Tuesday, August 17, 2010

Sama-samalah Kita Berdoa Kepada Suami Puan Rusma

Salam rakan2 sekalian,

Saya menerima mesej SMS dari saudara Aziz dan Hajah Rozita yang memaklumkan bahawa suami rakan kita iaitu Puan Rusma sedang kritikal dan tenat. Penyakit apa saya tak dapat maklumat kerana cuba hubungi Puan Rusma tetapi tiada jawapan. Mungkin HP nya di 'off' kan kerana berada di wad ICU atau pun tidak boleh 'on' HP sewaktu dalam wad hospital.

Kesempatan ini sempena bulan Ramadhan yang mulia, sama-samalah kita menadahkan tangan dan memanjatkan doa semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atas rakan kita ini.

AMIN....

13 comments:

zalila said...

Salam kpd Aziz, Faridah, Asmah dll, saya mohon maaf atas kesilapan berita. saya mendapat sms drp mahani mustafa pukul 3.07 ptg mengatakan suami Rusma menin............lalu saya forwardkan message kpd kawan2.kmdn pukul 5.ptg dpt sms sekali lagi drpnya mengatakan silap cuma tenat lalu saya sms kpd kawan2 yg saya hntr sms pertama.malam pukul 10 baru perasan ada yang tidak di SEND kerana kredit habis.mohon maaf banyak2.moga suami Rusma akan cepat sembuh.amin

noris said...

Semoga Rosma tabah menghadapi dugaan Allah di Bulan Ramadhan ini.Banyakkan berdoa semoga cepat sembuh.Amin..........

guru biasa said...

Kepada Pn. Rusma banyak2 lah bersabar.Insyaallah suami Pn kami doakan semoga sembuh seperti sediakala.

Perbanyakkanlah membaca 6 ayat2 syifa (ayat penyembuh)yg terdapat dlm surah at-taubah:14,yunus:57,an-nahl:69,al-isra':82 dan asy-syu'ara:80.Ayat2 ini ditulis dan dilunturkan dgn air kemudian diberi minun kepada pesakit. Insyaallah.......dgn izinnya akan sembuh suami Pn.

Apa pun kita disuruh berikhtiar. amin.

jm said...

sama samalah kita berdoa.Insyaallah

cgany said...

asalam. apa yang mahu kita buat ialah usaha,sabar dan berdoa semoga beliau cepat sembuh

ybs said...

InsyaAllah, mudah2an sembuh dgn segera.....amin!

can jeli said...

Salam..Semoga Pn.Rosma bnyak bsabar dgn dugaan Allah..Sy doakan smoga Allah segera smbuhkan suami pn..Dmpingi suami pn sentiasa..
kpd rakan2..brsamalah kita doakan kesjahteraan suami Pn Rosma..amin.

bekas tok bomoh said...

terima kaseh tok bomoh jeli

can jeli said...

Salam,bgaimana ya keadaan suami Pn.Rosma kini..rakan2 yg tahu x nk komen apa2 ke..hebah la pkembangan tkini rakan2 semua..pak cik azam camno demo..jm,ybs,abe aziz,prof..lama x dengar berita..geng perak ok kot.moga sejahtera belako..apa2 pun terawih jgn ponteng..rebut peluang 1000 bulan..

zalila said...

SALAM, MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT DRP ROFIDAH SUAMI RUSMA DH BERTAMBAH SIHAT- SKG DI WAD BIASA.SAMA2 KITA DOA DIA AKAN CEPAT SEMBUH DAN DI BENARKANA PULANG UTK BERSAMA KELUARGA DI HARI RAYA. KPD KAWAN2 SEMUA SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

orang biasa said...

Alhamdulillah, kabar yg mengembirakan. Rusma tentu lagi gembira. Kita masih lagi dalam fasa kedua bulan ramadhan. Fasa magfirah, banyak2 lah beristifar dan mohon kemampunan.semoga Allah menerima doa2 dan mengampunkan dosa2 kita.Amiiinnn

can jeli said...

Salam,alhamdulillah..berita ttg suami Pn.Rusma juga baik.sebagai org yg pernah bersama kita cuma dpt doakan saja..moga selepas ni btmbah baik dan dpt beraya kat umah.kpd rakan2..mohon maaf le sempena bule pose ni dan aidil fitri yg bakal tiba..betul kata org biasa,fasa magfirah ni bbanyak le mohon keampunan dariNya..

jm said...

sama sama kita rebut fasa ni...peluang dah diberi.insyaallah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites