Salam rakan2,
Melihat kepada keadaan semasa dan tambahan pula semuanya dah selesai temuduga serta dahpun merasa selesa, tak ramai lagi yang berkunjung ke blog ini. Kadangkala saya terfikir kerana mengikut persetujuan kita semua bersetuju untuk menjadikan blog ini sebagai tempat perhubungan kita secara berterusan. Kepada mereka yang benar2 berminat untuk meneruskan hubungan silaturahim, alhamdulillah. Tetapi ada juga rakan2 kita yang agak2nya tak berminat kerana dah berada dengan dunia masing2.
Oleh itu mungkin kita boleh melihat kembali objektif dan peranan blog ini. Saya pun dah merasa agak kepenatan bagi mengendali blog ini. Kepenatan akan terubat jika mendapat sambutan hangat rakan2. Tapi kepenatan akan terasa tidak berbaloi jika sambutan dingin. Jika difikir2kan apa faedahnya yang saya dapat? Ibarat hidung tak mancung pipi tersorong2. Tambahan pula saya memang sibuk dengan pelbagai tugasan2 yang perlu dibereskan tetapi atas rasa tanggungjawab yang terpanggil, saya berusaha mencoretkan sesuatu agar boleh direspon oleh rakan2. Kadangkala terfikir juga, lebih baik ditumpukan kepada tugas dan kerja sendiri.
Lantas saya memohon cadangan rakan2 untuk menutup blog ini atau sesiapa yang sudi mengendalikan blog ini boleh mendapatkan id dan password daripada saya. Bukannya merajuk atau tidak sudi tetapi apabila semua hasrat dan cita2 dah tercapai, mungkin masing2 rasa tidak perlu lagi maklumat2 terkini.
Kepada mereka yang masih setia mengunjungi blog ini dan jika sudi untuk mengendalikannya, sila maklumkan kepada saya.
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
konvensyen MGB Muar 2018
6 years ago
42 comments:
Faris.janganlah macam tu.memang kami tahu U sibuk dengan assign dan tugas tapi janganlah sampai nak tutup blog kita. Biarlah satu entri tu seminggu pun tak apa.Mungkin sekarang bulan puasa kawan2 kita sibuk.U janganlah jemu dan merajuk.Kami semua harap pada U supaya tidak ditutup.Tambah2 lagi nak raya.atau ada berita2 ,idea2 untuk kita bekerja dapat juga berkongsi sama.Saya memang TIDAK SETUJU blog ini ditutup.
Dengan adanya blog ini kita dapat bercerita,dan kongsi idea atau cerita apa saja.
Bagi saya setiap pagi saya akan jengok blog jika internet clear.Faris..jangan tutup blog ok...
faris
pertama, aku minta maaf kerana memberi komen kat sini, blog kumpulan B. Sedangkan aku kumpulan A.
kedua
aku faham, perasaan kau dan kekangan masa yang kau hadapi...sebab aku lalui apa yang kau alami...kau penat
ketiga
pada aku secara peribadi...biarkan saja...begitu. sebab ada entri entri lama...menjadi penting utk rujukan akan datang. link, picture, entri akademik....dsb. kalau kau penat..kau biarkan saja. begitu...atau jemput penulis lain..baut entri, supaya beban itu dapat dikongsi..
so, aku secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih pada kau...atas segala usaha baik yang kau lakukan ini..Allah jua yanh akan memudahkan kerja kerja kau nanti, dan jangan tutup. biarkan begitu...kalau kau penat...jemput contributors...supaya ada org nulis masa kau rehat..
salam
Hai mana kawan2 ni .respon lah sikit biar terhibur juga hati sahabat kita Faris bila blog dapat sambutan. Kalau nak kira sibuk ,memang semua sibuk.
Kak Kiah ,jarang cakap dalam blog,cakap lah kak kiah,non,valar,Ita,zaim.aishah,dll
Yang lelaki semuanya nak "Berkhalwat" dibulan Ramadan ni.....
sorry jangan marah.....
faris,
pada dasarnya aku bersetuju supaya ditutup, maksudnya tiada entri lagi la, bukan didelete.... biarkan dia begitu, kalau ada entri baru adalah....
kau mmg memerlukan masa utk fokus pd study kau faris!
selama ini kau telah banyak mengorbankan masa khasnya dalam mengelolakan blog tsb dan banyak manfaat telah kami perolehi, jutaan terima kasih dan Allah swt jualah yg dapat membalas jasa baik kau. Secara peribadi aku berasa kau berhak untuk meninggalkan blog tsb. Lagi pun kau ada blog peribadi yg boleh kami lawati bila2 masa dan boleh juga meminta apa2 bantuan melalui blog itu.
Kalau atas maksud untuk terus berhubungan di antara kita, selain drp menjengah blog kekawan, aku cadangkan buat ler blog sendiri, bukan susah mana pun dan apabila telah ada blog sendiri maka kita akan mudah untuk berhubung. Terpulang ler pd kita sekerap mana untuk di'update' atau hendak dibiarkan saja blog itu bersawang!
Mengelolakan blog mmg memerlukan komitmen dan korban masa dan jika faris sendiri merasakan agak terbeban lebih2 lg dlm situasi sekarang, eloklah kita relakan dia berundur.... aku sendiri pernah berhajat untuk membantunya tapi aku tak terdaya, adalah sekali dua yg sempat aku publishkan entri. Aku lbh syok melayan blog sendiri!
aku nak bantu,,tapi aku juga tak larat..jangan le wee...
Jangan Faris.Aku faham kau sibuk dan org lain pun mungkin sibuk dan lotih dlm bulan posa ni.Nanti aku sound sebelah utara ni supaya rajin2 kunjungi blog ni.Kami memang mengharapkan kau untuk menghiasi blog ni dengan info2 terkini dan aku pun blog lain x buka cuma blog ni sj.Segala usaha murni kau Allah saja yang membalasnya.W.pun kurang mendpt respon harap kau jangan frust kerana aku tahu ramai yang membaca blog ni cuma x respon saja.Faris, aku doakan kejayaan kau, selamat maju jaya dan selamat menjalani ibadah puasa.Nanti aku suruh mak lang n fidah respon...
Anggap blog ini adalah blog kita bersama. Maka sama-samalah kita bina. Asasnya dah ada orang buatkan untuk bagi laluan kepada orang kita isi yang mana patut. Takkan tak ada masa langsung, sedangkan ramai antara kita telah mendapat menafaat daripadanya. Apa salah kita bagi sedikit masa untuk menyumbang untuk kesejahteraan orang lain juga. Manalah tahu akan wujud satu lagi isu yang perlu kita membuat perkongsian.
Jadi, kpd Sdr. Faris janganlah tutup blog ini, buat setakat mampu je. Jika ada hal yang lebih penting utamakan yang itu dulu.
aku setuju sangat dgn cadangan kembara kelana tu. biarkan kalu penat.
entri2 yg kau masukkan tu amat berguna dan kami tak lupa atas jasa2 kau tu.kami bukan jenis kacang lupakan kulit.mkn sibuk dgn hal masing2.
kau biarkan kalu kau penat.blok aku pun dah sebulan lebih entri yg lama.
khalil betul ke kau buka blog nie saja?blog lain tarak ke?!!!!...heheheh.
ntah khalil ni, blog aku pun kau tak penah jengah ye...?
khalil, aku cadangkan sesekali kau, publish ler entry kat dlm blog ni, tanye si faris mcm mane cara..., eleh bkn ler susah sgt pun!!! Takde idea? ala kau belasah jer la tajuk apa2 pun!!!
Salam Ramadhan Faris dan keluarga.Anas dah tengok komen rakan-rakan lain di dalam blog ini.
Seperti mana Noris, aku juga pengunjung setia menjenguk blog ini.Dan banyak info yang amat berguna yang boleh aku gunakan.
Aku menyokong penuh blog ini diteruskan kerana ia dapat menyambung silaturahim selepas kita tamat pengajian.
Betul kata Kembara Kelana,kalau dah sibuk kena rehat dulu. kemudian jika ada info penting tulis lah .Ianya amat berguna kepada kami dari Sabah yang memerlukan info terkini.
Aku mewakili kawan-kawan dari Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kerana susah payah Faris dalam mengendalikan blog ini.Cuma kekadang mereka rajin membaca tapi tak rajin memberi komen.
Untuk kekawan yang beragama Islam di kesempatan ini Anas mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga mendapat berkah
Salam semua,
Faris, janganlah cam tu, walaupun you kata tak merajuk, tapi sy tahu you kecewa sbb tak ramai yang respon termasuklah saya sendiri. Entahlah sejak kebelakangan ni sibuk semacam je.. apa2 pun sy memang sayangkan blog kita ni dan biarkanlah terus hidup sebagai penghubung antara kita walaupun muncul sekali-sekala.
Takpelah kalau tak ada entri baru. kami faham kesibukan you belajar sudah pasti menyukarkan you mencuri masa untuk itu kan?
Entri2 yang lama pun amat berguna sebagai bahan rujukan dan mengimbau kenangan lalu..
jangan tutup.iyo aku start dgn perbincangan baru,,apa komem kome terhadap fadhilat sembahayang terwih yang kini mula dipersoalkan kononnya ia datang dari hadis yg tidak sahih?
Faris.
Nak l pujuk ke.Bolehlah i dan geng kl pegi kajang makan sataj perut sambil pujuk u.Susah hati kami semua kalau u merajuk.Masing2 sebenarnya hari2 buka blog, cuma malas menulis aje.Hari selasa l,kak kiah ,norizam dan valar akan ke maktab Tentera Sg Besi utk Mesyuarat GB cemerlang.. nanti l akaan maklum pada de all.
Nanti kalau u banyak assigment u rehatlah.Usop dan azam dah boleh ganti.
non,
aku tak larat la.... mana lg masa nak layan blog sendiri, tak kan ler blog pun nak lbh dr satu......??? hehehe
yg dah selalu rajin jengah blog ini dah ok ler tu tp apa salahnye korang tulis jer jugak komen sepatah dua kata, belasah jer la apa yg korang nak kata.....
ramai pulok yang kata jgn tutup,,tapi dulu nak jengah pun jarang jarang,aiiikkkk pening ni
Faris, betul cakap Anas, ramai pembaca blog tapi tak selalu respond, termasuklah saya.
I understand that sometimes we'll feel down & tired when we are too busy. Anywhere just leave the blog without closing it, as what KK suggested. Sayang, if it is terminated, and we'll lose contact.
Jgn Faris..yang jauh kita dekatkan, yang ada kita gandakan.Kak Kiah ada beberapa alasan dan jln penyelesaian..kalau boleh diterima.
a)Blog ini cukup membanggakan kak kiah kerana dapat hilang rindu gelagat di bilik kuliah. Setahun dah kita tak sekuliah tapi tak rasa pun.
b)Kak Kiah nak tunjuk kat guru-guru kita yang kita ada blog yang ahlinya seluruh Malaysia bertukar-tukar idea untuk menjadikan sekolah cemerlang.Kak Kiah selalu sebut dekat mereka.
c)Jangan putus siratulrahim ni.. Allah....bukan senang nak kenal semula 53 orang ni
d) tulah kau orang buat lagi perangai di UPSI..Assgmt 6 org, nak siapkan mcm nak rak..Tunjuk menunjuk berlaku, masa serentak nak buat ada je satu dua buat hal, Cari daleh sbb penik takut exam tak boleh jawab. Nasib baik semua dpt convo. Kak Kiah selalu teringat kat engkau semua,jadi selalu buka blog ini. Asyik membaca tulisan engkau orang yang daripada pelbagai sudut sambil noltalgia di blk kuliah bermain kembali yang cukup menghibur.Yang tak respon ni sombong he...
e) Yang handal ICT.. Sabri, Usop, Azam, Zul, Pirzan,Normah, Lee,Mahani PP, Mahani Kedah, Aishah,Non, Kak Kiah( penyeri je) dan yang lain2 ayuh marilah kita bantu agar blog ini wujud sampai bila-bila. Nanti nak cerita pasal cucu, pencen dll.
Alhamdulillah,barulah riuh sikit blog kita.kan bagus macam ni.ramai yang masuk komen.tak kiralah nak cakap apa. Ita ,mane dia tak masuk2 komen lagi .sihat ke tidak.semua orang sibuk puasa ita,tapi cakaplah sikit. Kak kiah ,best.bila dia cakap panjang lebar.barulah meriah.
Azam,kamu cakap pasal tarawih,kamu sembahyang penuh tak tiap2 malam.Kalau penuh baguslah.Jangan dipertikaikan lagi sahihnya.Sembahyang Tarawih hanya ada di bulan Ramadan saja,tiada dibulan2 lain.Nak buat berapa rakaat tu,terpulanglah.
ok meriah kan blog lagi.
Faris,macam mana,ramai yang sayangkan kamu...eh..bukan blog kita. Salam.
BAGUS,BAGUS,,KAN TAJUK INI SUDAH JADI PANJANG.SAPA KATA TAK BOLEH DIPERTIKAIKAN KALAU HADIS ITU DIKATAKAN HARAM.?????CUBA ULAS
Terima kasih rakan2 kerana masih ramai yang sayangkan blog ini. Oleh itu berdasarkan kepada ulasan dan komen peminat setia (kump A dan B), saya akan biarkan blog ini untuk rakan2 komen dan beri ulasan. Tentang entri2 baru tu, saya tak dapat menjanjikan dapat membuat updating. Dah nak hampir bulan Okt ni, dah semakin sibuk. Sibuk dgn assignment yg banyak, mid-term exam dan 9, 10 dan 11 Okt dh nak final exam dan bermakna habislah satu semester.
Kepada rakan2 yang dah ada id dan password seperti saudara Yusof Sipan, Pirzan dan lain2, bolehlah masukkan entri baru.
Terima kasih.
Hai geng,marilah kita gembirakan KAWAN KITA fARIS,selalu dia yang gembirakan kita.. Yang dah ada id dan password bolehlah menghantar dan mengesyer maklumat. Yang dah ada blog tu pandai2lah.Sayang anak tangantangankan dan sayang isteri tinggaltinggalkan..Sayang blog alumni tak??? Dengar cakap kakak ni mulakanlah..Nanti Faris tentu gembira. Sabri pun cakap semacam je..Mereka berdua ini sangat baik dan suka kita meneruskan siratulrahim ni..Adli dan Abu pun satu.. tak dengar cerita pun. Jomlah.. sibuk ke di institiut tu..Kepada semua jangan susah hati rasanya kalau kita ikut nasihat Faris kita dapat banyak untungnya..dan kerjaya kita sebagai pemimpin dan pengurus sekolah yang tinggal 10 tahun ini tidak diperkotakkatikkan( banyaknya k)oleh anak buah kita generasi baru, generasi ICT, generasi tak tahu susah,generasi yang pentingkan pampasan dari amal jariah,generasi yang cukup berkira dengan tenaga yang dicurah. Ini yang Kak Kiah seram.. jadi perlukan perbincangan, artikel2 yang dikeluarkan tak lari dengan gaya hidup seorang kepala sekolah. Sayang kalau yang berkemampuan dan berkebolehan tak nak mencurahkan sedikit masa dan idea untuk buat amal jariah. Kak Kiah cakap bukan main2, dengan membaca blog ke blog banyaknya dapat maklumat...KAK KIAH BANGGA BERJUMPA KAMU SEMUA.
TON, ITA,SYARIFAH,TIMAH, WINIE,JAH KEMBAR,ANI,ROSMAH,ZU, NORAISHAH,AWAL,AZIZ, BOL,FARIDAH,HAFIZ,ZUL, PAK YA KEMBAR, DIN, JEM SEMUA..LAHHHH...JOM MERIAHKAN BLOG KITA INI........
Salam sahabat 1 Malaysia.
Baru seminggu i tak jengah blog ni, aleh2 terkejut dgn agenda penutupan blog! Hey Faris jgn lah gitu rajuk u... Kita dah biasa dgn ragam kwn2 yg kadang bermusim atau mcm biskut... but this is the only channel yg kita boleh mengerat hubungan dan berkongsi cerita secara sharing and caring with all selain dari tempat melepas tension masalah sekolah.
We understand that u are tired Faris...and frustrated with effort that seems to be ignored by friends but actually blog ni begitu bernakna dan berharga serta begitu nostalgik.
Kepada rakan yg ada blog sendiri,ada expertise serta tahu psword entry blog kita bantu2lah Faris ye.
I pun tak tahu lah ape yg sibuk benar lately ni hingga tak sempat2 buka blog. tapi yg pasti memang penat mentally dan fizicaly. Mana hubby dan anak demam panas, pembangunan 1 blok 4 tingkat baru bermula secara adhoc, 3 hari lepas ribut di Klang dan 3 blok bumbung sek I tercabut! Semalam dan ari ini pula ada prog Sua Rasa TV9 di Kpg I (sebelah umah je..mai lah!!)jadi kenalah juga libat2kan diri maklumlah kena batang hidung kenalah joint! Pagi semalam tolong tengok kacau bubuk lambuk, ni baru balik dari prog ceramah dan solat utk wanita dan remaja perempuan, ptg ni anak i terlibat dgn persembahan nasyid, malam nanti selepas terawih ada forum Ramadan bersama Dato Fadhilah Kamsah(Merdeka Minda dan Jiwa)serta Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Merdeka. Tgk2 lah TV9 ada lintas langsung tau.
But above all... I still love this blog Faris..!!!! Kepada kwn semua selamat berpuasa dan Selamat Bersemangat Anak Merdeka!
Salam 1 Malaysia, Hi Faris tanpa mu kami semua tidak dapat "bertemu" antara satu sama lain.Kami sering baca tapi tak respon sebab suka baca komen orang lain.Anywhere don't close pls. Take ur time may be sekali seminggu. Saya juga mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan beragama Islam dan jemput sayalah pada hari raya ini.
tadi terlupa klik salah
Dah..dah Fariz ok dah. Cuma buat apa yang dia suruh. Jangan banyak alasan.
salam kawan...sedih juga bila faris cadang nak tutup blog ni. sebab dah lama beroperasi.blog ni lah tempat kawan2 berhubung dsb. sebenarnya banyak info yang faris masukkan kat sini. memang bermanfaat sangat2. bagi yg menjenguklah.. yg komen pun de. yg tak komen pun ada(tapi jenguk). Biasalah faris..apa yg faris buat ikhlas untuk kawan2.Ganjarannya sgt besar..tapi kalau faris rasa penat ..sb bz dsb faris boleh biarkan saja. tapi tak usahlah kuburkan...sb benda dah adakan..Kami sangat berterima kasih atas usaha murni Faris.HIDUP FARIS!!!! MEMBER PANTAI TIMUR
SELAMAT POSO BLAKO WEH...
Faris, nampak gaya kau kena bagikan geng kita ni kepada kumpulan untuk kemaskini blog ni. macam di upsi dulu.hehehe. ketua aku si usop dah ada.
semoga blog ni masih ada.sama-samalah kita respong(ejaan trengganu)
Jon,
bagus juga idea tu. pengalaman di UPSI dulu, yg jadi ketua kumpulan ajelah yang jadi mangsa kena buat semua keje2. betul ke????
Yang ada ID dan PW tu bolehlah slow slow bantu Faris masukkan entry baru atau tokok tambah. Yang tak ada ID plus tak reti..komen/ respon je dah ok agaknya.Biar sarat blog kita ni...
Yang ada ID dan PW tu bolehlah slow slow bantu Faris masukkan entry baru atau tokok tambah. Yang tak ada ID plus tak reti..komen/ respon je dah ok agaknya.Biar sarat blog kita ni...
salam ramadhan utk para muslimin dan muslimah..kawan2 yg masih belum muslim hayatilah kemuliaan bulan ramadhan moga allah mberikan hidayah kpd tuan2 dan puan2 skalian..subhanallah..
bro faris, bang long dan kak long sekalian..sebetulnya saya adalah mrupakan seorg pengunjung yg aktif yg setia mbaca setiap baris ayat coretan kalian..seronok dan mnghiburkan dgn pelbagai ceritera dr segenap pelusok negara..ada yg sedih dan x kurang yg gumbira..
bg saya..mbaca kisah2 atau apa jua yg dipaparkan dlm blog ini mengimbau kembali wajah2 kalian dalam pelbagai warna dan bentuk..masih segar ingatan itu terhadap kerenah dan keletah abg2 n kakak2 semua..tiap kali bpluang bcakap di khalayak tuan2 dan puan2..kata2 syukur dan bangga saya brada dalam kelompok tuan2 dan puan2 barisan kepimpinan organisasi sekolah selalu saya putar ulang..masih segar dlm kotak ingatan saya kata2 pn. azita pensyarah yg ngajar kita perundangan sekolah..."group kamu ni kalau diberikan peluang bercakap sampai esok pun tak berhenti..betul ke salah fakta, dia main belasah je"..itulah kehebatan kalian sebagai kepala guru di sekolah..hebat2..
salam..adely.sura ipg teknik
salam ramadhan utk para muslimin dan muslimah..kawan2 yg masih belum muslim hayatilah kemuliaan bulan ramadhan moga allah mberikan hidayah kpd tuan2 dan puan2 skalian..subhanallah..
bro faris, bang long dan kak long sekalian..sebetulnya saya adalah mrupakan seorg pengunjung yg aktif yg setia mbaca setiap baris ayat coretan kalian..seronok dan mnghiburkan dgn pelbagai ceritera dr segenap pelusok negara..ada yg sedih dan x kurang yg gumbira..
bg saya..mbaca kisah2 atau apa jua yg dipaparkan dlm blog ini mengimbau kembali wajah2 kalian dalam pelbagai warna dan bentuk..masih segar ingatan itu terhadap kerenah dan keletah abg2 n kakak2 semua..tiap kali bpluang bcakap di khalayak tuan2 dan puan2..kata2 syukur dan bangga saya brada dalam kelompok tuan2 dan puan2 barisan kepimpinan organisasi sekolah selalu saya putar ulang..masih segar dlm kotak ingatan saya kata2 pn. azita pensyarah yg ngajar kita perundangan sekolah..."group kamu ni kalau diberikan peluang bercakap sampai esok pun tak berhenti..betul ke salah fakta, dia main belasah je"..itulah kehebatan kalian sebagai kepala guru di sekolah..hebat2..
salam..adely.sura ipg teknik
oh..terlupa nak ulasan pasal entri ni.. bro faris jgn la ko mgulangi lagi niat ko nak tutup blog ni..jika ko tutup bmakna ingatan terhadap sesama kita akan beransur-ansur luput...biarlah ko susah sikit di dunia ini kerana balasannya akan menunggu bila ko idup di alam lain nanti..insyaallah..sesungguhnya janji allah adalah benar.
wei wei aku nak duit raya,aku nak bedil,itu kata anak-anak kita
Wah. Adley dah bunyi, tu heero sorang lagi tu bila nak buka cerita.Kau Abu ari tu.. kau banyak tolong kami dengan Faris angkat borang untuk apply dg41. terima kasihlah.Mudah2an kau, faris, Adley dan geng Kl yang lain terus berhubungan agar kawan2 kita yang jauh dan bermasalah kita boleh tolong sebab kita dekat dengan SPP, KPM,LPM dan lain2 lagi maklumlah orang KL/SELANGOR.Selamat menjalaini puasa fasa yang ke2. berebut2lah fasa kedua ini adalah fasa pengampunan. Kak Kiah minta maaf semua selama kita berkawan dari IAB hinggalah UPSI dan sehingga kini. KOSONG KOSONG...
kali mesti ramai sokong blog kita..
Salam semua rakan seperjuangan,
Saya amat menghargai usaha faris dan rakan-rakan lain yang mengusahakan dan menceriakan blog ini. Saya setuju agar blog ini tidak ditutup. Biarlah ON saja.Saya yakin ramai pengunjung setia blog ini cumanya tidak respond..jangan tutup blog ini Faris!Wslm.
ALHAMDULILLAH...BLOG MASIH ON..TQ TQ TQ
Satu hari Mak Lang tersedak ada orang sebut nama mak Lang.Terpanggil pula nak lawat blog ni. Nasib baik blog ni masih on.Tahun ini kita bertuah dapat menyambut kemerdekaan di bulan puasa.Ada simbolik disebalik sambutan ini.Doa Mak Lang semua rakan-rakan diberi ruang untuk pertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. AMIN
pa habaq mak lang? moga sentiasa ceria dan sihat dlm keberkatan ramadhan al-mubarak ini...
nyaris-nyaris blog ni nak diterminate...ramai plak member masuk ye. ade hikmahnya juga tu...
Post a Comment