Oleh kerana tiada tempat kerana telah dipenuhi oleh program lain, maka program reunion kita terpaksalah dibatalkan. Walau bagaimanapun, jika sesiapa yang nak pergi bercuti ke Pulau Redang boleh teruskan niat dengan menghubungi saudara Joni. Mungkin kalau tak ramai, tempat tu mencukupi. Rakan2 boleh baca komen dari saudara Joni sebelum ini untuk makluman bersama.
Terima kasih Joni kerana berusaha tetapi tak berpeluang. Atau nak buat di tempat lain?? Siapa yang sanggup menawarkan diri?
jm Said on May 17, 2010 1:50 PM
FARIS... IM VERY2 SORRY LAH.. tarikh 13 hingga 15 kita tak dapat masuk sb program kem sains on.pesertanya pulak 100 lebih. yg ada 17 - 19 pun ramai jg.. aku rasa nampak gaya kita kena batalkan je reunion kita.tarikh tu ramai yg tak dpt datang termasuk kau. sb sekolah nak buka kan...minta maaf banyak2 la..
jm Said on May 17, 2010 1:52 PM
apa pun terserah atas keputusan ramai lah...tp kalau de nak dtg jg 9tak ramai aku akan rai..hehehe camping ke...
Salam rakan2, Program reunion kita jadi dan saudara Joni dahpun mengenalpasti tempat dan rakan2 boleh membuat pilihan masing2. Perlu lakukan segera supaya tempahan tempat boleh dilakukan oleh saudara Joni kerana kalau tidak nanti dah penuh. Saudara Joni, nanti sila nyatakan no akaun bank untuk dimasukkan bayaran pendahuluan. Tindakan yang perlu diambil sekarang ialah seperti berikut :
1. Sila tuliskan nama anda di komen entri blog ini. 2. Nyatakan bilangan ahli keluarga yang nak pergi (kecuali yang nak pergi seorang) 3. Nyatakan penginapan mana yang diperlukan dan sama ada makan mengikut cadangan atau sendiri. 4. Kos tambang bot akan dimaklumkan oleh saudara Joni nanti.
Maklumat lanjut boleh baca di komen entri blog kita yang dibuat oleh Joni sebelum ini.
jm Said on May 12, 2010 10:14 AM
faris..ada beberapa cadangan: 1. redang lagoon di area resort.jauh dari kampung.pakej rm280/sorang.makan minum disediakan oleh resort.pakej 3 hari 2 malam.
2. pusat kokurikulum (dikampung) hanya bayar dobi cadar rm2 dan makan rm20 sehari seorang disediakan oleh kantin. Tido dlm dorm.kalau yg bw isteri/anak2 boleh tinggal di 3. Penginapan TNB. sewa sebuah rumah ada 3 bilik rm100/sehari.makan di pusat ko. skrg kena confirm cepat sb resort bolehdikatakan penuh.
jm Said on May 12, 2010 10:21 AM
faris kau miss cal no. hp kau..no aku 017-9705645
pusat ko aku minta jurulatih cek ada ke tak sekolah/program jabatan masuk.kalau hanya sekolah akan masuk diberi keutamaan kpd kita.
jm Said on May 12, 2010 10:23 AM
penginapan TNM aku rasa boleh disikan 3 keluarga setiap rumah.boleh ke..?maknanya 3 keluarga bayar rm100 je untuk sehari..sekarang ni kena pastikan berapa keluarga, dan berapa yg solo atau hanya bw ank je kot..
Salam rakan2, Dalam survey yang dibuat dalam blog kita, hampir semuanya bersetuju untuk program ini diadakan di Pulau Redang semasa cuti sekolah ini. Oleh itu saya minta bantuan saudara Joni untuk menentukan tempat di Pulau Redang bagi tujuan penginapan, makan dan minum, acara2 yang sesuai dan lain2. Bagi mereka yang nak menyertai, sila maklumkan.
Tarikh : 13 hingga 15 Jun 2010
Aturcara : 13.06.2010 - 12.00 tgh hari - berkumpul di jeti Kuala Terengganu 13.06.2010 - 1.00 petang -menaiki bot ke Pulau Redang 13.06.2010 - 3.00 petang - check-in dan santai 13.06.2010 - 8.00 malam - dinner 14.06.2010 - 8.00 pagi - acara sukaneka/game 14.06.2010 - 1.30 petang - melawat pulau 14.06.2010 - 4.00 petang - snorkeling 14.06.2010 - 8.00 malam - dinner dan majlis tahlil 15.06.2010 - 8.00 pagi - packing dan santai 15.06.2010 - 12.00 tengah hari - check-out 15.06.2010 - 2.00 petang - menaiki bot ke Kuala Terengganu 15.06.2010 - 4.00 petang - tiba di Kuala Terengganu dan bertolak pulang
Tindakan :
1. Saudara Joni - minta tolong untuk mencari pakej makan dan penginapan dan sebutkan harganya serta bot 2. Saudara Joni - maklumkan kadar yang diperoleh 3. Saudara Joni - menguruskan perjalanan bot 4. Saudara Joni, Ismail, Jah (Kuala Berang), Jah (Kemaman), Sabri - penyambut tetamu 5. Rakan2 - sila buat pembayaran dengan bank-in ke akaun saudara Joni.
Jika setuju, sila reply dalam komen blog ini. Terima kasih.
Salam rakan2, Saya menerima mesej daripada Dr Shukri (pensyarah kita di UPSI) yang meminta bantuan untuk menjual keretanya. Kepada rakan2 yang berminat, sila hubungi saya. Tanpa wang muka, hanya settle pinjaman bank RM33,000 dan kereta ini baru berusia 1 tahun 4 bulan (daftar 16 Januari 2009). Ini disebabkan Dr Shukri tidak berada di UPSI lagi dan beliau kini berada di Holland dan kereta ini tidak digunakan lagi.
Tadi saya ke SPP untuk hantar surat setuju terima, medical checkup, akuan sumpah dll, saya sempat bertanya berapa lama tempoh masa untuk dapat surat pelantikan. SPP cakap lebih kurang hampir sebulan sebaik sahaja tarikh diterima. Sekarang ni dia sedang proses yang hantar bulan Mac. Untuk pengesahan pelantikan pula mungkin memakan masa setahun dan bergantung kepada sijil tapisan keselamatan yang dah lulus. SPP juga kata sepatutnya dalam surat tu memang disuruh hantar BRP tetapi cetakan telah menyebabkannya tercicir. Kalau BRP dah kemas kini, tak jadi masalah. Kalau pengemaskinian tunggang terbalik, itu yang dia nak tengok Kew 8 terakhir.
Selepas itu sempat singgah di BPSM untuk hantar salinan BPSM punya dan berjumpa kejap dengan Cik Rosaliza (yang cun tu... he he he ... jangan marah rakan2 yang selalu cakap aje tapi kelu nk cakap dalam telefon terutama Saudara Yusof Sipan) tentang isu yang dibangkitkan oleh Saudara Saupi. Isunya kenapa geng2 GB yang 3 tahun dilantik pada 2 Oktober 2009 sedangkan dia tamat Dis 2008 sedangkan kita Ogos 2008 dan cuma konvo aje sama. Cik Rosaliza menyatakan bahawa dah ada standing bahawa group PPGB dilantik pada satu tarikh yang sama untuk satu kumpulan tersebut. Manakala group PKPGB (3 tahun) akan dilantik berdasarkan siapa cepat dia dapat dan ini menyebabkan tarikh mereka kemungkinan besar tak sama di antara satu sama lain. Kalau siapa awal mohon, dia akan dapat awal dan kalau siapa lewat, dia akan dapat lewat. Sebab itu PKPGB antara satu universiti dengan universiti lain akan berbeza tarikh lantikannya.
Itu sahaja maklumat terkini yang dapat saya sampaikan setakat masa ini. Terima kasih.
Petang tadi saya dihubungi oleh Saudara Pirzan yang ingin mendapatkan kepastian sama ada BRP dan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan perlu dihantar atau tidak. Saya menyatakan jika tak yakin, boleh hubungi SPP. Selepas menghubungi SPP, beliau menelefon saya kembali dan menyatakan bahawa BRP perlu dihantar dan perlu sertakan juga Kew 8 pergerakan gaji terakhir untuk disemak oleh SPP. Keputusan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan adalah urusan di JPN nanti untuk pengesahan dalam jawatan. Jika tiada PAK, kenalah menghadiri kursus induksi.
Oleh itu, rakan2 diharap peka dan mengambil tindakan terhadap makluman yang diberi. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pirzan yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat.
Seterusnya saya juga dihubungi oleh Saudari Rofidah berkaitan surat penempatan dan dimaklumkan bahawa Kedah masih belum dapat. Saya nyatakan bahawa saya sudah memberitahu saudara Khalil supaya mengambil tindakan proaktif. Saya minta saudari Rofidah menghubungi JPN Kedah dahulu bagi mendapatkan kepastian, selepas itu baru contact KPM. Kelantan tiada dalam makluman saya sama ada dah dapat atau belum surat penempatan kerana masih menyepikan diri. Setakat ini negeri2 lain dahpun selesai.
Adakah semua rakan telah menerima surat penempatan berserta tawaran perlantikan? Diharap semua telah menerimanya. Jika ada yang masih belum menerima surat penempatan tu, hubungilah JPN masing2.
Ingat perkara2 yang perlu kita lakukan iaitu :
1. Lengkapkan dan tandatangan Surat Setuju Terima.
2. Lengkapkan dan dapatkan tandatangan Ketua Jabatan bagi Surat Aku Janji
3. Dapatkan salinan Buku Rekod Perkhidmatan
4. Buat Surat Akuan Sumpah di mana2 Pesuruhjaya Sumpah
5. Buat Medical Check-up di hospital kerajaan atau hospital swasta (yang berdaftar)
6. Lengkapkan Borang Tapisan Keselamatan (berserta 3 keping gambar untuk 3 salinan borang).
7. Lampiran A berkenaan pemakluman penerimaan kepada JPN masing2.
Selepas itu sila hantar ke SPP dengan kadar segera. Bolehkan sesiapa yang telah lengkap membantu rakan2 lain dengan memberi maklumat2 terkini. Terima kasih.
Petikan berita ini memang memeranjatkan. Apa yang memeranjatkan bukannya kerana mangsa dan juga pelaku tetapi bagaimana kejadian itu boleh berlaku di dalam kelas dan di sekolah pula tu. Tak ada ke guru atau pengawal keselamatan? Mengapa murid boleh masuk ke kawasan sekolah selepas waktu persekolahan? Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Diharap kita semua mengambil ikhtibar di atas kejadian ini kerana apa yang berlaku di dalam kawasan sekolah adalah tanggungjawab kita.
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.
Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.
"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.
"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.
Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.
Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.
Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.
Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.
Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.
Dalam menunggu surat penempatan, pelbagaii perkara dan isu telah timbul. Saya pasti masih ada rakan2 yang sedang menunggu kedatangan surat penempatan ni. Kepada mereka yang dah dapat (termasuk saya) bolehlah melakukan tindakan seterusnya seperti medical check-up, tapisan keselamatan, aku janji, setuju terima dan lain2 bagi dihantar. Kepada mereka yang masih belum dapat, sila ambil langkah2 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini.
Saya sempat menemani Cikgu Raseli (kumpulan A) sewaktu dia ingin berurusan di BPSM dan berjumpa dengan Cik Rosaliza. Kes cikgu Raseli ni ialah dia dilantik ke DGA34 pada 16 Januari 2010 dan mengemukakan rayuan untuk dilantik ke DG41 selepas tarikh tersebut. Rayuannya tidak berjaya dan dia terpaksa menolaknya. Oleh itu dia akan kehilangan senioriti selama setahun berbanding dengan kita.
Disamping itu saya sempat menguruskan kes cikgu saya di Unit Tatatertib, BPSM yang nak dibuang kerja. Seterusnya saya sempat juga berurusan di Unit Naik Pangkat Siswazah untuk bertanyakan laluan kerjaya kita. Setakat ini laluan sebagai GB untuk ke DG44 adalah yang terpantas iaitu 3 tahun. Walau bagaimanapun bagi rakan2 yang bertugas di PPD, JPN, KPM boleh juga naik pangkat atau gred DG44 dengan kadar cepat iaitu 5 tahun secara hakiki dan bukannya time-based macam guru biasa iaitu 7/10 tahun.
Itulah beberapa maklumat terkini yang ingin dikongsi bersama dalam entri kali ini. Diharap semuanya dapat melakukan tindakan terbaik buat diri masing-masing.
Pada petang tadi saya berkesempatan untuk mencari maklumat dan menyelesaikan kemelut yang kita hadapi dengan pergi sendiri ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Sesampai di sana saya bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan En Wan Roslan iaitu KPP Sektor Sekolah Rendah ini dan bersama-sama dengannya mencari maklumat. Pada awalnya macam 'missing in action' aje kerana tak jumpa. Saya mengambil kesempatan menelefon semula Cik Rosaliza dan dia menyatakan telah menyerahkan senarai nama tersebut menerusi serahan tangan ke BPSH. Dah kebetulan saya menelefon di BPSH, lantas saya terus menyerahkan gagang telefon kepada kerani yang disebutkannya sebentar tadi. Dari situ unsur salah menyalah dapat diselesaikan dan perkara itu dapat dijelaskan dan keluarlah surat yang dicari tersebut.
Surat tersebut rupa2nya telah diambil tindakan dan dihantar ke JPN masing2 KP(BPSH/SPSR)401/02/008/Jld.6(11) pada 9 April 2010. Kita tidak akan dapat melihat surat ini kerana ia dialamatkan untuk tindakan JPN sahaja. JPN akan mengeluarkan satu surat khas seperti yang telah rakan2 kita terima (Anas, Yusof dan Kharudin). Walau bagaimanapun ia melibatkan negeri Pahang, Melaka, Johor, Sarawak, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta Sabah sebelum ini. Bagi negeri Sabah (Anas) surat pindaan tarikh kuatkuasa perlantikan akan dipinda ke 5 Oktober 2010 juga. Bagi rakan2 di Pahang dan Perak yang dah terima, mungkin JPN akan membuat pembetulan surat arahan penempatan (JPN Pahang dan Perak telah proaktif).
Bagi rakan2 dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, P.Pinang dan WP Kuala Lumpur, anda diminta menghubungi BPSM segera kerana menurut BPSH hanya senarai yang dihantar oleh BPSM ke BPSH yang akan dikeluarkan surat penempatan. Ini bermakna senarai nama anda masih tersangkut di BPSM.
Surat Arahan Penempatan oleh BPSH
Surat Arahan Penempatan oleh BPSH
Negeri-negeri yang telah dikeluarkan surat arahan penempatan
Salinan senarai nama bagi negeri Selangor. Bagi negeri lain saya tidak fotostat.
Selepas ini, sekiranya kita masih tidak menerimanya maka itu bermakna tindakan JPN yang lembab. Semoga penjelasan ringkas saya ini dapat membantu rakan2 sekalian. Terima kasih.
Salam rakan2, Saya telahpun mendapat tiga contoh salinan surat penempatan iaitu untuk Saudara Anas Yusof, Saudara Kharudin dan Saudara Yusof Rompin@Temerloh. Persoalan yang ingin dibangkitkan ialah :
1. Tarikh lantikan : Anas pada 2 Oktober 2009 manakala Kharudin dan Yusof pada 5 Oktober 2009. Nampak remeh tetapi impaknya besar apabila melibatkan kenaikan pangkat atau gred ke DG44 nanti.
2. Surat kuasa dari KPM : Jika Anas dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dengan rujukan KP(BPSH-SPSR)401/02/008/Jld.3(38) bertarikh 4 Januari 2010 manakala saudara Kharudin dan Yusof pula dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan rujukan KP(PP)0013/66/6/C(33) dan KP(PP)0013/66/8/A(38) dengan kedua-duanya bertarikh 22 Mac 2010. Adakah punca kuasa dari BPSH atau BPSM yang digunapakai? Kalau dilihat surat untuk Kharudin dan Yusof, mereka gunakan fail yang sama dan yang berbeza ialah kod C (Pahang) dan A (Perak) serta bilangan surat sahaja.
Kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSH, dalam satu kumpulan telah dikeluarkan pada 4 Januari 2010. Manakala kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSM pula, surat tu juga dah dikeluarkan dan dihantar serentak oleh BPSM bersama-sama surat perlantikan SPP (menurut maklumat dari Saudari Aishah apabila beliau menelefon Cik Rosaliza pada hari Khamis (8 Apr).
Sila rakan2 semak dan gunakan fakta ini untuk berurusan dengan JPN masing2 kerana rakan2 semua berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dan itu bermakna kita semua bercakap berasaskan fakta dan ketepatan maklumat. Apa lagi jawapan dolak dalik yang akan mereka berikan.
Double standard yang dibangkitkan disini adalah berhubung dengan ketidak selarasan tindakan oleh BPSM dan juga JPN. Ada tindakan JPN yang membayangkan mereka telah mahir bekerja tetapi ada juga tindakan mereka yang menunjukkan mereka macam tak tahu nak bekerja. Dimanakah silap dan salahnya???
Rakan2 kita di Perak dan Pahang serta Sabah telahpun menerima surat perlantikan dari SPP dan juga surat arahan penempatan sebagai GB DG41 di sekolah yang sama berkuatkuasa 5 Oktober 2009. Ada kekeliruan sikit apabila saudara Anas di Sabah berkuatkuasa 2 Oktober 2009. Kenapa ada perbezaan tarikh? Nampak macam perkara kecil tetapi impaknya amat tinggi terutama melibatkan senioriti apabila nak dinaikkan pangkat ke gred DG44 nanti.
Contoh surat penempatan daripada Anas
Rakan2 kita di Melaka pula memaklumkan telah menerima salinan surat perlantikan dari SPP tetapi diminta untuk bertindak setelah menerima surat penempatan dalam tempoh 60 hari. Rakan2 kita di WP KL juga menyatakan sedemikian. Saya telah meminta saudara Aziz dan Rozita bertanya pula di JPN Selangor. Dimaklumkan perkara yang sama. Di negeri2 lain pula masih tak ada sebarang berita kerana masing2 mendiamkan diri sahaja dan tanpa ada niat untuk berkongsi maklumat atau mungkin hasrat dan cita2 telah tercapai.
Persoalannya adalah arahan dan tindakan yang tidak selaras antara JPN dengan JPN sendiri. Atau adakah tindakan yang diarahkan oleh BPSM tidak difahami oleh JPN. Atau tindakan JPN yang segera sebagai tindakan proaktif untuk membantu sesama rakan pendidik. Semua persoalan ini menunjukkan ketidak selarasan tindakan seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Mengapa terjadi perkara sedemikian???? Kalau setakat tindakan JPN itu lewat sedikit mungkin disebabkan kekangan kerja yang banyak tetapi jika ada jawapan JPN yang menyatakan perlu tunggu surat penempatan dari KPM sehingga tempoh masa 60 hari sedangkan di JPN lain surat penempatan hanya dikeluarkan oleh JPN sendiri, mana satukah tindakan yang betul????
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Kharudin, Anas, Awal dan Rozita yang sentiasa memaklumkan perkembangan terkini melalui telefon kepada saya.
Konsep pengajaran dan pembelajaran sekarang lebih banyak berasaskan kepada integrasi segala pengetahuan (pedagogi, psikologi, sosiologi dan lain-lain) ke dalam kemahiran sesuatu mata pelajaran tersebut. Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu ini dengan rakan2 yang sudi dan sanggup meluangkan masa membaca petikan ini sebagai pengetahuan dalam mengikuti arus perkembangan dunia pendidikan. Latihan guru sekarang banyak berasaskan kepada konsep PCK ini. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita sebagai pentadbir dan juga sebagai GB siswazah lulusan UPSI.
Shulman (1986) advanced thinking about teacher knowledge by introducing the idea of pedagogical content knowledge. He claimed that the emphases on teachers subject knowledge and pedagogy were being treated as mutually exclusive domains in research concerned with these domains (1987, p.6). The practical consequence of such exclusion was production of teacher education programs in which a focus on either subject matter or pedagogy dominated. To address this dichotomy, he proposed to consider the necessary relationship between the two by introducing the notion of PCK.
This knowledge includes knowing what teaching approaches fit the content, and likewise, knowing how elements of the content can be arranged for better teaching. This knowledge is different from the knowledge of a disciplinary expert and also from the general pedagogical knowledge shared by teachers across disciplines. PCK is concerned with the representation and formulation of concepts, pedagogical techniques, knowledge of what makes concepts difficult or easy to learn, knowledge of students’ prior knowledge and theories of epistemology. It also involves knowledge of teaching strategies that incorporate appropriate conceptual representations, to address learner difficulties and misconceptions and foster meaningful understanding. It also includes knowledge of what the students bring to the learning situation, knowledge that might be either facilitative or dysfunctional for the particular learning task at hand. This knowledge of students includes their strategies, prior conceptions (both “naïve” and instructionally produced); misconceptions students are likely to have about a particular domain and potential misapplications of prior knowledge.
PCK exists at the intersection of content and pedagogy. Thus it does not refer to a simple consideration of both content and pedagogy, together but in isolation; but rather to an amalgam of content and pedagogy thus enabling transformation of content into pedagogically powerful forms. PCK represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular aspects of subject matter are organized, adapted, and represented for instruction. Shulman argued that having knowledge of subject matter and general pedagogical strategies, though necessary, were not sufficient for capturing the knowledge of good teachers. To characterize the complex ways in which teachers think about how particular content should be taught, he argued for “pedagogical content knowledge” as the content knowledge that deals with the teaching process, including the “the ways of representing and formulating the subject that make it comprehensible to others” (p. 9). If teachers were to be successful they would have to confront both issues (of content and pedagogy) simultaneously, by embodying “the aspects of content most germane to its teachability” (Shulman, 1986, p. 9). At the heart of PCK is the manner in which subject matter is transformed for teaching. This occurs when the teacher interprets the subject matter, finding different ways to represent it and make it accessible to learners.
The notion of PCK has been extended (and critiqued) by scholars after Shulman (for instance see Cochran, DeRuiter, & King, 1993; van Driel, Verloop, & De Vos, 1998). In fact, Shulman’s initial description of teacher knowledge included many more categories (such as curriculum knowledge, knowledge of educational contexts, etc.). Matters are further complicated by the fact that Shulman has himself proposed multiple lists in different publications, that lack, in his own words, “great cross-article consistency” (Shulman, 1986; p. 8). Our emphasis on PCK is based on Shulman’s acknowledgement that “pedagogical content knowledge is of special interest because it identifies the distinctive bodies of knowledge for teaching. It represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular topics, problems, or issues are organized, represented, and adapted to the diverse interests and abilities of learners, and presented for instruction” (p. 8). Moreover, our emphasis on PCK is consistent with the work of many other scholars and recent educational reform documents. Since its introduction in 1987, PCK has become a widely useful and used notion. For instance in the area of science education scholars such as Anderson and Mitchner (1994); Hewson and Hewson (1988); Cochran, King, and DeRuiter (1993); and professional organizations such as the National Science Teachers Association (NSTA, 1999) and National Council for the Accreditation of Teacher Education (NCATE, 1997) have all emphasized the value of PCK for teacher preparation and teacher professional development. An analysis of “Teacher Educator’s handbook: Building a knowledge base for the preparation of teachers” (Murray, 1996) shows Shulman as the fourth most cited author of the close to 1500 authors in the book’s author index with an overwhelming majority of those references made to this concept of PCK (Murray, 1996, referred by Segall, 2004). The notion of PCK, since its introduction in 1987, has permeated the scholarship that deals with teacher education in general and the subject matter education in particular (See for example, Ball, 1996; Cochran, King & DeRuiter, 1993; Grossman, 1990; Ma, 1999; Shulman, 1987; Wilson, Shulman, & Richert, 1987). It is valued as an epistemological concept that usefully blends together the traditionally separated knowledge bases of content and pedagogy.
Diagrammatically, we can represent Shulman’s contribution to the scholarship of teacher knowledge by connecting the two circles, so that their intersection represents Pedagogical Content Knowledge as the interplay between pedagogy and content. In Shulman’s words, this intersection contains within it, “the most regularly taught topics in one’s subject area, the most useful forms of representation of those ideas, the most powerful analogies, illustrations, examples, explanations, and demonstrations - in a word, the ways of representing and formulating the subject that make it comprehensible to others” (Shulman, 1986, p. 9).
Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit berita gembira walaupun masih dalam kesibukan yang tidak begitu ketara dalam menyelesaikan 2/3 assignment lagi. Perkhabaran yang gembira untuk dikongsi bersama.
Saya telah dihubungi oleh saudara Khairudin dari Ipoh pada jam 4.45 petang tadi. Menurut beliau, surat tawaran DG41 telahpun berada di JPN masing2 kerana BPSM telah mengeluarkan surat tersebut pada 22 Mac 2010. Sekarang ini terpulang kepada JPN masing2 sama ada mereka cepat atau lambat. Beliau telah menghubungi JPN Perak dan bertanyakan semua rakan2 di Perak dan jawapan yang diterima semua kumpulan dari Perak telahpun ada surat di JPN Perak dan rakannya di JPN menyatakan bahawa tarikh yang disyorkan ialah pada 5 Oktober 2009.
Terima kasih kepada semua rakan2 yang mendesak dan terus mendesak sehingga proses itu dapat dipercepatkan dan mereka tidak bekerja sambil lewa sahaja. Oleh itu sekarang ini, giliran kita mendesak JPN masing2 pula untuk mempercepatkan penghantaran surat tersebut ke sekolah.
Cuba rakan2 selidik tentang Borang Tapisan Keselamatan. Ada di antara guru-guru kita menerima borang tapisan keselamatan yang begitu detail untuk dilengkapkan. Sepatutnya, tapisan keselamatan sekarang adalah menggunakan Borang Tapisan Keselamatan Kasar yang lebih kurang 1/2 mukasurat sahaja. Sesiapa yang ada maklumat tersebut, maklumkanlah dalam blog ini.
Mohon maaf kepada admin kerana entri ini. Bukan apa, entri yang lalu terlalu lama dan saya juga kasihan kepada admin yang terlalu sibuk buat masa ini. Mungkin entri ini sedikit sebanyak akan meredakan keresahan dan ketensionan kita dalam menunggu surat perlantikan itu. Cubalah cari dan makan buah ini untuk meredakan keradangan kita. Buah ini juga untuk kelihatan awet muda sebab kita pun bukannya muda lagi, dah tua daaaaaaaaaaaaaah.
Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atau memanjat.
Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiat dari segi kesihatan diri. “Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat. Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduri keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.
Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain. Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bila dipetik. Sebab itulah, sebelum dicampur di dalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga mendidih terlebih dahulu.
“Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.
Hari ini saya menghubungi saudara Adley selepas beliau pergi berjumpa dengan Cik Rosaliza di BPSM. Difahamkan tarikh perlantikan kumpulan kita yang dikategorikan sebagai kohort4 (IAB) sekali lagi dipinda. Jika sebelum ini saudara Adley dan Abu serta seterusnya saudara Anas dan Choong (Sabah) menerima surat tawaran bertarikh 2 Oktober 2009, dimaklumkan akan dipinda dan diperbetulkan ke tarikh baru iaitu 30 November 2009 iaitu bersamaan tarikh diperaku oleh SPP. Proses ini dijangka selesai dalam seminggu dua lagi dan selewat-lewatnya pertengahan bulan April. Inikah yang dikatakan kerja yang efisien oleh pegawai2 PTD??? Inilah yang dilaung-laungkannya apabila menuntut jawatan dalam kementerian pelajaran. Nampaknya tak ada perbezaan dan perubahan. Adakah kerja2 sorting dan mengeluarkan surat mengambil masa yang begitu lama??? Dari bulan Disember dan sekarang dah mencecah bulan Mac dan tak lama lagi bulan April. Apa yang agak mendukacitakan ialah apabila saudara Adley kita telah ditempatkan ke SK Tanming Jaya sebagai guru biasa BM atas gred DG41 berkuatkuasa 1 April 2010. Saudara Abu masih tak ketahuan dan dengar2nya saudara Tengku Adnan juga akan ditempatkan di sekolah. Mengapa jadi begini??? Adakah BPSM yang diterajui oleh pegawai2 PTD benar2 membantu kita iaitu golongan DG??? Kumpulan pendesak kita tidak bersatu padu. Mengharapkan saya seorang sahaja walaupun mewakili kumpulan menunjukkan bahawa mungkin ia kepentingan individu. Adakah rakan2 lain turut mendesak???? Apakah sumbangan rakan2 selama ini???? Sekurang-kurangnya apabila kerap kali diganggu dengan panggilan telefon, mereka tergerak untuk menyelesaikannya. Mungkin bukan masalah sorting kerana saya dimaklumkan bahawa dia memang tahu kumpulan kita seramai 105 orang. Kenapa tertangguh-tangguh??? Sebenarnya banyak persoalan yang bermain di fikiran. Tindakan yang melangkaui batasan prosedur juga tidak mahu dilakukan. Jika boleh biarlah bersopan dan bersantun. Tetapi..... jika ini bukan jalan penyelesaiannya, apakah tindakan kita seterusnya???? Rakan2 fikirkan dan berikanlah cadangan yang bernas.
KUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah antaranya menambah sekali ganda geran perkapita pelajar.
Peruntukan sedia ada geran perkapita sukan akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada masing-masing RM4 dan RM6 untuk sekolah rendah dan menengah.
Geran padanan bagi setiap sumbangan ibu bapa pelajar juga akan diperkenalkan untuk menambah dana pembangunan sukan sekolah.
Mulai tahun depan juga, separuh daripada 10 peratus markah penglibatan kokurikulum pelajar akan diperuntukkan kepada aktiviti sukan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah-langkah tersebut diputuskan bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah yang kurang mendapat perhatian.
Menurut beliau, dasar terbaru kerajaan 1Murid 1Sukan itu bukan bermatlamat mencari atlet cemerlang semata-mata hingga mengabaikan pencapaian akademik tetapi merupakan langkah serampang dua mata iaitu melahirkan pelajar cemerlang dalam kedua-dua bidang.
"Ia untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah dan bukan sekadar memberi tumpuan melahirkan atlet cemerlang mewakili negara.
"Tetapi dalam kita majukan sukan sekolah sudah pasti bakat dan potensi pelajar dalam sukan boleh dikenal pasti untuk diketengahkan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah, bagaimanapun ia bukan sasaran dan matlamat utama kita," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan sekolah di bangunan Parlimen hari ini.
Keputusan lain yang diputuskan oleh jawatankuasa itu ialah:
l Kokurikulum sukan sepenuhnya akan bermula pada 2011 dengan beberapa struktur kementerian akan diubah seperti Bahagian Sukan, Seni dan Kurikulum akan dipisahkan menjadi dua entiti berbeza.
l Penambahan tenaga khas iaitu guru pelaksana program pembangunan sukan di sekolah.
l Menyusun semula jadual kurikulum sekolah bagi kesenangan para pelajar dan penjaga.
l Jumlah minimum aktiviti sukan sebanyak 60 minit seminggu untuk sekolah rendah dan 90 minit untuk sekolah menengah, bergantung kepada pihak sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan perubahan dan penambahan itu tidak akan menjejaskan waktu pembelajaran kurikulum, sekali gus menghilangkan kebimbangan ibu bapa yang khuatir ia akan menjejaskan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.
"Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini sudah terbukti terdapat pelajar yang mampu cemerlang dalam kedua-dua bidang, akademik dan kokurikulum," katanya.
Selain itu, beliau berkata, bermula pada tahun ini segala kemudahan infrastruktur sukan yang daif di sekolah-sekolah akan dipertingkat dan dibaik pulih.
Tambah Muhyiddin, pihaknya juga telah meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya membantu menyediakan kemudahan sukan seperti padang permainan dan dewan kepada sekolah yang memerlukan.
"Kalau boleh kita minta mereka tidak kenakan sebarang bayaran atau hanya kadar rendah bagi membantu meringankan beban pihak sekolah dan pelajar untuk membayarnya," katanya.
Sesiapa yang nak bersara awal tu, bolehlah baca dan fahamkan petikan ini yang diambil dari laman web JPA.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Bakal Pesara Hampa dalam akhbar Berita Harian bertarikh 3 Mac 2010 bertajuk “Pesara Bantah Potong Pampasan”.
Persaraan pilihan ialah suatu keistimewaan yang boleh dipertimbangkan bagi anggota sektor awam dengan mengambil kira kepentingan jabatan, kepentingan perkhidmatan serta keadaan kewangan negara.
“Pampasan” yang dimaksudkan oleh Bakal Pesara Hampa ialah ganjaran yang hanya akan dibayar 20 peratus atau RM10,000 mengikut mana yang lebih, ketika bersara. Baki selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan, tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib mengikut syarat pelantikan atau opsyen umur persaraan wajib. Peraturan ini hanya bagi persaraan pilihan yang berkuatkuasa selepas 1 Februari 2010.
Walau bagaimanapun, surat edaran JPA bertajuk “Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Persaraan Pilihan” pada 25 Januari 2010 dengan jelas menyatakan terdapat kelonggaran atas sebab-sebab seperti:
(a) Rawatan perubatan diperlukan oleh anggota atau ahli keluarganya. (Berasaskan surat akuan bertulis oleh Pegawai Perubatan Kerajaan).
(b) Perbelanjaan pendidikan diperlukan bagi anggota atau ahli keluarga. (Berasaskan surat tawaran pengajian dan surat penerimaan pengajian dari institusi pendidikan).
(c) Anggota memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan. (Berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang ke atas anggota).
Sekiranya bakal pesara ada sebab-sebab selain di atas, permohonan pengecualian boleh dipohon daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dengan mengemukakan bukti bertulis yang menyatakan sebab pengecualian untuk pertimbangan JPA.
Berkenaan potongan pinjaman perumahan pula ianya adalah tertakluk kepada arahan potongan pencen/ganjaran daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Rayuan untuk mengurangkan potongan boleh diajukan kepada bahagian yang terbabit
Petikan Akhbar Utusan Malaysia Online Pada 12 Mac 2010
KINABATANGAN 11 Mac - Isu sekolah perlu mencari dana tambahan bagi membayar bil elektrik dan air tidak sepatutnya timbul kerana bayaran itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat setelah Kementerian mendapat dana tambahan selepas masalah tersebut dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mungkin sekolah terbabit belum mendapat makluman berhubung keputusan baru itu," jelas beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam di sini yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar Sandakan, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas masalah yang dihadapi sekolah apabila Jabatan Pelajaran Daerah mengehadkan peruntukan bagi membayar bil air dan elektrik kepada hanya RM2,000 setahun.
Ini menyebabkan sesetengah sekolah perlu mencari dana tambahan jika bayaran kemudahan air dan elektrik itu melebihi jumlah diperuntukkan.
Muhyiddin berkata, masalah pengurangan dalam kos operasi bukan sahaja dihadapi oleh Kementerian Pelajaran tetapi semua kementerian lain.
Dalam hal ini, katanya, semua pihak digalakkan mengamalkan langkah berjimat cermat bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.
"Sebagai contoh dalam soal bekalan air dan api, jika kita dapat berjimat cermat sehingga 10 atau 20 peratus ia akan membawa kesan besar kerana kita ada 10,000 sekolah.
"Bayangkan, jika 10,000 sekolah perlukan RM2,000 untuk elektrik dan air, tidakkah kita sudah membelanjakan kira-kira RM20 juta," katanya.