Thursday, September 10, 2009

Kalendar Persekolahan dan Jadual Hari Kelepasan Am 2010

Rakan2,

Saya memuat naik kalendar persekolahan 2010 seperti yang telah diumumkan oleh Tan Sri KPPM. Bersama-sama ini juga saya muat naik jadual hari kelepasan am negeri, persekutuan dan persekutuan dan negeri untuk rujukan rakan2 bagi membuat perancangan 2010.

Rakan2 boleh memuat turun dengan klik di hyper rangkai yang tertera pada tajuk.

1. Kalendar Persekolahan 2010 dan Penggal Persekolahan 2010

2. Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2010

3. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2010

4. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2010

UPSR telah tamat, perancangan tahun mendatang sudah boleh dimulakan. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

Terima kasih.

10 comments:

  1. TQ FARIS...HANG MMG CEPAT..

    ReplyDelete
  2. tq faris.info yang U beri semalam

    ReplyDelete
  3. dah nak kena fikir utk tahun depan? cepat sgt masa berlalu yer.....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

    Terima kasih Faris....sekurang2nya dapatlah kita bersedia lebih awal lagi utk menghadapi th 2010 tu nanti.

    Saya juga ingin memohon ampun maaf kpd semua rakan terutama kump kita A & B- jika ada salah dan silap sama ada tutur kata mahupun tingkah laku juga mohon minta halal yg dah termakan terminum (khasnya rakan2 serumah di asrama Prot City)....

    Selamat berpuasa, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & bathin selamat bercuti juga....dan berhati2 di jalan raya. Kita bersedialah juga dgn akt pep akhir tahun dan oreintasi tahun 1 2010 dll.... Terima kasih. Wassalam

    ReplyDelete
  5. Tq Faris, Info tu dapat membantu untuk membuat perancangan tahun depan, memang sy kena buat perancangan awal bersama PK1 sebab beliau akan ke tanah suci hujung tahun ni.

    ReplyDelete
  6. Salam sahabat.
    Hai faris, bila u dah upload kalender persekolahan tu rasa cepat pula nak abis 2009 ni. Anyway thanks a lot.
    I pun rasanya kena move awal persediaan 2010 ini sebagai langkah berjaga2 coz PK1 i dah di risik2 oleh Tim. Pengarah utk di naikkan ke GB secepat mungkin (special kes) semasa lawatan pemantauan ke sekolah i Khamis lalu. Nampaknya PK1 i tu dapat durian runtuh raya ni, duit tanggung kerja GB sebanyak hampir rm6000 dan kenaikan pangkat ke GB lak. Alhamdulillah.
    Bagaimana kawan2 dalam suasana minggu akhir Ramadan ni? Makin rancak beribadah atau makin rancak shopping?
    Diri I Ramadan dan Syawal kali ni terasa sayu kerana merindui bonda yg tiada disisi apatah lagi melihat ayah yg sering kesayuan mengenang isteri tercinta. Adik2 pula Raya kali ini akan bertumpu kpd i kerana Kak Long I dah membawa diri ke Tanah Suci dan beraya di sana. I tahu betapa remuk hatinya menanggung rindu kpd bonda kerana biasanya Kak Long lah org kuat yg paling sibuk saban tahun dalam persediaan raya dirumah bonda. Kak Long i berpesan katanya dia tak cukup kuat menghadapi raya kali pertama dlm hidupnya tanpa mak...jiwanya meronta terkenang semua kenangan lalu, pintanya pada i jaga ayah , tengokkan adik2 serta anak2nya. Allahuakbar !!!

    ReplyDelete
  7. Ta,
    Wah! beraya sakanlah abang Is you tahun ni..yang dia dapat tu tanggung kerja you masa bila? Apa cerita tim. pengarah datang sekolah you hari tu?
    Kongsilah maklumat dengan semua.
    Ta, sememangnya kesayuan akan terasa di saat menjelang aidilfitri apabila orang yang kita sayangi tiada lagi bersama-sama kita. Tambahan ini tahun pertama you merayakannya tanpa bonda tersayang..bagi I walaupun kedua-duanya telah tiada, tahun ini kami sepuluh beradik telah berpakat untuk menyambut pagi raya di kampung dan sama2 ke pusara mereka di pagi raya nanti..
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..

    ReplyDelete
  8. aku sakit perut le..dah 4 hari,cirit birit..pasal apa ye..kome tgk kawan aku samy vellu tu,,ramai yang ak suka,,tapi dia dan kuncu kuncunya menang juga...hebat betul dia...hari nak makan apa ye??

    ReplyDelete
  9. Pantun raya...

    Kelantan...
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    Kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu...
    Makang ubi jamang jepong
    Makang kepok cicah cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang...
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor...
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite tak suke
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka...
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan...
    Masak lomak cili api
    Campo dongan d aun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

    Selangor/K.Lumpur...
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak...
    Gulai tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupai
    Pandu hemat ingat kampong
    Asal teman selamat sampai

    Kedah...
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang...
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepas raya usah dok triak
    Kalu ceti mai ikut dapoq

    Perlis...
    Padang besaq kecik aja
    Tempat siam lalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang


    maaf ye,semua,dosa silap aku

    ReplyDelete
  10. Zam, pandai kau pantun..seluruh malaya kau merayau untuk cipta pantun.Kalau Pn Azita ada tentu kecut perut dia ketawaka hang..Selamat hari raya..Maaf zahit dan batin..

    ReplyDelete