Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Thursday, February 26, 2009

Majlis Makan Malam Sempena Konvokesyen

Salam rakan2,

Saya telah berbual dengan Penghulu kita (Sabri) mengenai majlis ini kerana melihat kepada perkembangan hari konvokesyen kita.

Pertamanya kita akan menghadiri konvokesyen pada 16 Mac 2009 jam 2.00 petang dan mungkin akan tamat pada jam 5.00 petang. Setelah selesai konvo kita perlu mengambil transkrip dan ijazah. Sewaktu nak mengambil transkrip dan ijazah kita perlu memulangkan jubah. Walaupun tempoh masa pemulangan jubah adalah seminggu selepas itu tetapi saya rasa rakan2 semua tak mahu datang dua kali iaitu kali kedua semata2 nak pulang jubah.

Keduanya, oleh kerana saya jangkakan kita tak akan sempat pulang jubah dan ambil transkrip serta ijazah maka kita terpaksa bermalam semalaman lagi dan akan pulang pada 17 Mac 2009.

Atas kedua2 faktor ini, ada cadangan supaya kita mengadakan majlis makan malam untuk kumpulan kita bersama keluarga masing2 (jika nak bawa keluarga turut serta) di mana2 tempat di Tanjung Malim. Oleh itu jika ada rakan2 yang bersetuju bolehlah menyampaikan maklumat ini kepada rakan2 yang lain dan kita selaraskan sewaktu perjumpaan pada 10 Mac 2009 iaitu sewaktu nak pergi ambil jubah nanti.

Jika bersetuju, bolehlah kita cadangkan siapakah yang boleh kita amanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Mungkin selepas ini kita akan sukar untuk bertemu kembali secara berkumpulan beramai2. Insya-Allah saya harap ia akan dapat dijayakan. Sampai2kan maklumat ini.

Terima kasih.

Saudara Mohd Nor Azam Menjalani Pembedahan

Salam rakan2,
Saya berkesempatan menelefon saudara Sabri (Penghulu) petang tadi dan dimaklumkan bahawa saudara Azam kita telah menjalani pembedahan pada hari semalam. Saya cuba juga menghubungi saudara Azam kita tetapi telefonnya tidak dapat dihubungi. Apa yang boleh kita lakukan ialah sama2lah kita doakan semoga saudara Azam selamat menjalani pembedahan dan pulih seperti sedia kala seberapa segera dan yang penting dapat menghadiri konvokesyen pada 16 Mac ini. Amin.
TK.

Wednesday, February 25, 2009

Penginapan Semasa Konvokesyen

Salam rakan2,

Kita akan menghadiri raptai pada 15 Mac, konvo pada 16 Mac dan pulang jubah pada 17 Mac. Ini bermakna kita memerlukan 2 malam tempat penginapan di Tanjung Malim. Setakat ini tidak tahu di mana kita akan menginap atau membuat tempahan bilik hotel. Sekiranya rakan2 ada maklumat, bolehlah disalurkan di dalam blog ini untuk panduan rakan2 yang lain. Bagi yang di KL dan Selangor tak jadi masalah sangat kerana boleh berulang aje. Sekurang2nya kepada mereka yang datang ambil jubah pada 10 Mac nanti bolehlah cari dan buat tempahan hotel.

Terima kasih.

Saturday, February 21, 2009

Manual / Panduan Mengisi Borang Permohonan DG41 Secara Online Melalui e-Permohonan SPP

Salam kepada semua rakan2,

Saya telahpun mengusahakan dan menyiapkan manual atau panduan untuk mengisi borang permohonan secara online iaitu e-permohonan untuk rujukan dan panduan kepada rakan2 sekalian. Saya merasakan panduan tersebut akan dapat membantu rakan2 dalam mengisi borang. Sebelum mengisi borang tu, pastikan semua dokumen2 dah dicari dahulu dan diletak bersebelahan komputer.

Untuk mendapatkan manual atau panduan tersebut, sila klik link di bawah untuk download:

Manual Daftar e-Permohonan

Manual atau Panduan Permohonan DG41

Selamat memohon kepada rakan2 sekalian. Jika menghadapi masalah, sila komen untuk saya respon. Terima kasih.

Ambil Jubah

Salam rakan2,

Pagi tadi saya dihubungi oleh saudara Khalil kita dari Utara meminta saya memasukkan maklumat ini tetapi tidak berkesempatan kerana terpaksa menguruskan majlis perasmian penutup Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Selangor. Beliau bersama rakan2nya bercadang untuk mengambil jubah pada 10 Mac 2009 (Selasa) dan mengesyorkan kumpulan kita datang pada hari tersebut beramai2 untuk kita berjumpa. Cadangan itu adalah baik kerana sambil2 tu bolehlah kita berbual atau makan bersama2.

Apa pandangan rakan2 yang lain? Jika bersetuju bolehlah reply atau pos komen anda. Jika ada cadangan tarikh lain pun dialu-alukan. Tapi bagi saya, saya tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Bil 3 yang akan membincangkan perkera2 penting sebelum kedatangan kontinjen dari seluruh negeri pada 14 Mac 2009.

Seperkara lagi yang rakan2 kena peka ialah surat dari UPSI yang mewajibkan kita mengisi Kajian Pengesanan Graduan di https://graduat.mohe.gov.my secara online serta mencetak slip pengesahan. Slip pengesahan tersebut perlu dibawa bersama dan ditunjukkan kepada UPSI sewaktu mengambil jubah. Maklumat ini boleh diisi mulai 16 Februari hingga 25 Mac 2009. Jika nak ambil jubah pada 10 Mac, ini bermakna rakan2 perlu melengkapkannya sebelum 10 Mac 2009.

So, rakan2 perlu prihatin dengan perkara ini.

Thursday, February 19, 2009

Permohonan DG41

Salam rakan2,

Saya sebenarnya ada mesyuarat berkaitan pembekalan makmal komputer di Pusat Latihan, JPN Selangor di Seksyen 6, Shah Alam pukul 2.00 petang tadi. Dalam perjalanan ke sana, saya mengambil kesempatan keluar awal dari sekolah iaitu sekitar 11.30 pagi semata2 bertujuan untuk singgah di SPP bagi mendapatkan maklumat permohonan kita ke DG41.

Tindakan yang perlu kita lakukan ialah :

1. Sila isi permohonan melalui online secepat mungkin (lagi cepat isi, lagi cepat dipanggil temuduga).

2. Surat kebenaran belajar, ambil rujukan surat tawaran IAB bagi pensiswazahan GB.

3. Dokumen yang diperlukan tak perlu dihantar ke SPP. Apa yang perlu dilakukan ialah membawa segala dokumen asal tersebut seperti yang diperlukan dalam senarai semak sewaktu temuduga nanti.

Saya sedang cuba buat capture screen borang permohonan online tu dengan memasukkan panduan2nya dan cuba memuatkan dalam Yahoo Groups kita nanti jika berkesempatan. Buat masa ini amat sibuk dan insya-Allah akan cuba bantu rakan2 sekalian.

Selamat mendaftar permohonan ke DG41. Terima kasih.

Wednesday, February 18, 2009

Program Master in Education di UPSI

Salam rakan2,

Saya telah melawat ke laman web UPSI. Permohonan untuk Master telah dibuka mulai 1 Februari dan ditutup pada 28 Februari 2009. Sila lawati di sini UPSI

Struktur program boleh dilawati di Struktur Program

Berkaitan yuran pengajian pula, jumlahnya hanya RM5,240 sahaja untuk 4 semester. Kadar yuran boleh dirujuk di Kadar Yuran

Permohonan boleh dibuat secara online di Permohonan Online

Sekian untuk makluman rakan2. Terima kasih.

Tuesday, February 17, 2009

Buku Panduan Konvokesyen

Salam rakan2,

Tarikh Konvokesyen kita ialah pada 16 Mac 2009 (Isnin) jam 2.00 petang.

Buku Panduan Konvokesyen juga boleh dicetak dan boleh rujuk perkara2 penting. Di antara perkara2 penting ialah :

1. Peminjaman Pakaian Akademik - boleh dibuat pada 10-15 Mac 2009 jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.15 petang hingga 5.00 petang (kecuali hari Jumaat dibuka jam 2.45 petang di Bilik Jubah, Bangunan Pusat ICT.

2. Bayaran konvokesyen sebanyak RM80.00 di semua cawangan Bank Islam atas nama Universiti Pendidikan Sultan Idris di no akaun 08068 01 0023133. Bagi mereka yang tidak dapat hadir juga perlu membayar RM80.00 tersebut.

3. Raptai akan diadakan pada 15 Mac 2009 jam 4.00 petang di Dewan SITC

4. Lapor diri lengkap dengan pakaian akademik ialah pada 16 Mac 2009 di sesi 2 jam 1.45 petang kepada pegawai bertugas iaitu Encik Mohd Haryzal Mohd Zan bertempat di DA2 (Dewan Auditorium).

5. Perarakan graduan masuk ke dewan adalah pada pukul 2.00 petang.

6. Ijazah kita akan disampaikan oleh Pro Canselor.

7. Jemputan kepada keluarga ialah 1 pas masuk untuk 2 orang ahli keluarga.

8. Pemulangan pakaian akademik ialah pada 16 hingga 24 Mac 2009.

9. Pengambilan Transkrip dan Ijazah boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik.

Maklumat lengkap tentang konvokesyen ini boleh dibaca dalam buku panduan. Yang dipaparkan adalah cabutan2 perkara penting.

Tahniah kepada semua rakan2. Sila proaktif dan jangan tertunggu2 untuk orang lain sampaikan. Terima kasih.

JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - (SIDANG PERTAMA)

Salam rakan2,
Surat jemputan konvokesyen boleh diperoleh melalui laman web UPSI seperti alamat berikut :

http://web.upsi.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=136&Itemid=201

Surat jemputan yang akan dipaparkan adalah seperti di bawah. Sila klik perkataan cetak di bawah surat tersebut. Semoga rakan2 dapat mencetaknya dan memberikan jawapan segera sebelum 8 Mac 2009.

TK.

Ahmad Faris Bin Johan
No. 8, Jalan 3/9, Seksyen 3,
Bandar Teknologi Kajang, Semenyih
43500 Kajang
Selangor

D20061028213


Saudara/i,

JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - (SIDANG PERTAMA)

Terlebih dahulu pihak universiti merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara/i lulus peperiksaan dan dapat menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, serta layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (dalam bidang masing-masing) dengan Kepujian.

2. Sehubungan dengan itu, saudara/i dan dua (2) orang ahli keluarga dijemput hadir ke ke Istiadat Konvokesyen Kesebelas (Sidang Pertama) yang diadakan khusus untuk meraikan kejayaan saudara/i. Istiadat Konvokesyen Kesebelas (Sidang Pertama) akan diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2009 bertempat di Dewan SITC, UPSI.

3. Bersama ini disertakan Panduan Konvokesyen Kesebelas (Sidang Pertama) Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk makluman dan tindakan saudara/i. Sila buat pengesahan sama ada saudara/i bersetuju atau tidak untuk hadir ke Istiadat Konvokesyen ini melalui http://mysis.upsi.edu.my/konvo. Pengesahan kehadiran tersebut hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Mac 2009.


Sekian dan terima kasih.

"PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN"

* Surat jemputan ini bukan merupakan surat jemputan rasmi, tetapi untuk makluman awal saudara/i sahaja. Surat jemputan rasmi akan diposkan kepada anda.

Cetak

Thursday, February 12, 2009

Guru Besar Sebagai Penasihat dan Ex-Officio

Salam,
Ada di antara rakan2 telah bertanya tentang peranan GB sebagai ex-officio apabila sibuk dengan musim Mesyuarat Agong PIBG. Saya perturunkan sedikit maklumat berkaitan tugas GB sebagai ex-officio seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan2.

Penasihat Persatuan

a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.

Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;

i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;

iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

vii) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

Wednesday, February 11, 2009

Asas Pengurusan Organisasi

Mengurus dan membina matlamat serta hala tuju organisasi bukan perkara yang mudah. Sebagai pemimpin anda harus meneliti setiap sumber yang ada dan “meneropong” lebih jauh apa yang harus dicapai oleh organisasi yang anda pimpin. Organisasi yang tiada halatuju adalah organisasi yang “gagal”.

Matlamat organisasi mengikut kaedah “Piramid”. Kaedah piramid ini lebih memudahkan dan jelas pergerakkanya. OK, cuba anda lihat 2 piramid dibawah ini :-


Apa yang anda dapat perhatikan ? Ok, mudah sahaja.

Piramid A - ialah kita bermula dari bawah iaitu menentukan plan tindakan atau gerak kerja organisasi anda. Daripada Plan tindakan tersebut, anda akan membentuk Objektif, Misi dan Visi organisasi anda. Maksudnya didalam Piramid A ini, hala tuju organisasi anda dibentuk bermula dari Plan Gerak Kerja yang dirancang dan akan menentukan Visi organisasi.

Piramid B - ialah kita bermula dari atas iaitu menentukan Visi (dreams) organisasi anda. Daripada Visi tersebut ia akan berkembang membentuk Objektif, Misi Dan Visi organisasi. Maksudnya di dalam Piramid B ini, hala tuju organisasi anda dibina bermula dari Visi (dreams) yang akan membentuk Plan Gerak Kerja anda. Secara tidak langsung setiap aktiviti yang dirancang akan menjurus kepada Visi yang dibentuk diatas tadi. Menarik bukan ….!

Selamat Mencuba.

Terima kasih.

Monday, February 9, 2009

Apa Khabar Perak!

Salam,
Rakan2 yang dihormati. Bagaimana keadaan di negeri Perak? Kita mendapat maklumat dari akhbar2 arus perdana dan pembangkang yang menyatakan pelbagai keadaan di Perak. Jika boleh kita nak dengar juga cerita2 tertentu dari rakan2 kita di negeri Perak sendiri iaitu Kharudin, Hj Jamaluddin, Mohd Nor Azam dan Zubaidah. Kome citerlah sikit2 keadaan di negeri deme. Sekurang2nya dapatlah rakan2 tahu cerita sebenar.
TK.

Wednesday, February 4, 2009

Keputusan Final Semester dan Surat Tamat Pengajian



Salam rakan2,

Keputusan terkini semester akhir talah dihantar dan saya telah memperolehnya pada hari semalam sebelah petang (3/2/09). Ada kenaikan CGPA kerana telah dicukupkan jumlah jam kredit. Bersama2 keputusan disertakan juga Surat Tamat Pengajian dan dianugerahkan ijazah kelas berapa. Dinyatakan juga bahawa kita akan menerimanya pada sidang pertama. Jika betul sidang pertama maka kemungkinan kita akan terima ijazah kita pada 16 Mac 2009 (diharap2 betullah jangkaan saya). Walau bagaimanapun tarikh sebenar adalah selepas 14 Februari. Surat tersebut diposkan ke alamat rumah dan kalau rakan2 tunggu ia sampai ke alamat tempat bertugas memang tak ada. Apa yang penting alamat rumah kita betul dalam pangkalan data UPSI kita.

Kepada rakan2 yang menerima kenaikan CGPA, tahniah diucapkan dan jika ada yang nak berkongsi semula bolehlah maklumkan kepada saya.

Terima kasih.

Tuesday, February 3, 2009

Management By Walking Around

Rakan2,
Semalam semua Pengetua dan Guru Besar daerah saya telah dipanggil untuk sesi mesyuarat di PPD. Tanpa diduga Pengarah JPS telah hadir bersama tanpa diketahui oleh PPD sendiri kerana Pengarah dalam lawatan mengejut ke SMAP Kajang dan lantas terus ke PPD (boleh dikata sport check). Dalam ucapannya disebut tentang MBWA ni yang telah kita pelajari semasa di IAB dan UPSI. Pesanannya supaya 70% masa dalam sehari digunakan untuk MBWA dan dilakukan tanpa jadual tetap iaitu secara rawak supaya guru2 dan staf tidak dapat mengagak bila masa kita meronda. Teringat lagi semasa En Shukri mengajar kita tentang penyeliaan dan inilah yang diberi penekanan dan selanjutnya sewaktu MBWA tu perlulah kita membuat catatan. Catatan inilah merupakan data2 mentah kita untuk kita gunakan sewaktu berdepan dengan guru2 dan staf. Dalam konsep penyeliaan ini juga kami di Selangor telah diarahkan menandatangani setiap Buku Rekod Mengajar guru dan menandatangani setiap surat keluar masuk kerana ini juga dinamakan penyeliaan. Nampak gayanya rakan2 yang sekolahnya mempunyai kawasan yang luas, tak bolehlah nak duduk di bilik aircond aje, yang wanitanya tak boleh nak bertumit tinggi, yang sakit akan semakin sihat kerana tak payah nak jogging dan yang penting semua maklumat akan berada di hujung jari kita.
Renung2kanlah rakan2 apa yang telah kita pelajari tetapi tidak kita amalkan dan apa yang telah kita pelajari perlu kita praktikkan.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites