Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Saturday, May 7, 2011

Apakah Perbezaan http:// dengan https://

Salam rakan2,

Saya telah mendapat maklumat ini dari blog MyAdha dan ianya merupakan maklumat yang amat memberi faedah kepada pengetahuan kita. Walaupun saya telah mengetahuinya begitu lama, secara kebetulan ianya dinyatakan semula maka seeloknya ia dikongsi bersama sebagai peringatan kepada diri kita dalam segela urusan secara elektronik.

Perbezaan Antara http Dan https

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa perbualan dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.

Sumber : http://carkeyinject.blogspot.com/2011/05/perbezaan-antara-http-dan-https.html

Thursday, May 5, 2011

Bahan kertas kerja perlu dibukukan

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/05/05

PESERTA Seminar Pengurusan Kewangan UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Sabah.
PESERTA Seminar Pengurusan Kewangan UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Sabah.
KERTAS kerja yang dibentangkan dalam seminar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanya memberi pengetahuan kepada peserta, sekiranya bahan ilmiah itu tidak diterbitkan dalam bentuk buku atau jurnal.

Sehubungan itu, pelajar masa kini perlu membudayakan gaya hidup membukukan kertas kerja yang dibentangkan sebagai rujukan siswa dan siswi akan datang.
Pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah, Rosland Taib, 36, berpendapat ilmu yang disampaikan penceramah hanya sia-sia jika tiada usaha untuk mengumpul dan menerbitkan bahan ceramah terbabit.
Katanya, tidak semua ilmu yang disampaikan boleh diperoleh dalam buku atau Internet, sebaliknya banyak fakta ilmiah berkenaan ialah hasil kajian dan pengalaman penceramah mengikut kepakaran mereka masing-masing.

Beliau berkata, menyedari hakikat itulah beliau bersama 35 rakan seperjuangannya mahu menerbitkan buku hasil dapatan pada Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan SPPS UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Ranau, Sabah, baru-baru ini.

Cadangan membukukan kertas kerja yang dibentangkan pada sesuatu seminar itu dicadangkan pensyarah kanan SPPS UMS, Dr Shukri Zain ketika merasmikan seminar sehari berkenaan.

Beliau turut mengumumkan pihak UMS menyokong penuh komitmen kumpulan pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan UMS menganjurkan seminar yang bermanfaat itu.
Seminar berkenaan berjaya mendedahkan pelajar mengenai peranan, fungsi dan amalan organisasi pendidikan dalam pengurusan kewangan sekolah dan jabatan.

Rosland berkata, menguasai kemahiran mengurus kewangan sektor kerajaan ialah aspek yang sangat penting bagi kakitangan awam terutama yang terbabit secara langsung dengan amanah berkenaan.

Begitu juga di sekolah, setiap guru perlu mengetahui tatacara pengurusan kewangan bagi memudahkan sebarang aktiviti sekolah yang membabitkan tadbir urus perbelanjaan.

Dalam pada itu, Dr Shukri berkata, usaha murni kumpulan pelajar terbabit akan menjadi panduan kepada rakan mereka yang lain kerana ilmu bukan semata-mata diperoleh dari dalam bilik kuliah.

Katanya, ilmu juga boleh ditimba menerusi pengalaman mengurus program luar seperti mempraktikkan teori pengurusan yang dipelajari dalam bilik kuliah.

“Saya percaya seminar ini berupaya memantapkan pengetahuan pelajar untuk dijadikan pedoman ketika mereka menjalankan amanah mendidik di sekolah rendah atau menengah,” katanya.

Pengarah Taman Kinabalu Kundasang, Justinus Guntabid, berkata SPPS UMS turut mencipta sejarah sebagai institusi pendidikan yang pertama menjalankan program di situ sejak ia beroperasi pada 1994.

“Kami mengalu-alukan pensyarah dan pelajar UMS serta universiti lain untuk menjalankan kegiatan, kajian serta penyelidikan dan pembangunan di Taman Kinabalu Kundasang,” katanya

Wednesday, May 4, 2011

Blue Ocean Strategy @ Strategi Samudra Biru

Adakah rakan2 telah membaca buku ini? Jika belum, bolehlah membelinya di kedai-kedai buku berhampiran. Jika belum berkesempatan membeli, saya kongsikan maklumat tersebut.

Slik klik tajuk di bawah kerana ianya terdapat dalam blog saya.

STRATEGI SAMUDRA BIRU

Terima kasih.

Saturday, April 30, 2011

Paparan Wajah Baru Blog



Salam Rakan2,

Saya telah mula mengubah paparan blog kumpulan kita. Sekiranya ada sebarang cadangan, sila kemukakan dalam komen.

Terima kasih

Thursday, April 21, 2011

Tips for Mentors

by Linda Phillips-Jones, Ph.D.

WHERE TO DRAW THE LINE

In an effort to be helpful, some mentors go too far. They offer to do things we believe are unwise.
Here are some examples along with what we believe are preferable steps to take.
  • Investing financially in mentee's business or life pursuits
Occasionally you may be invited by your mentee to buy something, invest in his/her business, pay his/her bills, or otherwise bring money into the relationship. Doing so in a formal mentoring partnership changes the relationship and causes a conflict of interest. In counseling this is called a "dual relationship." No longer can you be neutral and objective about the mentee's performance. He/She won't be as open with you about problems, concerns, and mistakes for fear you'll withdraw (or regret) your support. The mentee could even become inappropriately dependent upon you, something to avoid in all mentoring relationships.

Preferred response: I'm honored that you asked, AND I have to say no. I'd like to keep our relationship strictly a mentoring partnership at this time. Once our formal partnership has ended, I'd be glad to entertain a discussion about options like that. How about if we identify some other sources for you….
  • "Working" for your mentee
This is a cousin of Example 1. In this case, your mentee "hires" you (with or without pay) to do an actual work task. Examples: write his/her resume, complete a scholarship application, inventory Web-based degree programs, interview his/her fellow employees about how the mentee is performing on the job. In each of these situations, you're doing the work the mentee should be doing (or paying someone else to do).

Preferred response: I appreciate your faith in my ability to do that task. However, this is a step I'd rather not take. I prefer working behind the scenes with you and helping you do this important task yourself. I'll be very glad to give you feedback as you go along.
  • Playing personal counselor
This one can happen before you even realize it, so discuss some boundaries when you're setting up the partnership. Effective mentors don't limit their helping to work-related issues. In fact, the best mentors help mentees with their total life issues and challenges. Yet, they pay attention to "the line." They resist giving critical personal advice and counseling especially when the mentee is experiencing big psychological challenges. These can include major marital or family difficulties, drug or alcohol misuse, depression, and other potentially complex and even life-threatening situations.

Preferred response: I'm glad you mentioned ____. I care very much about you and want to support you as you deal with this. As we discussed when we set up our relationship, we may run into something I'm not an expert on. I believe this is one of those situations. How about if we talk with ______ on this and come up with a way you can get the assistance you need?

If you're in a work setting, by all means get advice from your human resources or personnel experts anytime you believe your mentee is heading into difficult areas. If you're on your own, make an anonymous call to a local or national mental health hotline or consult another expert for some guidance.
When you're starting out as a mentor, you won't always be clear about where to set your boundaries. Whenever possible, check with your program coordinator or someone else you trust to develop limits that are right for you.

Thursday, March 24, 2011

Cuepacs cadang sistem gaji sebaris

24/03/2011 6:08pm

PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.

Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.

"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.

"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Tuesday, March 22, 2011

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEDUA BELAS (MAPPA XII)


By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Venue: PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Date : 22/03/2011

1. Alhamdulillah, marilah bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali kedua belas pada pagi ini.

2. Pertamanya, ingin diutarakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan selaku Ketua Setiausaha Negara serta YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kerana mengatur ruang dan kesempatan yang sungguh bermakna ini untuk saya berinteraksi dengan tuan-tuan dan puan-puan secara langsung seterusnya menyampaikan pandangan juga pesanan, sebagai pedoman dalam menggalas tanggungjawab kepada negara dan rakyat.

3. Mengawali ucapan, saya majukan kata-kata syabas kepada seluruh anggota perkhidmatan awam yang komited terhadap kerja serta prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010 yang lalu. Sudah barang pasti, apa yang lebih membanggakan kita semua ialah kesetiaan dan kesungguhan para penjawat awam dalam memahami serta mendokong cita-cita kerajaan, sentiasa pula teguh berdiri sebagai tulang belakang pentadbiran, dalam apa jua keadaan mahupun rintangan, sewaktu susah atau senang, dilanda mendung, panas mahupun hujan bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan. Semuanya disembah bakti bagi membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat dan Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Ternyata demokrasi sebagai asas untuk sistem pemilihan kerajaan pasca merdeka oleh bapa-bapa kita adalah satu keputusan yang telah diabsahkan oleh sejarah sebagai sangat tepat. Tambahan lagi, sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan telah mewujudkan kestabilan diperlukan kepada sebuah negara yang baru merdeka untuk tumbuh membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

5. Seperti ramai maklum, dalam sistem demokrasi, yang kata asalnya merupakan gabungan istilah kuno tamadun Yunani iaitu “demos” dan “kratos” masing-masing membawa maksud rakyat dan kuasa. Ini bermakna, pengundi atau rakyatlah sebagai penentu kepada parti politik manakah yang akan membentuk kerajaan. Rakyat berhak membuat opsyen tersebut melalui pilihanraya yang diadakan. Dalam konteks Malaysia, pilihanraya umum dijalankan dalam tempoh lima tahun sekali.

6. Apapun, demokrasi, sepertimana semua peraturan terdahulu yang telah dicipta manusia, ia bukanlah tataprinsip paling sempurna namun tidak ada siapa dapat menafikan bahawa ia adalah sistem yang paling terbukti kebaikannya. Keberkesanannya dalam mengatur jurus kehidupan bernegara sangat terbukti kerana ia jelas mengambilkira fitrah manusiawi dengan segala kekurangan dan kelebihannya.

7. Seperkara yang sangat menarik, begitu demokratiknya sistem yang diamalkan bukan sahaja kita tidak pernah memaksa pengundi memilih parti atau gabungan parti tertentu, kita juga tidak pernah memaksa rakyat untuk mendaftar mengundi seperti amalan di beberapa negara lain atau sekalipun jua untuk membuang undi apabila tiba waktunya. Apa yang Kerajaan lakukan hanyalah usaha-usaha bagi memupuk kesedaran. This is in fact the highest obligation demanded of citizenship that of to participate in the process of selecting the leaders and the government.

8. Dalam hal ini, rakyat mendaftar mengundi apabila cukup usia mengikut undang-undang serta membuang undi memilih calon dan parti yang disukai apabila tiba masanya sebagai tuntutan tanggungjawab sivik yang paling tinggi. Hakikatnya, ia adalah harga atau obligasi sebuah kewarganegaraan yang prihatin.

9. Persoalannya, apakah asas atau perkiraan yang biasa digunakan untuk memilih sesebuah parti atau gabungan parti untuk menjadi kerajaan yang memerintah? Jelasnya, kriteria atau perhitungan utama adalah ideologi yang didokong, kewibawaan calon dan lakaran manifesto ke mana arah halatuju negara yang ingin dibawa melalui pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

10. Namun, sudah lumrah a’lami insan apabila dipersonakan oleh pedagang-pedangan impian yang bijak menanam tebu dibibir, menyogok dan menyuguh dengan dokumen-dokumen janji pelbagai corak, ada biru laut, ada hijau gelap, ada putih dan yang terkini jingga pulak warnanya. Semua itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sampai kadangkala membuatkan segelintir terpegun hingga terpedaya bahawa kononnya ada tempayan emas di kaki pelangi. Bak kata orang putih “if it is too good to be true then it must be so”.

11. Di atas segalanya, beza kerajaan hari ini dan pihak lain dalam bab berjanji amatlah ketara. Kerajaan hari ini apabila kita mengaku untuk melaksana sesuatu, kita bukan sahaja akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada malahan sebelum berjanji lagi kita akan memastikan bahawa apa yang dinyatakan itu bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambilkira semua aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang. Segala-galanya berlandaskan falsafah induk “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

12. Jadinya, beza parti bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab boleh disaksikan melalui janji yang dibuat kepada rakyat setiap kali menjelang pilihanraya. Parti yang bertanggungjawab tidak akan semberono mengaku untuk berbuat apa-apa pun yang tampak hanya bermanfaat dalam jangka pendek tetapi akan mendatangkan bala bencana kepada negara serta kesengsaraan kepada rakyat bukan sahaja dalam jangka panjang malah dalam masa terdekat pun sudah boleh dirasa kesan buruknya.

13. Pucuk pangkalnya, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membangkrapkan negara dalam jangka panjang. Pastinya lagi, parti yang bertanggungjawab tidak sekali-kali akan membenarkan maruah negara dikompromi atau dipertaruhkan. Pendek kata, kerajaan ini tidak sanggup menyaksikan apa yang telah dibina dengan bertatih dan jerih payah selama ini lebur musnah begitu sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Sehubungan ini juga, kita tidak mahu melihat negara terpaksa bergantung kepada ehsan institusi kewangan antarabangsa seperti nasib yang menimpa sesetengah negara di dunia menadah tangan meminta-minta pada satu masa nanti hanya kerana kita ingin menjadi parti populis untuk seketika. Oleh itu, kita tidak akan mungkin membiarkan suatu hari kelak Malaysia berubah status dari negara industri moden berpendapatan sederhana tinggi menjadi sebuah “failed state” atau gagal akibat daripada ketidakbertanggungjawaban fiskal dan ketidaktelitian kewangan.

15. Kerana itulah, antara lain kerajaan telah melaksanakan dasar untuk merasionalisasikan subsidi. Secara prinsipnya, kita percaya subsidi adalah penting bagi golongan dan sektor yang memerlukan. Namun begitu, kita mesti faham bahawa sumber kerajaan adalah terhad manakala permintaan pula sifatnya tidak berkesudahan. Justeru, untuk menjadi sesuatu faktor yang positif, subsidi mesti dioptimakan dengan memberikannya kepada kumpulan dan sektor sasar yang benar-benar memanfaatkan rakyat dan negara. Maksudnya di sini, adalah tidak adil kepada mereka yang memerlukan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan, seandainya subsidi diberikan secara pukul rata tanpa mengira kemampuan.

16. Makanya, untuk memastikan disiplin fiskal terlaksana dengan berhemah, bukan sahaja perbelanjaan wajar dikawal malah sumber hasil juga harus ditingkatkan. Dari itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk memperkenalkan inisiatif-inisatif yang bersifat populis tanpa menjelaskan kepada rakyat apakah kos sebenar serta apakah pula pelan dan rencana untuk membiayainya.

17. Dengan hanya mengatakan bahawa ia akan dibiayai semata-mata dari hasil penjimatan ketirisan bukanlah merupakan satu penjelasan yang telus dan yang sepatutnya, kerana ia tidak menceritakan kedudukan sebenar yakni ia tidak menjelaskan secara terang kepada rakyat tentang keperluan sebuah kerajaan yang baik untuk menambah hasil dan mengelak daripada dilanda sindrom ketagihan sumber asli.

18. Oleh sebab itu, dalam membuat pilihan, berwaspada, berhati-hatilah, bukan semuanya sama. Janganlah mempertaruhkan masa depan anak-anak kita kepada tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Janganlah menukar harapan dengan kekusaman dan kebungkaman hari muka. Di persimpangan ini, para cerdik pandai dan orang tua-tua ada berpesan, kalau nak memilih tempat berlabuh, pertama teluk kedua tanjung, kalau nak memilih pohon berteduh, pertama kukuh kedua menguntung.

19. Begitulah, dalam kehidupan bernegara, kita berada pada satu titik di garisan yang amat penting. Diantara masa depan yang lebih cerah dengan kemakmuran atau masa depan yang kelam dan kekurangan. Ini bukanlah masa untuk mencuba-cuba, ini bukanlah masa untuk bereksperimen, sebaliknya, ini adalah masa untuk terus berpegang dan berpaut kuat, dengan apa yang telah sedia terbukti dan teruji sejak sekian lama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20. Bertolak dari apa yang telah saya bicarakan tadi, sebaikmanapun rencana atau perkara dirancang oleh mana-mana kerajaan yang memerintah, namun, perancangan akan tetap tinggal perancangan tanpa dapat dimanfaati rakyat sekiranya tiada penjawat awam yang mampu melaksanakan semua dasar itu dengan cekap dan berkesan.

21. Oleh sebab itu, kita berbangga kerana, perkhidmatan awam Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik di dunia pada hari ini. Ia dibina atas landasan yang kukuh, dan seterusnya dimajukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita bersama para anggotanya. Seperti yang kita tahu, semenjak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih relevan dan berkeupayaan dalam menjunjung peranan bagi meningkatkan kecemerlangan negara dan kesejahteraan rakyat.

22. Syukur kepada Allah, formula dan usaha pertumbuhan sebelum ini telah berhasil membangunkan negara daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada pembangunan berteraskan perindustrian. Namun begitu, memasuki dasawarsa baru dan berhadapan dengan putaran ganas globalisasi, Kerajaan menyedari bahawa model pertumbuhan dan pembangunan terdahulu, tidak lagi mampu untuk memacu negara menjadi sebuah kuasa ekonomi maju, malah jika diteruskan juga akan hanya memerangkap negara kita dalam kelompok ekonomi berpendapatan sederhana.

23. Sebetulnya lagi, jika ditinjau, perancangan penambahbaikkan pembangunan kerajaan yang ada, tidak sekadar bermula dua tahun yang lalu. Realitinya, ia satu usaha berkesinambungan. Ia telah berlangsung apabila kerajaan pertama pilihan rakyat dibentuk, yakni, pasca pilihanraya tahun 1955. Usaha telah dirancakkan lagi apabila negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, pada tahun 1957. Rentetannya dirangkumkan melalui, 2 Rancangan Malaya, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang dan hari ini, Model Baru Ekonomi, 8 Inisiatif Pembangunan Strategik, Program Transformasi Kerajaan dengan 6 NKRA serta Program Transformasi Ekonomi bersama 12 NKEA dan 131 Projek Titik Permulaan.

24. Kita juga mengambil keputusan untuk menambahbaik ekonomi negara bukan secara tempelan tetapi secara komprehensif dengan perubahan struktural dan pengukuhan institusi. Seperti saya sebutkan tadi, kita telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi dengan 8 Inisiatif Pembangunan Strategik. Bagi menjayakan maksud ini, antaranya memperkukuhkan sektor awam, mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing dan menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Kita bolehlah mengibaratkan Program Transformasi Ekonomi sebagai sebuah kenderaan manakala 8 Inisiatif Pembangunan Strategik pula adalah sebagai sebuah lebuhraya yang dibina dengan begitu rapi dan baik, berpiawai, tanpa becak-becak, tanpa lompang dan lopak, tanpa jongkang jongkit, jalannya lancar menyonsong fajar negara maju berpendapatan tinggi apabila tibanya tahun 2020.

25. Dengan ini juga, kita melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana secara keseluruhannya, inisiatif dan program-program yang telah dirancang di bawah 6 Bidang Keberhasilan Utama umumnya telah mula terlaksana dan menampakkan hasil yang melangkaui jangkaan. Saya akan perincikan butir-butir pencapaian tersebut semasa Majlis Pelancaran Laporan Tahunan GTP pada 27hb Mac nanti.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

26. Pada sudut pandang yang lain, kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia semakin tinggi. Ini boleh kita lihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2010 yang melebihi enam peratus dan prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari lalu iaitu 1,572 mata. Kita berharap agar ETP dapat meningkatkan daya saing ekonomi, sekaligus membantu negara mencapai pertumbuhan setinggi 6 peratus setahun dan meningkatkan pendapatan purata penduduk kepada RM48,000 menjelang tahun 2020. Kejayaan yang ditempa sebelum ini, dan Insya-Allah yang bakal menyusul, adalah dampak yang dicernakan menerusi pelbagai langkah proaktif transformasi ekonomi serta kemampuan jentera perkhidmatan awam melaksanakannya.

27. Kendatipun begitu, Kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan diperoleh menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara eceran atau berdikit-dikit. Justeru, transformasi ini memerlukan usaha bersepadu melibatkan sektor swasta, sektor awam dan masyarakat seluruhnya. Dalam aspek ini, sektor swasta perlu menjadi lokomotif yang deras memandu ke hadapan rantaian gerabak sektoral, melalui landasan pembangunan sosioekonomi yang telah dibina oleh kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

28. Kita sedar segala yang dicitakan hanya boleh diraih menerusi peta laluan komprehensif lagi bersepadu. Demi mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia, memerlukan setiap sektor dan setiap pemain dalam sektor-sektor berkaitan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Saya telah katakan sebelum ini bahawa tahun 2011 merupakan tahun di mana kita akan mempertingkat momentum untuk melaksanakan agenda negara. Oleh itu penumpuan kita mestilah sepenuhnya mengarah kepada tujuan ini.

29. Jika kita mahu negara maju dan mencapai kejayaan, institusi perkhidmatan awam haruslah mendokong dan melaksanakan transformasi berdasarkan peta panduan yang diatur mengikut jadual yang telah ditentukan. Justeru, saya menyeru supaya penjawat awam menjalankan tadbir urus dengan rapi dan sektor awam dapat menjadi pemudahcara yang cekap. Kebertanggungjawaban adalah pegangan yang seharusnya menjadi azimat setiap penjawat untuk memberikan khidmat sepenuh hati berasaskan budaya pencapaian tinggi.

30. Bertolak dari situ, saya ingin menyatakan dengan jelas dan mengumumkan bahawa dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan “value management” atau pengurusan nilai. Kaedah pengurusan nilai ini perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek kerajaan bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi wahana yakni alat pengurusan atau “management tool” bagi mencapai nilai untuk wang. Kita perlu menyoal assumption atau andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan.Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian.

31. Misalannya, semasa lawatan saya ke Sarawak dari baru-baru ini, pendekatan melaksanakan projek berimpak tinggi dengan kos yang munasabah telah digunakan dengan jayanya bagi menyelesaikan masalah penduduk. Contohnya, jalan penghubung di Ba’kelalan yang sekiranya dilaksanakan melalui kaedah biasa akan memerlukan peruntukan sebanyak RM400 juta telah dilaksanakan dengan kos RM50 juta sahaja. Perkara ini telah dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah Program “Jiwa Murni” Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia yang menggembleng tenaga anggota tentera untuk membina jalan dan peruntukan hanya disediakan untuk pembelian material serta sewa jentera. Apa yang mustahak adalah sesuatu khidmat atau projek itu mestilah diacuankan bagi memenuhi keperluan serta kehendak setempat tanpa berkompromi dengan piawai yang sewajarnya dan mustahaknya rakyat dapat menerima manfaat dengan segera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Pada pandangan saya, minda dan bakat terbaik tidak hanya boleh digamit atau dilambai menerusi ganjaran kewangan yang menarik, tetapi dengan menyediakan kepada mereka pembangunan kerjaya yang mengujakan. Lazimnya, modal insan berbakat memerlukan inspirasi, bukan diarah atau disuap. Selalunya, seumpama bunga yang sedang menguntum kelopak, mereka ingin mekar tanpa dibatasi oleh kekangan hirarki atau diraut oleh belati tradisi. Mereka akan memilih persekitaran yang memberi peluang untuk meningkat ke mercu berteraskan potensi diri masing-masing. Mereka tidak akan tertarik dengan organisasi atau struktur perkhidmatan yang berlapis, sebaliknya cenderung kepada flat organisations. Oleh itu barangkali di sinilah cabaran sebenar perkhidmatan awam iaitu untuk menarah struktur organisasi supaya lebih horizontal dan menganyam semula birokrasi supaya lebih luwes atau fleksibel.

33. Manakala pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi perlu dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa yang sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan lebih tinggi. Peluang ini dibuka untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

34. Di samping mempamerkan komitmen kerja padu, terdapat juga penjawat awam yang turut bergerak aktif dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti positif yang menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan organisasi, rakyat dan negara. Sehubungan itu, bagi mengiktiraf sumbangan di luar daripada kebiasaan tersebut, selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kerajaan akan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai pegawai awam yang selain berupaya menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan yang boleh mengharumkan nama organisasi, rakyat dan negara. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti di sepanjang tahun 2011 ini akan dinilai bagi tujuan tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

35. Kita masih terdengar suara-suara di kalangan sesetengah pihak bahawa perkhidmatan awam bersaiz agak besar, kurang responsif, bercenderung kepada ketirisan serta beberapa hal yang lain. Bagi mengubah tanggapan ini, kita perlu mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang cekap, efisien, berproduktiviti tinggi, lebih kreatif dan inovatif dengan mengutamakan pencapaian di mana setiap pelaburan dalam modal insan diguna sepenuhnya tanpa pembaziran.

36. Lantaran itu, lean civil service atau “perkhidmatan awam yang kejap” adalah ditafsirkan sebagai sebuah perkhidmatan awam yang mempunyai saiz penjawat awam mantap, digembleng sepenuhnya untuk beroperasi ke arah mencapai matlamat perkhidmatan.

37. Sejajar dengan matlamat GTP ke arah perkhidmatan awam yang kejap dalam jangka panjang, kajian terperinci ke arah merasionalisasikan perkhidmatan awam akan dilaksanakan bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi-fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan-jawatan kosong dan pemansuhan jawatan serta pengagihan semula perjawatan ke agensi yang lebih kritikal.

38. Untuk itu, perkhidmatan awam perlu meruntuhkan mentaliti silo yang menyaksikan perbuatan berlumba-lumba mempertahankan medan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan kesan yang negatif kepada kepentingan rakyat dan Negara.

39. Dalam kekangan mentaliti sebegitu, sebarang matlamat dan inisiatif program baru kerajaan akan lazimnya dituruti permohonan pertambahan sumber kewangan dan manusia. Kesan akhir mentaliti silo akan hanya menyebabkan pertindihan fungsi dan pembaziran. Mentaliti ini boleh ditukar melalui perubahan mindset yang didorong oleh kreativiti dan inovasi di kalangan pelaku-pelaku utamanya.

40. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia. Apabila kerajaan menetapkan bahawa mengurangkan jenayah menjadi salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama di bawah Pelan Transformasi Kerajaan, walaupun datang dari dua perkhidmatan berbeza, mempunyai cara kerja, bidang kuasa, etos malahan corak memberi tabik hormat pun berlainan, namun demi rakyat dan demi Malaysia mereka telah sanggup melampaui kepentingan perkhidmatan jangka pendek masing-masing.

41. Pihak ATM dan PDRM telah berjaya membentuk satu pakatan yang memecah tembok tadisional dan konvensional selama ini. Contohnya, kalau dulu kawalan sempadan juga menjadi tanggungjawab Pasukan Gerakan Am tetapi hari ini setelah penubuhan Rejimen Sempadan Tentera Darat, fungsi ini telah berpindah kepada pihak Tentera Darat. Ini membolehkan anggota-anggota PGA yang selama ini bertugas di sempadan, dialih guna untuk tugas pencegahan jenayah di kawasan-kawasan panas. Contoh kedua, kem-kem latihan ATM telah dibuka kepada rekrut baru PDRM. Ini membolehkan pertambahan anggota PDRM dibuat tanpa pelaburan infrastruktur yang besar. Kesimpulannya, inilah hasil sinergi antara jabatan yang sangat menguntungkan. Inilah kejayaan aplikasi creative solution atau penyelesaian kreatif yang sungguh bijaksana. Tahniah saya ucapkan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

42. Selanjutnya, kajian semula pembangunan kompetensi anggota perkhidmatan awam dan rangka kerja kawal selia sedang dalam perencanaan. Dalam pembentangan Bajet Tahun 2011 pada 15 Oktober 2010 lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan yakni PTK dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai kepada penjawat awam menjelang Jun 2011.

43. PTK kini akan digantikan dengan satu penilaian baru yang lebih berfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan pegawai serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan penilaian ini relevan, menyeluruh dan sesuai dengan kehendak penjawat awam, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

44. Mengenai sistem pool yang turut saya bangkitkan dalam siri MAPPA yang lepas, satu Jawatankuasa Penilai Pemantauan Prestasi telah ditubuhkan bagi memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak teraniaya dimana elemen natural justiceserta penilaian secara bebas lagi berkecuali diamalkan. Pegawai-pegawai berkenaan juga diberikan tugasan-tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka. Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

45. Integriti dalam memelihara amanah, komitmen menjalankan kewajiban dan ketegasan menegakkan keadilan sosial sewajibnya menjadi tunjangan perkhidmatan awam. Pada hemah saya, mahu tidak mahu, jati diri, falsafah dan aspirasi perkhidmatan awam hendaklah diperteguhkan pada tiap masa. Ke arah itu,“Berkhidmat Untuk Negara” bukan sekadar slogan yang dititipkan tanpa roh menerusi surat-menyurat rasmi, tetapi ia perlu dihayati dan dijelmakan dalam setiap tindakan penjawat awam.

46. Dalam memupuk integriti ini, kita sesungguhnya berasa sukacita apabila Dato’ Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed iaitu Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam etika perniagaan sepanjang tahun 2010 di atas pelaksanaan berterusan membanteras gejala rasuah. Tahniah diucapkan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

47. Sebagai tanda penghargaan kepada para penjawat awam yang telah berjasa, Kerajaan dengan ini membuat keputusan bahawa, berkuatkuasa mulai tarikh semasa, pesara Skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Sekyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma. Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara Skim KWSP ini, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah Skim KWSP yang telah dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

48. Di samping itu, berkat usaha Kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak, sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuatkuasa mulai tarikh semasa juga, ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekaligus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran yang sebelum ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

49. Untuk menjayakan sebuah transformasi pastinya melibatkan perubahan, pembaikan dan pengukuhan kepada tiang seri institusi serta struktur perkhidmatan awam itu sendiri. Ertinya, pertama: perubahan kepada mindset, kedua: pembaikan kepada sistem nilai dan ketiga: pengukuhan kepada gerak kerja. Bagi memenuhi hasrat tersebut, kajian semula Sistem Saraan Malaysia sedang dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi. Untuk makluman, kajian komprehensif ini bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata, tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi. Pokoknya Perkhidmatan Awam negara ini mestilah mencapai tanda aras global.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

50. Ini adalah kali ketiga kita bertemu dalam majlis MAPPA semenjak saya memegang amanah sebagai Perdana Menteri. Dalam tempoh tersebut, Alhamdulillah, berkat muafakat dan berpegang kepada falsafah pemandu “Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan” kita telah dapat bersama-sama mengeluarkan negara ini daripada gelora ekonomi global dan meletakkan Malaysia di kedudukan seperti sedia ada.

51. Sememangnya, kejayaan yang dicapai bukanlah punya saya secara peribadi. Akan tetapi, Ia milik dan hasil kerja keras serta usaha gigih setiap kita, terdiri daripada anggota-anggota pentadbiran, segenap penjawat awam sama ada pengurusan tertinggi, pengurusan profesional, mahupun kumpulan pelaksana. Inilah tuaian daripada kerancakan sektor swasta, tentunya juga kesan komitmen padu oleh GLC dan GLIC.

52. Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kepada yang Maha Esa bahawa dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu ini, kita tetap berjaya menjana pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus pada tahun lalu. Ia melebihi kadar minima 6 peratus setahun yang disasar bagi merealisasikan Wawasan 2020.

53. Secara dasarnya, kita kini diambang awal transformasi nasional. Masih banyak lagi kerja ingin dibereskan, masih banyak lagi pembaharuan mahu diaturkan dan masih banyak lagi islah hendak dilaksanakan.

54. Renungkanlah dalam-dalam disaat ini, adakah kita sedang mencipta sebuah negara yang aman damai, makmur, ikram dan ceria atau sekeping mayapada yang kucar-kacir, miskin dan kontang? Pilihannya terletak di jemala masing-masing.

55. Beringatlah, bahawa apa yang dilakukan hari ini bukan sekadar terkesan kepada generasi semasa tetapi lebih utama ia bakal menentukan rupa wajah negara bangsa untuk dihakimi oleh sejarah serta generasi mendatang.

56. Kata orang :

Usah dek inginkan menang sorak, kampung halaman sampai tergadai,

Usah dek kerana kita leka bermain api, terbakar jiwa anak cucu nanti,

Usah dek kerana kelalaian memanfaat peluang, tersabung masa depan pewaris pejuang,

Pikullah tanggungjawab, junjunglah amanah,

Demi rakyat, Demi Malaysia,

Tinggalkanlah legasi yang bermakna sebagai bekal kepada mereka.

57. Semoga Allah SWT melimpah taufik dan memberi redha-Nya kepada perjalanan kita ini.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih


Wednesday, March 9, 2011

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN

MUSIM KENDURI KAHWIN DAH TIBA.DLM MASA CUTI NI BANYAK YANG AKAN MENERIMA MENANTU...SYOKNYA MEREKA, DAPAT MENANTU.

SALAH SEORANGNYA KAWAN KITA KHALIL JITRA KEDAH. KHALIL MEWAKILKAN KEPADA SAYA UNTUK MEMANGGIL, DATO/DATIN, TUAN/PUAN ENCIK/CIK YANG MENGENALINYA SEMASA DIGENTING ATAU DIUPSI KEMAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI DIA PADA 14 MAC 2011 BERSAMAAN HARI ISNIN. TEMPATNYA DIDEWAN UTAMA BERSEBELAHAN DEWAN WAWASAN, JITRA KEDAH DARULAMAN.

SESIAPA YANG DATANG KEUTARA SILALAH KESANA,DAPAT KITA REUNION DITEMPAT KENDURI.HEEEE JIMAT DUIT...

KHALIL PESAN " MAI JANGAN TAK MAI, KALU TURUN KE UTARA".

Tuesday, March 1, 2011

Tahniah !!!! GB Bolhasan dan GB Khatijah Sulaiman

Rakan2 mengucapkan tahniah kepada anda berdua di atas kejayaan mencapai sasaran Bai'ah.

Wednesday, February 23, 2011

dah mohon kursus?

Untuk tahun ini, kekawan dah memohon ke kursus di SPK Online? Kawan sendiri pun hanya baru mengintai2 jer kat situ, lom isi permohonan lagi. Rasa macam tak teruja sangat ler pulak nak pegi berkursus tahun ni, ke dah jemu atau malas?

Namun keperluan berkursus selama 7 hari tu mesti dipenuhi jugak kan?

Wednesday, February 9, 2011

ALFATIHAH ! Kepada Arwah Suami Puan Hajah Rohani

Salam rakan2,

ALFATIHAH kita sedekahkan kepada arwah suami Puan Hajah Rohani (GB SK Kg Belukar) di atas kepulangannya ke rahmatullah. Saya mendapat berita ini daripada saudara Haji Zulkifli kira-kira jam 12.26 pagi dan kesempatan ini saya ambil dengan memaklumkan kepada semua rakan2 melalui blog ini.
Bagi mereka yang tinggal berdekatan, bolehlah menghadirkan diri bagi memberi sokongan moral dan bagi mereka yang jauh juga boleh dan andai kata tak boleh hadir, pelbagai cara lain boleh kita lakukan. Kita sedekahkanlah AlFatihah, dan kini sudah dua orang suami rakan kita kembali kepada Ilahi.

ALFATIHAH !

Tuesday, February 1, 2011

Program MBA Eksekutif UPSI



Salam Rakan2,

Pihak UPSI telah mempromosi program MBA Eksekutif kepada sesiapa yang berminat.
Segala maklumat boleh diperoleh dari laman web berikut :

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI, UPSI


Satu sesi taklimat akan diadakan seperti keterangan berikut :

Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : UMCEED (Kampus Kota, Universiti Malaya)

Rakan2 dijemput hadir sekiranya berkesempatan.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites