Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Tuesday, June 30, 2009

Info Jadual Temuduga - Penting!!

Rakan2,
Berikut adalah jadual temuduga yang dikeluarkan oleh SPP melalui portal mereka. Diminta rakan2 pastikan termasuk dalam salah satu kumpulan tarikh tersebut. Jika tidak ada, sila hubungi segera SPP kerana nanti rakan2 akan ketinggalan agak jauh. Ini telah dilakukan oleh Pn Hjh Rozita dan Pn Valarmathi. Nombor telefon boleh diminta dari mereka berdua. Kalau saja nak duduk diam2 tu tak mengapalah kerana saya sekadar mengingatkan sahaja.

::

Pada 09 - 12 Jun 2009

Pahang (Temerloh, Raub)
Perak (Taiping, Sitiawan)
P.Pinang
Putrajaya
Johor (Kluang)
::

Pada 15 - 19 Jun 2009

Terengganu (Kuala Terengganu)
Melaka
Johor (J.Bahru)
Perak (Ipoh)
Kelantan (Kota Bahru)
Kedah (Alor Setar)
Pahang (Kuantan)
P.Pinang
Putrajaya
::

Pada 30 Jun - 03 Julai 2009

Sabah (K. Kinabalu, Keningau, Sandakan, Kudat, Tawau)
Johor (Kluang, J. Bahru, Muar)
Perak (Ipoh, Taiping)
Pahang (Kuantan)
Kedah (Alor Setar)
::

Pada 07 - 10 Julai 2009

Putrajaya
Perak (Sitiawan, Ipoh)
Johor (J.Bahru)
Melaka
::

Pada 14 - 17 Julai 2009

Kelantan (Kota Bahru)
Sabah (Lahad Datu, K. Kinabalu, Tawau, Semporna, Sandakan)
Terengganu (K. Terengganu)
Sawarak (Kuching, Sibu, Miri, Sri Aman, Sarikei)
W. P. Labuan
::

Pada 21 - 24 Julai 2009

Putrajaya
Johor (J. Bahru, Kluang, Muar)
Pahang (Kuantan, Raub, Temerloh)
Perak (Ipoh)
::

Pada 27 - 31 Julai 2009

Sarawak (Limbang, Kuching, Bintulu, Mukah, Sarikei, Kapit)
Perak (Taiping, Sitiawan, Ipoh)
Pulau Pinang
Johor (J. Bahru, Kluang)
Kedah (Alor Setar)
Putrajaya
Perlis (Kangar)
Terengganu (K. Terengganu)
Kelantan (Kota Bahru)

Bahan Maklumat Konsep 1 Malaysia Untuk Temuduga

1. PENGENALAN


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.


5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


6. MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.


‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


8. KESIMPULAN


Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.


Sumber:

1. www.1Malaysia.com.my
2. Akhbar-akhbar tempatan
3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara) ‘1 MALAYSIA’

Sunday, June 28, 2009

Perkongsian Soalan Temuduga

Salam rakan2,
Mungkin agak lama tiada entri baru dalam blog ini. Tak ada ke sesiapa yang sudi untuk buat updating? Boleh maklumkan kepada saya untuk dapatkan user id dan password.
Entri kali ini khusus untuk kita bertukar2 soalan yang telah ditanya kepada mereka yang telah menghadiri temuduga. Oleh itu sesiapa yang telah menghadirinya bolehlah menyatakan soalan2 tersebut dalam komen nanti.
Setakat ini dari dua orang yang saya peroleh maklumat ialah Saudari Mahani Rahim yang telah ditanya tentang Wajib Lulus BI dalam SPM. Bukannya serius sangat tetapi perlukan pandangan dan pendapat kita. Kedua daripada saudara GB di daerah saya yang telah ditanya tentang j-QAF. Itupun sekadar berbual kosong tentang pandangan dan pendapat juga. Soalan2 yang serius tidak ditanya seperti fakta2 FPK, PIPP, PPSMI, nama Menteri, nama KPPM dan lain2. Soalan2 sebegitu difokuskan kepada guru2 yang baru ditempatkan sebagai guru di sekolah2.
Sesiapa yang telah menghadirinya, sudi sudikan lah untuk berkongsi supaya ilmu yang disebar dan dimanfaatkan akan beroleh pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t.
Terima kasih.

Friday, June 19, 2009

Senarai Nama dan Tarikh Temuduga

Salam rakan2,
Berikut adalah senarai nama kumpulan kita dan mereka yang telahpun mengetahui tarikh temuduganya untuk semakan dan rujukan rakan2. Terima kasih.

1 Abdul Aziz b. Haji Mohd Ali - 9 Julai 2009
2 Abdul Hafiz b. Azarai
3 Abu Kassim b. Mohd Razali - 8 Julai 2009
4 Ahmad Faris b. Johan - 8 Julai 2009
5 Ainie bt. Haji Omar
6 Aishah bt. Mahmood - 29 Julai 2009
7 Anas b. Yussof - 16 Julai 2009
8 Bolhassan b. Montol
9 Che Azid b. Hj.Nor - 16 Julai 2009
10 Che Norizam bt. Abdullah - 8 Julai 2009
11 Chia Chee Kwong
12 Goh Chai Ean - 21 Julai 2009
13 Ismail b. Kassim - 28 Julai 2009
14 Jamaludin b. Mat Mokhtar - 5 Ogos 2009
15 Joni b. Mohamad - 28 Julai 2009
16 Khadijah bt. Sulaiman - 28 Julai 2009
17 Khalil b. Yusoff - 1 Julai 2009
18 Kharen@Simah bt. Matusip
19 Kharuddin b. Omar - 5 Ogos 2009
20 Khatijah bt. Abu Bakar - 28 Julai 2009
21 Lee Ai Hiang - 22 Julai 2009
22 Li Yoon
23 Mahani bt. Abdul Rahim - 18 Jun 2009
24 Mahani bt. Mustafa - 1 Julai 2009
25 Maznon bt. Mohd Sidin - 21 Julai 2009
26 Mohamed Al-Awal b. Othman - 23 Julai 2009
27 Mohamad Rasidi b. Said - 1 Julai 2009
28 Mohd Adely b. Sura - 8 Julai 2009
29 Mohd Pirzan b. Md.Noh - 23 Julai 2009
30 Mohd Nor Azam b. Abdul Hamid - 5 Ogos 2009
31 Mohd Zulkifli b. Mohd Zain
32 Norazmah bt. Shuib - 30 Julai 2009
33 Norishah bt. Harun - 8 Julai 2009
34 Normah bt. Ismail
35 Paridah bt. Hassan - 14 julai 2009
36 Patimah bt. Herman
37 Rofidah bt. Majid - 1 Julai 2009
38 Rohani bt. Md. Hassan - 1 Julai 2009
39 Rokiah bnti Ahmad - 8 Julai 2009
40 Rozita bt. Sulaiman - 24 Julai 2009
41 Rusma bt. Hamid - 1 Julai 2009
42 Sabri b. Abidin Sulung - 28 Julai 2009
43 Saupi b. Jusoh - 2 Julai 2009
44 Sharifah Rahayah bt. Syed Ahmad - 14 Julai 2009
45 Valarmathi a/p Balakrisnan - 21 Julai 2009
46 Wan Zainon bt. Wan Ibrahim - 14 Julai 2009
47 Whine@Winnie bt. Awang
48 Yusof b. Sipan - 22 Julai 2009
49 Zaiton bt. Mohd Zin - 9 Julai 2009
50 Zakaria Ansori b. Ali - 1 Julai 2009
51 Zakaria b. Md. Lazim - 30 Jun 2009
52 Zalila bt. Idris - 30 Julai 2009
53 Zubaidah bt. Harun - 6 Ogos 2009

KEPADA SEMUA RAKAN2, SILA SEMAK DENGAN E-PERMOHONAN. JIKA DALAM KELOMPOK NEGERI KITA NAMA KITA TIDAK TERMASUK, ADA KEMUNGKINAN BERLAKU KECICIRAN DAN SEGERALAH HUBUNGI SPP. Contohnya seperti kes Hajah Rozita.

Thursday, June 18, 2009

Ita dan Ton di Satay Kajang Haji Samuri


Wah! Sedapnya satay, hingga menjilat lidi.....

Salam rakan2,
Hari ini kunjungan Ita dan Ton ke Kajang lengkap apabila dapat menjamah satay kajang Haji Samuri yang terkenal seantero dunia. Kedatangan Ita dan Ton adalah bagi membincangkan rahsia sulit dan besar ke arah kecemerlangan. Kami bertiga agak seronok berborak dan membincangkan rahsia2 besar yang kadang kala melucukan. Adakah rakan2 ingin tahu..... Biarlah Rahsia.
Thanks to Ita dan Ton.

Wednesday, June 17, 2009

Semakan Dokumen Untuk Temuduga

PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ASAL DAN SALINAN YANG DISAHKAN BERIKUT DIBAWA SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGA:

Saya sertakan dokumen2 yang perlu dan boleh di download untuk kegunaan rakan2.

BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN


LAPORAN SULIT URUSAN TEMUDUGA


PENYATA TATATERTIB

SURAT PENGIKTIRAFAN JPA

CONTOH SEMAKAN ATAS TALIAN

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Lahir/Sijil Pendaftaran Kelahiran (Bagi calon yang lahir di luar negara, sila kemukakan borang W/Surat pengesahan kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara);

3. Sijil kelulusan yang diperolehi (mana yang berkenaan);
3.1 Sijil Akademik
3.1.1 SPM/MCE/SPVM/SPMV;
3.1.2 SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
3.1.3 STPM/STP/HSC/Sijil Politeknik;
3.1.4 Diploma/Ijazah Akademik dan Transkrip; (bagi ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi Ijazah Bahasa Arab sahaja);
3.2 Kelayakan Ikhtisas
3.2.1 Ijazah Pendidikan dan transkrip;
3.2.2 Diploma Pendidikan/Diploma Perguruan dan transkrip;
3.2.3 Sijil Perguruan Asas/Sijil Guru dan transkrip;
3.2.4 Sijil Latihan Mengajar Sepenggal;
3.3 Surat Tawaran / Kelulusan
3.3.1 Surat Tawaran Jawatan Guru Sandaran Terlatih; atau
3.3.2 Surat Kelulusan Cuti Belajar; atau
3.3.3 Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ; atau
3.3.4 Surat Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar;

4. Pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Ijazah dalam dan luar Negara. Tuan/puan boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah yang berkaitan melalui laman web JPA di http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp dan mengemukakan cetakan asal dari laman web tersebut kepada Suruhanjaya sewaktu temu duga. Bagi nilai taraf ijazah yang tidak terdapat dalam laman web JPA tersebut, tuan/puan dikehendaki merujuk kepada Bahagian Latihan, JPA untuk mendapatkan nilai taraf berkenaan; dan

5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetap atau Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri bagi Guru Sandaran Terlatih.

6. Dokumen -dokumen berikut yang telah dilengkapkan iaitu :
6.1 Borang Maklumat Tambahan dan Senarai Tugas;
6.2 Borang Penyata Tatatertib; dan
6.3 Laporan Sulit Urusan Temu Duga SPP bagi tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada tiga (3) bulan ditempat bertugas sekarang. Semua dokumen seperti di para 6.1, 6.2 dan 6.3 tersebut perlu dimuat turun dan dicetak daripada laman web SPP di http://www.spp.gov.my

Saturday, June 13, 2009

Survey Untuk Reunion Pada Bulan Mac 2010

Salam rakan2,
Diharap rakan2 sedar bahawa saya telah memasukkan ruang kajian untuk reunion kumpulan kita di sebelah kanan atas blog ini. Kerjasama rakan2 diperlukan untuk mengisi dengan meletakkan bullet di ruang yang dipilih. Jika ramai yang bersetuju, kita boleh mengadakannya seperti yang dirancang.
Setelah melengkapkan survey tersebut, rakan2 boleh melihat keputusan survey tersebut. Seandainya rakan2 yang telah mengisi survey dan ingin melihat survey tersebut pada bila2 masa boleh klik pada hyperlink di bawah :

Keputusan Survey

Sekiranya persetujuan telah dicapai, kita akan cuba mendapatkan maklumat terperinci dan memaklumkan kepada rakan2 nanti. Mungkin bayaran program ini boleh di bank-in terus ke akaun saudara Joni kita. Boleh tak JONI????

Sekian, terima kasih.

Penghujung Cuti Dan Sesi Penggal 2 Persekolahan

Cuti sekolah selama dua minggu sudah sampai ke penghujung. Walaupun berada di penghujung cuti tetapi pasti rakan2 masih sibuk dengan cuti2 yang ingin dihabiskan dan menghadiri majlis2 perkahwinan. Ada juga rakan2 yang mungkin juga sedang membuat persiapan pembukaan persekolahan seperti menguruskan anak2 yang akan kembali ke asrama dan sebagainya. Memang kita sedia maklum bahawa cuti sekolah bukannya bermakna cuti bagi diri kita tetapi rakan2 yang mengambil cuti rehat tu dan telah menghabiskannya dengan cara melancong dan sebagainya, pasti semangat bekerja pun sudah mula membara semula.
Apa yang pasti pada sesi penggal 2 sekolah merupakan satu cabaran yang paling getir yang perlu kita lalui saban tahun. Ianya tidak lain dan tidak bukan peperiksaan UPSR yang akan ditempuhi oleh anak didik kita pada bulan September nanti. Apa strategi rakan2 sekalian pada tahun ini? Ada yang menggunakan strategi yang sama dan ada juga yang mengubahnya berdasarkan kepada pencapaian tahun lepas.
Kesempatan ini saya mengucapkan selamat kembali bertugas dan semoga terhibur dan gembira menghabiskan percutian kali ini.

Wednesday, June 10, 2009

Kunjungan Sabri dan Khalil Bersama Isteri Ke Rumah Saya

Salam rakan2,
Hari ini saya telah dikunjungi oleh sahabat2 yang agak lama tidak berjumpa. Sabri dan Khalil telah sudi mengunjungi saya di rumah bersama isteri masing2. Sempatlah juga bercerita serba ringkas walaupun seketika iaitu sebaik sahaja selepas Asar sehingga pukul 6.30 petang.
Dari perbualan timbul idea untuk sesi reunion yang dicadangkan pada cuti sekolah bulan Mac 2010. Tempat yang dicadangkan ialah di Pulau Redang dimana rakan kita Saudara Joni berada di SK Pulau Redang dan kita minta tolong beliau menguruskan infrastruktur di sana. Cadangan kedua pula ialah ke Ranau, Sabah iaitu di kaki Gunung Kinabalu dan jika berhajat kita boleh minta tolong Saudari Whinne kita.
Amacam pandangan rakan2? Setuju atau tidak? Siapa yang nak organize? Berapa kos? So sama2lah kita fikirkannya.
Disertakan beberapa keping gambar kenangan sewaktu mereka berada di rumah saya untuk tatapan semua rakan2 yang setia mengunjungi blog ini. Terima kasih.

Kami Bertiga Sedang Membincangkan Satu Rahsia Besar


Sedang Membincangkan Program Reunion Pada Bulan Mac 2010


Isteri Khalil dan Sabri

Tuesday, June 9, 2009

Temuduga DG41

Salam rakan2,
Hari ini saya berkesempatan menelefon saudari Mahani Rahim bagi mendapatkan maklumat surat tawaran ke program sarjana. Setelah berbual, saya dimaklumkan bahawa beliau telahpun mendapat surat tawaran temuduga ke DG41 yang akan dihadapi pada 18 Jun 2009 ini.
Sayugia itu, dipohon rakan2 semua peka dan sentiasa semak e-permohonan bagi memastikan tidak terlepas panggilan temuduga tersebut kerana jika gagal hadir temuduga, anda akan didenda.
Terima kasih.

Sunday, June 7, 2009

Tahniah! KPPM Bergelar Tan Sri

Salam rakan2,
Untuk makluman Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dato' Alimuddin Mohd Dom telah dianugerahkan Darjah Panglima Seti Mahkota (PSM) sempena keputeraan SDP Yang DiPertuan Agong. Darjah itu membawa gelaran Tan Sri. Mulai sekarang, KPPM kita akan menggunakan dan bernama :

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

Sekalung tahniah kepada KPPM di atas anugerah yang diterima dan sekadar makluman kepada semua rakan2 agar sentiasa peka. Terima kasih.

Friday, June 5, 2009

Ikan Bakar dan Sahabat Lama

Salam rakan2,
Hari ini sebelah malam saya mengambil kesempatan membawa keluarga untuk menikmati ikan bakar. Tempat yang dituju adalah Medan Muara di Tanjung Harapan, Pelabuhan Kelang kerana difahamkan tempat tersebut merupakan tumpuan orang ramai. Masakannya ada yang sedap dan menepati cita rasa dan ada yang tidak sesuai. Rakan2 yang nak ke sana bolehlah menikmati ikan bakar tersebut.
Sedang asyik menikmati hidangan saya telah disapa oleh sahabat lama kita. Orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Hajah Jamaliah iaitu rakan kita semasa sama2 di IAB pada tahun 2005 dulu. Beliau juga segerombolan bersama semua anak2 dia tetapi suaminya tidak dapat saya temui kerana tidak bersama pada malam tadi. Beliau kata kebetulan semua anak2nya balik bercuti. Satu berita gembira yang dikongsinya bersama saya ialah kejayaan anaknya yang baru selesai SPM telah berjaya mendapat tempat di Mesir bagi meneruskan pengajian di bidang perubatan dengan biasiswa JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Anak beliau juga dapat biasiswa JPA tetapi gagal kerana tidak menghadiri temuduga disebabkan ketika itu beliau sekeluarga bercuti ke Australia. Saya cakap jauhnya pergi bercuti. Maklumlah orang banyak rumah sewa.
Nampaknya Hajah Jamaliah seronok bersama anak2nya kerana kebanyakan anaknya berada di universiti (ada di UKM, UPM, UiTM dll). Walaupun anak ramai tetapi semua berjaya. Mungkin kerana niat ikhlas semasa berkhidmat telah diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.
Syabas kepada Hajah Jamaliah walaupun tidak bersama2 kita di UPSI. TK.

Wednesday, June 3, 2009

Kenduri Kahwin

Sempena cuti sekolah ini sudah tentu rakan2 mendapat banyak jemputan kahwin. Kalau tak pergi tentunya rasa serba salah kerana rata2 yang menjemput tu adalah orang yang kita kenal atau saudara mara kita. Kadangkala sampai serentak dua/tiga/empat buah rumah pada tarikh yang sama. Jika rumah pengantin berhampiran dengan rumah kita, tak jadi masalah kerana boleh pergi sekejap sekejap tapi yang menjadi masalah jika rumahnya jauh dan memerlukan perjalanan yang lama. Sempena entri ini bertajuk kenduri kahwin, saya masukkan beberapa rangkap pantun dengan kahwin. Jangan nanti rakan2 yang baca pantun ni ada pulak timbul niat dan hajat nak berkahwin lagi pulak dahlah. Tapi kalau mengahwinkan anak, baguslah.

Bahulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati

SELAMAT MENGHADIRI KENDURI KAHWIN!

Monday, June 1, 2009

Zul, Azam, Pirzan dan Anas Sudah Ada Blog Sendiri

Salam rakan2,
Saudara Zul, Azam, Pirzan dan Anas kita sudahpun mempunyai blog sendiri. Ini adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan bagi perhubungan maya. Sekalung tahniah diucapkan kepada Zul, Azam dan Anas kerana berjaya mewujudkan blog sendiri. Jika ingin melayari blog mereka berdua, bolehlah pergi ke Blog List di sebelah kanan. Bagi permulaan, saya link kan alamat blog mereka seperti di bawah dan contoh muka depannya :

Mohd Zulkifli


Mohd Nor Azam


Mohd Pirzan


Anas


Bagaimana dengan rakan2 yang lain? Bila lagi nak ada blog sendiri? Harapan saya semoga rakan2 lain akan berusaha mewujudkan blog sendiri bagi mengeratkan silatur rahim kita.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites