Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Tuesday, March 31, 2009

Pemeriksaan Berkelompok Program HEM oleh Jemaah Nazir

Salam rakan2,
Nampaknya sekarang ni musim JNS membuat pemeriksaan berkelompok terhadap program2 HEM di sekolah seperti yang dimaklumkan oleh JPN Selangor. Saya pasti di negeri2 lain pun begitu juga. Oleh itu kita perlulah melengkapkan segala maklumat, sistem fail, program2 dan segala2nya yang berkaitan dengan HEM. Tidak lupa juga program kurikulum dan kokurikulum kerana mungkin mereka akan menyambil untuk melihatnya.

Monday, March 30, 2009

Al-Fatihah, Kembali Ke Rahmatullah.

Salam rakan2,
Saya baru menerima SMS daripada saudara Aziz Md Ali pada 30 Mac 2009 jam 5.21 petang yang menyatakan Saudari Rakiah (dari kumpulan fulltime) yang bersahabat dengan Norma, Mona dan Sharifah yang kini melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana telah meninggal dalam kemalangan jalan raya sewaktu hendak menghantar assignment ke UPSI.
Saya telah mengambil inisiatif dengan menghubungi Saudari Ainoon bagi mengesahkan berita yang diterima. Menurut saudari Ainoon, kejadian berlaku pada pukul 3.00 pagi di kawasan Bukit Tagar (area Shah Alam)sewaktu beliau bersama suami pulang dari menziarahi anaknya yang kemalangan (patah kaki) di UiTM, Shah Alam. Laluan tersebut yang 3 lorong menjadi 1 lorong menyebabkan beliau dan suaminya terbabas. Kejadian disedari oleh orang ramai jam 7.00 pagi dan terus dibawa ke hospital. Suami Allahyarhamah Rakiah sedang nazak. Saudari Ainoon telah berkesempatan memandikan dan mengkafankan jenazah allahyarhamah dan menurut beliau kematian allahyarhamah mungkin disebabkan lehernya patah. Jenazahnya telah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tapah.
Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
AMIN.

Saturday, March 28, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan

Rakan2,
Malam minggu begini tidak mempunyai suatu acara yang hendak dilaksanakan. Apa yang dihajati ialah merehatkan badan serehat2nya setelah berpenat lelah. Bila difikir2kan saya terfikir untuk mencoretkan tentang LDP.
Saya pasti rakan2 semua telah ditaklimatkan tentang program LDP bagi tahun 2009. So rakan2 telah buat perancangan? Apa latihan yang akan dijalankan? Bagaimana pengoperasiannya? Mungkin rakan2 boleh berkongsi dengan yang lain2 tentang pelaksanaannya kerana mungkin setiap negeri berbeza pendekatan dan pelaksanaannya.
Bagi negeri Selangor telah ditetapkan bahawa LDP pertama ialah berkaitan PATS dan Headcount. LDP kedua pula berkaitan dengan analisis item bagi persediaan transformasi kurikulum (JSU dsbnya) dan LDP ketiga berkaitan peningkatan P&P.
Negeri lain pula?
Sudi2lah berkongsi maklumat. Terima kasih.

Thursday, March 26, 2009

Maklumat Semasa Temuduga

Salam rakan2,
Pukul 6.00 petang (25 Mac 2009) semalam saya telah menelefon Dato' Abdullah Abdul Kadir (Mantan Pengarah BPG) iaitu panel lembaga temuduga SPP yang ketika itu berada di Sandakan untuk menemuduga guru2 di sana untuk bertanya tentang permohonan dan temuduga DG41 kita. Maklumat dari beliau ialah :
1. Isi permohonan secara online.
2. Selepas permohonan secara online, tempoh masa 4 - 5 bulan baru panggilan temuduga dikeluarkan. Sekiranya selepas 5 bulan tiada panggilan temuduga, segera hubungi SPP semula.
3. Perlantikan adalah berdasarkan tarikh konvokesyen kerana waran perjawatan sudah sedia ada terutama bagi PPGB. Ia berbeza kalau PJJ kerana tarikh lantikan tidak akan mengikut tarikh konvo disebabkan waran perjawatan perlu dipohon dengan JPA terlebih dahulu (sebab itu guru biasa yang buat PJJ lambat dipanggil temuduga).

Tentang soalan2 temuduga tu nanti saya akan telefon beliau kemudian apabila dah hampir tarikh panggilan temuduga. Jika tak dapat telefon beliau nanti saya akan telefon pula Dato' Khusaini (Pengerusi SPP) @ Datin Dr Norhayati (mantan TKPPM Teknikal) @ Dato' Wan Mustama (juga mantan Pengarah BPG. Itu adalah maklumat semasa.
Terima kasih.

Monday, March 23, 2009

Congratulation to Lee Ai Hiang for Vice Canselor Gold Medalist

Salam rakan2,
Lee telah email kepada saya gambar beliau bagi dikongsi bersama dalam blog kita. Kita semua merasa gembira kerana beliau merupakan salah satunya ahli kumpulan kita yang telah berjaya menaikkan nama kumpulan kita dengan diberi anugerah Pingat Emas Naib Canselor. Moga beliau akan terus berjaya.

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah!! Gambar Menceritakan Seribu Perkataan

Salam rakan2,
Kepada mereka yang gambarnya ada bersama saya, dapatlah saya muatnaikkan gambar tersebut. Kepada mereka yang tidak ada gambarnya dalam blog ini, pohon maaf dan jika mahu diupload bolehlah email kepada saya di afarisj@yahoo.com


Blog Administrator and Wife.


Mohd Adely dan Saupi


Kharudin


Dua kembar Mahani (Mahani Mustafa dan Mahani Ab Rahim


Maznon


Zubaidah dan Sharifah Rahayah


Norishah dan Normah


Valarmathi, Patimah, Sabri, Norazmah, Zubaidah, Maznon, Norishah dan Normah


Yusof dan isteri, Sabri dan isteri serta Faris dan isteri


Yusof, Sabri dan Faris


Yusof, Sabri, Mohd Adely, Zalila, Ainie, Faris dan Anas


Anas dan Faris


Hajah Rozita, Faris, Kharudin, Khalil dan Zaiton


Faris, Kharudin dan Khalil

Sunday, March 15, 2009

Raptai Konvokesyen 15 Mac 2009

Salam rakan2,
Hari ini selesai satu bab iaitu raptai konvo. Ia diikuti dengan majlis makan malam bersama keluarga dalam kumpulan kita. Pastinya seronok dapat berkenal mesra dengan keluarga yang lain.



Esok akan tibalah acara kemuncak konvo kita. Perlu diingat supaya kita tidak terlupa segala pesanan yang diberi sewaktu taklimat dan raptai tadi.
Terima kasih.

Friday, March 13, 2009

Selamat Berkonvokesyen dan Persiapan Konvokesyen

Salam rakan2,
Esok dah hari Sabtu. Ahad dahpun berada di UPSI untuk sesi raptai. Isnin pula adalah hari yang penuh bersejarah dalam kehidupan rakan2. Beginilah bila belajar dahpun berusia. Bila berjaya tu terasa amat seronok sekali. Menyentuh hari bersejarah pada 16 Mac nanti pastinya semua rakan2 telah membuat persiapan rapi bagi menempuhi hari bersejarah tersebut.
Pertamanya pasti ada yang telah menyediakan baju baru bagi dikenakan pada hari tersebut. Baik lelaki ataupun wanita. Jika memakai pakaian baru, bolehlah ceritakan kepada rakan2 yang lain.
Keduanya pasti rakan2 datang bersama keluarga masing2 bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Kejayaan yang disambut bersama keluarga pastinya amat bermakna.
Ketiganya dah siapkan kamera? Kamera baik kamera telefon, kamera kompak, kamera SLR ataupun video kamera bagi merakam peristiwa bersejarah. Seperkara yang perlu diingat jangan pula lupa mengecaj bateri kamera tersebut.
Keempatnya tempat penginapan kerana pastinya nak balik selepas raptai agak memenatkan badan dan bagi yang nak tinggal sehari lagi sehingga 17 Mac jika tak sempat nak pulang jubah juga boleh melakukannya. Bolehlah melawat tempat2 bersejarah di Tanjung Malim tu.
Mungkin ada lagi berbagai perkara yang perlu diingatkan. Jika rakan2 ada peringatan lain lagi, silakan beri komen dalam entri ini supaya rakan2 yang lain dapat mengingat dan tidak melupakan perkara2 yang penting.
SELAMAT BERKONVOKESYEN. TAHNIAH!!!!!. Terima kasih.

Tuesday, March 10, 2009

Dinner On 15th. Mac 2009

Salam rakan2,

Mesyuarat kecil pada 10 Mac 2009 di Auditorium telah memutuskan majlis makan malam akan diadakan pada 15 Mac 2009 jam 8.15 malam di Dusun Bay, Tanjung Malim. Sesiapa yang ingin turut serta sama ada sendirian/bersama pasangan/sekeluarga, sila maklumkan kepada Pn Rokiah atau Pn Che Norizam bagi proses tempahan bilangan yang ingin turut serta. Bayaran adalah sendirian berhad dan bergantung kepada apa yang rakan2 buat pesanan. Cuma kita makan bersama2 secara beramai2.

Kepada sesiapa yang nak reply dalam blog ini pun boleh. Sila letakkan nama masing2 dan berapa bilangan ahli keluarga yang akan turut serta. Tiada paksaan cuma kesedaran dan semangat setiakawan.

Terima kasih.

Monday, March 9, 2009

Small Reunion

Salam rakan2,
Esok adalah 10 Mac 2009 dan seperti cadangan asal kita semua akan berkumpul dan berjumpa di Tanjung Malim. Kepada rakan2 yang dapat turut serta, dapatlah kita berjumpa tetapi kepada mereka yang tidak dapat bersama mungkin kesempatan semasa konvo nanti bolehlah bersua muka dan bertanya khabar. Rakan2 yang datang, datanglah dengan idea2 yang bernas dan cadangan2 yang bermanfaat.
TK.

Thursday, March 5, 2009

Majlis Semasa Konvo

Rakan2,
Hari ini saya dan Mahani telah ke UPSI bagi menghantar dan mendapatkan pengesahan pengadil bagi program master. Saya telah berjumpa dengan Dr Che Mohd Zulkifli dan Encik Shukri. Melalui perbualan, Encik Shukri macam ada hint kerana beliau ada berkata kumpulan A nak buat majlis dan jemput beliau semasa konvo nanti. Dalam entri sebelum ini pun saya telah memuatkan idea tersebut untuk difikirkan oleh rakan2. Oleh itu diminta rakan2 memikirkannya secara serius jika kumpulan kita hendak mengadakannya. Kepada mereka yang tidak mahu turut serta, terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka. Kepada mereka yang nak menyertai sendirian pun, tidak menjadi masalah. Dan jika mereka yang nak bawa keluarga bersama pun tidak menjadi masalah asalkan rakan2 ikut kemampuan sendiri. Kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu sepatutnya menjadi amalan kita baik di sekolah/organisasi masing2 dan juga dalam kumpulan kita.
Terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

Mimpi Seorang Isteri - Sekadar Penyegar Minda

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Suami Setuju - Hanya Sekadar Penyegar Minda dan Gurauan

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Monday, March 2, 2009

Kajian Pengesanan Graduan

Salam rakan2,

Saya ada kesempatan pada hari ini untuk membaca komen2 dari rakan2 dalam entri blog kita. Nampaknya masih ada di antara kita yang masih tak jelas tentang pengisian Kajian Pengesanan Graduan yang perlu disertakan slip pengesahan sewaktu mengambil jubah.

Oleh itu saya sertakan hyperlink ke portal tersebut. Sila klik di bawah :

Kajian Pengesanan Graduan


Rakan2 diharap tidak lupa untuk mengisi borang ini. Terima kasih.

Sunday, March 1, 2009

Pembangkang Tidak Dihalang Sertai Program Sekolah

Salam rakan2,

Pastinya rakan2 telah membaca akhbar hari ini yang bertajuk seperti di atas. Disamping itu saya sertakan juga petikan akhbar tersebut seperti yang terdapat dalam Mingguan Malaysia. Diharap rakan2 akan mendapat gambaran yang jelas berhubung kenyataan YB Menteri Pelajaran ini.

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan khusus yang melarang Ahli Parlimen atau wakil rakyat pembangkang menyertai sebarang program yang dianjurkan pihak sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, setiap majlis rasmi di sekolah yang melibatkan orang kenamaan atau individu tertentu perlu mendapat kebenaran kementerian terlebih dahulu melalui Pengarah Pelajaran negeri.

Menurut beliau, tindakan itu bagi memastikan majlis yang dianjurkan bukan bertujuan politik dan tidak mengganggu pengajaran serta pembelajaran murid.

"Institusi pendidikan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik di negara kita," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen itu meminta penjelasan sama ada kementerian pernah memberi arahan kepada semua pengelola sekolah di negeri-negeri pakatan pembangkang supaya tidak membenarkan pemimpinnya menghadiri program sekolah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites