Secara umum, 9 perkara dibawah adalah
aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :
Memartabatkan profesion perguruan.
·
Meningkatkan kualiti guru
·
Pengambilan calon guru melalui akademik
cemerlang
·
Kualiti dalam latihan perkhidmatan
·
Menambah bilangan guru dengan tetapan 1
guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.
Meningkatkan kepimpinan sekolah.
·
Memberi ganjaran kepada pengetua dan
guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi
sekolah.
·
Pemilihan pengetua dan guru besar
berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
Meningkatkan kualiti sekolah.
·
Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
·
Kemudahan Internet dan jalur lebar
Memantapkan standard kurikulum dan
pentaksiran.
·
Membina kurikulum yang memnuhi piawaian
antarabangsa
·
Memberi penekanan kepada aspek kreatif,
penyelesaian masalah dan inovasi.
Meningkatkan penguasaan pelbagai
bahasa.
·
Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan
sosial sebagai rakan kongsi.
·
Hubungan yang lebih baik dan peglibatan
diluar lingkup sekolah
Meningkatkan kesediaan murid untuk
pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
·
Kepelbagaian aspek terus diterapkan
untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
·
Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran
penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan
sumber.
·
Mengurus sumber dengan lebih
berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem
penyampaian.
·
Kualiti dan susun urus tadbir
kementerian ditingkatkan
·
Kecekapan pegawai disetiap peringkat
pengurusan dipertingkatkan.
·
Satu peristiwa bersejarah akan
dicatatkan apabila dilancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP
) 2013-2025 yang akan dilancar tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik, pelan
ini juga akan digunapakai pada tahun 2020. Bagaimana pula dengan intipatinya
nanti? Selepas pelancaran nanti pandangan dan cadangan masih lagi diperlukan
dan orang ramai masih berpeluang untuk mengemukakan pendapat sebelum
dimukatamadkan pada penghujung tahun 2012 nanti. Untuk pengetahuan, sebahagian
cadangan laporan awal nanti adalah diperoleh daripada Dialog Nasional
Pendidikan Negara 2012 yang mana telah diadakan diseluruh negara. Sumber :
Utusan Malaysia 8 September 2012