Monday, February 11, 2008

Sibuk? Sibuk! Buat-buat Sibuk!?

Salam dan Sejahtera,

Rakan-rakan, apa khabar sekarang? Apa yang sibuk?

1. Sukan sekolah? Olahraga? Permainan?
2. Mesyuarat Agong PIBG? Dah selesai?
3. Mesyuarat-mesyuarat kurikulum, HEM, kokurikulum, guru, kewangan dan lain-lain?
4. Audit dah prepare? Jangan bersyarat dahlah!
5. Akhirnya, demam pilihanraya. Sekolah kena jadi pusat ke? Berhati-hatilah memandu ketika pilihanraya. Maksud saya pandu diri sendiri supaya selari dengan tugas kita sebagai kakitangan kerajaan.

Ops.. ops,,, yang pentingnya dua tugasan yang perlu dihantar sebelum akhir FEBRUARI.

Good luck to everybody.

39 comments:

Anonymous said...

aku ni sejak dulu dan kini sentiasa sibuk....

yusofsipan said...

aku pun sibuk juga la, hampir semua yg ko catatkan tu Faris, aku lom buat. Pastu sibuk nak pilihanraya pulak, lagi la sibuk, tapi bukan aku la... diorang ler yg sibuk, org2 yg berkenaan dn mereka yg sewaktu dgnnya... Macam biasa sekolah aku jadi pusat mengundi tapi aku tak jadi ketua pusat mengundi, pernah sekali jadi, kelam kabut dibuatnya... Sekarang ni nak relax jer... jadi pemerhati cukup la.
Assignment yg dua tu pun lom buat, ko dah buat ke Faris?, pas2 le kat member utk dibuat rujukan, hehehe...Kena ambik cuti rehat juga nampaknya utk siapkan assignment tu.

Admin SKBP said...

samalah.... kita pun tak buat lagi bila masuk sekolah nak kena selesai masalah/hal semasa tu...klu tak, nanti warga sekolah terasa hati pula. kita orang sibuk semacam juga tambah pula program pembangunan modal insan pergi ke rumah anak-anak angkat buat kenduri beli alat keperluan mereka, budget tersedia RM 8 ribu kena habis sebelum Jun ni... pasal 2 assignment tu kena ambil cuti juga bila ada mood nak buat.

yusofsipan said...

biasa la tu admin skbp, kita ni memang tak abis2 sibuk kalau berada di sekolah. Kekadang fikir bagus jugak berada kat upsi, tak payah nak sibuk fikir hal2 sekolah. Cuma bila nak exam jer la yg kalut sikit sbb baca pun banyak yg tak masuk....usia dah lanjut la katakan...

Anonymous said...

Hajat hati nak ambil cuti hari khamis dan jumaat untuk siapkan assignment matematik. Tapi hari khamis kena attend dua meeting, so cancel. Tinggal cuti hari jumaat aje. Itupun kalau nasih tak baik, cancel juga.
Aku nak kongsi dengan kau pun Sop, aku tak mula lagi. Kalau dah buat nanti, bolehlah.
Malam semalan kena pergi pelancaran projek rintis e-guru. Nasib baik pergi kerana PPD check kehadiran. Susah juga PPD aku ni kerana asyik check kehadiran GB yang tak hadir function. Walau bagaimanapun sempat jumpa dengan Aziz dan Rozita. Kami Yee Sang!!! sambut Tahun Baru Cina dengan Menteri Pelajaran sekali. Balik dah pukul 12 tgh malam. Ngantuk dan letih.
Hari ni kena dengar ceramah kempen pilihanraya. Tup.. tup.. parlimen dah bubar. So, jangan lupalah keluar mengundi. Aku pula terpaksa balik Kuantan untuk mengundi nanti.
Selamat Mengundilah kepada semua kawan2.
TK.

Anonymous said...

I rasa dalam hal pengurusan sekolah ni, mana ada buat-buat sibuk faris..?? Memang sibuk! Mana urusan dalamannya...ditambah urusan luar yang terpaksa 'ikut perintah' semanjang. Cikgu pun pening, GB baru balik tapi tak lekat juga kat sekolah. Sekali fikir rasa nak lari balik ke UPSI jer.
Tapi masa kita 'Yee Sang' malam tu lega sikit otak yang berserabut ni. Balik malam tu I pening2..banyak makan udang goreng dgn u kot! I nak
ambik cuti next week utk asgmt tu, tapi scedule next week dah macam2. Yang harunya I tak tahu nak start mcm mana. Faris nampak confident...gelabah I dibuatnya.

Anonymous said...

Ita, next week (18 Februari) daerah kami kena pergi ke Seminar dengan YB Menteri Besar Selangor di Shah Alam. Daerah U tak kena pergi ke? I rasa mungkin satu selangor kena pergi. Hajat hati nak sambung cuti sampai Isnin, terpaksa dibatalkan.

Rakan2 yang lain senyap sunyi aje. Mentang2 dah balik rumah masing2, langsung tak peduli nak hantar khabar berita.

Sibuk............................

Anonymous said...

Faris, Semalam masa hadir ke majlis sempena lawatan kerja Dato KPPM ke daerah Klang di SMTIS sempat juga ta, seronok juga dengan cerita you Yee Sang dalam majlis tu, I tak pergi sbb badan rasa tak larat,hantar wakil je.. harap-harap PPD Klang tak buat semakan macam PPD you..
18 Feb ni memang kami gb daerah Klang pun wajib ke seminar bersama MB tu.Harap dapat jumpa you di sana boleh juga dapat idea nak buat asg yang rasanya masih tak tahu kat mana nak mula..

Admin SKBP said...

sekurang-kurang sekali sehari tenguk blog, tapi kita tak tahu nak masuk cerita asyik baca cerita demo aje cos banyak cerita ore pantai barat kita nak cerita takut tak masuk line....tenguk cerita demo tersenyum sendiri....

yusofsipan said...

alahai kesian kak pah (admin skbp) ni, masuk jer la kat blog ni beri komen.... diorang duduk berdekatan boleh ler jumpa dan boleh bercerita.... kita yg jauh ni tunggu balik ke upsi semula ler baru dpt berjumpa. Ini ler gunanya blog ni, boleh juga kita berinteraksi, tak kira ler apa tajuk pun, kira masuk line la, takde yg tak masuk....

Anonymous said...

Faris, 18 ni semua GB dan Pengetua Selangor akan berkampung di SUK Shah Alam. InsyaAllah kita jumpa lagi. Macamanalah asgmt kita nak siap ni? Kump A seronok sakan kali ni tak ada asgmt!
Cop, u ape khabar? Ok Johor? Hey, I am coming to Parit Jawa this mac tau..boleh lah pekena ape yang special disana ye?
Kepada Kak Pah di Pantai Timur..I dah baca blog u, 2 kali i cuba respond tapi tak get through. Anyway..syabas dan tahniah di atas pengwujudan blog sekolah u dan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan.

yusofsipan said...

Ita, kalau u dah sampai kat parit jawa nanti, let me know. Takde la special sgt, ikan masak asam pedas ada la. Actually bape haribulan yg u akan ke parit jawa tu?

Anonymous said...

Alhamdulillah kerana dah agak meriah semula blog kita. Kepada Ton, rugilah tak rasa pengalaman Yee Sang tu. Bagi Kak Pah, baguslah kerana kerap masuk blog. Nak komen apa pun komenlah kerana kita sama-sama respon nanti. Pantai Barat ke atau Pantai Timur ke, kita ikut aje rentaknya. Cop, janganlah belanja Ita ikan asam pedas, lain kali bawalah semasa ke UPSI.

Kepada Ita dan Ton, rasanya tak dapatlah kita jumpa kerana saya masih di Kuantan kerana ayah masih di ICU sejak Jumaat. Kalau hari Ahad ni dah stabil, baru saya boleh balik Kajang. Saya dah suruh PK 1 stand-by untuk ganti ke Shah Alam.

Assignment Matematik tu, cadangnya hari Jumaat tu cuti nak buat, tapi ada halangan seperti dinyatakan di atas, silap2 kena minta excuse dengan Dr. Lim.

OK, kawan2, jumpa lagi.

Anonymous said...

Asslam. Buat rakan-rakan kalian.

Didoakan bapa Faris akan segera sembuh...Takpelah tak dpt ke SUK. Ton & Ita hang teruskn misi utk ikuti prog tsbut. Saya pun hanya jenguk muka saje....minta GPKoku wakil. PK1 CRK-saya kena kendali
kan mesy panitia PJK daerah Ptlg Perdana;th ni pulak kena jadi pengerusi tarikh dah ditetapkn lebih awal oleh pihak PPD.Maaf tak dpt jumpa, SKS 20 dkt aje dgn pej SUK.... Jemputlah intai-intai& singgah. Tang asgmnt sama juga saya pun tkial-kial lagi. Janji buat aje dan hantar. Kak Fah memang Minah ITlah dah dpt buat blog utk sek tahniah & teruskn usaha murni puan. Kwn2 semua jika ke S.Alam kol atau konteks lah saya. Tk wsslam (AMA SKS20).

Anonymous said...

Hi,rakan-rakan
apa khabar, assingment dah siapkah. M3 at least Dr. Lim beri web page tetapi macam mana dengan proposal shukri. ada formatkah, pls beritahu

Anonymous said...

Salam.
Kepada Faris, I doakan ayah u cepat sembuh dan u tabah dalam saat-saat getir sebegini. I baru jer melaluinya masa kita exam ari tu..memang bukan mudah nak menenangkan hati, perasaan dan emosi bila ianya melibatkan orang tua kita yang semakin uzur.Banyakkan doa ye..
To Cop, I am coming to your place on the 9th of Mac. Kalau ada rezeki kita jumpe ye. Risau jua nak seberang parit kat sana ye.. maklumlah berdaulat ke?
As for Aziz, ni kan perjumpaan rasmi dgn MB, takan x hadir kot!
Mesyt tu kan boleh tangguh, mesti PPD faham. Apapun its up to U.
K.. pada kawan2 lain apasal sunyi sepi jer, mai khabaq apa crite u all?

Anonymous said...

Hi,rakan-rakan
apa khabar, assingment dah siapkah. M3 at least Dr. Lim beri web page tetapi macam mana dengan proposal shukri. ada formatkah, pls beritahu

Anonymous said...

Asslm.

Cik Hjh Ita tk banyak2 atas ingatan.... Saya jenguk mka jap & t.tgn kehadiran. Pihak PPD kt teruskan aje. Jk tangguh banyak lg yg menyangkut-nyangkut nanti. Tak pelah kat Cik Ton pun jk ada apa2 bolehla syer khabarkanlah ye.
Ttg asgmnt proposal tu- ikut dan tengok nota buku draft KT yg dikeluarkan oleh EPRD tu rasanya boleh jugak. Alahai kwn2, buat aje.....kt pun ada banyak halkan. Selamat mengundi dan teruskn tugas cemerlang kalian......tk Wslm(ama).

Anonymous said...

asalamualaikum kawan.aku le,,byk yang nak dicerita.pertama, anak kena demam campak.and then jangkit ank yang dipenang,urus kepulangannya, and then anak di maktab tentera nak balik,urus pulak,,tapi komandan tak bagi berhenti tanpa sebab.so teruslah dia di MTD, sukan sekolah, cikgu pula tak mahu tukar,,nak bunuh diri ancamannya..aku kata kalu nak gantung diri..pilih tali yang kuat sikit,heheheh mengada ngada le dema zaman ni.sukan pulak pibg komen sebab tak meriah persiapannya..bagaimana nak meriah kalau padang berkongsi. esok nak sukan dema ada lawan bola,,so kalu aku buat khemah dan banner habis le rosak..so sukan berjalan,,di sekolah menengah kerana padang kongsi,,pengetuanya telefon sapa yg suruh jaga dia bukak tandas sebab kepala paip dia hilang??huh byk masalah di sekolah ni..aku rasa aku nak balik upsi tapi aku tak nak le buat assigment,dengo belajor boleh le,Faris ,,aku nasihatkan kamu banyak berdoa sebab kita semua kena lalui semua.i dah yatim piatu,,inilah kesempatan kamu mengejar pahala dan syurga.buatlah apa yg terdaya untuk kesihatan ayahnya.so take care faris dan take care semua kawan kawan.

Anonymous said...

http://azamhamid.fotopages.com/

Anonymous said...

Asslm.Nak tanya Kak Fah atau Pn Hjh Khatijah atau Pn Wan Zainon ke En Sabri kita.....saya cadang nak bawak cgu-cgu nak lawat sek bench marking sek cemerlang di Ktan atau Tganu (lebih kurang 2 bas - guru & staf) pada bulan Mac atau April nnti.Cont SK Hamzah 2; SK Rantau Petr dsbnya yg sesuai....minta mrk buka minda utk lebih bersmangat & rajin kerja serta cari idea utk bangunkn sek dan cipta neich.....
sambil merarau la ke Rntau Pjg atau Kepayang/Losong/Kmpng Hadhari dll- drp AMA SKS20.Tk Wsslm.

yusofsipan said...

wah! meriahnya blog ni, alhamdulillah.
Faris, aku pun turut sama mendoakan semoga ayah ko sembuh segera dan ko tu kenalah banyak bersabar dan berdoa. Aku pun dah takde ayah...
Ita, moga kita dapat jumpa di parit jawa. Ko jgn takut dan bimbang semasa melintas semua parit, awal2 aku dah jampikan untuk ko, so tak akan kena daulat.
Semua kekawan, semoga sentiasa bebahagia menyiapkan assignment!!!

Anonymous said...

Hari ni jumpa Ita lagi dalam majlis bersama MB di SUK. Sebenarnya kami pergi satu kereta takut tak ada parking. Harapan nak jumpa Faris dan Aziz tak kesampaian. Kepada Faris semoga tabah menempuh dugaan dariNya. Betul kami Azam berikanlah yang terbaik mungkin selagi mereka masih ada kerana i dah merasa kepiluan kehilangan kedua-duanya..
Masa jumpa Ita tadi banyak juga kami bincang fasal Asg tapi macam tak ada penyelesaian je. Kami dah pakat nak ambik cuti Khamis dan Jumaat ni nak pulun buat asg. Sbb kalau nak buat sambil2 memang tak siap tambahan kat sekolah sekarang ni banyak betul aktiviti termasuk mesy/ taklimat yang terpaksa dihadiri di peringkat daerah.
Kalau rasa dah jem sangat boleh juga kami jumpa dan bincang lagi.
Tentang majlis bersama MB tadi banyak juga input yang I dapat tentang pencapaian dan kemajuan Selangor yang penduduknya kita telah mencecah 8 juta orang! I yang bukan anak jati Selangor ni rasa bangga juga berkhidmat di Selangor ni. Ita lagilah bangganya maklumlah lahir bersama-sama sejarah batu belah batu bertangkup.. kami juga begitu teruja dan terpesona dengan penampilan terkini MB dan juga isteri yang kelihatan bertambah muda dan berseri-seri. Menurut MB rahsianya banyak makan tempe dan jadikan cacing ( sekarang cacing jadi salah satu sumber ekonomi di Selangor) yang diblend untuk licinkan kulit muka. Siapa teringin bolehlah cuba..
Buek member2 seghumah apo sonyap yo, kongsilah ceghito daghi utagho .. jumpo lai

yusofsipan said...

hai ton, kao tak sapa pun aku ye, kecik hati nyamuk tau.... bebape hari ni aku asyik memikir nak buat assignment jer tapi tak buat2 pun...aku pun memang cadang nak amik cuti rehat jugak...

yusofsipan said...

nanti balik upsi bulan mei, kau bawak ler 'cacing blend' tu ton, aku nak cuba jugak. Muka kau pun dah licin la sekarang ni ye... ke kau lom guna lagi?

Anonymous said...

Nie, kawan serumah ton nak respon sebab lama dah menyepi diri. Bukannya apa dok tengok juga blog nie nampaknya orang selangor dok bincang-bincang program depajumpa MB lah, KPPMlah, jadi tak bolehlah nak respon sebab kami tak jumpa sapa-sapa. Tapi atas pelawaan rakan serumah terdetik jugalah nak join you all. Buat ton dan faris, dah daftar PTK ke? Tarikh tutup awal bulan Mac. Asyik ingat nak mengundi kot lupa pula. Tarikh ambilnya bulan Jun. Jangan lupa tulis ringkasan eksekutif sudahlah.Buat kak Pah pula apa alamat blog sekolah tu? Teringin juga nak tengok.

Admin SKBP said...

salam,
masuk blog kito sokmo doh senyum sendiri...macam2 cerita demo.....blog sekolah dalam blog kito tu ada ke?.. nak tambah satu lagi blog eheh...weblah ...try tengok www.galeribatik.com
nak melawat K'tan kito syorkan sk zainab2 yg En Khalid sebuttu... banyak terima anugerah peringkat kebangsaan dan sekolah cemerlang serta kluster.
doakan ayah faris cepat sembuh

Anonymous said...

Nampaknya meriah sungguh blog kita ni. Lebih meriah dari mercun Tahun Baru Cina. Baguslah kawan2 kerana sudi menziarah blog ini.
Buat Fidah, kalau dah daftar PTK tu baguslah. Ton pula tak tahu lagi. Bagi saya, tak payah daftar kerana III dah cukup kerana dah di P2. Yang penting kalau ada rezeki DGA38.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menyuarakan rasa simpati kepada saya. Untuk pengetahuan ayah saya dah keluar dari ICU hari ini tetapi di wad HDW (separa ICU) dan belum boleh ke wad biasa lagi. Insya-Allah, harap2 boleh cepat sembuh. Saya masih cuti hingga Jumaat, assignment tak siap lagi.
Jumpa lagi.

yusofsipan said...

assalamualaikum fidah, ko pun tak sapa aku ye, hang sombong na.... bagaimana dgn mak lang, hang ada jumpa dia ka?, kalu jumpa pesan kat dia suruh balik cepat kerana pak lang macam nak mati kering merindu dia....hehehe. Hang sihat ke fidah? Amacam dgn assignment? Aku cuti hari ni dan esok semata2 utk cuba buat assignment. Ni tgh nak buat ler ni tapi layan ler blog dulu. Bila tengok banyak entry kat blog ni rasa seronok dan bersemangat untuk memblog!
Ko dah lama tak jengah blog aku ye, kan aku ada link ke beberapa blog lain, termasuklah blog sekolah kakpah tu, skbunutpayung.
Ok fidah, jumpa lagi, jangan marah dan senyum2 selalu....wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum kawan-kawan,
Mula-mula sekali i nak tanya usop apa khabar sbb takut hati nyamuknya bertambah kecik dan terus menjadi hati kuman pulak..
Hari ni i cuti, rasanya kalau boleh nak cuba siapkan asg tu.tapi tak tahulah boleh siap atau tidak sebab bahanpun terhad sangat.
Tapi sebelum mula ni rasa teringin juga nak melayan blog yang semakin meriah ni.
Cuma rasanya i lebih bimbangkan asg En Shukri sebab tak tahu nak buat macam mana. Bagi teman2 yang dah hantar dan ada maklumat bantu dan tolonglah kami yang masih meneka dalam kesamaran ini..
Jumpa lagi..

yusofsipan said...

waalaikumussalam ton, hai macam berjanji kita hari ni ye, aku pun bercuti pd hari ni dan baru sekejap tadi aku hantar entry kat blog ni kul 8.12am dan kau pula pd 8.14am....sama2 masa menaip tu kot. Aku tak kecik hati la, yg kecik hati tu kan sang nyamuk. Bagaimana dgn cacing blend tu, boleh bawa balik ke upsi nanti ke? hehehe jgn marahhh.... Semoga kita dapat siapkan assignment dgn jayanya, bye, wassalam.

yusofsipan said...

terlupa la pulak nak menjawab soalan pertama kau tu ton. Alhamdulillah aku sihat, bersama anak2 dan si dia-dia (dua isteri, hehehe). Hati aku sentiasa besar....

Anonymous said...

Hei..Fidah, rindu kat u ler..rambut dah panjang ke? he..he..he
Dari jam 7.30am tadi i dah mula melayan asgmt m3 tapi tak dapat mood yang yang solid lagi, so..I pun pi ke blog. woi..meriah ler pulak! I dgn Ton ambik cuti 2 ari ni nak siapkan asgmt tu. Cop pun cuti? Siape lagi cuti buat asgmt ni? Jom kita buat sama2..semangat skit..walaupun jauh tapi dekat di hati...

yusofsipan said...

pagi tadi hampir 4 jam aku ngadap laptop dan membelek bahan2 yg aku dah download, akhirnya siap jugak la assignment matematik aku tapi dlm bentuk draf lagi ler, masih ada yg perlu diperbaiki. esok nak ngadap laptop lagi, sesapa yg ada yahoo messenger boleh ler kita online besok. Ok, bye.

yusofsipan said...

hai menyepi ler pulak kekawan dua tiga hari ni. sibuk nak pilihanraya ke? hari ini turut serta dalam penamaan calon? ke sibuk sesangatnye menyiapkan assignment? walaupun apa pun yg sedang dilakukan, aku harap semuanya sihat, ceria dan selamat... Selamat berkempen!

Anonymous said...

Alhamdulillah kerana siap juga assignment matematik hari ni. Terima kasih banyak2 kepada Ucop kerana sudi berkongsi idea. Kawan-kawan yang lain macam mana?

Sekarang nak pulun assignment KT pula. Sesiapa yang ada idea tu, sharelah.

TK.

Anonymous said...

Sebenarnya bukan sengaja menyepi, tapi dok tengah tekun menyiapkan assigment matematik. baru nak print malam ini. Esok bolehlah hantar kat Dr. Lim. Nie nak kena prepare assig. Shukri pulak. Time dekat nak mengundi ni, macam-macam majlis kena hadiri. Itu yang mengganggu kelancaran nak buat assig. Buat ita, rambut tu elok-elok bulan Mei ni untuk dipotong semula. Tunggu freelah katakan.Buat usop, tak letih dan demam lagi ke la ni?. Mungkin dah sihat kot ? maklum la...... Jumpa lagi

yusofsipan said...

Buat usop, tak letih dan demam lagi ke la ni?. Mungkin dah sihat kot ? maklum la...... Jumpa lagi


Faris, aku baru hantar email tanya kau dah siap assignment Math ke lom, aku tak jengah blog, rupa2nya kau dah siap, bagus la. Aku dua2 dah siap. Proposal tu aku ikut contoh yg ada dlm nota KT en. shukri,bab 10. aku buat tentang bacaan.

Fidah, aku sihat la ni, kau pun maklum kan mengapa..... tapi sebenarnya aku tak bape sihat la...huhuhu, kejap sakit kepala kejap sakit kaki, ni tgh sakit kepala, pening... darah aku naik kot... Hang sibuk berkempen ka fidah? Buat la apa yg hang fikir betui....

Anonymous said...

awat hg dok kalut pasai assg 2. boleh hantaq naik upsi nanti. risiko hgpa tanggung sendrila. aku tak. ni aku nak habaq pasai assg. kt aku minta org rumah aku buat. tak dan. aku tak baca pun apa yg dia tulis. siap pos. ok ke mcm 2. tp aku tahulah dia story apa kerana dia cite dulu dgn aku. assg mt aku htq last minute pd 29 feb. mcm2 hal nak urus di sek. hal rmh tangga lagi. kalut sgh aku rasa beb purnama ni. zan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites