Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Wednesday, September 30, 2009

Prinsip Baru Pengisian Jawatan Guru Besar

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.

3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.

3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52

(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.

3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.

3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.

3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)

(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.

3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)

(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.

3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.

4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,




( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, September 29, 2009

Rofidah Tak Sihat



mak lang said...

Assalamualaikum,
Ramai anak-anak buah mak lang bersuka ria di selatan, barat dan timur tapi kami di utara ni bersedih.Rakan sekuliah kita Fidah admited kat Putera Medical Center, perlu darah AB.Nasib baik ada heroin Kohort 5 menjadi penyelamat.Rusma yang kebetulan Darah AB terpanggil menderma darah.
Fidah yang hanya ada 5 pt darah dalam badan perlu 3 pt lagi. Alhamdulillah akhirnya semua selamat.
September 29, 2009 12:31 PM


Itulah di antara komen yang disampaikan oleh Mak Lang dalam komen blog kumpulan kita. Rupa2nya rakan kita Rofidah berada dalam keadaan tak sihat. Nasib baik ada rakan2 yang setia membantu dan syukurlah semuanya dah selamat. Di kesempatan ini sama2lah kita mendoakan kesihatan yang baik dan sempurna kepada rakan kita Rofidah. Amin.

Friday, September 25, 2009

Ziarah Menziarahi

Hari ini telah memasuki raya ke 6. Pastinya rakan2 ada yang telah bekerja dan ada juga yang masih meraikan hari raya. Walau apa dan di mana sekalipun, jangan lupa ziarah menziarahi antara satu sama lain terutama sesama saudara dan rakan taulan. Dan yang paling penting adalah selamat kembali semula ke rumah masing-masing.
Bagaimana dengan rumah terbuka? Tentu banyak undangan bagi rumah terbuka sepanjang Syawal. Dalam ziarah menziarahi, jangan lupa pula kepada penyakit2 yang ada dalam diri masing2. Ubat jangan diabaikan sekiranya ada mengambilnya. Pendek kata, semua aspek perlu kita fikirkan. Selamat Berhari Raya semua rakan2 sekalian.
TK.

Thursday, September 17, 2009

Esok Cuti Khas!!!!! Selamat Pulang Ke Kampung Halaman



Rakan2,
Balik mana? Kampung sendiri atau mertua? Atau beraya di rumah sendiri? Kalau ada info trafik, bolehlah dikongsi bersama.
Selamat Pulang ke Kampung Halaman semua dan Berhati-hati di jalanraya.

TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA

ADAB DAN SUNAT HARI RAYA

Untuk kawan-kawan,bukan bertujuan hendak mengajar itik berenang, tetapi sekadar hendak mengingat amalan yg setahun sekali kita tempuhi.Itu pun kalau ada yang sudah terlupa.
Amalan2 yang diajar oleh Rasulullah SAW semperna menyambut ketibaan hari lebaran Eidulfitr.

* Bertakbir
Merupakan satu amalan yg disyariatkan, bermula pada 1 Syawal ketika terlihatnya hilal(anak bulan) dan berakhir setelah selesainya imam berkhutbah.adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir dosepanjang perjalanan dari rumah kita ke masjid untuk menunaikan solat eidulfitr.

* Lafaz ucapan selamat pada hari raya Eidulfitr.
Majoriti kita diMsia mengucapkan antara satu sama lain dgn ucapan "Selamat hari Raya",Maaf Zahir Batin.Namun apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah nabi SAW ialah dgn mengucapkan "taqabbalullah minna waminka"-bermaksud semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.

* Mandi Sunat Eidulfitr.
Disunnahkan mandi di pagi raya sebagaimana andi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan Eidulfitr.

* Makan sebelum solat Eidulfitr
Disunnahkan mmenjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Eidulfitr. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

* memakai pakaian yang indah lagi bersih
Disunnahkan menghiaskan diri dgn pakaian yg indah2. kaum lelaki di sunnahkan memakai wangi2ian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.Sabda Rasulullah SAW"Mana2 wanita yg memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."- Hadis

* Berjalan kaki menuju ke tempat mengerjakan solat Eidulfitr
Umat Islam diunjurkan berjalan kaki ke tempat solat Eidulfitr jika tidak keberatan.

* Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari solat eidulfitr
Disunnahkan ikut jalan yg berbeza ketika pergi dan kembali.

* Mengerjakan solat eidulfitr
Di antara syiar Islam yang utama dalam menyambut Eidulfitr adalah pelaksanaan solat Eidulfitr sebanyak 2 rakaat.

* Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
Sabda Rasullallah SAW " Sesiapa yg berpuasa pada bulan ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah2 dia berpuasa setahun,"- Hadis

Sunday, September 13, 2009

Salam Kemaafan Sempena Aidil Fitri



Pejam celik dah tinggal seminggu aje lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya ada yang rasa gembira dan ada juga yang merasa sedih. Walau apa pun perasaan kita, itu adalah hari kita meraikan kemenangan kita dalam menghadapi sebulan bulan ramadhan dengan menahan dugaan, melawan nafsu, mengerjakan ibadah dan pelbagai amalan kebaikan untuk diri kita.

Dalam tempoh sepanjang empat (4) tahun sejak tahun 2005 kita telah saling mengenali di antara satu sama lain dan pastinya juga sepanjang perkenalan kita ada pelbagai peristiwa dan kenangan yang telah melingkari kehidupan kita. Tentu ada yang mengguris hati, ada yang terlanjur kata, ada yang terumpat, ada yang memendam rasa dan pelbagai lagi.

Oleh itu sempena kehadiran Syawal, marilah kita sama-sama saling memaafkan dan memohon keampunan di atas segala yang telah menyinggung hati dan perasaan kita secara disedari atau tidak disedari.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terutama dari diri saya sendiri selaku administrator blog.

Thursday, September 10, 2009

Kalendar Persekolahan dan Jadual Hari Kelepasan Am 2010

Rakan2,

Saya memuat naik kalendar persekolahan 2010 seperti yang telah diumumkan oleh Tan Sri KPPM. Bersama-sama ini juga saya muat naik jadual hari kelepasan am negeri, persekutuan dan persekutuan dan negeri untuk rujukan rakan2 bagi membuat perancangan 2010.

Rakan2 boleh memuat turun dengan klik di hyper rangkai yang tertera pada tajuk.

1. Kalendar Persekolahan 2010 dan Penggal Persekolahan 2010

2. Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2010

3. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2010

4. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2010

UPSR telah tamat, perancangan tahun mendatang sudah boleh dimulakan. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

Terima kasih.

Selamat Bertemuduga

Salam,
Hari ini (10/09/2009), rakan kita Normah menghadiri temuduganya di Melaka. Dalam kesibukan dengan tugasan, saya terlupa untuk memasukkan entri ini untuk beliau. Saya tersentak apabila dihubungi beliau yang bertanyakan tentang teori2 untuk dijawab dalam temuduga kerana panelnya adalah India dan pastinya panel yang suka bertanya tentang teori2.
Saya rasa tidak terlambat untuk mengucapkan selamat bertemuduga kepada saudari Normah dan semoga dapat menjawab dengan tenang. Semoga berjaya.

Wednesday, September 9, 2009

Ujian Aptitud

Ujian ini akan dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 pada hari esok sebelah petang.

Apa yang anda faham tentang ujian ini?

Adakah anda setuju? Atau tak setuju?

Gerakkan minda anda.....

Wednesday, September 2, 2009

UPSR

UPSR akan menjelang tiba padda 8, 9 dan 10 September 2009. Ini bermakna pada minggu depan murid2 kita akan bertarung di medan pertempuran minda yang menguji ketajaman akal mereka serta menguji segala persiapan dan kerja2 yang telah kita lakukan sepanjang membentuk mereka.
Sekiranya rakan2 mempunyai tips-tips tertentu di saat-saat akhir ini, bolehlah berkongsi bersama-sama. Didoakan semua murid-murid kita akan berjaya dengan cemerlang dan sekolah kita akan melonjak ke arah kecemerlangan modal insan.

Selamat Berjaya Semua!!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites