku,dah terima lebih sebulan dah.
- Pegawai itu memaklumkan mereka sibuk mengemas dokumen2 dan dimasukkan dlm kotak2 sebab nak pindah turun ke tingkat dua.
- Jawapan yg diterima membuat aku begitu ingin bersemuka dgn pegawai yg bertanggungjawab. Kalau dibiarkan mungkin dokumen aku akan jadi perkasam didlm kotak. Aku memohon bersungguh2 aku ingin berjumpa dgn pegawai yg bertanggungjawab,aku dtg dari jauh, aku mesti balik dgn berita yg boleh menyakinkan aku.
- Aku disuruh menunggu lagi . pegawai kaunter menghubungi seseorang sambil bercakap panjang lebar.(mungkin bercerita ttg aku kut)
- Sambil menunggu aku perhatikan dilobby kaunter ada 2 org guru sedang dilayani oleh 2 pegawai yg berpakaian kerja seperti biasa. Seorang tak dilantik hampir 3 tahun yg seorang tu membuat rayuan. Entah rayuan apa....????
- Hampir setengah jam datang seorang pegawai lelaki berkot tapi tidak bertali leher membawa satu fail.
- Siapa mz.......... bersuara agak keras menyebut nama penuh aku.. Saya ...,sahut aku……..
- Dgn nada yg lantang …katanya” kenapa JPN P.Pinang memberi tarikh 5 OKT bukan 2 OKT spt mana yg diarahkan.Saya tak dpt proses surat ini kerana tarikhnya.Ini semua salah JPN cikgu.
- Berdesing telinga aku mendengarnya…bukan salah aku…dari tadi aku banyak ishtifar..kerana aku tahu aku memang tidak dapat mengawal keadaan jika berlaku seperti ini. .Aku pasti pegawai ini memang hendak cover line dgn menyalahkan org lain. Berpakaian kot semata2 untuk menakut2kan orang…..aku peduli apa. Cuma pada hari itu aku berkopiah tapi masih berpakaian sopan,.mungkin pada anggapannya aku ni kolot.
- Pantang org meninggikan suara pada aku yg tak bersalah,automatik dgn sendiri tanpa kawalan aku suara aku juga meninggi.
- Bukan salah saya,jpn pun mesti dapat arahan ttg tarikh tersebut....dan bukan saya seorang yg dpt tarikh spt ini...kawan2 saya yg sama dgn saya pun dapat tarikh yg sama. Sekarang ini mereka dah dpt pun perlantikan dg 41 malah ada yg dapat seawal bulan Ogos lagi. Di Pulau Pinang bukan saya seorang, ada 5 lagi dan mereka dah pun dilantik....sergah aku. Macam mana boleh jadi begini? Siapa yg mengeluarkan surat perlantikan.? Soal aku kepada pegawai (en. S) tersebut.
- En S mula berlembut...begini cikgu...surat n dokumen cikgu baru kami terima… katanya yg cuba cover line lagi.
- Aku masih meninggi suara lagi...maklumla orang tak boleh kawal ni…bila terima surat dokumen yg kedua ni?
- Eer..eeerrr….sambil berfikir en S.
- Tanpa menanti jawapan dari nya aku bersuara ...kali pertama semua dokumen telah lengkap saya hantar ....tapi SPP kata saya tak hantar 3 dokumen, saya telah ambil tindakan tersebut. Surat kedua en terima pada 22/10/10 bukan?(aku dpt maklumat ni dikaunter tadi)
- Ya..Ya.. jawabnya yang mula perlahankan suaranya.
- Buat kerja apa mcm ni...lebih sebulan dah terima tapi tak dapat diproses. Bila boleh saya dapat surat perlantikan ni? Dgn nada sikit marah saya bertanya
- Saya janji dlm masa 2 minggu cikgu akan dapat surat perlantikan cikgu.kata en S.
- Betul 2 minggu ni...soal saya....boleh saya percaya kata2 ni...tanya saya lagi.
- InsyaAllah cikgu akan saya usahakan. En S cuba menyakinkan saya. Cikgu tak payah la datan lagi ke sini. Katanya.
- Alhamdulillah kata saya dgn nada yg lembut...tapi dlm masa 2 minggu...kalau tak ada juga saya terpaksa datang sekali lagi....saya dtg dari jauh...kali ni saya akan jumpa dgn pihak atasan.
Itulah janji yg diberikan kepada saya., rasa puas kerana dapat berurusan sendiri.. kepada kawan2 yg ada masalah kena lah datang berurusan sendiri. Pada saya ini bukan masalah birokrasi tetapi masalah malas melaksanakan tugas.Ingatlah tugas yang diamanah itu perlu dilaksanakan. Rezeki yg halal datang dari tugas yg kita laksanakan.