Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Showing posts with label Administrator. Show all posts
Showing posts with label Administrator. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Jemputan Majlis Perkahwinan Anak Datin Hajah Norishah

Salam Rakan-Rakan semua,

Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Datin Hajah Norishah pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 5 Mei 2012 (Sabtu)
Tempat : No 6565, Jalan Pernu 2, KM11, Kampung Pernu, Melaka
Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Sekian, terima kasih.




Tuesday, February 14, 2012

Jemputan Kahwin Haji Sabri Abidin Sulong - 10 Mac 2012 (Sabtu)

Assalamualaikum,

Mewakili Tuan Haji Sabri Abidin Sulong, beliau menjemput semua rakan-rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya seperti yang tertera di KAD JEMPUTAN YANG DILAMPIRKAN.

Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan SK Telok Kalong, 24000 Kemaman, Terengganu


Kehadiran Tuan/Puan amat dihargai.



Wednesday, February 1, 2012

1BestariNet: Panduan Persediaan Awal Sebelum Pemasangan

Projek 1BestarNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).

Sekolah akan dapat mengakses internet dengan menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) yang dibekalkan oleh syarikat YTL. CPEnya adalah terdiri daripada Zoom (3+1 unit) dan 4G dongle (20 unit). Semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentabdbiran sekolah, pusat sumber, dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah.

Skop projek juga adalah termasuk membuat dan memastikan Rangkaian Dalaman Setempat atau LAN sedia ada disambungkan ke CPE dan boleh berfungsi serta dapat mencapai internet. Di samping itu, pihak syarikat juga perlu memastikan peralatan komputer sekolah yang tidak termasuk dalam sistem LAN sedia ada juga dapat mencapai Internet dengan menggunakan penyelesaian syarikat sendiri berdasarkan dapatan kajian mereka.

Semua komputer dalam dan bukan dalam rangkaian LAN perlu boleh mengakses internet serta wajib juga ke Virtual Learning Enviroment (VLE).



Sebagai langkah proaktif, sekolah bolehlah bersedia lebih awal dengan:
  1. melantik seorang guru atau kakitangan yang akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru/kakitangan ini perlu memahami semua keperluan dan merangka pelan tindakan yang meliputi dari kerja pemasangan hinggalah penggunaan.
  2. menentukan lokasi-lokasi untuk ditempatkan Zoom agar kawasan utama termasuk dalam lingkungan cakupan akses internet.
  3. mengenal pasti punca sambungan elektrik bagi memudahkan pemasangan ZOOM. Sila pastikan bahawa pihak kontraktor menggunakan sambungan (extension cable sendiri) dari punca kuasa yang tidak dikongsi dengan peralatan lain atau dedicated switch atau extension switch berasingan.


Gambaran kawasan cakupan akses internet melalui 1BestariNet di sekolah

Thursday, December 29, 2011

AL-FATIHAH - Arwah Suami Che Norizam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan2 sekalian, ketika menghadiri mesyuarat bersama Dato' Dr Khair (TKPPM) sekitar jam 1.00 petang saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat kita Puan Maznon dan juga SMS dari saudara Aziz.

Makluman yang diterima Arwah Suami Puan Che Norizam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (29 Disember 2011) di HKL. Jenazahnya dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau dalam kawasan HKL dan terus di bawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan. Saya tidak berkesempatan untuk bersama menziarahi jenazah disebabkan kekangan mesyuarat yang dihadiri.

Kepada semua sahabat, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah suami Pn Che Norizam ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. AMIN.

Saturday, December 10, 2011

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites