Saturday, October 30, 2010
Cikgu dan Pensyarah - Saja gelak2
Pensyarah:Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan
awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5
Si cikgu terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah
universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak
pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba
untuk kali terakhir..
pensyarah: Ok macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..jika awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi
soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50
Si cikgu berfikir..
dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah
tetapi dia tidak b0_d0. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si
pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan
ke planet marikh balik ke bumi..
Si cikgu sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus
memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira
pensyarah:Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun
Si cikgu berfikir sejenak
Cikgu:erm ok... soalan nya..Apa benda
yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki
empat...
Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan
nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak
mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi
tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak
mendapat jawapan..Si cikgu naik bosan menunggu menyambung termenung
melihat permandangn di luar keretapi.
Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada
si cikgu. Si cikgu menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang
ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..
si pensyarah bersuara
pensyarah:..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam
ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?
Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.kerana beliau pun tidak tahu akan jawapanya..
da untung 40 ringgit..huuhuhuh
Thursday, October 21, 2010
Bolhassan @ Kuching, Sarawak
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan kita Bolhassan di atas layanan beliau kepada saya sepanjang berada di Kuching.

Bersama Bolhassan @ Serian, Sarawak

Pagi pekena Laksa Sarawak di Serian

Petang pekena Mee Jawa @ Kuching

Pandangan hadapan SK Serian

SK Serian.... difahamkan Bolhassan akan bergerak hujung tahun ini. Benar atau tidak? Kita tunggu berita sebenar.

Inilah rumah Guru Besar SK Serian sewaktu bertugas. Kelihatan Toyota Vios baru setelah tamat belajar.
Friday, October 15, 2010
Bajet 2011 - Suka atau Tidak?
- Semua jenis telefon bimbit dikecualikan cukai jualan
- RM576 juta dalam bentuk biasiswa untuk guru yang ingin melanjutkan pengajian
- Peruntukan RM213 juta untuk ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan pengetua, ...guru besar, guru cemerlang
- Program rebat bayaran elektrik bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 diteruskan, libatkan peruntukan RM150 juta
- Skim Rumah Pertamaku untuk golongan muda yang baru bekerja, tawar jaminan kerajaan untuk bayaran pendahuluan
- Kadar tol 4 lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta
- A new landmark, Warisan Merdeka, expected to be completed in 2020, will include a 100-storey tower, tallest in M'sia.
- Penjawat awam wanita diberi fleksibiliti tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan
- PTK dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai untuk penjawat awam menjelang Jun 2011
Thursday, October 7, 2010
Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Baru Upload Petang Semalam (6/10/2010)
Kalendar Persekolahan Tahun 2011
| Kumpulan A | ||||
| Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
| I | Hari Persekolahan | 02.01.2011 | 31.01.2011 | 22 |
| Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 10.03.2011 | 8 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 11.03.2011 | 19.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 20.03.2011 | 31.03.2011 | 10 | |
| Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 26.05.2011 | 20 | |
| Cuti Pertengahan Tahun | 27.05.2011 | 11.06.2011 | 16 | |
| II | Hari Persekolahan | 12.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
| Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 25.08.2011 | 19 | |
| Cuti Pertengahan Penggal ke II | 26.08.2011 | 03.09.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 04.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
| Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 17.11.2011 | 13 | |
| Cuti Akhir Tahun | 18.11.2011 | 31.12.2011 | 44 | |
| Jumlah | 288 | |||
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
| Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||
| Kumpulan B | ||||
| Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
| I | Hari Persekolahan | 03.01.2011 | 31.01.2011 | 21 |
| Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 11.03.2011 | 9 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2011 | 20.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 21.03.2011 | 31.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 27.05.2011 | 21 | |
| Cuti Pertengahan Tahun | 28.05.2011 | 12.06.2011 | 16 | |
| II | Hari Persekolahan | 13.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
| Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 26.08.2011 | 19 | |
| Cuti Pertengahan Penggal ke II | 27.08.2011 | 04.09.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 05.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
| Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 18.11.2011 | 14 | |
| Cuti Akhir Tahun | 19.11.2011 | 01.01.2012 | 44 | |
| Jumlah | 288 | |||
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
| Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||
| Kumpulan A | Kumpulan B | |
|
|
|
Monday, October 4, 2010
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010
Sila klik di bawah :
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010
Wednesday, September 15, 2010
UPSR 2010!!!

Salam Rakan2,
Cabaran yang bakal ditempuh merupakan satu bebanan yang amat berat. Ditambah pula dengan Bai'ah atau New Deal, pastinya apa yang diunjur dan disasarkan merupakan sesuatu yang mesti digapai. Usaha-usaha yang tanpa mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. Ada yang sudah memulakan persekolahan sebagai selesai Aidil Fitri manakala ada juga yang masih dalam mood cuti.
Walau apa dan bagaimanapun, diucapkan selamat menghadapi UPSR 2010 kepada semua rakan2 kerana sudah tentu rakan2 merasa lebih teruja daripada anak didik itu sendiri. Semoga semua rakan2 berjaya dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah dan mengotakan bakat kepimpinan yang ada dan telah dipelajari. Perjuangan saya selama 3 tahun di sekolah, telah berjaya saya lonjakkan pencapaian UPSR sekolah sehingga dua tahun berturut2 mengatasi sejarah dan rekod sekolah. Semoga rakan2 juga akan begitu.
Sekian, terima kasih.
Sunday, September 5, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam Rakan2,
Selamat Menyambut Kehadiran Syawal pada tahun ini dengan harapan akan beroleh kegembiraan dan kebahagiaan. Disamping menyambutnya dengan penuh kegirangan, sama-samalah kita berdoa kepada rakan kita yang kehilangan orang tersayang agar dia menghadapi hidup ini dengan penuh ketabahan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan saling bermaafan sesama kita dari segi zahir mahupun batin, sama ada disedari atau tidak sepanjang kita berceloteh dan berkomunikasi.
Sekian, Wassalam
Thursday, September 2, 2010
ALFATIHAH!! SEMOGA ROHNYA BERSAMA ORANG YANG SOLEH
Sebenarnya saya mendapat berita kembalinya ke rahmatullah suami rakan kita Puan Rusma pada petang 31 Ogos 2010. Namun disebabkan dalam perjalanan out station dan tiadanya talian internet maka saya tidak dapat memuatnaikkan berita ini. Sekembali dari out station pada hari ini, barulah kesempatan memuatnaik berita ini ada.
Arwah suami Puan Rusma diberitakan meninggal dunia pada jam 4.25 petang 31 Ogos 2010 yang lalu. Berita awal semasa koma dulu, telahpun tiada kerana difahamkan telah sembuh dan boleh bercakap dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Apa yang dapat kita doakan semoga Puan Rusma dapat menghadapi dugaan Allah ini dengan penuh ketabahan dan semangat yang kuat. Kita hanya sekadar boleh menghulurkan simpati dan turut sama menumpang sedih ke atas berita ini. Sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. semoga rohnya suami Puan Rusma berada di kalangan orang2 soleh.
Al-Fatihah......
Sunday, August 29, 2010
Teachbook
Kebetulan terbaca dalam akhbar Berita Harian tentang saman yang dikemukakan oleh Facebook terhadap Tachbook atas alasan menggunakan perkataan 'book' dalam portal komuniti Teachbook ini. Apabila dilihat kepada kandungan portal ini, tiada pun sebarang ancaman kepada Facebook.
Agak sesuai kita sebagai guru mendaftar dalam portal ini agar perkongsian secara universal dapat berlaku ke arah bertaraf dunia. Perkongsian dengan guru-guru di seluruh dunia akan membantu kita membuka minda dan mengadaptasi sesuatu yang baik.
Jika ingin mendaftar, sila lawati portalnya di alamat ini dengan klik saya di perkataan :
TEACHBOOK
Paparan seperti dibawah akan tertera dan apa yang penting, rakan2 kena mendaftar dahulu sebelum boleh sign-in. Ini adalah portal baru dan tiada kandungan lagi kerana ia baru dilancarkan.
Selamat mencuba dan menggalakkan guru2 kita menggunakannya. Ini akan menggambarkan betapa efisiennya GB yang berkelulusan UPSI dalam Pengurusan Pendidikan.
Terima kasih.
Tuesday, August 17, 2010
Sama-samalah Kita Berdoa Kepada Suami Puan Rusma
Saya menerima mesej SMS dari saudara Aziz dan Hajah Rozita yang memaklumkan bahawa suami rakan kita iaitu Puan Rusma sedang kritikal dan tenat. Penyakit apa saya tak dapat maklumat kerana cuba hubungi Puan Rusma tetapi tiada jawapan. Mungkin HP nya di 'off' kan kerana berada di wad ICU atau pun tidak boleh 'on' HP sewaktu dalam wad hospital.
Kesempatan ini sempena bulan Ramadhan yang mulia, sama-samalah kita menadahkan tangan dan memanjatkan doa semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atas rakan kita ini.
AMIN....
Tuesday, August 3, 2010
Cuba Perhatikan Video Ini... Apa pandangan anda??
Mungkin rakan2 masih ingat apabila video klip wanita Malaysia dibogelkan di lokap polis dan terus dikatakan wanita itu warga Cina sehingga memaksa wakil Malaysia memohon maaf ke negara Cina tetapi kebenarannya lain pula. Rakan2 lihat sendiri dan buat penelitian.
Adakah semudah itu guru dipersalahkan??? Adakah anda sebagai seorang guru sanggup dicerca dan diherdik oleh seorang murid??? Adakah tak ada sebarang budi bicara sebagai seorang guru?
Renungkan dan berilah komen anda. Terima kasih.
Wednesday, July 28, 2010
Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Hanya 25 Hari
Agak lama saya tidak memuatkan entri baru kerana tiada kesempatan waktu. Tapi entri kali ini dirasakan perlu diberi peringatan supaya kita sebagai Ketua Jabatan (GB) peka terhadap perkara ini bukan sahaja untuk guru-guru dan staf tetapi juga untuk diri sendiri.
SEDARKAH KITA???? Kelayakan cuti rehat kita setelah dilantik ke DG41 adalah hanya 25 Hari??? Ini berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2008 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Oleh kerana kita telah dilantik pada 5 Oktober 2009, maka secara langsung kita tertakluk kepada pekeliling ini.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?? Semak semula kelayakan cuti rehat. Bagi 1 Jan hingga 30 Sept 2009 (perkiraan kelayakan cuti berdasarkan kepada kelayakan 35 hari setahun) dan bagi baki 1 Okt hingga 31 Dis 2009 (perkiraan kelayakan cuti berdasarkan kepada kelayakan 25 hari setahun). Jadi.... kelayakan cuti rehat kita bagi tahun 2009 BUKANNYA 35 hari tetapi berasaskan kepada perkiraan sifir yang layak (mungkin 26/27 + 5/6 = 31-32 hari sahaja berdasarkan anggaran).
INGAT!!! Jangan sampai dah terlebih ambil cuti kerana jika dah terlebih ambil cuti, kenalah potong gaji untuk bayar kembali. AWAS!!! hati-hati dan prihatin.
Sekian untuk makluman rakan2. Terima kasih.
Sila klik utk lihat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2008
Friday, July 16, 2010
RAHSIA MELALUI TULISAN
RAHSIA MELALUI TULISAN – DR. FADZILAH KAMSAH
Maafkan saya rakan-rakan, kerana diatas kesibukkan admin maka saya mengambil kesempatan memasukkan entri ini. Mungkin ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Harap rakan-rakan memberi komen dan pandangan mengenai tajuk entri ini.
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...Ingat-ingat mulai sekarang perhati-hatilah tulisan staf kita, kawan-kawan dan anak didik kita. Mungkin kita boleh cadangkan mereka ubah peribadi dan personaliti mereka melalui perubahan tulisan mereka.
- dari prof. serba rahsia.
( hahaahaaa hampa nak tau rahsia apa lagi... prof boleh tolong bongkarkan )
Sunday, June 20, 2010
Selamat Berjuang Kembali
Diucapkan selamat meneruskan kembali perjuangan ke arah kecemerlangan sekolah masing2 selepas cuti panjang selama 2 minggu. Pastinya debaran kepada pencapaian akademik sekolah menjadikan diri semakin tertekan. Tambahan pula SIP yang diisi perlu dilaksana dan dicapai. Semoga rakan2 akan dapat meneruskan kecemerlangan sekolah masing2.
Monday, June 7, 2010
Saat Indah Perkahwinan
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya! Dara: Sayangku....!
Sesudah 5 tahun perkahwinan....
SILA BACA DARI BAWAH KE ATAS.
Saturday, June 5, 2010
Umrah, Pengganti dan Selamat Bercuti
Pertama sekali diucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada rakan2 yang akan menunaikan umrah semasa cuti sekolah ini. Semoga rakan2 yang kesana dapat mendoakan rakan2 disini untuk sama2 menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan haji dan umrah buat kali pertama atau kedua atau seterusnya.
Kedua, rakan kita dari Kumpulan A iaitu Puan Saha Fadillah telahpun menerima kenaikan pangkat ke DGA34 (beliau masih belum memohon DG41). Jika diikutkan perancangan asal, beliau akan mengambil tempat saya sebagai GB di SK Kajang Utama kerana surat ke situ telahpun siap sedia tetapi telah ditahan dan ditukar dengan orang lain kerana saya difahamkan hampir 9 orang melobi tempat yang saya tinggalkan. Akhirnya beliau ditempatkan di SK Taman Nirwana, Cheras mulai 16 Jun 2010 dan telah menandatangani surat setuju terima. Jadi kemungkinan besar GB SK Taman Nirwana sedia ada (DGA38) akan menggantikan tempat saya di SK Kajang Utama. Walau apapun, tahniah kepada rakan kita dari Kumpulan A ini kerana telahpun dilantik sebagai GB dan menerima kenaikan pangkat.
Ketiga, Selamat Bercuti Sekolah kepada semua rakan2 walaupun saya pasti rakan2 tidak bercuti kerana menguruskan program2 UPSR. Di sekolah saya pun, saya telah berpesan supaya diteruskan program perkampungan UPSR supaya momentum belajar murid tidak hilang. Apabila bercuti, berhati2lah sepanjang berada di jalan raya walaupun kita tidak dapat bercuti untuk buat reunion.
Akhir kata, semoga rakan2 terus sukses dalam mengurus organisasi masing2. Terima kasih.
Thursday, June 3, 2010
PENDEDAHAN ESKLUSIF
Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan blog ini terutamanya tuan blog ini .Sekali lagi saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.
Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.
Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "binzain (mkn semua org dah tau kut) dan kebanyakkan saya menggunakan nama “zorro”.Tapi dlm ruang chat saya menggunakan nama “mamak”.Faris,Yusuf,Pirzan, Kak Kiah, Jony, Zalila, Non, Valar,Noris ,Azam dan anynomous aku mohon maaf sekiranya catatan aku menguris hati kalian begitu juga si teja .
Mohon doa dari kalian agar aku sekeluarga diberi kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan ibadah umrah dan diterima oleh Allah sebagai umrah yang mabrur.Aku berangkat pada 7 Jun 2010 dan dijangka pulang pada 20 Jun 2010.InsyaAllah.
Izinkan aku sekali lagi melafazkan pantun2 ini……...
SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.
BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.
BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.
CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA
DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA
PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.
LABAIKALLAHHUMMALABAIK..LABAIKALLA.SYARIKALAKALABAIK....
INNALHAMDA.WANNI’MATA.....LAKAWAL MUR LA SYARIKALA............
Friday, May 21, 2010
RENUNGAN BUAT INSAN BERNAMA GURU
Dalam apa jua bidang, professional dan personal harus di bezakan. Andai anda telah atau bakal memilih bidang pendidikan, tekadkan lah hati. Betulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi anak-anak yang bukan sahaja cemerlang fizikal tatapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita di tanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita. Kita ada jawapan yang kukuh............
”AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURID KU UNTUK MENGABADIKAN DIRI MEREKA PADA MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN... ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN AKAN MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA MU YA ALLAH.....”
Tapi bayanngkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita masuk ke syurgaNya. Tiba-tiba..........
”NANTI DULU YA ALLAH.....JANGAN BENARKAN ORANG INI MASUK KE SYURGA”
Tercengang sendiri...mengapa perjalananku terhalang........mengapa????
”MENGAPA KAU MENGHALANG GURU MU INI UNTUK MEMASUKI SYURGA KU?”
”Kalau KAU ingin tahu.... guru ini tidak pernah menegur kesilapanku......dia hanya mengajar aku ilmu dunia....Dengan ilmu itu aku semakin jauh dari MU. Kehadirannya hanya untuk mengajar... cukup bulan dapat gaji.... Tapi akhlak kami tetap rosak”
Ya Allah....apa perasaan kita ketika itu???!!!. Ingin mengulang semula masa lampau?? Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh sebab itu, wahai insan bernama guru, kukuhkanlah dirimu dengan AlQuran dan ASSunnah untuk menjadi panduan hidupmu agar anak-anak yang lahir daripada hasil tanganmu kelak merupakan anak-anak didik yang soleh dan solehah.
Akan lahirlah lebih ramai SALAHUDDIN AL AYYUBI, anak-anak seprti di palestin yang tidak pernah takut pada yahudi dalam menegakkan Islam. Merekalah yang akan menyambung perjuangan mu dalam membela ad-din tercinta. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak didikmu. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat oleh insan bernama ibu dan bapa selalunya adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerana pengalaman mereka, perhubungan mereka dan juga lebih dulu tahu ragam dan rencah dunia ini.
SIAPA PUN DIRIMU...KAMU ADALAH SEORANG GURU...GURU KEPADA DIRI....GURU KEPADA KELUARGA......GURU KEPADA MASYARAKAT....DAN GURU YANG MEMBAWA ISLAM.....
Al-Fatihah untuk guru-guru kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti mereka....
AL-FATIHAAH...............
Wednesday, May 19, 2010
SELAMAT HARI GURU
PANTUN GURU
A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat ( ada lagi ke cikgu mcm ni?)
Satu dua tiga empat
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan (bole la cikgu relax)
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan (jarang murid /ibubapa bagi
Terima kasih banyak, Cikgu! ucapan mcm ni)
Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar ( baru dpt berkat belajar)
Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun ( betul ke?)
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan (derhaka namanya kalau lupa)
Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Murid silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi (sepatutnya mcm ni le)
Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi (ingat ke lagi?)
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu ( skrg ni mcm2 guru bekal)
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak (kerja gila la namanya tu)
Daging rusa sedap diratah
Kenyang perut mata terlena
Membujur lalu melintang patah
Zaaaaapppppp aje apa yg tak kena..... (kerja aku la ni)
Monday, May 17, 2010
Sedih... Reunion Tak Jadi
FARIS... IM VERY2 SORRY LAH.. tarikh 13 hingga 15 kita tak dapat masuk sb program kem sains on.pesertanya pulak 100 lebih. yg ada 17 - 19 pun ramai jg..
aku rasa nampak gaya kita kena batalkan je reunion kita.tarikh tu ramai yg tak dpt datang termasuk kau. sb sekolah nak buka kan...minta maaf banyak2 la..
apa pun terserah atas keputusan ramai lah...tp kalau de nak dtg jg 9tak ramai aku akan rai..hehehe camping ke...







