Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Tuesday, January 27, 2009

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Pada 16-18 Mac 2009

Salam kepada rakan2,

Melalui laman web UPSI di alamat http://web.upsi.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=136&Itemid=201 telah dinyatakan bahawa istiadat konvokesyen kita sah akan diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2009. Berita graduasi yang tertera adalah seperti di bawah. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UPSI seperti di hyperlink di atas. TK.


--------------------------------------------------------------------------------

ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS
(SIDANG PERTAMA MAC 2009)

--------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN UPSI


Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan di Dewan SITC pada tarikh seperti dibawah :-


Tarikh
16 - 18 Mac 2009 (Isnin hingga Rabu)


Pengurniaan / Penganugerahan
Tarikh Istiadat Konvokesyen Kesebelas Universiti Pendidikan Sultan Idris ini adalah tertaklukkepada Perkenan Ke Bawah DYMM Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar kepada bakal graduan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai urusan konvokesyen bolehlah menghubungi Unit Pengijazahan di talian +605-4506313 / 6994 / 6314.



Unit Pengijazahan
Bahagian Akademik

Saturday, January 24, 2009

Ibu Hajah Rozita Kembali Ke Rahmatullah

Salam kepada rakan2,

Dimaklumkan bahawa ibu kepada Hajah Rozita rakan kita telah kembalik ke rahmatullah pada 24 Januari 2009 jam 7 pagi. Sama-samalah kita sedekahkan AlFatihah dan mendoakan semoga roh ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kepada Hajah Rozita, semoga tabahkan hati menghadapi dugaan Allah s.w.t. Kita telah buat yang terbaik untuk kedua-dua ibu dan bapa kita tetapi Allah lebih menyayanginya.

AL-FATIHAH.

Monday, January 19, 2009

Gong Xi Fa Cai



Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada :
1. Lee Ai Hiang
2. Li Yoon
3. Goh Chai Ean
4. Chia Chee Kwong

Daripada semua rakan2 kumpulan B di seluruh pelosok negara.

Semoga Tahun Baru Cina ini akan memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda sekeluarga.

Terima kasih.

Saturday, January 17, 2009

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2009

Salam rakan2,

Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2009 memberi penekanan dan larangan kepada semua pegawai perkhidmatan awam daripada terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai pentadbir memantau kemungkinan kakitangan di bawah pengawasan kita terlibat dalam skim tersebut.

Terima kasih.

Tarikh Konvo dan Majlis Jamuan Pertemuan Keluarga

Salam rakan2,

Melalui blog kumpulan A mereka menyatakan bahawa tarikh konvokesyen ialah pada 16 hingga 18 Mac 2009. Selagi tak ada surat secara hitam putih, tarikh tersebut tidak pasti sehingga ada pengesahan dari Bahagian Akademik yang menguruskan konvokesyen. Walau bagaimanapun rakan2 boleh bersedia lebih awal.

Seperkara lagi, adakah rakan2 bersetuju untuk kumpulan kita mengadakan jamuan pertemuan diri dan keluarga di Tanjung Malim semasa menghadiri konvokesyen? Jika setuju, siapakah yang paling sesuai untuk kita lantik sebagai penyelaras? Respon dari rakan2 amat dialu-alukan.

Terima kasih.

Friday, January 16, 2009

Mohd Nor Azam Sedang di Hospital

Salam rakan2,

Pagi tadi saya sempat menelefon saudara Azam kita. Beliau telah masuk wad kerana persediaan pembedahan penyakit folip dia. Untuk sementara waktu doktor sedang memantau keadaan kesihatan beliau supaya tiada penyakit2 sampingan sebelum pembedahan dijalankan. So, mungkin agak lama beliau berada di hospital.
Oleh itu sama2lah kita berdoa semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan selamat menjalani pembedahan.
Untuk Azam, jangan nakal2 di hospital kerana setiap kali masuk hospital dia suka kacau jururawat. Dan satu lagi Azam, kalau menjerit sakit tu jangan menjerit macam budak kecik seperti yang kau ceritakan kepada kami semua.

Semoga Allah melindungi dan memberi kejayaan dalam pembedahan. Amin.

Wednesday, January 14, 2009

Berita Terkini Keputusan, Kelulusan Senat & Konvokesyen

Rakan2,
Saya dihubungi oleh Dr Zul dan En. Hasrey pada pukul 3.55 petang tadi dan dimaklumkan bahawa masalah dan kemelut yang kita hadapi telah diselesaikan oleh FPE dan Bahagian Akademik.

Diantara sebab/faktor/alasan yang diberi ialah :

1. Berlaku kesilapan teknikal dan communication break down antara FPE dengan Bahagian Akademik.

2. Penyelaras kita telah membuat pindaan-pindaan tertentu dalam sistem komputer untuk kumpulan kita sehingga tercatat paper Negotiation kita tak duduki dan Bahagian Akademik telah menyalahkan FPE.

3. Tiada follow-up dari FPE kerana mereka menganggap semua perkara telah selesai dan Bahagian Akademik tidak memaklumkan kepada FPE (mungkin Bhg Akademik tidak mengetahui kita mempunyai 2 kumpulan). Jika kita tidak membangkitkan isu ini, pastinya memang kita tercicir dan tidak akan konvo pada bulan Mac 2009 nanti.

4. Pertukaran penyelaras mungkin merupakan faktor tragedi ini berlaku.

Bahagian Akademik dah berjanji akan mengepos result terbaru, surat kelulusan senat dan surat konvokesyen secara serentak sebelum akhir bulan ini.

Cuma ada satu perkara yang melibatkan salah seorang rakan kita iaitu Kharen@Simah kerana result dia masih tercatat TG (Tiada Gred) di Bahagian Akademik dan jika beliau terbaca blog ini, sila respon kepada En Hasrey di talian 0173017081 atau 05-4506294. Jika gagal berbuat demikian, mungkin beliau tidak akan dapat konvo dengan kita. Saya telahpun cuba menghubungi beliau melalui nombor telefon yang diberi tetapi dijawab oleh orang lain. PERINGATAN KEPADA RAKAN2, JIKA TUKAR NO TELEFON SILA MAKLUMKAN KEPADA RAKAN2 LAIN ATAU MELALUI BLOG INI SUPAYA DAPAT DIHUBUNGI.

Kepada salah seorang rakan kita yang disebut nama oleh En Hasrey kerana gagal Projek 3, sila hubungi UPSI dengan kadar segera bagi menyelesaikan kemelut ini kerana jangan mengharapkan orang lain untuk menyelesaikannya kerana pihak UPSI memerlukan dokumen2 sokongan dan menurut FPE, tidak mustahil rakan kita ini akan dapat konvo bersama kita pada bulan Mac ini jika tindakan drastik dilakukan oleh beliau.

Itu sahaja setakat ini berita terkini untuk rakan2. Kepada mereka yang sama2 berusaha untuk menyelesaikan masalah ini diucapkan terima kasih.

Penghulu Tak Sihat

Salam rakan2,

Penghulu kita (Sabri) telah dimasukkan ke hospital Kemaman sejak dua hari lalu kerana lemah jantung. Menurut cerita yang disampaikan kepada saya, beliau merasa sukar bernafas dan badan berpeluh2. Apabila ke hospital, terus ditahan dan pemeriksaan awal menyatakan kemungkinan kena penyakit lemah jantung. Buat masa sekarang rawatan lanjut belum dilakukan kerana doktor meminta beliau berehat sepenuhnya di hospital.

Kepada rakan sekalian jika ada kelapangan masa tu, telefonlah Sabri untuk bertanya khabar dan memberi sokongan moral. Disamping itu sama2lah kita berdoa semoga beliau sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Terima kasih.

Sunday, January 11, 2009

Program Master di UKM

Rakan2,
Seharian hari ini aku telah menjelajah ke seluruh pelosok universiti di UKM, UM dan UPSI. Aku mencari maklumat2 berkaitan program master yang disediakan di universiti tersebut. Setelah diteliti dan dijelajahi aku telah membuat kesimpulan berikut :

1. Jika diambil kira kos - UKM menawarkan kos yang hampir sama dengan UPSI tetapi tidak di UM kerana lebih mahal.

2. Perjalanan - ke UKM lebih dekat jika dibandingkan dengan UPSI. Rakan2 yang tinggal di Selatan dan pantai timur lebih hampir untuk datang. Kemudahan pengangkutan awam lebih banyak dan mudah.

3. Masa - masa tidak dibazirkan dengan begitu lama kerana badan kita juga memerlukan rehat.

4. Kemudahan rujukan - UKM adalah di antara universiti yang mempunyai banyak bahan rujukan di librarynya. Kita juga boleh mencari bahan2 di pusat dokumentasi EPRD, KPM di Putrajaya serta ke Perpustakaan Negara.

Rakan2 boleh melawati laman web ini http://pkukmweb.ukm.my/~pps/.
Maklumat lain saya letakkan dalam Yahoo Groups kumpulan kita.

Kepada rakan2, sila respon jika ada yang berminat kerana kita boleh buat group di sini.

Terima kasih.

Saturday, January 10, 2009

Isu-isu Semasa dan Keperihatinan

Salam kepada semua rakan2,

Petang tadi saya berkesempatan berbincang dan berbual panjang dengan Yusof Rompin kerana meraikannya dengan makan Satay Kajang bersama keluarganya. Almaklum kerana lama tak jumpa dan sambil membincangkan tentang isu tamat belajar dan result kumpulan kita.

Ada beberapa isu semasa yang perlu rakan2 beri PERHATIAN. Isunya adalah seperti berikut :

1. Sila semak jumlah kredit lulus. Ia sepatutnya 86 kredit dan bukannya 83. Sila jumlahkan nilai kredit setiap kursus (dari result fasa 1-8) dan bahagikan dengan 86. Itulah PNGK sebenar. Jika tak sama dengan result semester akhir yang baru diterima, ada masalah dengan result rakan2.

2. Sepatutnya keputusan yang tertera ialah telah menamatkan pengajian seperti yang diterima oleh kumpulan A dan bukannya dibenarkan meneruskan pengajian seperti yang kita semua terima.

3. Kita perlu menerima surat penamatan pengajian yang diluluskan Senat. Sehingga sekarang masih belum terima.

Jika rakan2 menghadapi masalah tersebut, sila maklumkan kepada saya atau penghulu bagi kita kemukakan masalah ini kepada pihak UPSI. Kalau boleh semua rakan2 turut menghubungi penyelaras kita (Dr. Kamarudin) atau Ketua Jabatan (Dr Khuan)atau Timbalan Dekan (Dr. Che Mohd Zulkifli) atau Dekan (Dr. Norlia) bagi menyedarkan bahawa terdapat banyak masalah kepada kumpulan kita.

KEPERIHATINAN rakan2 amat dialu-alukan kerana jika ia tidak diselesaikan segera maka kemungkinan besar kita tidak konvo bersama2 dengan kumpulan A pada bulan Mac ini. Pihak UPSI tidak melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan kita perlu memaklumkan perkara ini segera.

Terima kasih kepada rakan2 yang perihatin.

Thursday, January 8, 2009

Surat Tamat Pengajian

Salam rakan2,

Saudara Yusof Sipan kita telah dihubungi oleh Bahagian Akademik UPSI dengan menanyakan beliau status pengajian kita. Bahagian Akademik memaklumkan bahawa surat penamatan pengajian kita tidak dapat dikeluarkan lagi kerana senat masih belum bersidang. Tarikh senat UPSI akan bersidang ialah pada 20 Januari 2009 dan selepas itu baru kita akan dapat surat penamatan tersebut.

Apa yang dapat saya rumuskan disini ialah pihak UPSI mungkin ada kesilapan dan terlepas pandang status kumpulan kita yang mempunyai dua kumpulan tetapi tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Walau apapun, kita minta Penghulu kita terus menghubungi pihak UPSI (Penyelaras, Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti) untuk terus mengingatkan mereka kerana kalau tidak kita tak berpeluang untuk konvokesyen pada bulan Mac nanti.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan 2009

Salam kepada rakan2,

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu sudahpun bermula pada hari semalam. Pastinya hari pertama telah dapat memberikan gambaran tentang perjalanan sekolah dan aspek pengurusan kita. Walau apapun keadaan hari pertama, kita perlu tabah kerana ada diantara kita menghadapi dugaan dan cabaran seperti bertukar sekolah, murid baru masuk, guru kurang dan pelbagai lagi. Itulah asam garam dalam kehidupan pekerjaan kita. Tapi kita semua boleh melakukannya kerana kita semua bersemangat waja, berketrampilan dan berkebolehan setelah menerima latihan demi latihan dan menempuh banyak pengalaman. Apa yang penting ialah konsep perkongsian terutamanya perkongsian pintar sesama kita bagi menyelesaikan atau mendapatkan segala maklumat yang tidak diketahui.

Selamat menempuh persekolahan tahun 2009 kepada semua rakan2 dan semoga dapat mengurus sekolah dengan terbaik.

Terima kasih.

Thursday, January 1, 2009

TERKINI - Keputusan Akhir UPSI

Salam,

Nampaknya dah semakin ramai rakan2 telah memperoleh keputusan akhir dan pastinya merasa kegembiraan kerana hasil telah kita tuai dari usaha kita selama 2 tahun di UPSI. Apa yang diharapkan kesudian rakan2 untuk berkongsi kegembiraan dengan memaklumkan keputusan masing-masing kerana kita tidak berjumpa untuk fasa2 seterusnya seperti selalu dimana kita boleh berbual dan berbincang serta berkongsi suka duka. Blog inilah tempat kita berkongsi kegembiraan sekarang. Seperti yang dimaklumkan, sesiapa yang nak berkongsi bolehlah post pada komen atau email kepada saya. Saya akan paparkan pada menu keputusan di sebelah kanan blog kita. Ingatlah ia bukan untuk menunjukkan riak kita tetapi sekadar perkongsian sesama kita.

Seperkara lagi perlu dimaklumkan bahawa mengikut kumpulan A, bersama2 dengan result tu ada satu surat menyatakan kita telah tamat dan dianugerahkan dengan ijazah kelas ke berapa. Surat tersebu adalah penting kerana kita perlu gunakan untuk mendapatkan surat pengiktirafan dari Bahagian Pengiktirafan, JPA. Jika semua rakan2 tidak dapat juga surat tu, maka perlulan kita memaklumkan kepada pihak UPSI.

Terima kasih.

Selamat Tahun Baru 2009

Salam,

Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan2 walau dimana jua berada. Semoga kedatangan tahun baru akan memberi azam baru kepada kita semua untuk menambah baik kehidupan dan meningkatkan kejayaan sekolah. Kepada mereka yang masih kekal di sekolah lama, usaha mesti lebih baik dari tahun sebelum dan kepada yang bertukar sekolah, itu adalah satu cabaran yang besar.

Walau dimana kita berada, kita boleh melakukan kerana anggaplah diri kita adalah insan terbaik.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites