Friday, July 16, 2010

RAHSIA MELALUI TULISAN

RAHSIA MELALUI TULISAN – DR. FADZILAH KAMSAH


Maafkan saya rakan-rakan, kerana diatas kesibukkan admin maka saya mengambil kesempatan memasukkan entri ini. Mungkin ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Harap rakan-rakan memberi komen dan pandangan mengenai tajuk entri ini.

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...Ingat-ingat mulai sekarang perhati-hatilah tulisan staf kita, kawan-kawan dan anak didik kita.
Mungkin kita boleh cadangkan mereka ubah peribadi dan personaliti mereka melalui perubahan tulisan mereka.

- dari prof. serba rahsia.

( hahaahaaa hampa nak tau rahsia apa lagi... prof boleh tolong bongkarkan )

9 comments:

ana said...

prof..ana pujilah usaha ni.tp kalau dpt tunjukkan cth tulisan yg dimaksudkan lebih bagus. lebih jelas. jadi cikgu kena gitu. biar anak murid jelas dan tidak tertya2 n cuba membayangkan sesuatu yg tdk jelas.

Faris said...

Baguslah kerana memuatkan artikel dalam blog ini. Admin memang tak ada kesempatan sekarang. Teruskan usaha. TQ.

prof serba rahsia said...

ana..ana... tak kan semuanya nak diberi. usaha itu tangga kejayaan kan.cuba perhati tulisan2 yg biasa ana temui dan cuba buat analisis dan tafsirannya.

kaedah terokai sesuatu amat berkesan sekali.zaman "spoon fed" dah berlalu lama dah.guna lah kaedah konstruk.

Anonymous said...

biarla rahsia....

ana said...

prof..

betulke cg2 di sekolah guna kaedah konstruk. semua main suap apatah lagi th 6. tak gitu?

prof serba rahsia said...

eh tak lae ana... mana ada? cg2 skrg ni lagi guna konstruk...sampaikan bebudak tu cari sendiri apa yg mereka nak pelajari...atau nak teroka. mkn dikawasan felda cg2 lain pula kut?

prof madya said...

prof...kalau yg gaut tulisan dia cam ne ye.hehehe

zalila said...

betul kata prof, cikgu2 skh banyak guna konstruk sampai satu abm,bbm tak buat.dari mula masok kelas nada suara tu high pitch je....ntahlah agaknya nk jadi penyanyi dulu kut.. tapi nasib baik bkn semua.ada 5 org di sek. malas mcm2 alasan...

prof serba rahsia said...

kalu gaut dikaki masih boleh tulis lagi...tapi kalau gaut disendi tangan,tulisan mcm cakar ayam gitu.

cg ko zalila pitching tu lari.....
heheheeeeee.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites