Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Wednesday, April 2, 2008

Sufiah Yusof a.k.a. Shilpa Lee, From Brainy to Hooker

Sufiah Yusof, the child Maths genius who won a place at Oxford University when she was just 13, has been found to be working as a prostitute, according to a report in London's News of the World.

Apa pandangan dan pendapat anda? Adakah salah pendidikan atau salah ibu mengandung?

Monday, March 17, 2008

Berita dan Perkembangan Semasa Bulan Mac 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Seperjuangan,

Senyap sunyi dan sepi aje rakan-rakan sekalian. Cuti sekolah dahpun tamat. Semuanya tak menjengah langsung blog ini. Sibuk atau kecewa/gembira dengan keputusan pilihanraya yang lalu? Semua tugasan dah selesai dan dihantar ke? Cukuplah sekadar tsunami pilihanraya saja yang melanda dan tidak tsunami blog ini.

Diharap slot berita dan perkembangan semasa ini dapat membuka minda rakan-rakan untuk terus berdialog dan bertukar pendapat serta pandangan di antara kita. So, sudi-sudilah hantar berita terkini. Gelanggang dibuka semula.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 3, 2008

Pilihanraya 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan-rakan, bagaimana dengan persiapan pilihanraya? Yang penting dah semak atau belum nama dan tempat mengundi? Keduanya jangan lupa pergi mengundi pada 8 Mac 2008 (Sabtu). Kalau jadi ketua pusat mengundi, terpaksalah undi pos dan bertugas hingga ke malam hari. Kalau sekolah jadi pusat mengundi, pastikanlah sekolah selamat.

Walau apapun, gunakanlah kuasa yang ada dengan bijak dan berhemah bagi menentukan kerajaan pimpinan kita.

Selamat Mengundi!!!

Terima kasih.

Thursday, February 21, 2008

Bantuan Pakaian Seragam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rakan-rakan, pekeliling bantuan pakaian seragam dah diedarkan tapi mungkin tak sampai ke sekolah kita lagi. Sila rujuk di link laman web KPM berikut :
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=surat_pekeliling&unit=utama&info=80&bhs=my&mod=baca

Moga kita dapat bertindak secepat dan setepat mungkin. Baru ada umphhh... Guru Besar NPQH.

Terima kasih.

Monday, February 11, 2008

Sibuk? Sibuk! Buat-buat Sibuk!?

Salam dan Sejahtera,

Rakan-rakan, apa khabar sekarang? Apa yang sibuk?

1. Sukan sekolah? Olahraga? Permainan?
2. Mesyuarat Agong PIBG? Dah selesai?
3. Mesyuarat-mesyuarat kurikulum, HEM, kokurikulum, guru, kewangan dan lain-lain?
4. Audit dah prepare? Jangan bersyarat dahlah!
5. Akhirnya, demam pilihanraya. Sekolah kena jadi pusat ke? Berhati-hatilah memandu ketika pilihanraya. Maksud saya pandu diri sendiri supaya selari dengan tugas kita sebagai kakitangan kerajaan.

Ops.. ops,,, yang pentingnya dua tugasan yang perlu dihantar sebelum akhir FEBRUARI.

Good luck to everybody.

Tuesday, February 5, 2008

Tugasan Penyelidikan Tindakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rakan-rakan, just to confirm with you all. Adakah kita perlu membuat tugasan proposal PT atau tidak? Sesiapa yang ada maklumat, tolong berikan.

TK.

Tugasan Standard Matematik

Assalamualaikum,

Rakan-rakan sekalian, kongsilah bersama maklumat yang ada.

Alamat laman web yang boleh dirujuk seperti cadangan Dr. Lim ialah
http://www.nctm.org/
http://www.standards.dfes.gov.uk/
http://www.standards.dfes.gov.uk/forums/

Selamat menyiapkan tugasan individu.

Tuesday, January 29, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina dalam kumpulan kita. Semoga rakan-rakan berbangsa Cina dapat meraikannya dengan meriah dan gembira.

Mana limau? Mana angpow? Kalau ada boleh juga.

Gong Xi Fa Cai.

Exam 4 & 5 Februari 2008

Assalamualaikum,

Rakan-rakan sekalian, bagaimana dengan persiapan peperiksaan? Ada ke nota-nota dan tips-tips yang boleh dikongsi bersama? Sama-samalah menyumbangkan amal jariah kepada yang lain-lain. Janganlah kedekut ilmu yang ada.

Jangan lupa! Kongsi bersama!

TK.

Friday, January 18, 2008

Proton Saga Baru (Teaser)


Inilah kemunculan yang dinanti-nanti. Saksikan kemunculan kereta nasional yang baru.

Penambahbaikan

Assalamualaikum,

Rakan-rakan sekalian. Topik ini meminta rakan-rakan untuk memberi beberapa cadangan penambahbaikan bagi kumpulan kita. Oleh itu, berilah cadangan dan komen untuk tujuan penambahbaikan dan bukannya unsur-unsur yang tidak berfaedah.

Terima kasih.

Tuesday, January 15, 2008

Program Motivasi 23 Januari 2008 di Ipoh

Apa komen anda? Setuju atau tidak? Pandangan dan kritikan? Sila gunakan ruangan ini.
Terima kasih.

Saturday, January 12, 2008

Pemasaran Pendidikan

Berkongsilah maklumat Pemasaran Pendidikan di ruangan ini. TK.

Penyelidikan Tindakan

Berkongsilah maklumat Penyelidikan Tindakan di ruangan ini. TK.

Bacaan Bahasa Melayu

Berkongsilah maklumat Bacaan Bahasa Melayu di ruangan ini. TK.

Matematik

Berkongsilah maklumat tentang Matematik di ruangan ini. TK.

Friday, January 11, 2008

Thursday, January 10, 2008

Kuliah PPP1033 Bacaan Diawalkan ke Jam 11.00 pagi

kuliah ppp bacaan 1033 11 jan hari jumaat diawalkan jam 11 pagi hingga 1 ptg. harap maklum. Penghulu

Result Fasa 3 dan 4

Assalamualaikum,
Result dah pun dapat. Bagaimana dengan result anda? Tahniah diucapkan kepada semua rakan-rakan kerana telah berjaya meneruskan pengajian ke fasa 5 & 6. Kepada mereka yang beroleh keputusan yang cemerlang, tahniah yang berganda untuk anda. Berilah tips-tips kepada rakan lain untuk sama-sama berjaya.
Syukur, alhamdulillah kepada anda semua.
Wassalam.

Monday, January 7, 2008

Selamat Datang ke Fasa 6

Selamat datang diucapkan kepada semua kawan-kawan yang telah melaporkan diri masing-masing. Bagaimana dengan hari pertama kuliah? Bagaimana dengan assignment pertama yang diterima? Jadual pun agak kelam kabut. Betul-betul mencabar fizikal dan mental. \
Walau bagaimanapun, selamat menempuhi fasa 6 dengan jayanya. TK.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites