Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa permulaan puasa adalah pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Oleh itu SELAMAT BERPUASA kepada semua rakan2 yang beragama Islam di seluruh negara dengan harapan bulan Ramadhan tahun ini memberikan kita peluang untuk beribadah sebanyak mungkin dan meninggalkan segala kemungkaran. Apa yang lebih penting semoga doa kita supaya dipanjangkan umur di sepanjang bulan Ramadhan ini agar dapat kita bertemu Lailatul Qadar.

Sekadar berkongsi dan ingat mengingati. Almaklumlah setahun sekali dan ketika itulah baru nak mengingat kembali terutama kepada anak-anak kita.

Niat Berpuasa


Doa Berbuka Puasa


Kepada semua rakan2, saya selaku penyelenggara blog ini memohon ampun dan maaf andai kata sepanjang mengendalikan blog ini ada kekasaran dan ketidak selesaan yang telah saya lakukan.

Terima kasih.

5 comments:

ybs said...

Selamat berpuasa kepada semua, moga ibadah kita bertambah2 baik berbanding tahun2 sebelumnya!!!

noris said...

Selamat berpuasa dan luangkan masa bertarawikh setiap malam kerana sembahyang ini tiada di bulan2 lain selain ramadhan.Semoga semuanya sihat untuk mengerjakan ibadah di bulan ramadhan.Jagalah pemakanan kerana di bulan ini juga pelbagai resepi yang timbul .Ampun maaf jika ada terkasar bahasa,terlebih bicara.

mpmn said...

sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa. mudah2an puasa ini akan meningkatkan ketaqwaan kita pd Allah swt.

aisyah said...

salam perpaduan, salam satu Malaysia. selamat menyambut Ramadhan mulia mulai maghrib nanti. Selamat Berpuasa, Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga kita sentiasa dikurniakan dengan kesihatan (JERI)yang sejahtera. TQ

azamboy said...

petang ni aku cuci kolah masjid,malam nanti terawih

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites