Monday, August 11, 2008

DG41 ke DG44

Salam kepada rakan2,

Siang tadi saya berkesempatan ke pejabat lama dan mendapatkan beberapa maklumat terkini dan semasa. Berkaitan jawatan GB DG41 yang akan naik ke gred DG44 selepas 3 tahun telahpun diluluskan dan surat pekeliling berkenaannya telahpun dikeluarkan tetapi mungkin kita belum dapat lagi surat tersebut.
Tentang gred DG41 naik ke DG44 yang diambil kira perkhidmatan sebelum siswazah, hanya maksimum 3 tahun perkhidmatan sebelum siswazah diambil kira. Kenaikan ke DG44 masih tetap selepas genap 10 tahun perkhidmatan dan jika diambil kira sebelum siswazah, ia memerlukan tempoh 7 tahun.
Oleh itu jalan terpantas untuk kenaikan ke DG44 ialah melalui jawatan GB iaitu kita akan dapat kenaikan pada tahun 2012. Jika kita tidak berada di jawatan tersebut, kita hanya akan dapat kenaikan ke DG44 pada tahun 2016 yang mungkin jika kita berada di jawatan GB, kita telahpun dapat kenaikan ke DG48 pada tahun 2016 tersebut.
Rakan2, fikir2kanlah.

Terima kasih.

21 comments:

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

faris, sempat ke aku dapat DG48 tu? Aku akan pencen wajib pada 2018 setelah tambah 2 tahun... aku tak bape faham la....cuba kau perjelaskan lagi... tq

Anonymous said...

Ucop,
Sempat. Jika 2012 dpt DG44, utk naik ke DG48 dah tak ada tempoh masa kerana dia dah open. Jika apa spt yg IAB fight supaya GB DG48 terhasil, lagi senang. By that time, kita ikut aje arus ketika itu. Silap2 Cop, DG52 kau boleh dapat kalau umur pencen naik 60 nanti. Good luck.

yusofsipan said...

Owh!, itu macam ka faris... InsyaAllah kalau ada rezeki kita, pasti akan kita miliki... moga2 kita berhasil peroleh apa yg kita hajati dan berjaya bahagia di dunia dan di akhirat jugak, amin.

Anonymous said...

faris
cubalah kau tgk kedudukan gb yg tak naik ke dg38 tp dinaikkan ke-36ada ke yg begitu. usop kata, pk di sek isterinya dpt twrn memangku gb 36.
pada member yg dah dpt berita gembira dinaikkan ke 38, aku ucapkan tahniah. ya lazim, hj rasidi, khalil, mahani, hjh noraishah n normah.
jgn lupa belanja member masa konvo nanti ya. mdh2an dimrhkan rezeki lagi oleh Allah. member yg tak dpt jgn bersedih. semuanya sdh tersurat di loh mahfuz.

yusofsipan said...

kekawan, cerita ttg tawaran jawatan GB memangku DGA 36 tu aku lom dapat confirmkan lagi, mungkin surat tu tersilap atau isteri aku yg tersilap dengar atau GPK tu yg tersalah sebut, nanti ler aku sahkan akan cerita sebenarnya...

Anonymous said...

terima kasih lah faris. hang ckup prohtain betul bab kenaikan ni. baguslah tu. dpt jugalah mbr tau perkembangan lbih cepat. sb hang bg ni lbih cpt dr surat pekeliling. surat pekeliling ni asik keliling dulu barulah sampai kt skolah. kesian jg cop kita ni nk 48. gred 58 dh grenti semua dpt. thanks faris.

Anonymous said...

bab naik 38 ni aku tak boleh nak mengeluhlah. salah diri sendiri. beriya2 khalil suruh aku minta, tp aku buat sekerat jalan aje. dah bkn rezeki jadi ada je jalan yg menghalangnya. bgi member yg negerinya tak isytiharkan lagi, taliponnhya pengarah tu, kenapa lambat sangat. buat debar org tak mahu berhenti. jgn sampai jadi parkinson sudahlah. sop hg mesti jadi penyiasat persendirian dgn cepat dan efesien.

Anonymous said...

bila aku tengok2 dan belek2 maka aku dapati gaji kita ni taklah sebesar manapun. bukanlah bermakna aku tak bersyukur dgn apa yg ada. aku ingat nak tambah pendapatan dgn berniaga di pasar malam. bulan ramadhan ni aku ingat nak jual ayam percik. ayam mahal skrg ni. bior meleleh ayak liok depa tgk ayam percik aku. nanti rya nak sediakan duit raya lagi utk tetamu. apa pandangan kwn2. ok tak cara aku tu.

Anonymous said...

aku terlupa tadi..
kawan2 di kedah ada lubang utk dapatkan mercun dan bunga api tak. aku nak jadi pengedarlah di daerah bera ni. bdk2 suka main mercun n bunga api. bkn bdk aje yg suka, org tua pun suka. apalagi yg ada cucu, dia nak main dgn cucu dia. pd ucop aku nshtkan hg kalau nak main tutup janggut tu dulu, takut terbakar. he..he..he..

yusofsipan said...

mpmn,
aku cadangkan kau jual burung percik lagi bagus. Tapi burung tu hanya burung sama ada rajawali atau cenderawasih... sembelih jer la burung kau tu buat percik! hehehe

Guru Malang said...

weyh...kalau dah dapat dg41 still dapat mohon gb ke...???

Guru Malang said...

weyh...nak cita cikit pengalaman aku...aku dapat tawaran jd guru besar pada tahun 2007 selain dapat naik ke dga34...setelah berbincang dgn korga, aku tolak tawaran tu...sebaliknya aku memohon dg41...pada taun 2008, aku dapat dg41...lepas tu, aku dengar bita tentang guru besar dg41 hanya perlu tunggu 3 tahun utk ke dg44...aku rasa sungguh rugi coz kalau aku apply jawatan gb dulu, aku akan dapat dg44 pada taun 2012...tapi sebab bukan rezki aku, aku hanya akan dapat dg44 pada tahun 2015...x ke rugi tu...2019 aku dah nak pencen...x dapat lar aku merasa dg 48 kerana kesilapanku ini...kepada yg berpeluang jd gb dan cepat ke dg44, aku ucapkan tahniah utk korang...dah tu rezki korang...sekian...

Administrator said...

Guru Malang,
Izinkan saya memberi respon. Jika dah dapat DG41, peluang untuk mohon jadi GB sudah tiada. Berdasarkan cerita Guru Malang, Guru Malang telah diberi peluang pada tahun 2007. Sewajarnya ketika itu Guru Malang menerimanya dan tidak menolaknya. Menjadi kebiasaan sesetengah orang akan ditempatkan di sekolah yang jauh dari rumah tetapi biasanya untuk sementara waktu sebelum dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah. Sesetengah mereka mentafsir bahawa mereka dianiaya, saja nk menyusahkan, PPD tak suka dan bermacam2 lagi tafsiran. Ini ada berlaku kepada guru saya yang ditawarkan hakiki DGA32 sebagai PK di sekolah yang agak jauh tetapi tak melebihi pun 25km. Sekarang ni dh nk pencen pun masih tak dapat DG44 walaupun ketika itu dia ego dan sombong kerana dah nak dapat DG41. Pendek kata takdir dan rezeki itu di tangah Allah s.w.t. Anggaplah itu kehendak Allah yang menggerakkan tangan pegawai yang melaksanakan tugas tu menempatkan kita di sesuatu tempat dan kedudukannya. Terima saja qada dan qadar kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Diharap penjelasan ini tidak menyinggung hati dan perasaan Guru Malang.
Terima kasih.

Guru Malang said...

tq kpd Administrator c0z respon tu...sya pohon supaya x der lagi orang yg senasib dengan saya...k daa...

jon said...

wahai si guru malang (yg tak malang) semoga anda bersyukur dgn apa yang telah dianugerahkan oleh Allah.Mungkin ada hikmah di sebalik Allah tidak membuka pintu hati anda untuk memilih perlantikan sbg GB. apa pun bersyukurlah kita.Tahniah dpt DG41

Anonymous said...

thanks j0n yeaa...

Anonymous said...

thanks j0n yeaa...

Guru Kesal said...

weyh...nak bagi cadangan b0ley x...macam mana kalau ss0rang guru yg layak dapat dga32 / dga34 / dga36 / dga38 ( perkhidmatan 10 taun ke atas dalam PPPLD ) tapi x dapat coz dilantik ke dg41 diberikan satu kenaikan gred...contohnya kalau dia dah 10 tahun kat dga29 dulu tapi x dapat dga32 sebab naik ke dg41 terus dinaikkan ke dg44...okey x cadangan aku...tolong bagi pendapat sikit faris...

Guru Malang said...

thanks j0n yeaa...

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino online[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]las vegas casino[/url] unshackled no consign perk at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino
[/url].

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites